Wednesday, November 07, 2007

Natijah Dari Kemarahan

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Pernah baca cerita di atas kan? Cerita ni mungkin pernah melintas ke setiap inbox kita. Maaf lah ek sbb saya tak copy sekali nama pengirim atau penulis asal. Namun, kepada pengirim tu, saya sedang cuba untuk menimbulkan semula apa yang telah anda bawakan, sebagai peringatan buat kita yang sering lupa.

Tajuk yang dipilih secara rawak dari koleksi artikel dalam pendrive saya ni tak ada kena mengena dengan kehidupan saya hari ini. Namun, kemarahan tak juga jauh dari dihadapi setiap hari. Ada masa, customer datang kedai dengan marah-marah dan saya terpaksa menjadi air yang sejuk untuk menghilangkan api kepanasannya. Terkadang yang lain, ibubapa saya yang masih prihatin dengan keputusan2 saya walaupun saya kini isteri orang juga marah2 jika mereka memandang saya tidak membuat keputusan dengan bijak pada pandangan mereka.

Dalam kes parents, saya hadapkan aje kemarahan diorang kerana marah diorang tak sebesar mana dibandingkan dengan kasih sayang diorang. Mcm tu jugak kalau mertua saya marah. Kemarahan selalu membawa kepada kemarahan juga. Namun, dalam kes dengan parents, pendamkanlah rasa kemarahan tu ke lubuk paling dalam.

Dalam kebanyakan kes parents marah, jika kita tak melawan (meskipun dalam masa yang sama kita masih buat benda yang dia tak suka), mereka akan memaafkan kita dengan mudahnya. Berbanding dengan kita melawan balik, mungkin tarikh kita melawan akan ditulis satu persatu di hati mereka hingga membawa kepada jauhnya rahmat ALLAH dari kehidupan kita kan?

Seblom jauh, saya mahu menceritakan kisah seorang ibu, bapa dan seorang anak. Dari 1998 dan skang 2007 masih dalam keadaan yang menyedihkan. Tidak sepatutnya hubungan kekeluargaan mereka begitu namun inilah natijahnya dari kemarahan.

Si bapa marah, si anak melawan dan silap ibu kerana membela. Selepas episode itu, tercetus pula episode lain yang menyebabkan kemaafan tak ada lagi tempatnya di mana2. Baik di pihak bapa, ibu mahupun anak telah tiada lagi lubang kerana kemarahan masing2 berada di puncak. Tidakkah ini menyedihkan? Sewajarnyakah kehidupan berkeluarga menjadi begini. Tanpa sifat mengalah dari anak, bapa atau ibu itu, tak pastilah bilakah mereka akan bersatu.

Bila seseorang menghadapi masalah dalam hidup dan dia menghadapinya dengan kemarahan dan emosional, maka akan tertutuplah akal yang waras. Jika kita menghadapi sesuatu masalah dengan ilmu dan kelembutan, pasti tindakan susulan kita akan dipandang lebih mulia. Ini lebih baik kerana tidak akan merugikan diri kita dan orang lain juga.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk mengawal kemarahan :
• Berdoa kepada ALLAH agar menghilangkan sifat2 hina dari diri kita. Allah berfirman, “Berdoalah kalian kepada Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Al-Ghafir : 60)
• Terus menerus berzikir pada ALLAH seperti membaca alQuran, bertasbih, bertahlil, beristighfar kerana ALLAH telah menjelaskan bahawa hati akan menjadi tenang dengan mengingati ALLAH. “Ingatlah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d : 28)
• Mengingat ayat-ayat alQuran dan hadis yang menggalakkan kita menahan marah. Seperti sabda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang menahan marah sedangkan ia mampu untuk melampiaskannya,(kelak di hari kiamat) ALLAH akan memanggilnya di hadapan para makhlukNya dan menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah)
• Mengubah posisi semasa marah. Jika berdiri maka duduklah, jika duduk, berbaringlah. Owh, I like this, kalau tersalah terlena lagi sedap..he he…
• Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab2 yang boleh menaikkan kemarahan. Cubalah berlemah lembut dalam tindakan kerana dengan berlemah lembut, sekalipun tengah marah, maka nampak jugak hensemnya. Percayalah!!!

Semoga ada manfaatnya utk anda yg membaca….

Tuesday, November 06, 2007

Kuota Anak


CAKKK!!!!
Bismillah,
Arini terasa nak cakap pasal kuota anak, sempena Apa-Apa Aje semalam yang berlangsung. Memang tiap kali program ni online saya terasanya nak tepon bercakap tapi kalau bab-bab tepon TV radio ni saya sll yang belakang sekali. Maleh eh nak cakap byk, buatnya tersalah cakap sape yang malu?

Alkisahnya Sheila dgn Samsul bincang tentang fenomena ibu atau bapa yang menetapkan berapa bilangan anak. Secara kesimpulannya yang dapat saya simpulkan :

Kenapa ayah yang wajar tentukan bilangan anak?
Selalunya sbb kewangan adalah bahagian major yang perlu difikirkan oleh seorang ketua keluarga.

Kenapa pulak mak yang wajar tentukan bilangan anak?
Sebab paling major adelah orang yang nak beranak adalah golongan ibu2. Lepas tu nak maintain body lagi. Ada yang kata lepas pada umur tertentu lets say 30 dah nak rehat takmo beranak.

Alasan untuk menyekat bilangan anak:
- Biasanya alasannya adalah nak bagi pendidikan terbaik buat anak-anak.
- Takde masa sebab sama-sama bekerja.
- Jaga kesihatan.

Alkisahnya, mari pulak kita menghayati perasaan kita ketika tua. Aha, bunyinya saya ni mcm nak promote orang beranak la korang beramai-ramai. Bukan itu maksud saya ek..Baca dan fahamkan bebaik. Yang mana boleh diikut, ikut la. Yang mana tak, tinggalkan jauh-jauh.

Saya cuma nak bandingkan IBU A yang punya tiga anak dan IBU B yang punya 11 orang anak. Musti beza bilangan tu kan dah jauh. Memang betul tak dinafikan IBU B musti la letih sbb kene ajar 11 orang anak tu bukan senang nak besarkan satu-satu sampai jadi orang yang berguna.

IBU B menggunakan kaedah susuan untuk menjarakkan anak. Memang anak-anak dia semua setahun beranak, setahun jarak. Dia akan menyusukan anak dia sepenuh masa sehingga berumur dua tahun kebanyakannya. Alhamdulillah, semua anak-anak dia besar jugak walaupun tak merasa susu formula.

Compare dengan IBU A, dia tak guna kaedah perancang juga tapi rezeki agaknya ALLAH bagi cuma tiga orang anak yang berselang jauh jugakla setiap seorang. Dengan kerja sebagai jururawat, pasti saja kesibukan masa bekerja menyebabkan anak-anak disusukan dengan susu formula.

Perbezaan pendidikan anak-anak, kedua-dua ibu telah mencuba sedaya upaya untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke tahap yang tertinggi. Alhamdulillah semua dapat pendidikan yang terbaik sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ada yang tersangkut tak sampai lah ke universiti tapi masih boleh membawa diri. Cuma IBU A agak terkilan dengan anak keduanya. Ntah dimana silapnya anak itu seakan tak mau mendengar kata. Mujur masih ada dua lagi anaknya yang rasanya boleh diharap.

IBU B setelah diperhatikan tak adelah anaknya yang masuk kategori terkilan tahap melampau. Cuma biasalah anak akan melakukan kesilapan pada masa-masanya. Mungkin terkadang anak itu lewat bangun solat Subuh dan macam-macam lah. Biasalah orang kan.
Time rajin dikata rajin, time lain mcm tu aa…

Dari segi masa tua, tika muda IBU A memang lapang. Boleh buat kerja dengan baik dengan dibantu pembantu rumah. Ada masa di rumah, boleh bersama dengan anak dan dua anaknya itu boleh dikatakan pelajaran mereka adalah hampir terbaik. Cuma bila anak sudah besar, yang masuk asrama, tinggal di asrama, yang dah berkahwin mengikut suami. Maka tinggallah dia memelihara anak kucing.

IBU B pulak, walaupun anak lelakinya kerja di tempat lain, anak perempuan berkahwin lalu dibawa suami ke tempat lain manakala yang masih belajar, tinggal di asrama. Namun begitu, satu pergi, datang pula yang lain menemani. Takde perancangan tapi alhamdulillah tidaklah dia keseorangan. Kalau merajuk dengan seorang anak, dia masih punya 10 yang lain lagi.

Jadi dimanakah sebenarnya punca kepuasan hidup. Sekarang ni, kesimpulannya beginilah, kalau ngko beranak, ngko jagalah anak tu bebaik. Bagi didikan yang tak berbelah bagi walau apa juga alasannya. Walau anak ramai, atau anak tak ramai, setiap yang beranak musti kene jaga anak baik-baik.

Kaedah merancang pula, bukan tak ada kaedah yang lebih asli tapi disebabkan gaya hidup kita sekarang menyebabkan ramai yang nak guna kaedah mcm pil2 perancang. Kesan kemudiannya ade yang kata badan mengembang lah, ade yang kata tak boleh beranak pulak lepas pada berhenti makan pil la. Macam-macam boleh kita dengar.

Anak itu siapa?
Kita mau kene ingat bahawa ALLAH telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita. Dia mentakdirkan kita begini supaya kita tunduk dan patuh kepada Nya Cuma cara kita menerima nikmat dan dugaan juga menjadi titik tolak dalam menentukan kehidupan kita di hari kemudian.

mm…tu je lah sepatah dua dari saya ek. Moga ada sedikit manfaatnya…

Komen dari En Limbat yang menyebabkan saya nak melampirkannya di sini...

Menarik sekali topik ini cuma ianya agak kurang mendapat sambutan dari rakan2 sim..

Dalam pergaulan dengan kawan2, banyak jugak keluhan daripada mereka yang pernah merancang sama ada tak mahu anak awal, nak menjarakkan anak dsbnya.. Urusan mendapat anak tu sepatutnya kita serahkan secara total kepada Yang Memberi Anugerah. Biasanya apa yang kita rancang tidakkan sama dengan realiti. Ada yang mulanya taknak anak dulu, akhirnya terus diuji dengan tak dapat anak langsung. Ada yang cuba menjarakkan anak 2-3 tahun, dan jugak Allah tak beri mereka anak sehingga 10 tahun... Jarang sekali kita mendengar cerita mereka yang memang betul2 gembira dengan hasil "merancang" mereka. Cerita yang ditulis cik sitisifir memang banyak kebenarannya. Dan sebagai muslim yang berpandukan Al-Quran kita sepatutnya cuba memahami ayat berikut yang ada hubungkaitnya dengan hal di atas;

"...janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka..."(6:151)


"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu...."(17:31)


Sungguhpun ayat2 di atas ditujukan kepada jahiliyyah yang membunuh anak2 mereka dulu, namun dalam kedua2 ayat bahagian akhirnya adalah sama...iaitu Allah telah menetapkan rezeki masing2 untuk kita dan anak2 kita. Menggunakan pelbagai alasan terutama sekali alasan kewangan untuk tidak mahu anak ramai tentunya amat bertentangan dengan Al-Quran yang kita imani.

Wallahu A'lam & Wassalaamu'alaikum.