Monday, September 15, 2014

Jom perhati cara kita selesaikan masalah

Kebetulan saya ada terima beberapa soalan. Soalan itu berkisar bagaimana saya selesaikan masalah jika diuji begini begini.. feww.. kadang2 saya termenung membaca soalan. Bimbang sangat nak bagi jawapan..

Kenapa saya bimbang? Sebab saya risau sangat2 kalau jawapan yang saya beri terlalu ideal sehingga orang yang bertanya rasa jawapan saya itu bagaikan mustahil untuk dilakukan. Ia berlaku dengan kerap.

Saya beri contoh. Kita adalah pelajar. Selalu bingung dengan apa yang guru ajar. Lalu kita berjumpa dengan guru. "Cikgu, saya tak faham apa cikgu ajar. Boleh cijgu bantu saya?".

Lalu cikgu mula bertanya jadual harian kita. Tidur jam berapa, bangun jam berapa, makan berapa kali, makan apa, baca quran berapa kali, ulangkaji berapa jam, buat latihan berapa jam. Letih menjawab soalannya.

Kemudian guru itu mula berkata, "Mulai malam ini awak tidur awal. Esok jam 4.30 pagi awak bangun dan buat sunat tahajjud dan hajat. Minta dari Allah semoga diberi akal yang cerdas. Jika tidak berpuasa, pastikan awak sarapan. Makan pula selepas awak berasa lapar. Jangan makan makanan seperti jajan dan bahan terproses. Pergi kelas dengan doa semoga mudah menerima ilmu. Habis sekolah mulakan jadual mengulangkaji dan kerja sekolah. Pastikan jangan bertangguh.." dan panjang lagi saranannya.

Lenguh berdiri, kita minta diri balik ke kelas. Cikgu buka buku mukasurat yang diajarnya tadi, "Awak tak faham yang inikan? Duduk sekejap saya ajar". Setelah itu baru terasa lega dihati.

Contoh lain, kita sakit perut. Tak tertahan rasanya sakit itu. Lalu, kita segera ke klinik bertemu doktor. Doktor melakukan sedikit pemeriksaan dan selepas itu dia memberi beberapa advice.

"Balik nanti awak cari madu. Bila perut awak sakit memulas awak makan. Setiap kali sakit awak ambil madu itu. Kemudian awak sentiasa baca selawat syifa dan setiap selepas solat doakan semoga perut awak cepat sembuh. Dan jangan lupa amalkan habbatussauda".. doktor pun senyum.

Terkebil2 kita yang mendengar, tak tau nak respon. Perut sakit dan kita perlukan ubat. Jawapan doktor bagai tidak memuaskan hati walaupun apa yang dia kata itu benar, kerana ada hadis yang telah digunakan.

Perlahan, kita pun minta mengundur diri, dan barulah doktor memberi kertas preskripsi.. ketika itu baru rasa mahu tersenyum. "Ini yang aku cari sebenarnya..".

Diwaktu lain pula kita perlukan modal tambahan untuk meluaskan perniagaan. Tidak ketemu cara kita pergi ke bank dan berjumpa pegawai bank. Lalu kita ceritakan kepadanya kita memerlukan modal tambahan.

Pegawai tadi pun bertanya, "Awak dah baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki?". Dan kebetulan memang kita tidak pernah membacanya lagi lagu kita jawab "Belum".

Lalu pegawai itu mencadangkan kita membeli buku itu dan kita terdiam sambil menelan air liur yang bagaikan berketul. Kemudian dia mengeluarkan kertas tertulis 20 perkara mudah mendapat rezeki. Antara yang tertulis adalah sunat dhuha, istighfar, sedekah dll.

Kemudian dia berkata, "Cuba awak buat dan amal 20 perkara ini. Pastikan nanti jadi amalan". Kita terdiam. Lalu kita minta izin mengundur diri dan tiba2 pegawai itu menghulurkan borang. Dan ya! Borang memohon pinjaman itulah yang sebenarnya kita cari.

Kisah lain, kita ada masalah dengan suami, rasanya dah sampai jalan buntu. Lalu pergi ke pejabat agama. Di situ kita berjumpa dengan pegawai dan beritahu masalah kita. Dia pun mula memberi banyak soalan.

- sudahkah awak buat solat hajat SETIAP HARI minta dr Allah utk keluar dari masalah ini?
- sepjg awak bermasalah dengan suami adakah awak mengekalkan hormat awak pada dia atau awak ada melawan dia?
- telah awak cubakah membaca zikir ya Latif, selawat tafrijiyyah dan ayat2 lain untuk cuba lembutkan hati suami awak itu?
- adakah sepjg bermasalah awak menolak untuk bersama dengan suami awak?

Soalan itu ternyata membuat sesak didada. Lalu kita terdiam dan berhajat minta diri. Lalu pegawai tadi memberi borang. Perlahan dia berkata, "Jika awak telah melakukan apa yang sebut tadi, awak bolehlah isi borang permohonan cerai ini. Tetapi kalau belum, tidakkah awak mahu keadaan awak dan suami awak pulih semula?".

Banyak lagi contoh. Saya bukan bercakap mengenai orang yang datang mengadu sahaja. Tetapi saya mahu bercakap tentang orang yang selalu dijumpai oleh orang yang bermasalah juga.

Hidup kita kini bagai telah ada skema. Jika sakit terus diberi preskripsi ubat. Jika tiada duit, terus nampak tawaran pinjaman bank. Begitu juga yang lain2. Kita kini hampir telah meminggirkan skema yang telah Allah sediakan. Jauh... jauh sekali.

Maka atas sebab itulah bila ada masalah ia bagai tiada penyelesaian. Selalu sahaja keadaan begitu berulang2. Lalu kita menjadi letih dan menjadi orang yang putus asa. Allah akan uji lagi dan lagi sehingga jiwa kita kuat bergantung kepadaNya. Selagi kita tidak menggunakan skema Allah maka bersedialah untuk diuji lagi dan lagi.

Justeru bukalah hati.. carilah jalan dalam Islam untuk menyelesaikan masalah. Bukan mengikut prosedur rasmi semata2. Kita yang bermasalah hendaklah semakin dekat dengan ayat2 Allah. Dan jika orang bermasalah jumpa kita tolonglah belajar memberi solusi indah dengan cara Islam terlebih dahulu.

Saya memandang kerjaya seperti yang saya sebut diatas tadi punya kesempatan yang sangat luas untuk berdakwah. Cuma sayang kekalutan protokol yang ditetapkan menyebabkan kita tinggalkan ciri dakwah itu jauh dibelakang. Sayang sekali...

Ayuhlah.. kita berhenti menjadi hamba sistem, protokol, undang2 manusia.. jom cuba menjadi hamba Allah yang meyakini aturan Allah adalah yang terbaik melebihi skema manusia.

Saya tidak pasti apa yang saya tulis ini sampai maksudnya kepada yang membaca atau tidak. Tapi saya doakan semoga ada yang dapat mengambil iktibar darinya. Hidup kita ini sementara cuma. Kelak kita akan hidup di alam yang kekal abadi.. maka pilihlah yang terbaik untuk bekalan di akhirat kelak.

Semoga kita istiqamah selalu..

sitisifir10.blogspot.com
Fb : Norhafizah Madzlan Pija Sitisifir

1 comment:

  1. salam singgah siti sifir...suka baca blog awk byk mengingatkan sy yg slalu lupa ni..semoga dlm rahmat Allah sentiasa...;)

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!