Bismillah,
Setelah sekian lama tak menulis, dan setelah sekian lama asyik terbaca artikel asal ini, saya tergerak hati untuk menulis sesuatu hari ini. Artikel asal ini didapati dari mana ntah yang menyatakan tajuknya 'CARA-CARA MEMIKAT LELAKI'. Owh, ini adalah tajuk yang tidak menyenangkan saya he he...
Kenapa ya? Sbb layaknya seorang perempuan yang manis lagi baik, janganlah membawa watak menggoda melainkan kepada suami sahaja. Kerana apa? Bolehlah pula dirujuk kepada artikel yang lebih serius untuk rujukan yang lebih baik. Sudah dinamakan perempuan itu mempunyai banyak ciri-ciri menggoda sekalipun dengan cara dia berjalan, malah yang lagi pelik, usap kepala kucing pun dikatakan boleh menyebabkan seorang lelaki jatuh sayang. Uh, memang gilak kalau difikirkan.
Makanya, saya dengan memandai-mandai mahulah menggunakan juga artikel ini tetapi dengan cara yang betul hendaknya. Moga isteri-isteri yang membaca akan bersama-sama saya untuk menggodak suami memasing. Pada yang tak kawin lagi, sabo2 lah ye, insya ALLAH akan tiba detik indah ini dalam hidup anda. Berdoalah moga ALLAH menetapkan jodoh terbaik buat kita semua ek...
• Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia - psss...kalu dah dengan laki sendiri pun nk menyombong apa kes kan? Walaupun kita ada master,phd bagai, syurga kita tetap di bawah kaki suami. Jadi, rendahkanlah diri bila bersama suami.
• Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda - inilah satu pesanan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman. Maka perut mereka perlu mendapat tajaan terbaik dari isteri. Tapi en somi semua rajin2 la ek exercise supaya tak dapat PJK (perut jalan kedepan) lebih awal. :)
• Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya) - tak cantik tak jadi masalah. Cuba kalau senyum... Musti lawa punya.
• Jujur dan sentiasa merendah diri - noted??
• Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka. - normal lah ni kan. Kalu kita buat apa yang dia tak suka, maka dia pun ada peluang seluas2nya untuk buat benda yang kita tak suka...makanya, melaburlah dulu sebelum dapat hasilnya k..
• Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu) - erk, yg ni saye tak pandai nak memandai...
• Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut - awwww...:)
• Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati - elo, lelaki yang diminati dalam konteks saya adalah suami yang dicintai. (Padanlah ek kengkawan aku dulu terkejut ada jugak lelaki yang nak kawen dengan perempuan yang garang??)
• Jangan terlalu mengongkong - hakikatnya, kita pun tak suka dikongkong, maka dia lebih2 lagi sbb org laki memang suka explore mcm2. Kalau kita asyik sekat, dia akan sentiasa mencari2 lubang untuk mencelah punya.
• Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan - ehem, ehem...mcm yg saya cakap tadi, lelaki mmg mudah terpesona dengan bahasa tubuh
• Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati - elo elo...hal ini eksklusif di dalam umah sahaja. Untuk keluar dari rumah, kita tak ada pilihan lain melainkan menutup aurat sepenuhnya...
• Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya - kalau pada suami yes tapi utk orang yang diminati? Buang karan je la...
• Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. - ye ke? Perempuan paling senang berterus terang sambil berleter..mm, setuju?
• Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. - muahahaha....apa lah dah jadi dengan taktik ni...saya tak setuju!!!
• Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka - bagi saya dengan suami tak payah lah jual mahal, buat rugi jek
• Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. - masuk kandang kucing mengiau tau...
• Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. - ini harus dipelajari. Berdikari supaya kita nanti tidak terkapai2 bila tiba2 kita keseorangan. Mana la tau suami kene gi kursus luar negara sampai setahun ke?
• Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. - Ya, orang lelaki suka sembang yang berisi. Dunia mereka sukan, politik dan lain-lain.Gosip? Gosip politik boleh lah layan...gosip artis, buang karan
• Jangan bandingkan'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali - manakan boleh ku bezakan? Dialah satu2nya lelaki yang kukenali...
• Menjadi temannya ketika dia susah dan senang - sudah itu tugasnya isteri...
• lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
• yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
• Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki - tak setuju nihs!!
• Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal - kat dalam umah je kan? Kat luar standard aaa...
• Mengetahui bila hari lahirnya - ini tengok orang, my hubby tak minat
• Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
• bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
• Agresif
• Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya.Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama - yang ni saya setujulah juga. Sekalipun adik2 yang membaca ini, ada baiknya ada rasa rimas bila bercakap dengan lelaki yang tak sepatutnya.
• Jangan terlalu bersikap'kelakian' dan ganas dalam perbualan - :D Saya nak ketawa baca notes yg ni. Sbb my konsep is 'belasah aje'. Ada seorang kawan baik tanya, mcm mana ni aku nak kawen? Saya jawab, "Mcm mana lagi, ko belasah aje." Hari ni saya betul2 risau mana tau dia belasah betul2 laki dia...ha ha
• Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna - sebab lelaki perlu memahami yang kita dan dia memang tidak sempurna. Itulah kenapa kita hidup saling melengkapi
• Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita. - wujudke orang yang rasa diri terlampau jelita?
• Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. - jimat cermat amalan yang mulia, jangan ikut nafsu melulu
• Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
• Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
• KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS (bukan gadis, dari seorang isteri)
• Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. -adui2 penin dah...
• lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu. - ha ha...nk komen apa nih...
• Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata,punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
• Jangan bersikap terlalu kuno
• Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. -???????
• Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan - santun
• lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
• Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan
• Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
• Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati
• Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
• Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
• Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
• Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Huhu...makin dibaca, makin penin den. Kenapa ek mcm penin? Maklumla ada banyak skill yang tiba2 terasa perlu di betulkan. Dicampur pulak dengan kenangan zaman 'jiwa kacau' kembali mengganggu...he he...Apa pun sebenarnya, saya puas dengan zaman kanak-kanak saya, zaman remaja saya, zaman bujang saya dan saya harap keseronokan alam rumah tangga ini akan berkekalan hingga ke syurga hendaknya...doakan??