Thursday, June 25, 2009

Anak Anda Rabun & Pendiam??


Bismillah,


Saya sebenarnya sedang malas hihi...sesiapa yang baca entry saya dalam minggu ini akan maklum dengan kemalasan saya. Tapi jgn salah faham, saya malas dalam dua benda aje, masak dan lipat kain. Saya masih rajin makan, rajin tgk TV, rajin blogging...muahahaha....kerja lain saya buat juga dengan susah payah.


Ada sesuatu yang menarik mahu saya kongsikan hari ini. Ini adalah kerana saya bertemu dengan seorang budak yang saya tak pernah lagi berjumpa dengan kanak2 yang sebegini di premis saya. Semasa saya tengok budak ini pada mulanya dia sedang tersengih2 dan bapanya kata dia mengadu tak nampak dan selalu meniru kawannya.


Jadi apakh yang luar biasa? Budak ini enggan bercakap walau sepatah pun. Wah, saya rasa betul2 ada seketul emas di dalam mulutnya. Atau mungkin tidak keterlaluan emas itu bukan setakat seketul malah berketul2. Huhu...saya ajak dia untuk cek mata namun diajak ayahnya sekali.


Saya tidak kisah jika ibubapa mahu turut serta malah saya mahu jika ibubapa itu memahami yang anak mereka benar2 kerabunan (jika mereka memang rabun). Ayah budak ini sangat sporting dan saya dapat lihat ayahnya frust bila anaknya tidak berkata sepatah pun. Saya tidak mahu keadaan dua beranak ini menjadi tegang lalu saya minta ayahnya keluar.


Pun masih anaknya tidak berkata2 walaupun saya memujuk dengan bermacam cara. Sudahnya saya mengugut dia dengan jarum ha ha.....dan budak ini masih diam!!! Menggeleng pun tidak, mengangguk pun tidak. Sungguh pelik sekali. Saya tak pernah jumpa budak sebegini pemalu. Malah terlampau pemalu pada pandangan saya. Sungguh berbeza sekali dengan anak2 ku...ki ki..


Bila melihat bibirnya tercebik2 (mungkin dia dah nak mula menangis) saya ajak dia keluar dan menasihatkan ayahnya supaya membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Selalunya kes yang tahap kritikal sahaja saya hantar ke sana tetapi ini berbeza. Tiba2 datang idea gila dari kepala saya, kenapa tak suruh ayahnya aja yang cekkan mata anaknya?


Kerana kata ayahnya, di rumah mereka tiada masalah. Bila masuk ke pagar sekolah, mcm ada suiz yang menjadikan mereka sekaku itu. Lalu saya nyatakan kepada ayahnya, minta anaknya baca dan beritahu saya sampai baris mana dia tidak boleh nampak. Bapanya menjadi optometris tak bertauliah hari ini...he he...dan saya meng'skodeng' dua beranak ini dari pintu.


Bila saya dapati anaknya tidak boleh baca, saya akan masukkan power dan kemudian meminta ayahnya memicit butang ini dan itu sehinggalah dia mendapat penglihatan yang sempurna dan duokrom yang hampir seimbang. Alhamdulillah astigmatisme budak ini tidak tinggi malah tidak ada pun, kalau tak mesti hari ini ayahnya akan tahu cara untuk menggunakan cross cyl pula!!


Ayahnya bercerita guru mereka pernah menawarkan RM 50-70 hanya untuk mendengar mereka berbicara namun tidak sekali2. Namun alhamdulillah, result mereka masih baik. Saya kira komunikasi juga penting dalam kehidupan. Anak seperti ini perlu menjalani kehidupan yang normal seperti anak lain.


Saya juga mempunyai kawan yang sangat pemalu dan tidak keterlaluan jika saya mengatakan mungkin kes kawan saya dengan budak ini hampir sama. Sehinggakan kawan saya berhenti kerja kerana dia terjumpa seorang dari kawan kami di tempat kerjanya. Takkan sehingga ke tahap itu kita meleburkan masa depannya. Sesuatu perlu dilakukan jika anda mempunyai anak sebegini. Setidak2nya dia menjawab bila keadaan memerlukan seperti ini


Walaupun saya tidak berpuas hati mana dengan pemeriksaan ini, namun saya masih merasa gembira kerana memberikan penyelesaian terdekat kepada dua beranak ini. Anda mempunyai anak yang pemalu dan rabun?? Datanglah ke Parit Buntar ye.....hihi...
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!