Wednesday, July 18, 2018

Resipi Jus Pisang Sitrus


Bismillahirrahmanirrahim,

Hidup ni, biarlah selalu memberi manfaat buat yang lain. Rasa rugi jika masa berlalu tanpa kita berbuat apa-apa.

Alhamdulillah, sekarang ni, rasa macam dah jumpa masa sendiri, walaupun sekejap untuk menaip. Jadi, hajatnya nak mula semula menulis nota-nota pendek sebagai perkongsian dengan kengkawan.

Kalau ada manfaat, boleh ambil. Jika tidak, buatlah sempadan.

Baik, hari ni rasa nak share #notajuicingpija

Untuk makluman, saya tak buat pun lagi jus ni haha... saya jumpa dalam majalah. Hajat nak share supaya yang membaca tu bolehlah mencuba sekali.

JUS PISANG SITRUS

Bahan yang diperlukan :
Sebiji pisang
3 biji oren
1/2 biji perahan lemon

Saya tak tau lah kalau pisang tu boleh masuk juicer ke tak hehe.. tapi kalau saya, pisang ni standby duduk dalam blender dulu.

Untuk dapatkan air dari oren dan lemon, saya akan guna juicer.

Oren tu, saya akan kupas guna pisau kupas kulit buah tu, buang bahagian oren dia tu. Kiranya tinggal part putih tu ha. Tapi yang part lemon tu boleh kot tak payah kupas kulitnya janji dibasuh dengan bersih.

Kalau nak diikutkan, kulit sitrus (keluarga limau) memang rasa pahit sikit. Tapi jika dah masuk dalam juicer, bila dah bercampur dengan air buahnya, kurang dah sikit rasa pahit tu.

Kenapa nak letak kulit pula? Sebab kulit pada buah sitrus ni adalah tinggi antioksidan. Cumanya, kalau ada contoh dalam resipi ni ada 4 buah sitrus nak guna tu, guna kulit satu je lah, sebab selain kita nak elak rasa pahitnya, kita nak juga elak ketidakselesaan pada perut kita pula kalau diambil berlebihan.

Dah siap jus tu tadi, masuk dalam blender bersama pisang kemudian blend sampai jadi air. Kalau nak minum sejuk bubuh ais, kalau tak suka sejuk, ikutlah kesesuaian kita.

Untuk makluman, resipi jus ini adalah sangat kaya antioksidan dan memberi rasa tenang kepada peminumnya.

Kalau buat jus ni, sharelah ya apa rasanya. Saya sendiri kena tunggu suami ku cari at least 5 biji pisang, 10 biji oren dan 2 biji lemon untuk buat resipi ni nanti.
 
Oh ya, kalau ada rasa nak beli juicer, dan tak tau nak bertanya di mana boleh maklum kepada saya. In syaa ALLAH saya akan bantu apa yang terdaya. 
 
WhatsApp saya dengan klik link ini :

http://www.wasap.my/60199515058





3 comments:

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!