Allahurabbi
Baru selesai muhasabah diri. Kadang2 terasa letih buat benda kecil impak kecil. Lipat kain, jahit tilam koyak, kemaskan sepah, basuh pinggan, sapu sampah dll yg tiap2 hari nk diulang-ulang.
Kenapalah diri berhajatkan kain kemas tersusun sedangkan dalam masa sama mahu sentiasa bersih. Kalau mahu bersih memang kena mandi. Kalau mandi pakai baju sama semula pun xboleh juga, kena tukar baju. Baju yg dah diguna kalau dah xdibasuh pun serabut mata melihat. Akhirnya kena basuh juga. Dah basuh kalau tak sidai busuk pulak. Bila dah sidai pulak kena kutip juga sbb nak pakai. Nak pakai susah pulak nak pilih kalau tak berlipat elok plus mata pun suka tgk yg berlipat kemas.
Tilam baju koyak. Kekabu terbang merata gatal hidung. Yg span plak nnt dicungkil anak buat main merata pun ada. Kalau toto, udahnya kalau koyak terkoyak terus dah xnampak rupa toto kalau dibasuh. Kelambu kalau koyak, tidurlah dengan nyamuk. Baju kalau koyak kena beli baru. Semua ni kalau nak beli baru kena duit. Dan duit.... Xpelah, malas nak cakap panjang.
Sepah. Anak2 selalu ambil sesuatu barang bukan terus sepah. Main dan sepah atau selak buku dan sepah atau conteng dan sepah atau beraktiviti dan sepah. Tapi selalu anak diam je kalau tak sihat. Kalau diam tak sepah tu maknanya tak sihat. Bila anak tak sihat laaaagi serabut. Serabut serabut serabut.
Dapur. Kalau tak jenguk nanti lapar. Bila lapar kita mudah marah. Anak lapar pun mengamuk merengek non stop. Kalau takat tu je xpe, tp kang semua jd xsemangat nak buat keje sbb lemah xde tenaga. Otak pun jd slow.
Aduh, kecik ke impaknya ni? Kalau semua yg diatas setel, banyak lagi benda lain setel.
Jika barang dikemas. Anak akan korek semula, beraktiviti semula, sepah semula (hoh). Bermakna otak mereka dirangsang. Kesabaran umi akan dirangsang. Semua ciri baik sebenarnya akan dirangsang.
Jahitan koyak. Jimat, org lain perlukan duit utk beli bila spender koyak, bra longgar, seluar rabak, pasang mosquito net, tilam baru dll tp kalau sabar menjahit jimat banyaj dah tu.
Ahli keluarga cukup makan. Sudahlah air tangan ibuabah. Sedap (belasah je), seronok, puas makan, anak hati tenang, bersemangat untuk beraktiviti, umi xcepat marah. Semua tenang.
Ok skang kita combine semua impak kecil. Keluarga jadi harmoni, anak jadi pandai, umi abah bahagia dr hati, masyarakat jd harmoni, negara jd stabil dan errr.. Lu pikir la sendiri.
Kesimpulan? Errr.. Maka aku sdg menyimpulkan diri dlm timbunan kain, jahitan koyak dan bergelumang di dapur lagi dan lagi. Uffffffff... Chayyok chayyyokkkk sambil zikir fatimah huhuhuhu
sitisifir10.blogspot.com