Sunday, October 20, 2013

Budaya Forward Whatsapp dan Share Facebook

Bismillah,

Dimana agaknya boleh saya mulakan? Mungkin dari beberapa perkara yg di forward melalui grup whatsapp. Memang mudah betul untuk forward sesuatu melalui butang forward yang ada didalam whatsapp. Jika di facebook barangkali dipanggil budaya share.

Macam-macam cerita yang dishare. Kisah kedai nasi kandar Pelita yang akhirnya terpaksa dikawtim oleh Us Shamsuri. Kisah produk-produk yang kononnya tidak halal sedangkan ada cop halal jakim yang sah. Kisah ECPI dan kemudiannya kisah bihun.

Saya bukan nak meringankan isu produk halal ini, tapi sebenarnya kami sekeluarga memang tak makan diluar dan jarang sangat beli makanan terproses. Jadi sebenarnya mesej yang sedemikian rupa tidak memberi kesan yang signifikan kepada saya. Tapi, mesej sebegini memberikan impak besar buat sahabat-sahabat saya yang lain. Kemudian mulalah mereka membuat spekulasi itu dan ini dan ada yang sehingga menimbulkan pertengkaran kecil di dalam grup. Sudahnya, bila ditanya, "Sebenarnya sahih ke berita ni? Cuba google?" dan apabila di google sebaliknya pula berlaku. Kiranya, perbincangan dan pergaduhan kecil tadi adalah apa?

Itu belum dikira lagi mereka yang menyebarkan hadis yang belum tentu sahih. Bayangkan, kita tidak pasti bahawa sesuatu hadis itu dari siapa tapi kita sebut 'Nabi saw bersabda'. Tahukah itu tidak dibolehkan? Haih..

Kemudian macam-macam lagi, bab gosip artis, gosip politik, gosip sukan dan macam-macam lagi. Ia mengundang bermacam jenis sangkaan yang diluar pemikiran kita. Saya beri contoh mudah.

Jika kalian tahu kisah pencuri RM 2 dari tabung masjid dan dihukum penjara selama berbelas bulan (saya tidak baca dengan baik). Ada yang cakap kesian, ada juga yang beranggapan pencuri itu dah biasa mencuri jadi dia deserve dapat hukuman sebegitu, ada yang condemn pencuri itu kerana tidak berusaha. Terus saya tunduk sendiri berfikir, apakah kita yang membuat andaian ini tahu apa yang dialami oleh so called pencuri RM 2 itu? Tidak, bukan? Kita hanya dengan segera membuat sangkaan.

Selalunya minda kita yang membaca mesej itu akan segera menerima sebab kita rasa mesej yang sarat dengan emoji cute, apatah lagi jika isi mesej itu memang 'in' betul dengan diri kita. Cepat saja kita forward tanpa mengetahui benar atau tidaknya mesej itu.

Ada juga yang menyebarkan surat berantai. Kononnya jika tidak diforward akan ditimpa bala malah jika diforward akan dapat keuntungan dunia berkali ganda. Aduh, boleh saja kita menghampiri syirik bukan bila mempercayainya? Bukankah manfaat dan mudharat hanyalah dari Allah, bukan dari usaha kita menyebar atau tidak apa-apa mesej berkenaan.

Ya, mungkin sahabat kita yang forward itu sgt soleh jadi mustahillah apa yang dia sebar itu tidak betul tapi cuba bila ditanya, rupanya bukan dia yang buat mesej itu. Habis siapa? Tahukah bagaimana sesuatu hadis disahkan sahih adalah dengan menilai perawi yang meriwayatkan hadis. Jika perawi itu tidak cukup tsiqah (tidak cukup boleh dipercayai) maka hadis yang diriwayatkan itu tidak akan berstatus sahih. Lihatlah bagaimana para ulama menjaga kesucian hadis dan menjadikan jiwa penganut agama suci dari pembohongan tetapi kita tidak mahu mengaplikasikannya di dalam kehidupan pula. Memanglah bukan hadis, tetapi pembohongan dunia tidak akan berleluasa dengan etika yang wajib kita jaga ini. 

Allah berfirman (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Bayangkan berita nasi kandar Pelita itu, boleh saja jika tiba-tiba perniagaan orang yang soleh menjadi bangkrap tiba-tiba. Selepas itu, gembirakah kita? Kemudian kisah bihun, ya betul bagus nak promosi produk bumiputera tetapi tidaklah sampai perlu memburukkan produk lain dengan tuduhan yabg tidak berasas kan?

Allah berfirman (maksudnya) : "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu hadir". (Surah Qaf, ayat 18).

Allah. Ini lebih menakutkan. Tambah pula jika kita tidak membaca pun isi mesej tapi forward merata dulu. Malaikat tidak seperti kita, mereka tidak culas untuk mencatat perbuatan kita. Justeru, berwaspadalah.

Allah berfirman (maksudnya) : 
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjawaban" (Surah al-Isra', ayat 36)

Andai saja apa yang kita sebar itu adalah sahih dan tepat, awasilah pula niat penyebarannya. Walaupun kita tidak menyebarkan cerita palsu, namun jika cerita yang kita sebarkan itu berniat jahat, untuk mengadu domba ("Namimah"), untuk memburukkan pihak lain, atau menceritakan keburukan pihak lain, tanpa sebarang sebab yang dibolehkan syarak, maka ia sudah cukup untuk mendatangkan dosa yang hanya Allah SWT yang tahu akan banyaknya.

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
"Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan semua yang didengarinya." (Hadis riwayat Muslim)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Mas'ud r.a., bahawa Nabi bersabda (maksudnya) : "Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesunagguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dulu saya kaki forward juga sehinggalah saya terperasan beberapa sahabat saya yang setiap kali saya atau sahabat lain forward, mereka akan bertanya, "Sahih ke berita ini?" maka saya terlintas kenapakah saya tidak boleh menjadi seperti mereka? Lalu saya cuba kikis sedikit demi sedikit perangai saya itu. Tak pasti atau tidak jika masih ada lagi 'penyakit' saya itu dan berharap sahabat saya akan terus menegur.

Apa yang menjadikan saya lebih kagum, ada seorang sahabat yang bersungguh memeriksa sama ada mesej yang diforward itu sahih atau tidak dengan menghubungi badan berwajib seperti laman web JAKIM berkenaan isu halal, customer service center utk cek kesahihan laman web Maybank akan di hack besar-besaran, penjual madu berkenaan status keaslian madu dan lain-lain. Kuat sungguh iman mereka ini pada ayat 6 surah al Hujurat.

Jika ramai orang seperti mereka ini, saya percaya gosip murahan tidak akan dapat hidup. Sekarang, saya tinggalkan kalian dengan mengajak kalian berfikir, 'bagaimanakah rupa dunia jika penipuan tidak ada?'

*tambahan panduan untuk share sesuatu yang dibuat oleh sahabat yang tersayang*

Panduan sebelum SHARE/Forward
1.Jangan terburu2 sebar berita. Tangguhkan sehingga anda benar-benar pasti akan kesahihannya.
2.Kongsi berita/fakta yg bermanfaat sahaja. Jangan kongsi berita negative seperti umpatan, gosip2 yang tidak bermanfaat apatah lagi yg jelas mengundang dosa seperti umpatan (kecuali umpatan yg dibolehkan oleh hukum syara’ atas maslahat tertentu)
3.Semak kesahihannya terutama jika disebar oleh org2 yang jelas kefasikannya (cth: melakukan dosa secara terangan2an seperti mendedahkan aurat ) dgn cara mencari maklumat dari sumber2 lain utk menyemak dll.
4.Selalu berdoa dgn doa yg matsur (Ya Allah Kau tunjukkanlah kebenaran ..) & mohon hidayah serta petunjukNya
5.Rujuk org yg arif dalam bidang yg diperkatakan utk kepastian. Cth: hadis dari pakar hadis. Perubatan dari doctor etc.
6. Percaya dan beramal dgn apa yg anda yakin & faham shj. Jgn turuti hal2 yang kita tiada ilmu ttg itu. (Al isra':36)
7.Sentiasa ingat bahawa malaikat sentiasa mencatat stiap amalan kita.  (Qaf:18)

Wallahua'lam

3 comments:

  1. betul tu...saya sebenarnya tak suka inbox/ wall di spam dengan pelbagai share yang mengarut dan tak sah.

    ReplyDelete
  2. Ilmu yg bermanfaat..Tq k'pija..
    Sy ahli goup JLO gak.. TQ for tips..
    Nukilan UmmiAbi

    ReplyDelete
  3. Sangat betul tu Siti kekadang mereka ni tak baca lagi terus forward.Mereka tak siasat dari mana sumber info tu dia baca tajuk menarik dan berfaedah je terus forward atas alasan menyamoaikan ilmu.Mereka tak tau bahswa hukum orang yg menyampaikan ilmu agama tapi dia sendiri tidak melakukan pun suruhan di dlm info itu mereka ini akan diazab di akhirat..Mereka ingat untuk dapat pahala rupanya golongan yg menyuruh orang berbuat kebaikan sedangkan dia tidak melakukan mereka ini hanya mendapat dosa.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!