Ha'ah..itu soklan yang anak saya tanya dan rasa ternganga nak menjawabnya!
Semalam, saya buat kerja2 menampal. Mula2 saya jahit seluar diorang yang banyak terkoyak kat celah kangkang. Nak kata rumah ada tempat memanjat, tak jugak tapi apsal la yang boleh seluar tu koyak tang situ. Haih! Lepas jahit seluar2 diorang (eh..tak abis lagik) saya tampal pulak majalah dan buku2 diorang yang terkoyak. Kedekut kan??
Kalau boleh saya nak Ahmadi baca jugak buku yang kakak2 dan abang2 dia baca tu. Tiap kali saya mengemas buku diorang saya akan tampal balik yang mana koyak sebab saya rasa setiap buku tu ada ilmunya yang tersendiri. So, setakat mana ia bertahan dengan baik, guna sahaja.
Sempat juga mengajar buku pertama 'Read Easy'. Wah, ianya lebih mudah dari yang saya sangkakan. Usamah walaupun masih belum boleh mem'batang' bacaan (Asmaa' pun tak berapa lancar juga tapi bolehlah) boleh membaca buku 1 itu dengan baik. Ada faedahnya jugak kan umi duduk rumah??
Kemudian, Asmaa' tiba2 teringat akan beg dia yang dia tinggal dalam kereta. Dia memang susah berenggang dengan beg tu. Dari lepas Asar lagi dia mintak sampai le ke lepas Isya' kami masih belum ambilkan. Last2 dia guna ayat terdesak, "Kakak nak buat yang cikgu suruh tadi". So lepas beg tu dibawa masuk (nasib baik abah nak gi usrah..kalau tak ntah pukul berapa nak amik) dia simpan je beg tu.
Kemudian saya tanya, "Kata tadi kakak ada kerja sekolah. Pergi la buat." Kemudian dia termanggu2...dan pelan2 dia bagitau, "Kalau takde macam mana umi??"
Umi : Jadi tadi kakak tipu abah lah suruh abah amik beg??
Asmaa' : .....(diam). Lain kali kakak tak cakap macam tu.
Umi : Lain kali kalau nak beg, cakap je nak beg. Jangan cakap tipu mcm tadi. Tak baik.
Asmaa' : Kalau macam tu macam mana kakak nak masuk syurga ni umi?
Umi : Nanti minta maaf dengan abah. Mintak ampun dari ALLAH
Setelah lama dia senyap balik...
Asmaa' : Umi nanti masuk syurga jugak tak??
Umi : (telan air liur sambil insaf...waaa...tak solat Isya lagi) Kalau pahala umi berat dari dosa umi, dapatla umi masuk syurga.
Asmaa' : Ala...umi buat la baik banyak2, nanti takde sapa nak jaga kakak dalam syurga.
Umi : Dalam syurga nanti ada malaikat, ada bidadari yang jaga kakak. Tak payah risau.
Asmaa' : Tapi, kakak nak umi dengan abah ada sama...
Umi : Kalau macam tu kakak dengan adik2 kenalah doa semoga dosa umi dengan abah diampunkan, semoga umi dengan abah selalu buat kebaikan...
Asmaa' :OK kakak doa...
Duhai anak...betapa kuatpun umi berleter, korang boleh lagi ek duduk keliling umi bertanya itu ini. Umi nangis kang haaa....nangis ni..nangis ni.......
Huhu..mmg bacer pun,rs cam nk nangis jgk
ReplyDeletepija meh join contest
ReplyDeletehttp://www.kakyong.com/2010/10/cute-baby-contest-2010.html