Sunday, May 13, 2018

Kebaikan Lemon Untuk Kesihatan

Bismillah,


Siapa favourite dia lemon?

Pengambilan segelas lemon suam baik untuk kesihatan kita 😁.

Jus lemon adalah antioksidan yang power, mempunyai potassium, vit C dan B dan komponen lain yang menyihatkan.

Jika istiqamah mengamalkannya, in syaa ALLAH ia akan membantu pencernaan, meningkatkan imuniti, bantu penurunan berat badan, kurangkan selera makan dan menyeimbangkan pH level dalam badan. Haa... ingat dalam politik je ke kena istiqamah. Dalam menjaga kesihatan pun kena istiqamah.

Jus lemon in syaa ALLAH akan bantu kita merawat isu kesihatan yang seperti di bawah :
+ Demam dan selsema - disebabkan antioksidan dan anti baketria yang tinggi dalam lemon
+ Inflammation (keradangan) - ia berlaku akibat tindakbalas tubuh terhadap kerosakan yang berlaku pada tubuh kita.Lemon akan meneutralkan keadaan yang berasid untuk bantu tubuh rawat keradangan itu
+ Imun lemah - Air lemon membantu meningkatkan fungsi limfa. Ini akan membantu sistem imun kita untuk mengesan pathogen dan menyingkirkannya
+ Keracunan makanan
+ Batu karang
+ Sakit sendi
+ Berat badan berlebihan
+ Sakit hempedu
+ GERD
+ Lenguh-lenguh
+ Masalah kuku rapuh
+ Jerawat - yang ni sapu je air lemon di kawasan yang bermasalah

Rumah kami ni, kalau beli lemon ke, limau kasturi ke, memang sekejap sangat habis. Rajin anak-anak buat air sampai umi takut nak membeli sebab cepat bebeno habisnya. Haha..

Saya tulis ni bukan apa, kita ni asyik minum air macam teh, kopi dan koko aje sedangkan ada je alternatif lain untuk kita minum. Cuma ia akan jadi lebih baik jika kita istiqamah minum. Kalau rasa malas nak perah, infuse saja (rendam je hirisan lemon dalam air semalaman). Mudah pun mudah untuk terus minum dipagi hari.

Eh, tetiba teringat satu hari masa saya ke Medan Ilmu di KB, ada satu gerai jual air lemon ni letak daun pudina. Walaupun dia jual air tu RM 3, tak kisahlah... beli juga sebab nampak air tu berpekdah sikit nak minum banding air warna warni pelangi gerai lain hehe.. gula apa dia letak, tak tanya la... hehe.

Jadi, pakat-pakatlah ready lemon dalam peti ya! Ramadhan is coming. Kita repair tubuh kita sambil-sambil tu...

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!