Tuesday, June 17, 2008

Latihan Amali Fardhu Ain


Bismillah,

Ok, yang ni saya nak cerita simple sahaja. Ini adalah berkenaan dengan latihan fardhu ain. Ada satu hari, seorang penjual buku yang Disney satu rak yang bayar bulan-bulan tu datang dia bgtau. "The best teacher is parents n the best school is house."

Maka saya percaya kebanyakan perkara asas yang ada dalam diri anak adalah melalui pendidikan di rumah sendiri. Pernah dengar tak, kalau kita tegur seseorang budak yang tak solat ke atau apa2 je lah yang melanggar hukum ni, sll alasan yang budak tu bagi, "Mak bapak saya pun tak kata apa2, pesal cikgu pulak yang nak lebih2?"

Huhu...malunya jadi mak bapak budak2 mcm ni. Dengan berkata yang macam ni, mereka hanya lebih memalukan ibubapa mereka sendiri. Maka, ibubapa yang membaca perlulah memahami bahawa mereka adalah contoh terbaik kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah wajib seperti solat dan puasa. Itu benda yang besar, yang lain-lain mcm menghormati orang yang lebih tua, berkata dengan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi mcm mana?

Susah sebenarnya untuk mendidik mereka ini sehingga perkara ni menjadi satu kelaziman. Tak ada kaedah lain selain dari 'sentiasa mengingatkan' mereka. Mereka kadang kalanya akan berlakon "Lupa la Umi," itu kalau kita tanya. Kalau kita buat dek, ia akan menghantar tanda kepada mereka bahawa 'terlupa is OK'.

Sebenarnya, dalam diri mereka telah ada naluri dan fitrah untuk menjadi orang yang baik. Tinggal sahaja kita untuk menyemaikan fitrah mereka ini agar tidak kalah pula dengan nafsu yang akan merosakkan peribadi mereka. Mereka perlu diberi bekalan yang kukuh supaya mereka kuat untuk melawan godaan dunia yang kininya bertalu2 menghasut.

Terkenang Asmaa' dan Usamah yang tengok kitorang solat berjemaah. Saya masbuq ikut lewat sikit dari abah diorang. Bila abah diorang dah sudah, Asmaa' pun tanya, "Kenapa abah tak solat sama-sama dengan Umi? Abah penat?" Nampaknya mereka perlu diceritakan tentang solat masbuq pulak. Nanti karang diorang ingat, kalau penat tak perlu solat pulak.

Oklah, disebabkan we are the best teacher, maka jadilah both parents n teacher yang terbaik buat anak-anak. Sape ada skill, tolonglah tunjukkan....Saya juga budak baru belajar...he he
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!