Saturday, May 29, 2010

Buat Mak, Bondaku Tersayang

Bismillah,

Kalian, terima kasih atas mesej2 yang kalian tinggalkan pada blog, FB, yg datang rumah dan yg call. Semua itu saya hargai. Bukanlah berniat mahu memperkecilkan usaha kalian, hakikatnya saya hanya akan berasa lega bila ibu saya merelakan hal ini.

Saya benar2 rasa jatuh dan tidak bermaya bilamana ibu saya menolak perancangan saya. Saya tak salahkan dia, hati ibu mana yang tidak bimbang bila perniagaan anak sedang berlangsung tetapi saya tidak ada di situ. Saya kira itu juga adalah alasan yang kecil, hati ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak dan cucunya yang sangat disayangi??

Saya sebenarnya tidak tergamak untuk melakukan ini kepada ibu saya, mungkin sekali dia merasakan benar2 ada batu penggiling yang menimpa dan menghancurkan hatinya yang tulus itu. Lihatlah, tanpa saya meninggikan suara sekalipun, saya masih membuat hatinya bukan sekadar luka, tetapi hancur.

Bila saya membuat keputusan untuk tinggal bersama suami saya, itu tidak sekali2 menunjukkan saya mahu meninggalkan ibu saya. Bukan juga saya tidak peduli dengan kedai saya. Juga, bukan suami saya tidak punya hati untuk memberi ruang kepada saya untuk membuat keputusan. Janganlah sesiapa pun bersalah sangka dengan apa yang kami lalui ini.

Tapi, andai kalian ada sedikit masa untuk menyelami perasaan saya, letakkanlah diri anda dalam kasut saya (hadeih...ape ek dalam bahasa melayu be in my shoes?? :P). Juga lihatlah wajah bening anak2 saya yang dahagakan kasih sayang dari kami. Juga kalian bayangkanlah pula betapa siksanya suami saya bila saya memaksa dia untuk terus tinggal di tempat yang tidak rasi dengannya.

Suami saya telah mencuba, namun saya faham jiwa dia... antara saya dan dia, saya lebih mudah rasi dengan keadaan. Bukan bermakna saya berkorban, tapi saya tidak suka memaksa. Saya tidak mahu sesiapa pun merasa terpaksa dengan keinginan saya. Saya bukanlah baik sangat tapi jika suami saya boleh terima kelemahan saya, kenapa tidak saya bertindak begitu juga?

Biarlah saya berterus terang tentang suatu perkara, saya sebenarnya sangat bimbang saat saya menghantar anak2 untuk dijaga oleh mak saya sebagai satu cara yang membuatkan dia berasa susah. Saya benar2 ingin berdikari tetapi sudahnya saya susahkan ibu saya juga. MMmmm.. susah sekali nak bercerita kepada kalian, supaya kalian faham dengan keadaan saya kerana tak siapa akan faham melainkan kami saja.

Tapi ini tidak pula bermakna saya memaksa keluarga saya di sini untuk terima keputusan saya. Saya lahir dalam keluarga ini, keluarga yang boleh bertolak ansur. Kasihan ibu saya, walaupun hatinya hancur, dia masih lagi panggil saya pulang ke rumah. Macam tu lah ibu saya, walau apa pun yang saya lakukan dia masih memberi peluang walaupun peluang yang diberi itu mungkin memakan diri.

Sebenarnya saya sangat sakit kalau ibu saya sakit. Selama ni, saya rasa sakit bila adik2 saya tersalah buat ibu saya menangis tapi rasanya, tamparan yang saya berikan kepada dia adalah lebih hebat dari apa yang adik2 saya lakukan. Ntah macam mana yang akan saya hadapi hari Isnin ni saat kami bertolak pergi.

Pemergian kami ni tak dapat digantikan dengan apa2 jua. Ia benar2 membekas dalam hati sanubari seorang ibu. Apa yang saya lakukan ini, satu hari mungkin akan terjadi kepada diri saya juga. Dunia ini bagai roda... Semoga sahaja saya tabah menghadapi ketentuan hidup saya. Bolehkah doakan saya?? Sekurang2nya doakan ibu saya memaafkan saya dan suami??

Saya ingin sekali, memohon kemaafan atas salah silap saya, atas degilnya tindakan saya ini dari bonda saya. Saya yakin, anda dia membaca apa yang saya tulis ini, maka airmata yang berlinang tidak hanya dari mata beningnya, tapi lebih2 lagi saya yang berduka dalam linangan air mata. Ia seolah2 lambang saya mementingkan diri saya dari ibu saya. Seandainya ada peluang, saya tidak mahu yang lain, hanya redha dan doa serta kemaafan dari ibu saya sahaja...itulah yang akan membuatkan diri saya kaya, bukan dengan duit dan harta berjuta.

Ntahla...saya sebenarnya tidak mahu membina kebahagiaan atas penderitaan apatah lagi derita itu milik ibu yang melahirkan saya. Saya tidak pasti bila saya akan berasa lega, mungkin setelah saya kembali berada dalam doa ibu saya. Saya tidak mahu berjanji apa2 lagi, kerana telah banyak janji yang saya dustakan.

**Ya ALLAH, terseksa sekali rasanya bila menyebabkan ibu saya bersedihhhh.......

***Mak, kak sayang mak...terasa susahnya walau nak meminta kemaafan sebab memaafkan tu mungkin menyakitkan mak...dan kak tak mau mak merasakan sakit tu walau sedikit

****Abah, kak juga sayangkan abah. Apa yang tertulis di sini hari ni tidak semata2 kepada mak, kak juga susah hati memikirkan abah.

*****Abg, abg dah janji kan, setiap kali cuti sekolah dan raya, kita mesti di Parit Buntar kan??


Sebenarnya saya bahagia dengan keluarga saya. Ibubapa yang sentiasa di belakang saya menyokong saya dari dulu, suami dan anak2 yang melengkapkan hidup saya, adik beradik -saudara mara yang sanggup bersusah senang........cuma sedangkan lidah lagi tergigit. Sekali ini, biarlah iman saya diuji. Saya redha...

6 comments:

  1. salam k.pija ,

    sy faham benor situasi kak pija ni (walaupun xmungkin 100%) sbb sy anak bongsu,sgt rapat dgn mak,xpenah brpisah.

    jadi,masa sy dan suami baru2 kawin,agak susah nk blk beraya di mana dulu.suami pun "mommy's child",anak sulung lak tu..sgt rapat dgn mak juge...bayangkan le dilema kami.

    satu je yg sy pgg,sy dah jadi hak suami,suami tentu dh fikirkn semua aspek..dia takkan buat keputusan selfish..rite??so...ikut sajelah kata sang suami.insyaAllah ada hikmah dan berkatnya walaupun pd mulanya kita nmpk mcm kite je yg rugi/kalah.

    ya,sy faham , ibu melahirkan kita,mmbesarkn kita..sy juga xdpt elak dr mmbuat hati ibu sy sedih.hahih,mmg susah betul bicarakan hal ni kan kak ! hanya yg mengalami je faham...dlm hal ni ibu kita pun kena faham yg kita adalah seorg isteri,punya suami utk ditaati...semoga Allah fahamkan . itu je cara sy nk pujuk ati..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Pijah,
    Tempat istri adalah di sisi suami.Wlaupun,sang suami redha hidup berjauhan, hati kita sendiri sebagai seorg istri akan sentiasa gundah gulana,meskipun mak pak kita sendiri ada di sisi. Ia adalah sesuatu keadaan yang tidak sama.Serapat mana pun kita dgn mak kita,syurga kita sudah bertukar di bawah tapak kaki suami.So, banyakkan bersabar dan berdoa.Insyallah, mak kita akan paham dan akan mula menerima secara perlahan-lahan.Dia mesti kena paham sebab kita adalah anak perempuan.bukan anak lelaki yang perlu bertanggungjawab menjaganya sampai akhir hayat.Lagipun, pijah and famili akan balik jugak jumpa mak.Bukan tak balik langsung,kan?Takpa.pelan-pelan la. Nanti dia akan paham jugak.Dia mesti mkena redha juga sbb dia pun tentu tau kedudukan seorg istri di mana.Banyakkan berdoa.k...

    ReplyDelete
  3. pija,
    x reti nak tinggalkan komen yg 'cool'..
    kakyong dah baca blog pija dr tahun 2007 lagi.. dah 'tgk' turun-naik life pija..
    so anggaplah ini jalan yg Allah dah aturkan utk pija..
    mak pija tu cuma tak mau berpisah dgn cucu.. mungkin berjauh hati itu sekejap.. balik lah selalu nanti utk mengubat hati rindu mak pd cucu..

    uuwhh.. kenpa tetiba dlm hati ku ade 'laut' pulak...

    ReplyDelete
  4. nak bagi komen pun tak reti, cuma rasa sedih bila baca n3 ni, terasa macam diri sendiri laks, sama macam akak gak...ibu bapa akak la tulang belakang, yg byk bantu akak jga anak2 bila en. abah selalu outstation. tak sampai hati nak sakitkan hati depa, walopun kengkadang tu ada bab2 yg menguris hati, tapi lupakanlah...mereka ibu bapa kita, nasihat depa tu ada hikmahnya. semoga pijah tabah menghadapi segala. terluka sebanyak mana pun hati seorg ibu, dia akan tetap memaafkan anak2nya.

    ReplyDelete
  5. ayong...
    harap semua keputusan yang dibuat tu..kptsan yg terbaik..

    mmg benar kita takkan rasa tenang bila biarkan hati ibu menangis..harap2 mak long memahami situasi anda..

    by de way...family kita sgt penoh ngan kasih sayang...and am happy to be part of dis family...sgt bersyukur kan...

    tp ayong yg dah bekeluarga, pasti kena ikut keluarga :(

    ReplyDelete
  6. salam kak
    aku tak reti nak komen banyak - banyak..
    tapi yang pasti..lebih baik dengan suami.
    aku rasa akak lebih paham dan mengerti kenapa dan mengapa ..
    mudahan Allah permudahkan segalanya kak.
    insyaa Allah.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!