Sunday, April 01, 2012

Cut The Noise : Tutup TV

Bismillah,

Pagi ini, saya terbaca di wall Irda tuan punya Little Astronaut. Dia share satu link testimoni seorang peserta kursus Mengajar AlQuran Kepada Bayi dan Kanak2. Saya sarankan kepada mereka yang mampu dari segi kewangan, masa dan apa sahaja untuk pergi. Pasti ada manfaat dengan menyertai kursus sebegitu kerana hasilnya boleh jadi begini...



Saya tidak mampu ke sana. Saya hanya sekadar sedut di sana sini ilmu yang ada secara online. Kebanyakan masa, saya rasa sangat teringin untuk hadir ke program seumpamanya cuma terpaksa beralah atas alasan-alasan lain. Pun begitu, saya tidak terkilan kerana ada banyak hikmah juga ketidakhadiran saya ke sana. ALLAH tetapkan segalanya pasti bilhikmah dan tidak sia2 kan??

Apa yang saya nak bincang hari ini adalah berkenaan perkara no 2 yang ditekankan oleh peserta ini iaitu 'cut the noise'. Saya quote sedikit :

2)     Cut the noise. Saya cuba nak kurangkan diorang ni tengok tv, main games, dan menonton vcd. Sebab semua ni banyak mempengaruhi especially Ammar dengan ultraman dia. Tapi tak boleh la buang terus..kena slow2..sesekali nak tengok apa salahnya.. Minda bawah sedar dia yang menyerap apa yang dia tengok dan lihat, cuba bayangkan jika saya dedahkan dengan AlQuran, mesti yang ada dalam fikiran dia adalah AlQuran. Melihat anak-anak Puan Lina walaupun bermain tapi mulutnya sentiasa membaca ayat-ayat AlQuran yang dihafaz nya..Subhanallah..sejuk telinga mendengarnya…

Oh..sungguh tidak mudah untuk tutup TV. Walau kita tutup sekejap, anak ramai seperti saya ini pasti ada yang membukanya semula. Kadangkala saya tutup supaya mereka siapkan kerja yang sepatutnya mereka siapkan tetapi setelah saya terleka, mereka akan membukanya semula. Wahh... minat mereka kepada TV adalah luarbiasa sekali.

Satu hari, ntah bagaimana, suami saya terus potong wayar TV. Tidak hanya anak, uminya pun telan air liur. Manakan tidak, banyak drama yang sedang diikuti. Pelik bukan? Tidak mengaji tidak apa tetapi tidak dapat tengok TV rasa terancam pula? Astaghfirullah.. Saya mula lebih teliti atas iman diri sendiri. Adakah benar TV itu boleh menaikkan iman saya dan anak2 juga?

Rupanya tidak, saya menjadikan TV itu sebagai alat ganti kepada diri saya. Saya mahu buat kerja lain lalu saya suruh TV jagakan anak saya. Saya aman buat kerja sehinggalah tiba2 no mother in their heart. Kalau saya bercakap sekalipun, suara saya telah tenggelam dalam keseronokan mereka menonton TV. Sedih sekali....

Semenjak TV itu dipotong wayarnya, suasana berubah sama sekali. Suara kami sama-sama kedengaran. Pelbagai eksplorasi dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan salah satu yang penting adalah hafazan Al-Quran. Apa yang diperlukan untuk anak-anak meneroka sesuatu adalah fokus dan mereka akan gagal fokus dengan adanya TV.

Jadi, apa kata anda??

6 comments:

  1. Bagus sekali perkongsian ini. terima kasih. memang benar TV amat melekakan anak2. Benarlan mrk menonton TV tapi belikan CD video kesah2 nabi, asma alhusna, vcd zikir munajat, islamic cartoon dan yg sewaktu dgnnya drp menonton kartun doraemon, sinchan dll yg melalaikan. VCS asma al husna dan ziir munajat itu boleh diputarkan berulang kali , setiap hari agar meresap dan terhafaz di hati jiwa raga mereka , insyaallah.

    ReplyDelete
  2. kami tiada TV dirumah sejak membina bait muslim ;)

    ReplyDelete
  3. tv?
    xder masalah tpi yg bermasalah klu internet
    sorry to say..
    those askar 2 org tu mmg sume channel depa layan etrmasukalh oasisi and tv alhijrah
    takde hal
    tpi sengsaranya bila nak unplug komputer
    seriously..mmg major damage
    youtube and fb
    depa pndai bukak
    tak dpt pc,depa lanyak phone
    bukak wlan
    tv mmg totally necessary since aku pun dok ralit tgk astro backyard science and oasis..
    nak buek camno,dapek mak bpk technician..
    so anak2 pun bab electronic and electric ni advance..
    cume bila dah lock tu
    nasib la...

    ReplyDelete
  4. kalau boleh displinkan utk ada masa tertentu je utk tv ok. tapi yelah kdg2 tu anak2 knur pun, bila cakap boleh tgk tv 1/2 jam je, tapi lps tu tak tutup juga. Bila papa diaorg yg tutup tv, mmg diaorg tak berani bukak.

    ReplyDelete
  5. setuju..boleh didik anak perlahan kurangkan menonton... bykkan membaca ;)

    ReplyDelete
  6. btol tu kak pija, tvmemang gangguan. tp kami kat sini, iphon epun gangguan jugak. SN tu kalau dh start pegang iphone..memang xdgr lansung mommy ckp ap..sob sob sob..nak kena sorok iphone ni

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!