Showing posts with label Milestone. Show all posts
Showing posts with label Milestone. Show all posts

Friday, April 02, 2010

My 7-week-old Ahmadi


Bismillah,

Musti ada yang sound, apsal berita terkini hiburan sensasi dari Asmaa', Usamah, Uwaiys, Arwa sudah jarang keluar :P Balik2 Ahmadi. Ini adalah kerana pada peringkat umur Ahmadi selalu menunjukkan perubahan2 yang mendadak. Minggu ini dan minggu depan saja sudah lain. Dari segi perkembangan mahupun paras kehenseman beliau.

Jadi di minggu ini, inilah dia perkembangan pacik Ahmadi :

  • Tangan terawang2 dan menggenggam erat - kenmain lagi dia skang bermain dengan tangan sendiri. Dia nampak mcm sebok nak mendakap. Bila nak menyusu lagi la...walaupun dah lena, dia still secukup rasa je tarik baju umi. Sangat kuat plak tu so kalau uminya nak bangun, dia pun terjaga sama sebab terasa tangan dia kene bukak. Yang paling best sekali kalau dia dapat rambut, sempat la berair mata seblom boleh lepaskan semula...huhu
  • Sudah mula belajar - kadang2 nampak dia termenung seolah2 sedang memikirkan sesuatu. Menurut kajian, budak di bawah 3 bulan,otaknya berkembang sebanyak 5 cm. Maka sudah sampai saatnya mengajar dia apa yang patut diajar mcm objek2 pada flashcard, menyanyi, bertepuk atau apa2 lah..
  • Matanya dah mula keep track - kalau seblom ni agak slow sikit, kali ni nampak lebih lancar matanya bergerak ke kiri ke kanan. Paling best adalah berlawan mata dengan Ahmadi, rasa mcm ada sesuatu mengalir dengan damainya bila berlawanan mata dengan dia.
Baru2 ni saya terdengar lagu Menatap Matamu - mcm best je kalau ada background lagu ni time menatap mata Ahmadi :P OVER!!!

Aril - Menatap Matamu Sungguh indahnya hari berlalu Menunggu kasih tambatan hati Ingin rasanya selalu berbagi Bersamanya kala suatu nanti Andaikan kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu untuk menatap matamu Menatap matamu Bagaikan bintang nun jauh di sana Terangi malam yang semakin gelap Jika kau sudi menemaniku Takkanku lepas walau sedetik pun Andainya kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu Andaikan kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu Ku ingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Ku ingin dirimu turut merasa Rasa rindu 'tuk menatap matamu


Sekian..melaporkan dari Parit Buntaq


Saturday, March 27, 2010

My 6-Week-Old Ahmadi


Bismillah,

Saya sudah mula blogging semula. Agak tenang di waktu pagi di mana Arwa dan Ahmadi terlena dan Asmaa' Usamah Uwaiys ke sekolah (terasa ramainya anak bila sebut semua nama mereka). Jika ada saya meninggalkan komen di blog kalian, itu kemungkinannya saya sedang menaip sebelah tangan manakala sebelah lagi sedang mengendong Ahmadi menyusu. Yeah...I get a new handbag and my handbag got a lovely eyes.

Apresiasi Bunyi
Sambil menyusu dan blogging, saya akan pasangkan alunan alQuran, zikir atau nasyid. Kalau susukan Ahmadi sambil berbaring, sayalah yang akan jadi radio karatnya. Ahmadi juga kelihatan memberi respon kepada hingar bingar kakak dan abangnya di mana dia akan menangis bila ada sesiapa yang lain menangis dengan kuat. Manelah adik korang tak nangis kalau dia terkejut dengar korang menangis??

Ada kala saya juga membiarkan dia explore keadaan sekeliling dengan suasana yang sunyi sepi. Ada masa Ahmadi berjaga tetapi tidak menangis dalam jangka masa 5-10 minit dan ini cukup untuk saya basuh pinggan atau alihkan kain yang dah kering ke dalam almari. Masa ini tidak boleh saya gunakan untuk masak, sidai kain, menyapu dan lain2.

Walaupun begitu, ketika kakak dan abangnya ada bersama, Ahmadi tidak pernah sunyi. Ade je salah sorang dari mereka menempek di tepi adiknya. Tak sudah2 cium adik sampai terpaksa saya halau jauh2 sebab adik dia kadang tu menangis2 nak tido tapi terganggu...huhu...

Ekspresi Diri
Sekarang, saya rasa saya tidak bercakap seorang. Saya dapat lihat Ahmadi mula mengerutkan kening, membulatkan mata, mengecilkan mata, mengangakan mulut dan buat aksi mendakap. Saya yakin itu adalah bahasa pertamanya dan saya kene bijak mentakrifkan apa yang dia cuba sampaikan. Huhu.....go Ahmadi, umi will wait until ur cute mouth bunyik, "Umi...ai leb yu!!"

Wednesday, March 17, 2010

My 5-Week-Old Ahmadi

Bismillah,

Di malamnya dimana opah dan maksu kanak2 ni tidur disini...saya paksakan mata tgk TV cerita Jangan Tidur Lagi. Bukan sll boleh borak2 kami 3 beranak. Suami saya plak mengambil masa untuk bersama dengan sahabat dia. Kalau mak saya tak tido sini, musti suami saya tak kemana2 sebab dia susah hati saya tak leh control sorang2 anak2 ni.

Susah nak blogging skang ni..kalau ada saya tinggalkan komen di blog kalian, kemungkinan besar ketika itu adalah saya sedang menyusu. Terpaksa buat begitu sebab kalau saya menyusu sambil baring, makanya saya akan lena. Yee...saya memang senang tidur dan tidur banyak adalah tidak sesuai dengan seorang mak yang dah ada anak 5.

Minggu cuti sekolah ni saya ambil peluang untuk beradaptasi dengan situasi bersama2 dengan anak2 ni. Minggu hadapan saya berharap dapat penuhi jadual kami semula. Anak2 akan ke sekolah semula di Pasti P.Buntar ni. Kemungkinan besar pula time tu suami saya tak ada sebab nak bawak angsa dari Jerteh ke sini semula. Nantikan la mcm mana saya bangun pg dan siapkan kanak2 ni kemudian drive utk hantar 3 budak comel itu ke sekolah dengan Ahmadi menyusu. :P Mesti ada yang telah terbayang kengeriannya :P

Okeh..tentang Ahmadi. Alhamdulillah kakak2 dan abang2nya sangat kasihkan dia. Arwa dah bbrp kali terlena sambil peluk Ahmadi. Sbbnya, dia suka baring sebelah Ahmadi time Ahmadi menyusu dengan saya. Maka, kami ber3 akan tidur rapat2. Bila saya terjaga, rasa nak berlinang airmata tengok. Sungguh mereka bagaikan nyawa saya.

Kepala Sudah Menegak
Bila diletakkan dalam keadaan meniarap especially time nk burp kan dia, dia dah boleh tegakkan kepala dia. Saya juga sll dukung dia mcm saya dukung Arwa sebab saya rasa Ahmadi dah keras walaupun tergoyang2...tp utk mereka yang anak pertama itu, sila berhati2 ya sebab ini bukan main2. Bukan juga nak maksudkan yang saya terror nak dukung anak tapi mcm mana nak ckp ye, kene pandai kawal okeh?

Sudah Mula Memberi Senyuman Pertama
Mcm Usamah, Ahmadi juga ada lesung pipit. Harap2 lesung pipit diorang ni kekal sampai ke tua supaya diorang senang nk mengorat (apakah??) sebab umi dia suka melihatnya. Tapi bukanlah setiap kali diagah dia senyum cuma dia dah mula menunjukkan senyuman manis menikam kalbunya itu. Alhamdulillah, satu lagi kecantikan yang ALLAH beri kepada penglihatan saya. Ada sekali tu tgh mlm dia bunyi nakkan susu, saya sampai ilang ngantuk tgk dia sengih tgh2 malam. Cair wa cakap luuuu :)

Tidur Yang Lena
Selepas balik ke P.Buntar ni, Ahmadi dah mula lepas - kalau tak tu asyik melekap dgn umi aje. Bangun pegi toilet aje dah selop. Menyusu sambil makan aritu mmg dah jadi kebiasaan tapi masa tu ada tokku diorang tolong pegangkan. Skang ni alhamdulillah kiranya saya boleh dah la buat kerja. Tengok betapa teraturnya aturan yang ALLAH aturkan. Agaknya aritu dalam pantang maka terbaring aje kerjanya. Skang ni pun saya tatau dah cukup ke 40 :P Saya dah mula buat keje mcm biasa.

Malam2 Ahmadi mcm anak2 yang lain, takde prob diorang ni tido malam. Takde lagi la kejadian kene main Spiderman ke Ultraman ke tengah2 malam temankan diorang..hihi... Sekali lagi betapa ALLAH mengasihi hambaNya dengan cara ni. Mak diorang pun amik peluang lena sampai pagi.

**Entry ni amik masa 3-4 hari nk siap huhu...gambar2 kemudianlah ye...nk selesaikan contest punya result dulu