Thursday, December 09, 2010

Nikah Selepas 50 Hari Lamaran

Bismillah,

Saya baru menyudahkan novel Trilogi Makrifat Cinta oleh Taufiqurrahman Al-Azizy. Satu perjalanan yang bagi saya realistik...ia tidak dilandaskan kepada angan2 dan apa yang dikarang oleh penulis boleh saja terjadi asal saja ada keazaman. Bahasanya aduh....sungguh indah sekali dan saya jadi bersemangat untuk terus membacamimiogirlemoticon.

Kebetulan seusai menyelesaikan buku tu, saya terdengar bunyi Uwaiys mengoyak kertas. Apa lagik...dan dan bunyikla Tarzan kejapmimiogirlemoticon. Saya fahamla dia minat buat origami tapi kalau 10 helai kertas semuanya buat jet, hangin lah jugak.. Plus, yang dikoyak itu adalah buku nota umi time menghadiri majlis agama sekitar tahun 2001. Konon2nya nak le taip balik nota2 itu ke dalam blog ni tapi impian tu belum jadik kenyataan lagik.


Manalah tak senang koyak kalau guna yang ring binding mcm ni kan. Saya suka buku nota macam ni adalah kerana saya boleh lipatkannya sesuka hati saya :)


Alih2 ternampaklah satu muka surat ini....ia bertarikh 21 Februari 2003 10.30 malam (kalau zoom gambar ni nampak kot). Mana mungkin saya lupa hari di mana saya hadir awal untuk Usrah Gabungan Kawasan Gombak tapi usrah bermula 10.30 malam. Fuh...zaman tu saya anak dara lagi, baru beberapa bulan bekerja dan semangat dalam kerja jemaah adalah menggunung tinggimimiogirlemoticon.

Walaupun saya takut2 nak keluar dari rumah, tapi kami gagah2kan jugamimiogirlemoticon. Saya selalu menghadiri aktiviti macam ni di waktu malam dan atas sebab nilah saya 'PUTUS HUBUNGAN' dengan seseorang. Orang itu tidak faham kenapa saya berada di luar rumah waktu malam dan saya rimas dia itu sibuk sedangkan dia belum menjadi sesiapa dalam hidup saya.

Sedang khusyuk dengan usrah itu..tiba2 telefon saya menyala2 menandakan ada orang call dari nombor 03xxxxxxxmimiogirlemoticon. Saya tanya siapa di sana dan orang itu jawab. Saya beritahu dia, saya sedang usrah dan call saya selepas 1130 mlm. Sedang elok saya sampai ke dalam rumah sewa saya dengan kawan2 yang hadir sama, telefon pun berbunyi.

Hari tulah si macho saya melamar...memang tak agak2 dah dia guna ayat, "Saya nak mintak awak boleh??". Yang lebih dasatnya, saya jawab, "Kalau nak mintak saya, pi mintak kat mak abah saya..." mimiogirlemoticonseolah2 nak kata, "Ai tak kisah, tapi kene tanya mak apak ai dulu". Kiranya saya dah setuju lah dan berharap mak dan abah saya pun setuju jugak...

Peristiwa tu dah hampir 8 tahun berlalu. Tapi ia masih indah untuk dikenang. Selepas dari tarikh 21 Feb itu, tanpa berkenalan dengan banyak dan tanpa kerap berhubungan, kami nikah pula pada 12 April tahun yang sama. Sampai demamlah kiranya sebab secepat itu jadinyamimiogirlemoticon. Alhamdulillah, tanpa perlu bercintan cintun berkurun zaman dapat juga saya kawin. Sebab masa tu saya risaunya orang lain semua dah ada pakwe saya sorang je terkontang kanting takde sapa ndakmimiogirlemoticon...kikiki

Tapi at least ada jugak la kan orang nak ajak saya kawin...baik lagi comel pulak tu...Selepas tu lahir pulak anak2 5 orang ni. Saya boleh berkata, 'Alhamdulillah, saya dah ada segalanya...' walaupun dalam masa yang sama, kami belum ada aset pun.

Terima kasihlah duhai kanda...walaupun kawin dengan kanda rasa macam masuk Amazing Race mimiogirlemoticon tapi we always have fun. Sabar ye abang, bukan selalu cuti lama2 ke Pt Buntar kan? Uhukkk..kalaulah arnab2 itu boleh bagi can abah kami datang sini dan bercuti dari basuh najis arnab...hukhukkk

**Asyik tangkap leleh je entry dua tiga hari ni...rinduuuuu


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

9 comments:

  1. cutenya cerita lamaran :)

    ReplyDelete
  2. bestnya citer lamaran tu.me pulak mak sidia yang masuk melamar..terus menangis kat situ tak mo sebab tak bersedia..budus btol :p skang dah sorang anak :)kalo kawen awal2 agaknya dah 5 jugak :)

    ReplyDelete
  3. Akak pun masa study takde boypren.. sedih gak le sebab rasa cam tak laku. Bila dah jumpa ade orang nak & serius pula, ajak kawin pun on je lah...alhamdulillah masih kekal selama 6 tahun ini..

    ReplyDelete
  4. seronok jgk baca kisah lamaran si dia ye pija... mmg kenangan manis nih...

    part amazing race tuh mmg tak sampai pitt stop lagilah nampaknya... bila jauh2 ni mmh tangkap jiwang jek. go pija..go!

    ReplyDelete
  5. ayat meminang Cik Abe Pija mmg tak boleh blah. hehehe. Tapi bagusla cepatkan benda yg elok.

    ReplyDelete
  6. saya suka baca permulaan kisah2 cinta ni, terutama yg alhamdulillah bahagia kekal smpai hari ni :)

    sebak baca kisah u ni, rasa nk nangis kegembiraan mcm tgk movie plak hihi

    moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat insyaAllah :)

    ReplyDelete
  7. mmm...saya tak ingat bila asben lamar saya. Tau2 je dah bincang2 pasal kawen...konpius gak kejap...

    heheh..kak pija, ni tgh rindu asben lla ni yeek?? sabo kak yee

    ReplyDelete
  8. kenangan yg tak mungkin luput.. mujur ade buku tu wat imbas2.. klu yan dah lupa2 dah... tarikh couple pn bile ekk.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Hanis, tuan yg melamar lagik cute :P

    Eliss, hohoho...itu lagik tragik tu...ehehe

    k.Syani, tak membazir duit banyak kalau terus kawin...kankan??

    Izan, ni kira amazing race terpaling terpanjang lah ni :P (ayat Uwaiys)

    K.Nur, haa....tu lah suka suki dia je nak ngorat tak bajet ayat dulu

    Syigim, hagak2 buleh tak buat novel? :P

    Yutt, tgh sabo lah ni....tarik nafas....lepppasssssssss.....

    Yan, a'ah, ada pekdah jugak ek kalau sayang barang lelama.. :P kaver diri sendiri suka simpan sampah

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!