Thursday, March 06, 2014

Sos Tiram Homemade

Sos tiram sendiri bikin.

Dah banyak tahun juga saya berhenti beli sos tiram. Ramai juga yang tanya macam mana saya boleh memasak tanpa sos tiram. Lalu saya menyoal balas, "Sebenarnya apa kegunaan sos tiram?".

Sungguh sebenarnya tiada lagi orang boleh memberi jawapan yang memuaskan hati saya. Disebabkan ada di dalam buku resepi maka kita pun ikut sedang di dalam sos itu terdapat kandungan bahan kimia yang walaupun berada di dalam sukatan yang dibenarkan tetapi tetap akan memberikan kesan kepada tubuh badan.

Jangan kata sos tiram, kicap, sos cili dan tomato pun saya sudah berhenti beli. Sedangkan dulu, saya sentiasa bermain dengan makanan terproses ini. Pendek kata, xsah kalau tak gunakannya.

Semenjak sedar tentang bahayanya pengawet, perasa, pewarna, kondisioner di dalam bahan ini, maka saya berhenti dari membeli. Sekiranya perlu, seperti mahu mencuba resepi di dalam buku, maka apa yang saya lakukan adalah membeli sotong.

Setiap kali membeli sotong, saya akan simpan kantung berisi dakwat sotong di bahagian kepalanya. Pernah saya bersembang dengan orang singapore, mereka tak buang dakwat hitam itu bila makan. Jadi saya buat sos tiram dari benda itu. Mata sotong tetap saya buang.

Rasanya? Saya jamin jika cukup garam dan rasa, memang rasanya tidak kalah dengan sos tiram sendiri. Cubalah sekali. Mudah dan selamat insya Allah.

2 comments:

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!