Saturday, June 25, 2022

Bagaimana Mahu Taat Pada Suami Sedangkan Isteri Membencinya

Bismillah,
Selepas beberapa diskusi, saya memberi kesimpulan.. 

Bila menjadi seorang yang tabah dan sabar dengan kerenah suaminya, pasti akan sampai saat akan timbul benci dihatinya pada suami. Ia tidak mustahil. Cuma sayang tidak semua suami menghargai ketabahan isteri. Lalu kebencian itu bakal terhasil. Perkara ni suamilah perlu ambil kira.

Lalu disoal pula : 

Bila dah benci dan dendam mcm mana nak taat lg..can u imagine?

Sebenarnya saya tiada jawapan pasti tapi saya yakin ini jawapan yang betul. 

Taat boleh berlaku jika dibuat kerana Allah
Bukan kerana suami
Ada beza disitu




Ya.. Ia adalah situasi yang sukar. Tapi segalanya mungkin jika dibuat kerana Allah.. 

Tinggalkanlah suami itu di'ajar' oleh Allah atas kelakuannya.




Friday, June 24, 2022

Jom Lazimkan Solat Dhuha

Bismillah,

Solat Dhuha

Pertama
orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. 

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” 

(HR. Turmudzi)

Kedua
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. 

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” 

(HR. Hakim).

Ketiga
Orang yang menunaikan shalat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. 

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” 

(HR. At-Thabrani).

Keempat
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. 

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan shalat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” 

(HR. At-Thabrani).

Kelima
Allah mencukupkan rezekinya. 

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.” 

(HR. Abu Darda`).

Keenam
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. 

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.” 

(HR Muslim).