Thursday, December 27, 2007

Hasad dengki


Hasad dengki. Apa tu? Ha ha..buat2 tak pernah dengar pulak ek. Kata bebudak zaman sekarang orang zaman skang ni ramai yang ada PHd. ‘perasaan hasad dengki’. Kadang-kadang tu benda yang orang lain lebih dari kita tu kecik je, mula la kita pun anto antu jin setan ape kat dia.

Tapi tu teknologi zaman silam anto benda2 lagu tu. Orang zaman skang semua guna kaedah mami jarum. Pernah tengok mami jarum? Huhu..gitula kaedah yang selalu digunakan oleh kaum wanita kan? Kan? So, teknik orang lelaki mcm mana? Ada jugak kot diorg ni guna kaedah yang sama. Sampai ada jugak yang menggunakan teknik backhand untuk menumbangkan orang yang didengki.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Alangkah comelnya dunia ni kan kalau kita berdengki tanpa ada perasaan mahu menjatuhkan. Kalau dengki, usaha la sendiri kasik up u punya diri. Biarlah orang yang dah berjaya tu meraikan kejayaannya. Satu kenikmatan yang hebat andai kita meraikan kejayaan dengan usaha sendiri, bukan dengan menjatuhkan orang lain.

Dari kita Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Al-Ghazali) menyenaraikan punca timbulnya perasaan hasad dengki:

• Perasaan permusuhan dan kebencian – sekalipun marah, janganlah sampai timbul perasaan mahu bermusuh. Jika betul marah, ubat yang paling mujarab adalah memaafkan. Hayati kembali perkataan ‘kemaafan adalah dendam terindah’. Dengan memaafkan, hati dan jiwa kita kian tenang dan tidak akan ada lagi perasaan mahu bermusuhan.
• Berasa diri mulia – kita tentu saja pernah menjadi yang terbaik namun untuk mengekalkan status itu memang sukar kerana dunia ibarat roda. Terimalah hakikat bahawa dunia ini hanya sementara. Relakanlah orang lain mencapai kemanisan dalam kehidupan mereka. Bukan bermakna kita jatuh kita tidak akan bahagia kerana rekod kita pernah bagus Cuma bila dunia berubah, maka kita juga perlu berubah. Jika dulu manusia berjaya memasak dengan kayu api namun zaman skang, dah macam-macam teknik tanpa nampak apinya pun makanan masih boleh dimasak. Begitulah diibaratkan kita perlu sentiasa memperbaharui keadaan supaya kita sentiasa di atas namun kita perlu akur andai teknik kita mungkin kurang berkesan untuk membantu.
• Takbur – jangan suka membesarkan diri. Dengan membesarkan diri, kita akan mengecilkan orang lain. Sedangkan kita manusia tidak bersifat sempurna kerana kita banyak kelemahan.
• Ujub – bila kita takjub dengan diri, kebenaran akan selalu terhalang. Kita akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan kerana bimbangkan orang lain akan lebih menonjol.
• Takut terlepas sesuatu tujuan atau habuan – bukankah rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh ALLAH. Berusahalah dengan cara yang tersendiri dan redhalah dengan apa yang kita dapati. Semoga dengan cara ini hidup kita akan lebih diberkati.
• Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari popularity – perasaan mahu menjadi orang yang paling atas memang akan selalu terdedah dengan perasaan hasad dengki. Sekali lagi ingat, bahawa dunia laksana roda, ada masa kita di atas dan di masa lain, kita akan di bawah juga akhirnya.
• Busuk hati – jika perasaan busuk hati wujud pada seseorang, akan wujud juga perasaan tidak suka pada kebaikan orang lain. Setiap manusia, ada bahagiannya masing-masing di dunia ini. Bersama-sama lah menjaga bahagian masing-masing jangan sampai kerana sibukkan bahagian orang lain, bahagian kita akan menjadi sia-sia.

Sudah-sudahlah dengan perasaan dengki. Bina satu rasa yang lebih menyenangkan dalam diri dari kita melayan rasa dengki ini. Bagaimana lagi untuk mencari bahagia dalam diri andai kita mengizinkan lagi hasad dengki ini bertapak terus menjadi daki dalam hati kita.

Semoga ada manfaatnya.

Unconditional Love


Bismillah,

Terlanjur terbuka satu file Power Point yang saya simpan telah sekian lama. Tajuk file to A touching Presentation. Mungkin ramai yang mcm saya yang download file tu atau mungkin tak. Apapun, ingin saya kongsikan sedikit ringkasan dari ceritanya.

"Ada seorang pemuda yang baru balik perang. Dia call parents dia dan bgtau yang dia nak balik. Parents dia pun hepi banget wira jiwa mereka akan pulang jua akhirnya. Pastilah itu menjadi kebanggaan dan kegembiraan. Tetapi, pemuda ini ada permintaan, dia mahu membawa kawannya yang hanya mempunyai satu kaki dan satu tangan setelah sebelah anggota lainnya turut terkorban di dalam peperangan.

Malangnya, ibubapa pemuda itu menolak dengan alasan, susah nak handle orang yang cacat begini. Sekalipun pemuda itu memujuk namun parentsnya berkeras menolak. Beberapa hari lepas tu, parents dia dapat call yang anak dia dah mati kemungkinan membunuh diri. Bila parents nih datang untuk mengecam anak mereka, mereka terkejutlah bila tengok anak mereka hanya ada sebatang kaki dan sebelah tangan. Uhuk...Tak ke nyesal?"

Satu yang saya nak bgtau, actually pada sesiapa yang menghadapi situasi pemuda ni, banyakkanlah bersabar. Jangan la sampai bunuh diri pulak kerana itu sama sekali sitegah dek agama kita. Juga bukanlah menjadi satu kekecewaan jika kita membela agama ALLAH sekalipun kita mati di medan perang sekalipun bukan?

Yang kedua dari sisi pemuda lagi, jangan cepat salah anggap dengan parents kita. Mungkin juga kita tak bgtau sebenarnya yang cacat itu adalah kita kerana ibubapa yang baik tak pernah menolak anak mereka sekalipun fizikal si anak berubah 360 darjah sekalipun.

Dari sudut pandangan mak ayah pulak, memang tidak mudah untuk menerima fizikal baru anak kita bukan? Sekalipun betul kawan dia, mungkin ada sedikit belas ihsan kita untuk menjaga orang yang kehilangan anggota ini? Tidakkah itu menjadi saham yang tinggi nilainya di sisi ALLAH kemudian hari kelak.

Jika itu adalah anak kita, maka sayangilah mereka dengan kasih sayang yang berlebihan berbanding semasa dia sempurna. Kerana dia telah pergi berperang menegakkan agama ALLAH. Tapi, what if anak kita patah riuk putus habis anggota sebab merempit? Wakakaka....fikirlah sendiri tapi normally time dah patah riuk ni orang akan insaf sendirik.

Ini adalah kisah cinta luar biasa. Memang cinta luar biasa sangat memerlukan pengorbanan. Namun cinta biasanya akan rela dan dia tidak sama sekali merasakan perlu berkorban. Tambahan cinta ibubapa dan anak. Andai keluarga kita adalah keluarga yang harmoni, kejadian apa sekalipun yang menimpa ahli keluarga, pasti tidak akan menjadi kudis buat kita.

Adakah cinta kita cinta yang biasa2 atau cinta kita adalah seperti cinta luar biasa yang dikatakan oleh Dato' S itu?