Tuesday, June 09, 2009

Cabaran Mengajar Anak Menutup Aurat

Bismillah,

Saya tak pernah di condemn lagi dan ini mungkin pertama kali terdengar orang mengata ngeji saya. Pastilah saya yang dikata sebab saya dan suami yang ajar, bukan Asmaa' & Arwa yang nak pakai sendiri. Tapi kawan-kawan jangan bimbang, saya tidak pula lemah semangat dengan apa yang dikata cumanya itulah, saya cuma rasa sedih aje.

Asmaa' sedang mengemaskan apa yang disepahkan adiknya

"Ni kecik2 dah pakai tudung, dah besar nanti tudung ntah ke mana.."

Adui, kalau tak puas hati diam aje lah. Kalau betul2 tak puas hati, kenapa pula tak bercakap di depan saya? Barulah saya akan bagi jawapannya. Atau mungkin saya akan bertanya soalan pula kepada orang ini. "Mana anak makcik? Owh, tak pakai tudung...ini kesan memakai tudung dari kecilkah? Atau makcik tak ajar dia pakai tudung so dia tak pakai tudung sampai sekarang? Atau anak makcik tak puas2 lagi tak pakai tudung?"

Ha...ini la namanya berleter secara online. Kebarangkalian untuk saya berjumpa dengan makcik ni semula sangat kecil. Saya rasa saya tak ada peluang untuk mendekati dia dan mengatakan, anak saya selesa begiu. Malah dia takkan keluar rumah selagi tak berjumpa dengan tudung dia. Kerana dia dah tahu, dia perlu menutup aurat jika dia keluar rumah.

Asmaa' apatah Arwa masih terlalu kecil untuk memakai tudung?
-Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
-Alah bisa tegal biasa.
-Dont put off till tomorrow what U can do today.
Biarlah itu menjadi jawapannya...


Arwa mahu menyenduk sape yang tak dengar cakap umi :P

Tahukah anda bahawa bukan senang untuk memakai tudung? Ramai orang berasa serba salah untuk memulakan memakai tudung. Jadi saya tak mahu anak saya berada dalam keadaan serba salah itu. Saya mahu dia faham bahawa memakai tudung adalah sesuatu yang dituntut syariat. Bukan untuk comel...Tapi mereka benar2 comel di dalam tudung mereka.

Mungkin ada yang membaca entry ini yang tidak memakai tudung. Maafkan lah saya. Namun masih belum terlambat andai anda mahu memulakannya sebelum ia benar-benar terlambat. Jangan tunggu 'sampai seru' kerana sebenarnya seru itu sudah lama. Malah sekarang saya juga sedang menyeru anda. Ini adalah kerana rasa kasihnya saya pada saudara seagama dengan saya.

Jangan kata saya ekstrem. Kerana saya tidak mengikut semua saranan baginda Rasulullah SAW. Masih banyak lagi mujahadah diri perlu saya lakukan untuk meningkatkan keimanan dalam diri saya. Cuma saya bimbang yang mengata orang ekstrem itu, adakah dia secara ekstrem melanggar perintah ALLAH dengan tidak menutup aurat?

Maafkanlah saya jika entry ini benar2 melukakan perasaan anda. Kadangkala luka perlu untuk kita mendapat kekuatan dan cabaran untuk memulakan sesuatu yang baru. Semoga ALLAH mudahkan perjalanan saya dan anda juga.
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!