Friday, October 01, 2010

Kenapa Kami Suka Travel Malam

Bismillah,

Dua malam lepas, ketika masih di Parit Buntar saya kerah anak2 tido awal. Tapi Ahmadi pulak sejak akhir2 ni dah ada jadual tido. Dia tido lebih kurang 11 malam. So, saya terpaksalah lewatkan sejam masa tidur saya lepas ni. Kalau tak kul 10 mlm dah babai ailapyu dah kat suami dengan anak2.

Oh ye...sila ucapkan tahniah kepada Ahmadi ye kawan2..sebab Ahmadi sekarang alhamdulillah sudah mula menguji pandu lututnya. Dia dah berjaya merangkak. Tapi dia punya perkembangan tak ikut kronologi...dia dah masuk bab memanjat sehingga berdiri baru masuk bab merangkak.

Saya kerah anak2 tido awal bukan sebab apa, kalau diorang tak tidur saya pun takleh nak tidur. Boleh sangat kalau nak pejam mata tapi asyik terjaga2 sebab time tidur memang diorang suka bergesel2 dengan saya. Tu saya garang tu, masih boleh bergesel2, kalau saya tak garang memang tido atas badan lah kot..heheheh... (teringat pulak zaman Asmaa' dulu, dia tidur atas badan lama lah jugak - punya lah eksaited anak sulung kan)

Saya perlu tidur awal malam tu sebab abah diorang ajak kami balik P.Putih kul 3 pagi. Walaupun saya tak drive, saya kena berjaga juga kalau tak nanti Nejad pun ngantuk sama. Bila dia ngantuk, saya paling risau. Kami kan pernah eksiden dan pengalaman 6 bulan melihat Nejad merangkak tu adalah satu pengalaman yang saya minta semoga tidak berulang lagi.

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandu kereta malam2 ni memang mengantuk. Tapi insya ALLAH kalau tidur siap2 dan persediaan lain dilakukan sebaik mungkin tak akan jadi masalah. Meh la saya share kenapa Nejad suka drive malam-malam :

  • Anak-anak tido - ini adalah punca utama kenapa dia selesa bawak kereta malam. Anak 5 wei..maka ada 5 keinginan dan keperluan. Tu pun kalau bini dia tak meragam asal nampak signboard R&R dengan stesen minyak ajak berenti. Kalau campur dengan bini ada 6 pe'el lah weiii
  • Bila anak2 tido, masalah seperti anak lapar, anak nak kencing, anak bising, anak muntah sebab pening insya ALLAH takde. Semenjak kami kawal susu diorang alhamdulillah memang dah lama juga tak muntah kecuali perut diorang kosong dan diorang berjaga.
  • Jalan lengang - dari satu sisi memang elok sebab takde kenderaan lain kan tapi seronok juga sebenarnya kalau ada kawan nak berlumba yang sama2 ikut jalan tu. 
  • Selesa - tidak panas
  • Lebih cepat sampai - boleh tidur dengan selesa di rumah

Persediaan

  • Tidur yang cukup - tidur kul 9 malam kalau nak bertolak kul 3 pagi
  • Makanan untuk menghilangkan mengantuk - roti kah, kopikah (saya bancuh setong kopi untuk suami sbb saya tak cukup tidur dan takleh kawan kan dia)
  • Beg letak dalam keta siap2 atau koman2 letak kat tepi pintu - saya akan prepare bag dan suami yang selalu ejas barang dalam kete. Kami bekerjasama macam Wonderpet!!
  • Kalau nak dekat Subuh, amik wudhu siap2 - bila sampai masjid terus solat. Perlu cepat sbb kalau kereta berhenti lama kebarangkalian anak terjaga adalah tinggi.
  • Pakai baju yang boleh solat tanpa telekung - kalau berjalan jauh, saya memang jarang menggunakan telekung, hanya dua pasang stokin sebagai tambahan untuk elak nampak jari kaki time sujud. 
  • Air masak & air teh - untuk hilangkan haus anak. Kalau mereka dahaga tanpa ada bekalan, memang banyak la belanja, so baik siapkan awal2 :)
  • Bekalan makanan - saya pilih roti yang intinya tidak setambun, biskut kebanyakannya akan mencomotkan mereka, nasi susah nak makan dalam keadaan kereta bergerak
  • Susu segar - tak perlu bancuh, tuang saja dalam botol dan mereka terus minum :)
  • Plastik dalam bekas tadahan - andai mereka nak muntah senang nak tadah. Kalau plastik saja, takut bocor atau tumpah kalau tak pegang elok2
  • Satu beg yang berisi pakaian setiap seorang - in case kalau ada yang muntah dan sebagainya. Bagi yang pakai diapers, kene spare 2-3 helai diapers. Kalau prepare begini senang nak gagau :P

Sekadar nak share :) Biasalah blogger, masak ikan sardin pun tunjuk huhuhu...(kata seorang ustaz dalam video ceramah yang saya jumpa di FB). Kalau ada yang saya ketinggalan dalam senarai di atas, tambahkan di ruang komen ye kawan2 ;)

6 comments:

  1. salam, saya pun suka travel malam. kebetulan suami dah biasa jadi 'burung hantu' sebab kerja shif malam setiap hari.

    oh ya, bagus la ahmadi dah mula merangkak. bagus untuk perkembangan otak :)

    ReplyDelete
  2. nice tips kak pija. memang tu lah yg arwah ma buat masa kami travelke hulu ke hilir 8 beradik dulu.

    ReplyDelete
  3. ahmadi sama lah ngan my nuha..

    ReplyDelete
  4. Samalah cam Ana. Cik abang mmg suka drive mlm2 sbb sejuk.Anak2 suma tido,kebarangkalian nk meragam--kurang.

    ReplyDelete
  5. rasanya Pijah dah sebut semua dh tadi. Cuma satu lg, knur dulu kalau temankan hubby bawak kereta, kenala sediakan mcm2 cerita sepanjang perjalanan sbb dia tak nak jd bosan. cerita bodoh2 pun tak pe. hehehe

    ReplyDelete
  6. pesanan dan pengalaman yang bagus

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!