Tuesday, January 21, 2014

Pasangan Hujung Minggu

Bismillah,

Susah hendak mengelak untuk menulis tentang isu yang dibawa dalam Semanis Kurma TV9 minggu lalu. Saya bukan mahu komen tapi nak komen jugalah huhuhu.. Bukankah lebih 'kick' jika dapatkan pasangan yang lebih lama ber PJJ? Walaupun begitu saya tetap tabik dengan usaha saudara Faizal untuk membelai jiwa isterinya Huda dari jauh.
Saya pernah juga ber PJJ. Kami bukan weekend husband n wife sebab semasa ber PJJ itu, kami tidak berjumpa bila hujung minggu tetapi bila suami ada bajet untuk datang menjenguk kami huhuhu...

Bahagiakah ketika itu? Huwwaaaa kalau suruh cerita, saya tak pasti diri saya macam mana. Tapi rengekan suami saya yang manja tu sangatlah menyedihkan hati dan saya rasa susah hati sangat kalau dengar dia bercakap.

Saya rasa nak tergelak bila suami cakap kentut pun tak larat. Oh, mestilah kembung suami ku itu. Hahaha.. Jenuh le agaknya saya kena tahan hidung bila dia qadha kentut bila berjumpa nanti.

Antara ayat yang sangat membuatkan saya tak keruan adalah, "Abang xboleh la kalau umi xde". Kalau sekali dengar takpe lagi, kalau dah masuk sekali dia bagi 3-4 das kata yang serupa haihhhhh.

Keliru sangat masa tu. Nak tinggalkan kedai, kedai baru nak hidup. Nak buat derk aje dengan suami rasa xpatut pulak. Lalu, saya buat istikharah. Memohon semoga Allah tunjukkan jalan keluar dari apa yang saya sedang alami.

Selepas itu, saya mula kerap terjumpa dengan bacaan yang menunjukkan tempat isteri adalah disisi suami. Ditambah dengan nekadnya suami dengan usahanya mahu saya duduk dengannya. Dia mula menggunakan veto dengan memberitahu yang dia akan mengambil saya pada sekian-sekian masa.

Terpaksalah saya berhadapan dengan mak dan abah. Airmata mengalir tidak sedikit. Saya hanya berpegang bahawa Allah akan mudahkan perjalanan saya jika saya ikut apa yang suami cakap. Saya menyusun perjalanan kedai dengan secukupnya. Bersyukur kerana Allah memberi kemudahan saya mendapat staff yang sangat baik.

Sehingga kini, ramai yang hairan kenapa kami bersusah-susah begini sekali untuk hidup. Ramai yang mempertikai tentang keputusan suami hidup dalam 'ketidaktentuan' dari hidup 'terjamin' bila dekat dengan kedai kami.
Biarlah hari ini saya buka sedikit kisah. Jika ada yang membaca maka mereka akan tahu. Jika tidak, maka kekallah isinya di dalam blog. Memandangkan facebook saya pun ntah bila agaknya akan mengizinkan saya log in huhuuhu.

Suami saya tidak betah bekerja makan gaji. Sebab itu, dia tidak mahu mengajar. Semasa di KL, biras saya selalu memberi peluang kepada suami mengajar tetapi setiap kali habis mengajar itulah dia akan termenung memandang sampul yang didapati selepas mengajar. Betul, hukumnya adalah harus tetapi suami saya tetap rasa tidak enak.

Beliau juga pernah kerja sebagai pekerja biasa-biasa saja di satu syarikat. Kerjanya memasang alat-alat perubatan di hospital dan pelbagai jenis alat lagi. Dia memang suka kerja yang banyak bergerak macam tu cuma, sudah namanya makan gaji. Kerja tekun pun hasilnya begitu dan jika malas pun hasilnya sama! Hoho.. Mana aci?! (dekat estet).

Pernah juga bekerja di kedai cermin mata dengan saya. Akhirnya berhenti begitu saja bila suami pecah tumit kedua kaki semasa kami kemalangan di tahun 2005. Sehinggalah kami membuka kedai. Pun dia tidak terasa seronok sebab 'dunia pekerjaan' yang suami impikan bukan di dalam kedai tetapi di reban ayam dan kandang lembu. Huhuhu... Memang di Parit Buntar ada ayam itik tapi lokasinya jauh ke Sungai Kechil. Tidak tenteram rasanya jiwa sebab haiwan peliharaan hanya dijenguk pagi dan petang untuk memberi makan.

Ramai orang selalu bertanya, kenapa saya tak pujuk suami untuk tune minat dia untuk usahakan kedai 100%. Itulah yang orang tidak faham dan akan mengambil masa kalu nak diceritakan. Cuma yang boleh diringkaskan, suami saya adalah pengamal kehidupan natural. Dia bukan dari mula natural tetapi selepas kahwin ada beberapa kejadian yang membuatkan dia rasa kehidupan natural adalah yang terbaik ketika kita hidup dizaman ini.

Sebab itu dia nekad. Nekad mahu mendapatkan susu lembu asli sebagai bekalan susu, nekad mahu mendapatkan pemakanan sihat, nekad untuk mengelakkan diri dari air dari syarikat bekalan air dan beralih ke air telaga atau bukit. Saya blank pada asalnya tetapi selepas melihat kuasa Allah dengan mudahnya mentakdirkan semua yang saya lihat mustahil itu sebagai sesuatu yang mudah sebenarnya. Sehinggalah sekarang, hampir kebanyakannya yang suami impikan telah didapati. Alhamdulillah.

Bersyukur kerana mak dan abah tidak meminggirkan saya dengan keputusan ini. Abah, sekalipun kelihatan berjauh hati tetapi tetap terus menyokong. Tidak sekalipun dia memulaukan menantu yang unpredictable itu haha. Cuma sayangnya, abah tidak sempat melihat tempat yang kami baru duduk ni. Jika dia masih ada, saya teringin sangat untuk melihat dia termenung melihat ayam itik, menebas rumput, memerhati burung terbang, mandi air bukit, menghirup bayu pagi yang nyaman, bermain dengan cucu, menikmati makanan yang asli (errr.. Mak masak aci tak? Sbb abah xsuke ai masak huahua) dan lain-lain lagi. Errr.. Alamak, air mata meleleh le plak.

Memang, saya sangat rindukan abah. Sebab abah adalah antara orang yang membuatkan saya rasa ayam itu comel. Abah suka dengan kehidupan kampung dan dulu saya berusaha memahaminya. Abah suka kumpul barang antik dan saya galakkan suami saya mewarisi minat abah itu. Sekarang, tinggal mak aje. Saya dah xsabar nak nantikan 13 Jan 2014. Mak akan pencen dan saya akan kidnep mak duduk dengan saya. Saya akan buat mak rasa seronok berenang dengan cucu yang meriuk ni hahaha...

Eh, awal tadi cakap pasal PJJ apsal masuk pasal impian masa depan plak ni? Haha.. Masa Semanis Kurma itu, ada komen facebook yang berkata, "setiap kali hantar suami pergi jauh menangis, akhirnya decide berhenti kerja dan duduk dengan suami. Itu adalah keputusan terbaik pernah dilakukan dlm hidup". Samalah dengan saya, mengikut suami adalah keputusan paling mabbeles yang pernah saya buat dalam hidup.

Abis tu, kedai macam mana? Kiranya saya tak kisahkan kedai la ek? Bahagia la tinggalkan kedai?
Puan Noraini jemputan Semanis Kurma tu bagitau erti bahagia adalah subjektif. Kalau seseorang itu bahagia dengan cara dapat banyak duit walaupun tinggal jauh dengan suami maka itu bahagia cara dia. Macam saya, saya rasa lapang tenang jiwa bila suami tak merengek saya takde haha. Rasanya kalau dia xmerengek saya ok je kot? Ai kan ada ciri maskulin gittew haha.

Oh ye, ingat lagi masa abah sakit, saya dah bulat rasa nak jaga abah. Saya suruh suami kawin lagi dan saya nak balik duduk jaga abah pon suami xboleh nak lepaskan saya duduk Parit Buntar. Hoh, rugi sape suruh dia xkawin je masa tu haha.. Skang ni mintakla macam mana pun, ai tak rela suda haha (macam la dia kena minta izin kalau nak kawin lain ek? Huhu).

Patah balik tajuk --berkenaan urusan kedai saya tetap terus berkomunikasi dengan staff. Mereka ibarat adik beradik bagi saya. Allah sangat sayangkan saya dengan memberi takdir saya bertemu dengan mereka. Mereka sangat boleh dipercayai. Alhamdulillah..

Selepas dari keputusan nekad itu, rupanya rezeki kami tidak terhenti setakat itu. Selepas satu demi satu Allah tunjuk peluang mencari rezeki. Alhamdulillah. Memang saya rasa tidak salah saya membuat keputusan itu.

Usahakanlah bahagia itu. Jangan ikut tafsitan orang bahawa duit banyak baru boleh bahagia. Itu salah dan mendera jiwa sendiri. Saya takde duit pun tapi ntahla, saya yakin sangat yang saya rasa ni adalah bahagia.

Mmmm.. Setakat itu saja ;)

4 comments:

  1. Setuju! Bahagie itu dihati.. 😍😍;)

    ReplyDelete
  2. Salam kak pija sayang!!
    Subhanallah, hari ni tergerak hati nak jengah blog comel u ni, dah la dlm fesbuk ternanti2 tak kunjung muncul status2 akk yang inspire tu (rupanya x bleh log in ek, gi la repot kat fb tu)
    Rasa rindu sesangat kat kak pija yang menyebabkan saya terbang ke sini...

    Macam best je umah akk kala ni kan - sangat alam semulajadi...dah terpandang bukit n sungai tu..tetiba teringat lagu masa darjah 1 kat parit buntar...lagu sungai tu...

    Sungai..
    Airmu mengalir, dari bukit
    nun jauh di sana....

    Errkk tu jer lirik yg ingat kekekekee...

    Apa pun kak..moga Allah sentiasa melindungi akak sekeluarga, kalu berkesempatan cam nak ziarah je akk kat sana...

    :)

    ReplyDelete
  3. pija,
    create lah FB baru..
    hari tu mama emma kata kalo dah jadi gitu memang x dpt nak log in sampai sudah..

    ReplyDelete
  4. teringat plak kat arwah ayah yang sangat penyayang dan mengambil berat tetapi tegas.

    Arwah ayah pernah berpesan dulu, apa2 hal keputusan, bincang dengan hubby, jangan ambil pot kata orang lain.

    rindu arwah ayah sentiasa.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!