Saturday, June 25, 2022

Bagaimana Mahu Taat Pada Suami Sedangkan Isteri Membencinya

Bismillah,
Selepas beberapa diskusi, saya memberi kesimpulan.. 

Bila menjadi seorang yang tabah dan sabar dengan kerenah suaminya, pasti akan sampai saat akan timbul benci dihatinya pada suami. Ia tidak mustahil. Cuma sayang tidak semua suami menghargai ketabahan isteri. Lalu kebencian itu bakal terhasil. Perkara ni suamilah perlu ambil kira.

Lalu disoal pula : 

Bila dah benci dan dendam mcm mana nak taat lg..can u imagine?

Sebenarnya saya tiada jawapan pasti tapi saya yakin ini jawapan yang betul. 

Taat boleh berlaku jika dibuat kerana Allah
Bukan kerana suami
Ada beza disitu




Ya.. Ia adalah situasi yang sukar. Tapi segalanya mungkin jika dibuat kerana Allah.. 

Tinggalkanlah suami itu di'ajar' oleh Allah atas kelakuannya.




Friday, June 24, 2022

Jom Lazimkan Solat Dhuha

Bismillah,

Solat Dhuha

Pertama
orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. 

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” 

(HR. Turmudzi)

Kedua
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. 

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” 

(HR. Hakim).

Ketiga
Orang yang menunaikan shalat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. 

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” 

(HR. At-Thabrani).

Keempat
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. 

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan shalat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” 

(HR. At-Thabrani).

Kelima
Allah mencukupkan rezekinya. 

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” 

(HR. Abu Darda`).

Keenam
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. 

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.” 

(HR Muslim).



 

Maafkan Dulu, Kemudian Nanti Akan Melupakan

Bismillah,




Sehari ini asyik terlintas ingatan teman-teman fb tentang memberi maaf, artikel di majalah malah Celik Hati di tv9 tadi. Pasti ada sebabnya kenapa Allah temukan saya dengan topik ini. Lalu saya terfikir, adekah aku masih menyimpan dendam kepada sesiapa?

Akibat dari menyuruh diri berfikir maka keluar habis nama mereka2 yang baru buat hal dengan saya huahuahua. Saya rasa, kalau saya paksa diri lebih lama lagi, mesti orang yang dah lama buat hal dengan saya pun boleh saya ingat. Adeilah, banyak keladak rupanya aku ni. 

Memaafkan tidak semestinya melupakan bukan? Sekarang saya keliru kalau kita memaafkan, bolehkah kita melupakan? Konpius mak.. 

Sebenarnya, saya rasa saya dah boleh memaafkan tetapi memori pada kejadian dukacita tu tetap ada. Memori ni saya yakin boleh hilng seandainya kita benar-benar memaafkan malah menyayangi pula. Saya xpasti ada kajian ke tak dalam hal ni tapi saya andaikan begini sahaja. 

Sebagai contoh, sebagai isteri atau ibu pasti ada saja kelakuan suami dan anak yang menyakitkan hati. Tetapi saya dengan mudah dapat melupakannya setelah beberapa lama. Bilamana terpandang diari lamapun, adakala saya xboleh recall langsung cerita duka yang membuatkan saya menulis itu. 

Saya masih ingat bagaimana saya beria2 menangis membaca diari itu dulu. Tapi sekarang saya baca pun saya xfaham padahal saya yang melaluinya dulu huhuhu. Jadi, saya membuat kesimpulan sendiri bahawa pada benda yang saya masih ingat itu, kemaafan yang saya beri hanyalah separuh. Sekadar untuk membahagiakan diri sendiri. 

Alangkah lebih bahagia jika dapat melupakan semua kesalahan orang pd kita. Ini akan menjadi batu asas supaya orang dengan mudah juga memaafkan kita. Ini adalah kerana, kita bukan manusia yang sempurna sentiasa saja ada salahnya dan selalu mengharapkan supaya diberi maaf serta peluang kedua untuk membaiki diri. 

Menurut satu artikel yang saya baca pagi tadi, kita mesti setel dengan ibu, bapa, suami dan anak2 iaitu dengan memaafkan salah mereka dan juga meminta maaf salah kita sendiri kepada mereka. Bagi mereka ini, sekiranya susah nak setel bayangkan kita berada bersama mereka dihadapan Kaabah. Luahkan segalanya dalam visualisasi itu dan seterusnya lakukannya secara real dengan berhadapan dengan mereka. Jika dilakukan dengan sepenuh penghayatan, insya Allah masalah terbesar dalam hidup kita akan beransur pergi. 

Sesungguhnya memori duka itu akan pergi juga dengan cara kita memberi peluang bahagia kita bersama orang yang bersalah itu. Ia akan dapat tercapai dengan kita membalas tuba yang diberi oleh mereka dengan madu. Jom bersama cari kekuatan itu. Semoga api derita dari permusuhan akan berlalu pergi juga.


 

Thursday, June 23, 2022

Nota Tafsir az-Zumar ayat 50-60

Bismillah,



 

Nota Kuliah Tafsir
#notakuliahtafsir

Surah Az-Zumar ayat 50-60

Sifat golongan yang kufur kepada Allah, bila mereka dapat nikmat mereka rasa itu adalah hasil dari kepandaian dan kemahiran serta ilmu mereka. Sifat ni akan menyebabkan manusia tu jadi takabbur. Mereka elak dari terima benda tu semua pada Allah. 

Oleh itu banyakkan syukur kepada Allah.

Azzumar 50
Allah beritahu bila seseorang itu dapat nikmat, mereka rasa itu hasil dari kepandaian mereka. Ini adalah kalimah takabbur. Orang seperti ini ada sejak zaman Nabi sehingga zaman ini. Contohnya Qarun. 
- apa yang mereka usahakan tak akan dapat menyelamatkan mereka 
- Lalu ditimpa ke atas mereka azab hasil dari apa saja amalan buruk mereka di dunia.
- Maka, ahli Makkah perlu tahu bahawa azab itu akan menimpa mereka juga seperti yang kena pada orang yang terdahulu 
- Mereka ini tak akan dapat melemahkan Allah untuk terlepas dari azab Allah (di dunia boleh lah kalau nak lari dari polis dll)

Ayat 52
- Dalil aqli
- Tidakkah mereka tahu bahawa Allah yang melapangkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki dan menyempitkan kepada sesiapa yang dikehendaki. Keduanya adalah ujian kerana dunia adalah tempat ujian dan akhirat adalah tempat balasan
- Sifat orang yang beriman adalah selalu tadabbur ayat al-Quran dan mereka ambil manfaat dari ayat Allah

Ayat 53
- keampunan dosa ada dua kaedah
- Satu - Allah boleh je ampunkan dosa yang tidak bertaubat pun kecuali dia syirik, tapi jangan buat dosa sebab ni sebab kita tak tau siapa yang beruntung begini
- Dua - Allah mengampuni mereka yang bertaubat dan berbuat amal soleh walaupun sering berbuat dosa
- Sifat rahmat Allah mengatasi murkaNya
- Jadi, jika melakukan kesalahan yang paling berat, jangan putus asa mengharapkan rahmat dari Allah. 
- Jangan hukum seseorang tu ahli neraka - ini menghukum
- Memberitahu sifat ahli neraka begitu begini - ini menyatakan hukum 
- Menyatakan hukum dan menghukum dua perkara berbeza
- Dosa orang yang kufur dan syirik tetap akan diampunkan jika bertaubat

Ayat 54 
- Allah arahkan hambaNya bertaubat dan melakukan amal
- Hendaklah hambaNya kembali semula kepada Nya
- Taubat adalah amalan hati, istighfar amalan lidah. Kalau istighfar banyak tapi tidak taubat dengan sebenar maka tidak bererti permohonan maaf itu
- Sebab tu kena sedar kesalahan apakah yang kita buat, mohon taubat atas kesalahan itu, bukan lafaz istighfar begitu saja
- Aslimulahu - serah diri bulat-bulat kepada Allah dan bersedia menerima tauhid
- Makna lain - ikhlas dalam melakukan ayat sebelum azab menimpa
- Bila azab datang, hamba tidak boleh lari dari azab itu

Ayat 55
- Allah arahkan hambaNya ikut wahyu dan arahan Allah
- Seandainya wahyu diikuti maka manusia tidak akan mati tanpa ada persiapan
- Hendaklah kamu ikut sahaja ahsan (wahyu yang terbaik dari al-Quran iaitu aqidah) dan dihuraikan oleh Nabi melalui hadisnya sebelum azab menimpa kamu secara tiba-tiba

Ayat 56
- supaya di akhirat nanti tidaklah perkara ini diucapkan, “Alangkah ruginya aku atas kecuaian aku yang dilakukan di dunia 
- Kalimah ini akan diucapkan oleh orang yang jauh dari ikut wahyu

Ayat 57
- satu lagi perkataan, “Kalaulah Allah beri petunjuk kepada ku, nescaya aku termasuk dalam golongan yang bertaqwa

Ayat 58
- atau ayat ini, “Jika kami dapat kembali ke dunia, tentu kami akan menjadi orang yang baik (dari sudut aqidah dan amalan kerana jika aqidah betul, amalan pun betul)
- Mana ada lagi dunia ketika itu kerana dunia akan hancur 
- Kalimah ini adalah kalimah penyesalan 

Ayat 59
- Telah datang kepada mu ayat ku tapi kamu mendustakannya dan kamu sombong tidak mahu mengikuti dan menerimanya. 
- Orang yang dah dapat nikmat di akhirat tak mau dah balik ke dunia kecuali orang yang syahid, nak lagi balik ke dunia dan syahid lagi sebab mahu nikmat di akhirat digandakan

Ayat 60
- pada hari kiamat nanti kamu akan dapat melihat orang yang berdusta atas nama Allah (dia kata benda bukan agama tu adalah agama)
- Wajah mereka kehitaman
- Neraka memang tempat kediaman yang sesuai untuk orang yang sombong 
- Allah akan menyelamatkan orang yang jaga diri mereka dari syirik, disana tidak akan lagi susah dan sedih