Wednesday, October 09, 2013

Membudayakan Majlis Ilmu Dengan Anak

Bismillah,

Semalam saya berkongsi dengan beberapa grup wassap tentang diskusi kami anak beranak berkenaan kejayaan sebenar. Sengaja mahu berkongsi dan mencetuskan budaya ini ke dalam rumah sahabat-sahabat pula. Tidaklah saya niat untuk menunjuk-nunjuk tentang apa yang saya lakukan ini sebab apa pun yang saya lakukan ia hanyalah terlalu kurang berbanding kalian yang membaca sebenarnya.

Sebenarnya saya lakukan ini sedari anak mula faham saya bercakap. Tanda dia faham adalah ketika mereka boleh mematuhia arahan pendek macam masa kita suruh ambik barang dan dia ambil. Juga satu lagi tanda dia faham adalah mula bercakap sebab budak bila dia bercakap tu memang sebab dia konpiden dengan 'ilmu bercakap' dia tu iaitu dia faham apa yang dia sebut.

Tetapi saya tidak lakukannya setiap hari. Ada kala memang ambil masa sebulan untuk membaca bersama-sama ini. Dapatlah saya perhatikan pada anak yang dah besar, semakin besar semakin minat mereka dengan sesi pendek ini.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu, betapa saya sebenarnya mahu berbicara baik-baik dengan anak. Saya sebenarnya adalah seorang umi yang garang. Saya tak pandai nak mengusik anak pun berbanding abahnya. Jadi, saya ambil kesempatan bila abahnya tiada untuk buat sesi ini dengan anak-anak. Ia sebenarnya untuk melatih diri saya sebenarnya dan saya masih dalam proses belajar menjadi ibu yang ideal.

Soalan :
Izinkan adinda bertanya, sejak umur anak berapa tahunkah sesi taklim begini kak pija adakan?
5thn dh bole salin ayat aq dgn baik n punya diari sndri mmg luar biasa..
Sy n kwn2 nak latih ank2 murid thn 1 menyalin ayat2 aq pendek pun berpeluh2 pegangkan tgn bagai..
Jawabku :
Sesi ni diadakan masa anak sulung 5-6 tahun. Sblm tu sll je bacakan buku tp xde buat huraian sangat. Diari tu mmg saje belikan once diorg dah sekolah rendah. Nk bg diorang plan kehidupan. Sbnrnya masa dulu, mak pun bg saya diari. So kira tiru apa mak buat je la ni sbb saya sendiri dpt manfaatnya dulu

Soalan :
saya perasan anak lelaki lebih gemar melukis dari menulis
Bagaimana untuk merangsang anak menulis?
Sbb tu tabikla ank2 kak pija sekecik2 tu bole dgr usrah..
Ank2 murid den..
Kompem wat gtu den sakit dado.mcm cakap ke dri sndri je...bdk2 kecik ni suka sesuatu yg kreatif
Kalau wat penerangan ttg ulum tu..istinjak..adab..sirah cg2 kena kreatif tunjuk gambar..atau apa2 yg kreatif utk tarik perhatian..
Pe pun kak pija..
Cayala...teringin plk nak jumpa ank2 kak pija 
Bagusnya gtu..
Bak kata org tgnu..
Teretib tereningggnyeela..
Anak2 yg kecik blh faham x?

Jawabku :
Yang kecil mmg nampak xfaham lagi. Tp itu sekadar latihan utk hadiri majlis ilmu aje. Anak kami dr kecil mmg melukis tu mcm hobi. Senang je diorang melukis. Menulis ni kira sekali harung. Ahmadi 3 tahun dah pandai buat a-z sampai kami terkejut tgk perkembangan dia.

Satu lagi rasanya yang penting adalah pembudayaan ilmu tu sendiri. Kalau kita sendiri tak cuba utk mengisi masa, mmg diorang pun xpandai nk cari cara isi masa. Jd kami buat sekadar yg mampu. Abah diorg pun sll bacakan hadis slps solat tp sll anak laki je lah dengar sbb baca di surau. Yg perempuan duduk dlm rumah aje.

Bila kita budayakan perkara yg baik, insya Allah anak akan ikut sama. Jija tidak semua, sedikit pun xapa. Apa yang kami buat pun belum tentu baik tapi kami cuba juga sedaya upaya untuk buat yang terbaik sebab perkembangan anak-anak bukan setakat pendidikan semata-mata. Pemakanan dan lain2 juga penting untuk menjadikan mereka seorang manusia yang berguna.

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!