Friday, August 29, 2008

Kelahiran Yang Selamat


Bismillah,

Melihat kepada kepayahan ibu ketika melahirkan anak, memang satu pengalaman yang menakutkan. Sangat takut rasanya bila berhadapan dengan keadaan sakit yang datang secara melampau. Waktu tu, kita berhadapan dengan dua nyawa, nya ibu yang melahirkan juga nyawa anak yang bakal dilahirkan.

Setelah melihat anak yang suci dari dosa noda keluar dari rahim ibu, semua akan mengucapkan lafaz syukur. Ini adalah kerana ibu tadi akan terus hilang rasa sakit dan ngeri ketika melahirkan anaknya tadi. Alhamdulillah setelah segalanya selesai tidak akan ada lagi debaran yang menakutkan tinggal lagi debaran untuk membesarkan anak dengan kasih sayang.

Memang semuanya telah tercatat dalam takdir diri. Ada setengah kelahiran adalah selamat dan ada pula yang berlaku sebaliknya. Walau kadangkala kita telah berusaha yang terbaik, namun andai telah sampai ajal kita atau ajal bayi maka terimalah. Namun, kita masih boleh berusaha untuk mengelakkan kejadian tak diingini.

Faktor Yang Menentukan Kelahiran Selamat
i - Kesihatan dan pemakanan - Bab pemakanan mestilah dijaga jangan sampai selalu biar diri dalam keadaan lapar. Lapar juga akan menyebabkan kita mudah loya. Bab kesihatan diri, tidak dapat tidak, mestilah kita pastikan dengan mendapatkan pemeriksaan dari doktor. Jika kekurangan darah, atau ada darah tinggi atau kencing manis dan sebagainya, dapatkanlah pula nasihat doktor bagaimana untuk mengatasi keadaan itu.

ii - Jagaan ketika mengandung - Kalau kita kat Malaysia, seelok2nya ada 6 kali visit sebelum melahirkan supaya doktor pun arif dan alert tentang perkembangan kita dan baby dalam kad merah tu. Jadi bila dia alert, maka dia akan mencadangkan beberapa perkara supaya kita berwaspada.

iii - Lawatan ke klinik - pastikan pada trimester pertama, kedua dan ketiga kita akan pergi ke klinik kesihatan berhampiran untuk buat check up. Doktor tak rajin nak datang rumah jadi kita lah yang kene rajin gi klinik untuk memastikan keadaan kita adalah baik untuk diri kita dan baby

iv - Terima nasihat doktor - setelah diberitahu kurang darah misalnya, doktor akan mengsyorkan suplemen tertentu. Jadi, usahakanlah supaya anda mengambil suplemen itu supaya keadaan yang tak diingini dapat dielakkan.

v - Dengan mendapatkan pemeriksaan, kita akan dapat mengagak kedudukan bayi kita adalah normal ataupun tidak. Kadangkala bayi songsang atau melintang tidak dapat kita rasakan jadi dengan mendapatkan pemeriksaan kita akan alert dengan kemungkinan ini.

Suka saya ingin ceritakan pengalaman saya sendiri semasa hendak melahirkan Arwa. Saya memang tak minat untuk ke klinik terutamanya part beratur nak tunggu turn. Time tulah yang terlampau terasa azabnya menunggu ni. Walaupun begitu, saya paksakan juga diri untuk memenuhi temujanji yang telah ditetapkan.

Selepas masuk 8 bulan mengandung, saya saja-saja suka pegi buat check up dekat klinik biasa. Doktor tu buat ultrasound dan didapati ada nampak mcm benda abnormal dan dia syak saya punya baby ada prob pada buah pinggang. Staff klinik pulak kata dalam Negeri tu, doktor tu soranglah yang pandai buat scan 360 degree (saya tak sure ni kata staff dia je) masa gi teman doktor tu gi kursus.

Masa dapat berita tu saya relax aje tapi saya masuk dalam bilik cek mata (tempat keje saya) dan tiba2 air mata mengalir jugak dengan lajunya. Setelah dimaklumkan pada suami, kami decide utk dapatkan 2nd opinion di klinik bersalin pulak. Tapi masa buat checkup tu, doktor ni tak nampak pulak abnormalnya.

Kali ketiga cek di klinik kesihatan dia kata ada dan kali ke4 saya cek di HUSM dia kata takde. Semua check up ni dilakukan oleh doktor yang berlainan. Doktor yang pertama dah suruh saya melahirkan anak di hospital tertentu jika mahu nyawa anak diselamatkan tapi doktor yang terakhir kata takde masalah untuk melahirkan anak di hospital daerah.

Setelah berfikir2 dan ada juga bertanya kepada byk tempat, satu malam masa saya rasa sudah sedia untuk melahirkan. Kami pergi juga ke hospital daerah. Mulanya nurse bimbang juga dan bertanya adakah perlu diorang bawa saya ke HUSM. Saya cakap saya rasa memang dah tak sempat. Kalau diorang nak bawak jugak mesti saya akan beranak atas ambulan aje.

Saya lahirkan Arwa dengan selamat juga dan alhamdulillah takde masalah. Sebenarnya apa yang dua orang doktor yang nampak abnormal itu adalah my own bladder. Bukan bladder Arwa. Ada orang kata masa nak scan elok bladder penuh tapi keadaan tu rupanya tak sesuai untuk saya. Memang masa scan nampak sangat lompong bladder tu.

Berkat doa orang-orang yang prihatin pada kesihatan saya juga alhamdulillah Arwa skarang makin comel dan dah beberapa kali jadi mangsa gigit umi dia he he... Memang saya rasa sangat bersyukur kepada keadaan ini. Dan berita gembira ini saya sampaikan juga kepada doktor yang pertama detect benda tu dan dia hanya diam sahaja. Tapi saya tak marah pun dia.

Tempat Kelahiran Yang Selamat
i - Hospital Besar - kebiasaannya kemudahannya lengkap, kakitangan terlatih.

ii - Hospital Daerah - kemudahan minimum, untuk mereka yang dijangka tidak bermasalah mungkin tak apa kalau sekadar melahirkan disini.

iii - Pusat Perbidanan - OK tapi masih kurang dari segi ketiadaan tabung darah.

iv - Rumah - seeloknya dielakkan kerana langsung tiada kemudahan untuk menghadapi masalah kecemasan.

Kehamilan dengan kes berikut digalakkan beranak di hospital :
- anak sulung
- anak ke 5 dan lebih
- ada darah tinggi, kencing manis, kurang darah
- kedudukan baby tak normal spt songsang atau melintang
- kedudukan uri tak normal
- Pernah melahirkan anak dalam keadaan tak normal mcm cesarean, forsep atau pernah susah bersalin.

Walaubagaimanapun saya nasihatkan agar yang membaca dapatlah minta pendapat dari doktor. Jika ada keraguan, jangan fikir dua kali untuk dapatkan 2nd opinion. Juga banyakkan berdoa kepada ALLAH agar segalanya selamat dan dimudahkan. Semoga gnerasi yang lahir akan menjadi wira-wira yang memperjuangkan Islam insya ALLAH.

Thursday, August 28, 2008

Kenapa Mesti Mencintai Nabi?


Bismillah,

Melihat tajuk diatas, saya sebenarnya bukanlah arif sangat dalam hal ini. Apatah lagi dengan hati yang disaluti dengan dosa noda yang bertimbun banyaknya. Moga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita semua. Juga moga ALLAH lorongkan kepada jalan yang benar supaya kita tidak keciciran dari mendapat hidayah.

Mmm..rasanya ramai yang baru baik demam pilihanraya Permatang Pauh. Tidak keterlaluan mahu menyentuh tentang politik ini namun saya ingin sekali mendoakan kemenangan pihak ini akan memberi harapan kepada pembangunan negara Islam. Ingin sekali berada di bawah naungan mereka yang membawa Islam dengan sebenar-benarnya.

Mencintai Nabi...Bila kita bercinta, barulah kita sedar banyak rupanya keajaiban yang berlaku. Manakan tidak, orang kata mandi tak basah (padahal siram air ke tubuh kalau ikut logik memanglah basah kan?), makan tak lalu (baik puasa pulak ek), tidur tak lena (Ha..yang ni kompem rugi). Kiranya memang magic lah.

Yang lebih magic lagi adalah, bila jauh rasa dekat, kalau berat tu boleh jadi ringan, sanggup Berkorban Apa Saja (macam P.Ramlee dok habaq tu). Tapi kenapa dalam kehidupan kita mesti cinta sama Nabi lebih pada cinta pada yang lain walaupun pada diri sendiri?

1. Nabi sangat cintakan kita
Alangkan dengan orang lain, kadang tu dia tak cinta pun kita, kita pulak yang tergila-gilakan dia. Apatah lagi Nabi yang sah-sah mencintai kita? Bukti Nabi cintakan kita saya rasa ramai yang tahu. Sebelum kewafatan Nabi, apakah perkara terakhir yang Nabi sebutkan? "Ummati, Ummati". Bukankah itu merujuk kepada kita?

The best part is, bukankah kita akan mendapat syafaat nanti di Padang MAhsyar sana nanti. Kita tidak melihat Nabi, maka pastilah cinta kita pada Nabi menjadi satu mujahadah yang tinggi. OK, cuba pejamkan mata dan bayangkan di hari kebangkitan itu, bagaimanakah kita tanpa syafaat Nabi? Ya ALLAH selamatkanlah kami dari seksaan itu.

2. Mencintai Nabi tanda sempurna iman kita.
Dalam rukun iman ada Percaya Kepada Rasul. Tanpa mencintai Rasul maka tidak sempurnalah iman kita. Jadi untuk membuktikan keimanan ini, sayangilah Rasul kita.

3. Jasa Nabi sangat besar kepada kita.
Bukanlah senang Islam boleh sampai kepada kita dari zaman Nabi dulu. Nabi tempuh macam2 dugaan untuk memastikan Islam terpelihara hingga hari Akhirat nanti. Cuba bayangkan kalau kita sendiri terlibat dalam perang bersama Nabi umpamanya, bukan senang tu nak menang untuk memastikan Islam dapat tersebar luas. Perang ni bukan macam dalam cerita cartoon kat dalam TV. Perang yang Rasulullah sertai bersama sahabat tidak menjanjikan 'Hero musti menang' macam dalam TV. Cubalah tanyakan diri wahai kaum lelaki adakah berani anda-anda ni masuk perang? Yang perempuan agaknyalah jauh sekali kan? (Referring to myself)

4. Nabi adalah ma'sum.
Nabi terpelihara dari segala aib, dosa, cacat cela. Baginda dapat pula mukjizat alQuran. Makanya Baginda adalah makhluk teragung. Jadi mengapa tidak kita mencintai Baginda?

Bilamana anak2 kita bertanya nanti, "Abah, abah..Kenapa mesti mencintai Nabi?" Jawablah "Sebab Nabi saaayang sangat pada Along, Abah, Umi." Jangan malu-malu sebab kita kadang2 berada di posisi malu nak berkata perkara yang benar macam ni.

Bilamana anak2 lihatnya tertarik pada Ultraman, katakanlah, "Nabi lagi kuat Along. Kuat di dalam dengan iman, kuat di luar dengan keperkasaan." Bukan macam Ultraman, kalau dia mati, maka mati kataklah ia kecuali Ultraman bertaubat dan kembali kepada ajaran AlQuran.

Bilamana anak-anak bertanya, "Mana patut along sayang lebih? Abah ke Rasulullah?" Maka jawablah, kalau Along tak sayang Rasulullah, maka along takkan sayang abah. Maka Along mestilah sayang Rasulullah kemudian barulah abah tahu Along sayang abah."

Juga bila mereka bertanya, "Macam mana nak tunjuk kita sayang Rasulullah?", maka jawablah, "Selain membanyakkan selawat, hendaklah kita mengikut apa yang Nabi perintahkan." Didiklah mereka dengan didikan yang disarankan oleh Rasulullah. Semoga kelak bila kita di dalam kubur, doa anak yang soleh masih menyelamatkan kita. Amin.