Tuesday, October 04, 2011

Blogger Yang Saya Kagumi Rupanya Saya Kenal Sejak Kecil!

Bismillah,

Malunya!!! Sebenarnya hari ni saya nak menaip benda lain tapi saya dulukan yang ini sebab eksaited. Saya terperasan dalam ramai2 yang advise pada saya supaya jangan berjalan jauh dalam pantang ni seseorang yang namanya Norlin tapi tulis 'Noli' saja untuk gelaran diri.

Bila sebut Noli, saya terus terbayang pada rakan setaman saya dulu. Masa saya kecik, memang saya kaki main tak kira la dengan lakii pun. Kadang takde seluar, hentam pakai skirt pi main kat tengah jalan. Selalunya depan rumah Noli ni la kami main. Tapi dia tak join pun main. Kalau nampak dia pun setakat dia sengih je la depan pintu pagar rumah dia. Memang kontra yang teramat kalau nak dibandingkan dengan saya. Saya paling ingat sebab dia adik beradik kira kelas budak2 pandai tapi dia junior sikit dari saya. Kiranya selalu jadi contoh teladan la sebab mak ayah dia pun lembut baik hati je...

Rupanya Noli yang saya terlintas tu memang betul2 Noli! Masya ALLAH kenapa la sebelum ni tak telek betul2. Padahal blog dia tu, macam kerap jugak la saya singgah baca dan komen (ntah2 merapu meraban). Alkisahnya saya sangat kagum mcm mana ibu HAIKAL HIYOKO ni yang boleh ajar anak dia menghafal surah pendek2 sedangkan anak2 dia kecik lagi.

Rasanya tak cerita panjang2 kot... korang singgah blog dia ek

*mood terganggu lagik ~ dapat berita seorang sahabat lama yang diambang penceraian ... sungguh ini tidak mudah untuk seorang perempuan - berlaku pada kawan baik sendiri turut menarik saya ke dalam kesedihan, apatah lagu bahunya yang menanggung beban ~ SEMOGA TABAH KAWAN!!


Monday, October 03, 2011

Pengalaman Bermalam Di Wad Bersalin Hospital Tengku Anis

Bismillah,

Saya pernah menulis sebelum ini tentang kewajipan solat jika belum melahirkan. Kali ini saya masih tidak punya kekuatan untuk menegur beberapa ibu mengandung malah penjaga (orang yang meneman) yang tumpang panik sehingga tidak solat. Sehingga saya berusaha untuk tidur dan tidak memikirkan  sangat tentang mereka.

Seorang dari patient yang sedang sakit pinggang mahu bersalin asyik berjalan kehulu kehilir sambil memegang pinggangnya. Saya tak ada idea bagaimana boleh membantu dia menghilangkan kesakitan itu sementelah dia pula pertama kali hendak bersalin ~ anak sulung. Saya ingin sekali cerita kepada adik itu yang saya selalu rasa lega dalam posisi sujud jadi satu cara menghilangkan kesakitan itu adalah dengan sujud.

Setelah beberapa kali dia bertanya saya apa yang harus dia buat, saya mencadangkan dia untuk beritahu jururawat. Setelah jalan diperiksa, ternyata dilation yang dia alami hanya 1 cm sedangkan semasa dia admit ke wad itu bukaannya telah mencapai 2 cm. Selepas diperiksa, dia ke tandas dan katanya darah banyak sekali keluar sehingga kami2 yang ada di situ berpendapat dia hamil dengan ketuban darah yang bunyi katanya sangat sakit.

Kali kedua dia ke tandas, tiba2 dia pitam. Mujurlah dia pitam masa dia duduk di atas kerusi. Suaminya yang menunggu di luar terus mengetuk2 pintu dari luar. Paniklah keadaan masa tu. Saya tumpang panik sama sebab saya pun ada bgtau dia barangkali darah tu keluar sebab proses periksa jalan tu. Disebabkan 'nasihat' saya tu, dia tak pergi beritahu misi yang darah keluar dengan banyak.

Rupanya, dia bukan ketuban darah pun tapi adalah seorang yang 'mabuk darah'. Selepas ditenangkan oleh jururawat, dia pun kembali berjalan kehulu hilir katil saya dan selepas tengah malam, sakitnya tak tertanggung lagi dan bila dia pergi periksa semula bukaannya telah mencapai 9 cm. Kiranya tak sempatdah nak panggil suaminya untuk menyaksikan kelahiran pertama.

Memang panik rupanya kerja di wad bersalin ni. Tambah pula kebetulan malam tu ada 2 lagi yang sedang sakit. Saya tak boleh bayangkan kalau 4-5 orang sedang hendak bersalin serentak di situ. Syukurlah selalunya timing saya mesti saya sorang saje.

Bab Menyusu
Kebanyakan adik2 yang melahirkan hari itu menyambut anak pertama. Jadi mereka tidak pandai menyusu. Walaupun saya tak ambil kursus breastfeeding tapi saya pun amik peranan juga mengajar sikit2. Apa yang sedihnya, mereka ada bawa susu formula dalam locker mereka. Bermaksud, mereka tidak datang situ dengan keyakinan boleh menyusu.

Saya cuba fahamkan mereka yang susu tidak datang begitu sahaja. Mereka perlu selalu menyusukan supaya ransangan dari hissapan itu akan menghasilkan susu. Saya cuba menunjukkan beza antara anak saya yang menyusu dengan susu formula dan susu ibu supaya mereka lebih faham dan lebih berusaha untuk menyusukan bayi mereka. Saya gunakan ilmu saya yang cetek untuk membantu tetapi selebihnya saya serahkan kepada mereka.

Perihal menjaga aurat
Uniform patient dgn lengan tiga suku itu mungkin ada alasan medikasi sebaliknya kenapa ia mesti tiga suku. Jadi, saya bawa stokin tangan untuk cover cuma bila kita masuk air, pastilah susah dan akibatnya saya balut tangan saya dgn tuala sehingga air itu habis. Itu hal uniform, masih boleh diusahakan oleh kita.

Disebabkan saya dimasukkan ke wad bersama dengan mereka yang beranak sulung maka suami mereka pun duduk di koridor dengan tangan tergantung ke dalam tingkap huhuhu... Suasana tu menyebabkan saya tidur dalam keadaan tidak selesa bimbang terlebih selak kain, kepanasan bertudung litup dan malu untuk menyusu juga sbb diorang ni dok perati je. OK, saya faham kalau nk selesa baik ke swasta tapi andai saja para suami itu faham, sekurang-kurangnya bolehlah kita tidur selesa sikit sekalipun memakai tudung.

Selebihnya, saya memang sangat sukakan Hospital Tengku Anis ni khususnya Wad Bersalin. Kebetulan semasa mahu melangkah pulang, kami bertembung dengan seorang sister dan dia tersenyum dan nampak sangat ikhlasnya. Suami saya kata, "Mana nak jumpa hospital lain macam hospital ni. Rasanya kalau ada misi baru masuk pun dia automatik jadi macam sister tu...baik tu mcm budaya diorang dah".

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jururawat di situ. ALLAH akan membalasnya dengan kebaikan dunia dan akhirat. Amin...

Sunday, October 02, 2011

Tahniah Epit & Azie!!

Bismillah,

Jumaat baru ini adik saya telah selamat nikah dengan satu lafaz. Hari ini pula adalah hari kendurinya. Saya tidak dapat menghadirkan diri. Sob sob.... Ni nk tayang sikit adik bujang saya yang sorang, eh skang kira dah tak bujang la kan...


Hensem jugak la kiranya tapi sian kat hang Pit, awat hang tak pakai Fair N Lebly siap2 nak bg putih sikit..kuikuikui.... Azie, glad to have you in our family...sekarang ai sudah ada adik ipar sebelah saya.. ntah la pasaipa rasa syoookkkkkkkkkkkkkk sangat!! Kot la kan lepas ni ada kawan nak pi meghela sampai Penang ka kan.... 

Tahniah naa...arini kak nangis la sikit lagi nak perabis sedih hari Jumaat.. depa kata tak baik sedih2 tapi nk buat mcm mana dia nak sedih gak.. sobsob...

Saturday, October 01, 2011

Jangan Runsing Puting Kosong Selepas Melahirkan

Bismillah,

Dulu, 5 kali mengandung, beberapa minggu sebelum melahirkan, telah ada sedikit susu yang keluar tapi tidak untuk kelahiran kali ini. Puting saya kosong sekalipun selepas melahirkan. Saya tidak bersusah hati kerana saya dah belajar bahawa suusu akan keluar melalui ransangan dan ransangan yang diperlukan untuk menghasilkan susu adalah hisapan sejam pertama bayi.

Seusai Iman diazan, dimandikan, ditahnikkan tibalah masa untuk umi menyusukan Iman. Mungkin hikmah dari sunnah Nabi agar mmentahnikkan anak akan menyebabkan bayi mudah menghisap susu. Iman menyusu seakan dia pernah menyusu sebelumnya. Ini adalah fitrah, kita hanya perlu bantu sedikit dan insya ALLAH bayi kita akan dapat melakukannya.

Iman dilahirkan pada 8.30 pagi dan sehingga ke malam itu, susu saya masih tidak keluar. Saya cuba picit pun tidak ada yang keluar. Pun saya tidak panik lagi. Ada beberapa makcik yang datang bertanya, sama ada saya dah ada susu atau belum. Saya jawab dengan jujur memang tidak ada. Lalu mereka bertanya kembali, "Dah tu buat apa dok nyusu lagi?"

Iman tidak menangis dan kerjanya hanya menghisap. Kalaupun saya tinggalkan dia untuk ke tandas, dia akan tidur. Mereka semua hairan kenapa Iman tidak menangis sedangkan pada katil yang sama beberapa hari sebelum itu, anaknya menangis tiada henti. Syukurlah juga sebab kali ini adah kali kedua saya melahirkan anak  tanpa ditemani sesiapa di hospital.

Sebenarnya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Petang itu saya call Farah Sarakids untuk clarify yang keadaan saya itu adalah normal dan bayi saya  insya ALLAH tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kata Farah, baby yang dibuang boleh bertahan 3 hari tanpa makan dan minum tapi kebanyakan yang mati itu adalah kerana digigit serangga dan sebagainya sahaja.

Seperti anak ayam dan anak itik jugalah...hehehe.. sebab bila anak ayam dan itik kami menetas, memang 3 hari mereka tidak dikeluarkan dari inkubator dan tidak perlu diberi makan dan minum. Lagipula Iman tidak menangis. Itu menandakan kondisi dia tidak perlu dibimbangi. Rupa-rupanya makcik2 di situ ingat saya mengandung anak sulung so diorang hairan macam mana saya boleh manage diri dan Iman juga tanpa bantuan sesiapa.

Pagi keesokannya barulah ada susu dan itupun sedikit saja. Mak saya pun ada call dan pesan selagi tak ada susu itu, saya patut sejam sekali menyusu. Alhamdulillah, semuanya OK. Apa yang penting adalah menyusu dan menyusu dan menyusu. Di bawah ini adalah beberapa tips yang saya amalkan :


  • Saya tidak sekadar menyusu sejam sekali tetapi sepanjang masa kecuali semasa nak makan dan ke toilet dan sedikit masa untuk merehatkan diri.
  • Jika Iman tidur tanpa menyusu, saya akan buka bedung tangannya. Itu akan mengelakkan dia terlampau lena. 
  • Saya minum Radix, susu segar dan kurma dan selebihnya adalah menu hospital.
  • Saya elakkan runsing dengan tak habis2 picit puting sendiri untuk cek sama ada susu dah ada atau tidak.  

Kini dah hari ke 9, alhamdulillah susu dah banyak (saya rasa dan saya yakin begitu). Belum memulakan sesi perahan sebab di rumah mertua saya tak ada tempat nak simpan susu. Entry ni adalah sekadar berkongsi pengalaman sendiri tentang penyusuan.