Friday, June 12, 2009

Memberi & Menerima Teguran


Bismillah,

Wahai mereka yang membaca, ini hanya satu idea. Idea buat diri saya paling utamanya kerana sebenarnya saya turut bimbang untuk membicarakan hal ini. Mari kita bicarakan tentang Memberi Teguran dulu ya.

Saya pernah merasa terluka ketika ditegur. Sebenarnya, tidak ada salah dari pihak yang menegur. Saya yang salah di dalam hal itu namun siapalah manusia di dunia ini yang cepat merasa dirinya salah. Kita sering dipenuhi dengan rasa 'sentiasa betul'. Begitulah juga saya. Adakala saya tidak dapat menerima teguran.

Apa yang wajar anda lakukan untuk memberi teguran?
  • Pilih masa yang sesuai - jangan di hadapan orang
  • Pilih tempat yang sesuai
  • Pilih cara yang sesuai - direct dari mulut, surat, email, mesej, chatting
  • Gunakan bahasa tubuh yang tidak menyakitkan - memegang bahu, mengusap rambut, memegang tangan
  • Gunakan bahasa yang menyenangkan - jika sesama pasangan, gunakan perkataan 'kita' daripada menggunakan perkataan 'awak' seperti kes ini : "Anak kita selalu sakit sebab kita tidak jaga mereka elok2" daripada "Anak kita selalu sakit sebab awak tak jaga"
  • Jangan merendahkan orang yang anda tegur - ia hanya membuatkan orang yang di tegur lebih menerukkan keadaan
  • Berdoa semoga orang itu menerima nasihat anda

Bagaimana pula jika kita pula yang ditegur?
  • Segera memohon maaf jika benar anda bersalah (namun awas, ada sesetengah pasangan tidak suka anda memohon maaf. Ini adalah kerana mungkin dia telah memaafkan anda)
  • Jangan cepat melenting
  • Jika mahu menjawab atau membela diri, angkat tangan anda dengan comel dan kata, "Boleh saya cakap sesuatu...." Kemudian cakaplah namun awas, pastikan alasan anda masuk akal
  • Jangan mencari kesalahan orang yang menegur pula
  • Terima kasih atas teguran itu.
Semoga entry ini ada kesannya buat kehidupan anda!!
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!