Tuesday, August 31, 2010

Hubbul Watan : Cintakan Negara

Bismillah, 

Selamat Hari Merdeka ya Bloggers!!

Saya bukan tidak patriotik, tetapi tidak pula saya sanggup berdiri bersama mereka2 itu menanti detik jam 12.00 tgh malam setiap 31 Ogos...

Yupp, saya pernah eksaited zaman sekolah rendah sbb mak saya masuk perbarisan dengan uniform misinya..
masa yang sama saya pulak akan masuk pancaragam dan lagukan lagu2 patriotik...
pernah jugak masuk koir (bajet suara sedap) juga sampai melarat nyanyi kat Dewan Merdeka 

malah masuk radio jugak!


Sekolah Menengah,
Kami kalut dgn persiapan masuk kawad...tahun saya adalah tahun ke 5
Taayah menjadi johan 5 kali berturut2 dalam acara kawad

Dan di situ adalah terjemahan dari 'Hari Merdeka' saya...

Di universiti, 
Saya keluar naik motor lepas Maghrib ke Taman Melewar
Nak dekat tengah malam baru saya balik dan pakcik jaga tahan...
ingatkan dia nak marah sbb saya pergi Taman Melewar..
rupanya saya tak pasang lampu motor...gilak...

Di Taman Melewar, semangat patriotik saya menggebu2...
Saya tiba2 rasa sayang dengan Malaysia....
Bila rasa sayang, saya tidak mahu Malaysia menjadi negara yang dijajah
Bila rasa sayang, saya runsing Malaysia jadi pusat di mana banyak maksiat berlaku di dalamnya
Bila rasa sayang, saya rasa marah kalau pemerintah yang rakyat beri amanah tidak mengambil tindakan atas semua yang berlaku..

Tidak mahu bersikap menyalahkan
Terpampang di mana2 yang pemerintah melakukan kerja mereka
Saya harap mereka berusaha lebih lagi untuk sebuah negara yang lebih aman
Semoga undang2 yang digunapakai juga adalah yang selari dengan hukum ALLAH

Dari, 
Rakyat 1Malaysia :))
Malaysia...Aku Cinta Kamu

Dan ini...hasil tangan Shanjhey Kumar Perumal,
kawan sekolah rendah saya tau...
diinspirasikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad :)

Giveaway "Breast Milk - The choice for a new Generation"

Bismillah, 


Sejak akhir2ni saya minat contest yang mcm ni. 
Contest yang kena fikir dan bawa manfaat kepada penganjur,
peserta dan pihak ketiga yang tak masuk contest. 

Untuk contest ni hadiahnya adalah Dolly
Tarikh tamat adalah : 1 September... esok weih..
Saya dah join, anda bila lagi??

Monday, August 30, 2010

Art Of Light : Superyzaf (Pakej Fotografi)

Bismillah, 

**Saya tidak dibayar untuk buat entry ni**

Buat yang ada di P.Buntar dan kawasan2 yang sama waktu dengannya...
Superyzaf (Fazry actually) adelah a fren of mine masa sekolah rendah...
Ada kemungkinan besar dia juga satu kelas Pendidikan Islam sbb saya juga tumpang kelas oren dulu masa kelas Pendidikan Islam...
Juga, ada kemungkinan dia adalah salah seorang yang berani2 panggil saya dengan nama Mak Enon juga
(Hampeh la korang dulu pekena aku!!)

Sape nak tengok portfolio dia, ada di sini....

dan tidak ketinggalan yang lama2 punya dalam Fotopage juga

Di bawah ni pula saya kopipes saja pakej yang dia sediakan...untuk tau harga, please contact him personally


Pakej bertunang/akad nikah sahaja
80 keping 4R
1 Sticky album
1 cd/dvd semua gambar dalam format jpeg

Pakej sticky majlis persandingan sahaja
100  keping 4R
1 Sticky album
1 cd/dvd semua gambar dalam format jpeg
1 keping 8R
1 bingkai 8R eksklusif

Pakej custom album majlis persandingan sahaja
1 - 8×12 (20 mukasurat) custom album
1 cd/dvd semua gambar dalam format jpeg
1 keping 8R
1 bingkai 8R eksklusif

Pakej sticky akad nikah + majlis persandingan sahaja
100 keping 4R
1 Sticky album
1 cd/dvd semua gambar dalam format jpeg
1 keping 8R
1 bingkai 8R eksklusif

Pakej akad nikah + majlis persandingan custom album
1 - 8×12 (22 mukasurat) custom album
1 cd/dvd semua gambar dalam format jpeg
1 keping 8R
1 bingkai 8R eksklusif



* Pakej boleh berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.
Liputan untuk setiap majlis ialah dari make up sehingga sesi outdoor jika diperlukan. Untuk mendapatkan harga pakej berserta hadiah percuma/promosi,  sila email ke superyrzaf(at)hotmail.com atau sms ke kosong satu dua 734 16 93.




This is her daughter...nk tgk gambo pengantin korek sendiri dari link dia...
Tak berani la daku nak kopipes gambo yg tak berkaitan..

Fazry,
Aku pertaruhkan nanti anak2 aku untuk bergambar dengan hang...
untuk menambah portfolio hang...
Harga yg hang bg aku dalam fesbuk tu jgn buat2 tak ingat no...
nnt kita ejas the date n time...

Sunday, August 29, 2010

Motherhood : How this tittle change you??

Bismillah,



Pernah dengar tak orang kata kat kita??
"Wahh...anak 5 dah ko Pija??"
"Tak sangka ek ada laki berkenan kat ko..dan yang paling aku tak sangka kurus kering macam ko pun boleh beranak 5 tu..."
Memanglah korang tak pernah dengar sbb korang anak 2-3 orang. Saya je terlajak sikit.

Sebut pasal bilangan anak ni, boleh pulak saya cakap kat husband. "Ahmadi anak bongsu kan??" and guess what, Nejad take a long breath before answer...."Kalau mcm tu kena ada 4 maklah nak dapat 20!!" Waaaaaaaaaaaaa...................always like that!

To my old friend, the Pija you used to be is not gone forever actually, Pija has just evolved!!I actually cant become a mother without making huge changes in my life. I have a friend from Taayah, Dr Siti Nurhayati who I really tak sangka will be a doctor (we share the same aggregat at school - best sc student la konon!). After that she getting married and now has a beautiful daughter.

When I say this, "Ada masa ke doktor nak basuh CD??" and she replied, "Sekarang aku dah ada priority dah tau, 1st muslimah, 2nd wife, 3rd doctor and the last is doctor!". Puyyoh...really tak sangka that is Yatie, a fren of mine in Taayah. But she is still Yatie...but new Yatie with a mak-mak character.

So, how to stay like ourself before??

Time for yourself....
How busy you are, you still have to find a time for yourself. It can be difficult especially for a new mother. By the time we try to add the demands of being a mother, a wife, a daughter, a friend and blabla..we may feel like, 'hey, there is nothing left for me!?'

I just said like this before while my husband decided to move to P.Putih. My M.Njang asked me, "Mak dgn abah OK ke Ayong pindah?" and I answered emotionally, "Tu lah susah, ini suami ajak, sana mak abah tak berapa nak bg and now, seems like nothing left for me to decide anything." I feel torn between home, work & family. But alhamdulillah, I have a mother, lovely mother who always give me a big heart. She try to understand me and my life become easier again.

To ensure this doesn't happen, we have to set aside time for self, even 10 minutes every day. Yupp....only 10 minutes and the number will be bigger as our baby become less dependent. Sometimes we will believe that this is selfish. It is not actually because by having the time for self, we able to think clearly and enjoy the family when we've been alone awhile.

How to get the 10 minutes Pija??
Study your baby's sleep and wake up time. 10 minutes before the baby is due to awake is the right time to have time for yourself. And it is bonus when luckily they awake late from the due time! (But sorry, if they awake earlier...just find another 10 minutes)

Another way to stay YOU is by hobby
Yes..just take up a hobby, or you might have a hobby that you've done before and wish to continue. But please pick a long-lost hobby. Blogging is actually a cool hobby (for me laa...). I guess kakyong now are looking for jahit2 one, Ayu bake the cheese cake and many more! So what is your hobby??

Being a mother is great actually. Thanx ALLAH for giving me the chance...and for my husband, without you I won't be a mother... but 5 is enough kan?????kan kan kan kan kan kan kan kan??????? kan laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................

Saturday, August 28, 2010

Nikon Web Lens

Bismillah,

Saya ingin memperkenalkan kanta baru iaitu Nikon Web Lens dari Essilor.

Kenapa mesti memilih Nikon Web Lens

  • Penggunaan komputer kini menjadi-jadi, hampir semua kakitangan dalam sesebuah pejabat mempunyai komputer di atas meja masing-masing.
  • Ketegangan visual dan sakit kepala akibat dari menggunakan multifokal semasa buat kerja jarak dekat dalam jangka masa yang panjang.
Keadaan ni selalu terjadi kepada pengguna multifokal...

/uploads/product-images/web-lens-comparison.jpg

Berdasarkan kepada gambar di atas ni...
  • Single vision - jika anda perasan, cermin mata RM 3 yang selalu dijual di pasar malam itu, adalah untuk penglihatan dekat sahaja. Kalau nak tengok handphone, maka nampak handphone saja. Jika nak tengok komputer, mungkin kena dekatkan tubuh dengan komputer dan kalau nak baca paper, anda mungkin terpaksa dekatkan paper ke kawasan penglihatan yang selesa. 
  • Progressive (multifocal) - untuk cermin lihat jauh dan dekat. Cermin ini mempunyai kelebihan untuk melihat jauh dan dekat tanpa perlu menukar kepada cermin lain. Keadaan ni selalu terjadi kepada mereka yang menjengah ke umur 40 tahun. Namun, ia ada kelemahan juga. Di tepi kiri dan kanan cermin masih ada distortion yang menyebabkan kita rasa kurang selesa dan terpaksa beradaptasi untuk melihat ke kiri dan kanan ketika melihat dekat. Untuk melihat komputer pula terpaksa sedikit mendongak sehingga kebanyakan pemakai merasa sakit kepala dan leher.
  • Nikon Web Lens adalah yang paling sesuai untuk mereka yang memerlukan masa yang lama di hadapan komputer. Tetapi ia hanya untuk melihat area meja kerja meja anda dengan selesa dan bukan untuk melihat jauh dari itu. Anda tidak perlu mendongak untuk melihat komputer lagi dengan lens ini. 
Sila baca penerangan lanjut tentang lens ini di bawah :

Features and Benefits

  • Enhanced near and intermediate vision
  • Wider and stable near vision zone: the bottom part of Nikon web.lens is dedicated to reading, providing a very wide and sharp near vision
  • Longer depth of field: the upper part of Nikon web.lens is dedicated to intermediate vision, providing continuous clear focus from 50cm up to four metres




No Eyestrain and Optimal Comfort

  • Full near vision zone reached just 9mm below pupil centre: eyeball rotation is limited to a strict minimum
  • Intermediate vision easily accessible: half the power shift is found at pupil centre. Constraining backward head and neck movements are eliminated
  • Soft design eliminating swim and distortion: adaptation is virtually instantaneous. Nikon web.lens can be easily used for intermittent wearing. When combined with Crizal anti-reflective coating, Nikon web.lens offers superior performance for computer users. By eliminating light reflections, Crizal improves visual performance and reduces eye strain
Sila berkunjung ke Uwaiys Optometrist, Parit Buntar untuk mendapatkan produk ini :)

Ahmadi Sudah Sihat & Arwa Diapers Free

Bismillah,

Mungkin saatnya entry ni dipam keluar, Ahmadi dah betul2 sihat sepenuhnya. Demam campak I guess... sebab selepas demam reda, abis naik ruam penuh satu badan. Gambar ni gambar baju baru Mak Tok bagi balik dari Mekah. Tenkiyu M.Caq...semua baju2 yang maktok beli suit them well. Maka terbuktilah kini, I am no more 'anak emas' in my family. My kids take my place suda!!


And a month before, Arwa sudah officially free diapers. Alhamdulillah...now ummi & abah won't point each other & fight who has to wash your mucuk CD anymore. Suprisingly, tak sampai 5 kali pun dia terbabas di atas lantai & kurang 5 kali juga we have to wash the toto. So, this proves that kids (girls) wearing cloth diaper learn to poo & pee in toilet faster (I compare my Asmaa' & Arwa). Plus, if we compare between boys & girls, the boys learn faster I guess..

Every morning Arwa will ask, "Umi, jom pergi rumah opah?"
Wohoho..umi miss P.Buntar (opah & tokki actually) also..
a few more weeks to go


What is the motif?
1. Here is the place where I sent my car and that must be the last time. Only have 2 worker & they act like 'pemalas'. Please take note that when I take this picture, it is not Ramadhan yet! I have to wait 2 & a half hour to see my Kelisa to be wash. Unluckily, they didn't reach my expectation even 40%! (You know that I'm not the cerewet one). The place is area Jerteh... dah la tinggal Ahmadi kat mertua...waaa...

2. See...my new crocs style shoes :P I love it! If only the shoes is in black...huhuhu

3. While waiting for the kids cuci my Kelisa, I noticed this blog
I think the owner should update the blog with his article from Utusan. 

Friday, August 27, 2010

Bagaimana Download Video Dari Youtube

Bismillah,

Setiap hari saya akan pasangkan CD banyak2 yang saya beli masa di P.Buntar. Kiranya balik dari sekolah mereka akan hadap satu CD sambil makan, minum dan sementara mereka mandi. Kadang2 saya boring, saya pasangkan jugak Youtube. Cuma kena ada sama.

Memetik komen dari Aalia dalam satu rntry Lina MSK :


3. Nak tau tak sal apa budak2 lebih senang belajar thru video?
Yg saya perasan, kalau tengok budak2 umor preschool / playschool punya TV program/ learning prog, mcm Teletubbies, Dora, Blues Clues, Wonderpets atau apa2 rancangan kat Playhouse Disney.. ciri-ciri dia:
- sama saja concept setiap episode
- kalau jumpak solution..ayat sama, lagu sama yang disebut
- simple , tak terlalu komplex subjek dia (sesuai la utk umo budak tu)
- ceria
so, yg saya nampak, REPETITION tu yg penting..
sbb tu lah iklan petronas “burung apa ayah? “, mengajar bahawa kanak2 usia mcm tu mmg dia belajar melalui kaedah repitition/megulang2.. dia akan dengar dulu..send ke otak, dan cuba ckp.
itulah perkembangan kemahiran bertutur & bahasa.. :)

So, saya cari semula apa yang menarik yang ada dalam Youtube dan beli CD dan burn untuk diulang tgk oleh anak2 saya. Kalau saya biarkan mereka picit sendiri video dalam Youtube, mungkin mereka :

  • tekan sesuatu cerita tanpa ikut urutan...so, mereka tgk sesuatu benda tanpa faham jalan ceritanya
  • mungkin mereka tersasar ke video yg ntah apa2 spt merosakkan akidah & akhlak
Mcm mana saya download adalah begini : 

1. Buka Youtube dan kopi URL video yang diingini

2. Buka link ini http://keepvid.com/


3. Isi link tadi pada ruang no 3 tu dan tekan DOWNLOAD


4. Lepas tu dia akan loading dan keluar mcm yg dlm no 4

5. Pilih salah satu format yg kita nak dalam tulisan hijau di no 5 itu.

Kalau komputer kita tak ada Java lagi, maka haruslah download. Dia akan ingatkan utk download...senang bangat deh...

**Abah!! Gi beli CD cepat, umi nak download ceramah agama pulop :P

Thursday, August 26, 2010

Keputusan 1st Solid Food Full With Love Giveaway

Bismillah,

Ini gambar Arwa aa...bukan Ahmadi, Ahmadi setakat ni takde lg rekod comot mcm ni :P

Alhamdulillah, selesai sudah 1st Solid Food Full With Love Giveaway (contest actually). Setelah saya teliti semua cadangan resepi, maka alhamdulillah telah terhasil pula satu lagi artikel untuk dikeluarkan dan akan dikongsi bersama dalam Blog kesayangan saya tu. Setelah diedit kesemuanya, terdapat 20 ms dengan font Arial 10 yang berisi dengan resepi (majoritinya) dan beberapa schedule yang berkaitan tentang makanan pejal pertama bayi.

OK, entry tu saya akan keluarkan pada 4 September 2010 di blog sitisifir so kepada semua kawan2, anda bolehlah tunggu tarikh tu. Kene sabarlah sikit tunggu...atau kalu anda nk cepat sila ke link ini dan tgk kotak komen. Susah tau ai nak kopipes tauuuu...siap edit cantek2 lagik... Puas hatilah saya buat benda ni sbb dapat manfaat tapi yang tu semua saya akan ulas dalam entry 4 September tu nanti. Cuma sekarang saya nak bgtau PEMENANG contest ni....

Penyertaan paling banyak : UMMUABDULLAHSYAKIR dengan 11 penyertaan dan mengalahkan Mrs Contest seantero kita SUZI MAMA ZHARFAN dengan 10 penyertaan. Hebbat!!!

TAPI!!!

Kahkahkah...ada tapi ye kawan2...

Syarat saya mengatakan

Pilihan pemenang adalah berdasarkan 'entry yang saya suka'. Mungkin juga sbb entry tu kreatif, atau mungkin gambo dia lawa atau mungkin resepi yang ringkas untuk digunapakai.

Entry mereka berdua yang saya sebutkan tu mmg kreatif dan saya berterima kasih kepada komitmen yang kalian beri dalam contest ni. Kepada peserta yang saya tak sebut tu jgnlah kecik hati, semua dapat bahagian dalam contest tu. Kelak, idea yang kalian kongsi akan dapat pahala tau...sbb kongsi ilmu. Ni kita nak mendidik ibu2 ni supaya tak bagi bijirin segera semata2 kepada anak2 ni....

Kalau ada 3 hadiah memang 2 yang atas pun dapat jugak...tapi maaflah, saya masih bertatih semula dalam bisnes ni dan dengan penuh gembiranya saya memilih :

PEMILIK BLOG DANISH : FULL OF LUCK 
sebagai pemenang kali ni...
dan anda boleh memilih apa saja (satu item saje) dari dalam Sale @ Sitisifir sebagai hadiah...
Sila email kan item pilihan anda, nama, no tepon & alamat OK....kalau takde yang berkenan anda boleh KIV sbb lepas raya saya akan masuk lagi item lain untuk baby lelaki.

Kepada peserta yang lain, anda telah mendapat bahagian anda dengan point....
Walaupun point tu kecik aje, tapi....saya dengan besar hati juga nak bagi...
sob sob...sambil terketar2... agagagagaga
Jgn lupa ya tinggalkan link blog mana yang anda berkenan supaya boleh le saya ziarah bila2 (ewah..mcm ayat mak angkat pulak) sbb saya keberatan nak simpan link blog contest anda. Semoga terjalin sesuatu yang lebih bermakna selain sekadar masuk contest semata2 :)

Untuk senarai point, anda boleh rujuk ke link ini yepp...

Doakanlah daku supaya murah rezeki yeee
tenkiyu ebribodi and ailapyulah!!

10 Perkara Simple Untuk Periksa Kesihatan Diri

Bismillah,

Korang sihat tak? Saya alhamdulillah sihat...tapi saat saya menaip ni Ahmadi baru kebah demam. Kelihatannya macam Slapped Cheek Disease yang pernah kena pada Arwa dulu. Demam jenis virus begini susah nak dikenalpasti apakah dia. Ia mungkin denggi (na'uzubillah), campak, HFMD dan lain2 (betulkan kalau saya salah).

Kebetulannya seminggu lepas orang sebelah rumah saya terkena demam kepialu. Siap duduk dalam wad 20 hari. Katanya, ada satu kampung di sini penuh dalam wad semua kena demam denggi. Tapi dia sorang je yang demam kepialu. Katanya lagi, pejabat kesihatan datang sembur area rumah (mungkin untuk elakkan nyamuk mana la tau kalau2 bukan kepialu tapi denggi).

So, sangatlah risaunya encik abah atas kesihatan anak kesayangannya. Siap takleh lena lagi. Tapi kan abah, yu jgn igt ai tak risau ye..ai cuma alah dengan bantal aje. Kadang2 bila ai sedar, yu pulak yang lena. So, kita kira acilah... Masa saya susukan Ahmadi, abah dia gunakan tuala basah untuk sejukkan kepala Ahmadi. Boleh kata hilang cerialah rumah kami. Dia sahur pun sorang2 dan makan nasi berlauk buah kurma sbb cik puan isteri tak berenti2 menyusukan Ahmadi untuk salurkan lebih antibodi dan cecair (juga kasih sayang tau...).

Elok2 je Ahmadi sihat, barulah keluar muka ceria abah

Oklah...sekarang nak kembali kepada tajuk.


  • Cek berat - jangan la sampai buat hari2, koman2 buat la sebulan sekali. Supaya tak la nanti pakai2 baju je terketat atau terlonggar. Kalau terketat itu maknanya terisi lebih la tu, kalau terlonggar maknanya terkurang makan lah tu.
  • Tengok cermin - aritu k.Yong kata mata ai mcm beruang panda kt entry k.Wan Anie. Bukan aa K.Yong, itu adelah kaca mata Transition ai..Bak kata artis2, mata diorang bengkak sebab tak cukup tidur. Sebenarnya tidur ni lagi murah dari buat surgeri kecantikan dan baik untuk kesihatan minda jugak tu (OK ini ayat cover line utk org tu yg senang lena)
  • Feel for bumps - bukan bumper jalan ye kalian..ni bumper kat badan kita. Selalu kalau takde ketul, tiba2 ada ketulan dan kita pun waswas, maka elokla bawak pergi cek pada doktor. 
  • Perhatikan warna air kencing - makin pekat kaler maka ia menunjukkan yu kurang air
  • Perhatikan tulisan atas kertas atau pada dinding atau di mana2 lah - sebab nk pastikan mata kita OK. Mata ni kalau rabun bukan setakat mata je bermasalah, ia akan membawa kepada pening kepala, sakit bahu, muntah2 dan lain2. Pernah ada customer saya dia ingat dia mengandung @40 rupa2nya dah rabun dekat :P
  • Kira denyut nadi sendiri - kira dalam 30 saat dapat berapa denyut nadi. Darabkan dengan dua. Makin dekat dengan 70 makin baik
  • Tiup belon - mengah ke tak?? Kalau mengah tu, maka sah lah tubuh tu kurang power. 
  • Bau nafas sendiri - kalau tak selesa, mungkin ada masalah gusi atau gigi. Cek lah dengan dentist.
  • Kurang dengar - kalau terasa asyik mintak orang ulang semula ayat, maksudnya telinga dah kurang dengar la tu..
  • Terakhirnya, sori kalau terpaksa mengingatkan anda tentang penyakit yang berjangkit dengan cara seks. 

Semoga kalian sihat2 saja dan dapat beribadah dengan sepenuh tenaga dalam bulan Ramadhan ni. Doakan saya juga.

    Wednesday, August 25, 2010

    Wajarkah Uwaiys ke Sekolah Cina??

    Bismillah,

    Teringin rasanya nak ada at least seorang anak berbahasa Cina. Sekurang2nya senang nak mintak diskaun kaw2 kalau membeli dengan Chinese kan? Hihi... saya nampak sekarang ni nak hantarkan Uwaiys ke sekolah Cina sbb koman2 nak masuk sekolah Cina kena dari umur 4 atau 5 tahun.


    Sebab nak masukkan dia ke sekolah Cina :

    • bg dia pendedahan tentang tabiat dan cara belajar orang Cina
    • supaya dia lebih berdaya saing dalam kehidupannya
    • supaya dengan bahasa Cina maka dia tidak akan tersisih malah mudah mendapat tempat di celah bangsa itu
    • mudah nanti untuk berdakwah kepada golongan Cina
    Cuma saya ada sedikit kebimbangan untuk menghantar mereka ke sekolah Cina
    • pastilah sebab makanan, saya perlu masuk dan tengok kantin mereka dulu
    • kalaupun dah tengok kantin, tapi kalau dia tidak diberi basic 'jangan makan makanan orang' susah juga
    • ada beberapa sifat negatif orang Cina yang ramai maklum turut menguasai anak ai
    • sekolah Cina yang ada di sini nampak low profile

    Jadiknya, anda sekelian ada nasihat kepada saya?? Sekadar tambahan, saya berhajat untuk hantarkan Uwaiys ke sekolah Cina sekolah rendah sahaja. Sekolah menengah biarlah dia bersekolah di sekolah agama...

    Tuesday, August 24, 2010

    10 Sikap Agar Hidup Tetap Bahagia

    Bismillah, 

    Dah lama tak korek folder saya zaman tok kaduk ini. Masa takde line internet ni saya tak boleh blogwalking so kita walking into the folder lorr.. Terjumpa lah saya dengan presentasi kucing yang comel penuh dengan kata2 motivasi. Motivasi yang bukan main2 kerana ia adalah tips untuk tetap hidup bahagia.


    1. Janganlah Bimbang!
    Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita tidak produktif. Time kita serabut memang semua benda yang sepatutnya kita tak serabutkan akan turuta menjadi serabut! Pernah rasa tak?

    2. Jangan membiarkan ketakutan yang tidak  beralasan menguasai hidupmu!
    Kebanyakan sesuatu yang kita takutkan tak pernah terjadi!!! Yepp..selalu saja terjadi kita takutkan benda yang tak ada! Mcm kita takut pada hantu sedangkan hantu belum pun tumpang duduk atas bahu kita. Muahahahaa… ko mcm panggil hantu je Pijah?
                                  
    3. Jangan menyimpan dendam!
    Hal inilah yg paling besar dan paling penghalang seluruh hidup kita!!! Betul jugak ye.. korang tengok cerita Cinta & Anugerah tak sinetron Indon yang Ashraf Sinclair berlakon petang2 tu. Watak Gio yang ntah sape nama pelakon sebenar lakonkan tu asal2nya jadi Mr X sbb nak balas dendam pada watak Reza (Ashraf Sinclair). Tatau la kalau hal ni dalam realiti terjadi ke tak tapi kalau sampai habis juta2 semata2 nak balas dendam baik duit tu bagi kat aku bayar hutang dilaburkan kepada benda lain yang lebih bermakna.

    4. Selesaikan setiap masalah satu per satu!
    Hanya inilah cara menangani setiap persoalan, satu demi satu. Memang masalah tak beratur dan datang satu demi satu tapi kaedah yang paling bijak adalah bila ada masalah, nilaikan masalah2 itu dan selesaikan satu demi satu. Insya ALLAH semuanya akan berjalan lancar

    5. Semua masalah tak perlu dibawa tidur!
    Hal tersebut buruk dan tidak sihat, biasakanlah tidur dengan nyaman dan nyenyak. Time nak tidur tak perlulah kenang2 masalah2 dunia yang tidak pernah sudah. ALLAH memang menjadikan masalah sebagai satu cara kita mempertingkatkan kehambaan kita kepadaNya dan setiap ujian itu selalu diiringi dengan rahmat kasih sayang Ilahi.

    6. Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain!
    Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya. Sebab kita tidak berada dalam kasut mereka (memanglah…saiz orang lain2 ma…). Jika mereka datang untuk meminta bantuan, barulah beri bantuan. Kalau kita nak masuk campur pun jangan sampai tahap kita ambil alih masalah tu pulak.

    7. Jangan hidup pada kenangan silam!
     Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan, namun jangan bergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan anda akan bahagia sekarang, bukan hanya pada kenangan silam. Serius, sape yang takde ’zaman silam’. Usahlah dikenang2 tapi mulakanlah hidup baru atas jalan yang telah dilorongkan ALLAH.

    8. Jadilah pendengar yang baik!
    Hanya saat menjadi pendengar seseorang mendapat dan belajar idea-idea baru yang berbeza dari orang lain.

    9. Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu!

    Kasihanilah dirimu lebih dari segalanya. aktiflah dengan kegiatan-kegiatan yang positif. Anda ada usrah? Jika tak ada, carilah sekumpulan orang dan carilah pula seorang naqibah untuk membimbing kumpulan kita. Jiwa kita selalu dahagakan ilmu rohani tapi kita tidak mencari pengisiannya.

    10. Hitunglah rahmat ALLAH!

    Jangan pernah melupakan rahmat Allah yang kita terima sekecil apapun. Semakin banyak rahmat kecil yg kita kumpulkan, akan semakin bererti bagi hidup kita. Salah satu caranya, teliti betul2 keajaiban2 yang berlaku dalam hidup kita. Itu adalah tanda besar bahawa rahmat ALLAH sedang melingkungi diri kita.

    Semoga kita semua selalu berada dalam keadaan bahagia. Bahagia dalam ertikata sebenar, bukan bahagia di Wad Bahagia mcm lagu Pakcik kawin ramai ni :P


    Monday, August 23, 2010

    110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010

    Bismillah,

    Tumpang promosi :)

    Pelancaran buku 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010 telah berjaya disempurnakan oleh YB Dr Mohd Fadzli Dato Hassan, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada pagi Jumaat yang lepas. Sebanyak lebih 600 naskhah buku terjual pada hari pelancaran. Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh memasukkan bayaran sebanyak RM10 ke akaun Bank Islam (BIMB) 03036020043360 atas nama AHMAD FADHLI BIN SHAARI. Belanja pos ialah sebanyak RM3 (Semenanjung Malaysia) dan RM5 (Sabah & Sarawak). Selepas bank in sila emel alamat ke ahmadfadhli80 at yahoo.com atau ke nombor 0199070868.

    Sekian, terima kasih.

    Contest Teman Sejati By Emieysandra

    Bismillah, 


    Ramai pulak junior2 blog buat contest nowadays kan..
    Rasa really matured to be a participant
    Tapi redah aje lah...I'm now SAHM so tak do kojo nk dikojokan sangat pun
    Besides, this will be as an appreciation to all my best friend.

    Adik Emieysandra & her fellow fren,
    k.Pija actually bukan ada satu kawan baik aje...
    Banyak sekolah, bertambah la kawan baik..
    so k.Pija letak semua lah ek...
    but I will put a latest picture with my BFF which we take a month before
    Susah tau dik nak jumpa semula dengan kawan2 when all off us dah kawin, dah keje...

    Nama sahabat baik pertama AAAA,
    Dia adalah sahabat paling baik masa saya sekolah rendah. Yang saya ingat sampai sekarang, semasa darjah 4, kerana dia mahukan saya turut memakai tudung, dia pun bgtau saya. "Mak kami tak bagi kami kawan dengan orang yang tak pakai tudung!" Uwahhh...saya sungguh resah gelisah kerana dengan sahabat saya nilah saya ke hulu, ke hilir. Dan akhirnya, saya pakai tudung jugak. Setiap kali waktu rehat pula dia suruh saya simpan duit belanja saya dan makan bekal yang mak dia bagi setiap hari. Masa tu kami sama2 budak2 dan semua pengalaman kami adalah sangat kebudak2an. Namun saya rasa sangat kehilangan apabila saya masuk sekolah asrama selepas tu. Tapi skang, dia dah jadi kawan saya shopping (kalau k.Pija ada di Pt Buntar la). Kalau dia rasa nak gi beli sayur2 ke hape dia akan tepon saya suruh saya tunggu depan kedai, tapi dia kata tak enjoy shopping dgn saya sbb nnt takut kedai tepon saya suruh balik kot2 ada org cek mata. Tapi setakat ni, kluar shopping dgn dia takde pulak customer datang. Plus kerap jugak makan pagi dengan dia. Kami mengamalkan konsep Ai belanja yu today, yu belanja ai tomorrow...

    Nama sahabat baik kedua saya adalah AAS,
    Kami sekelas semasa ting 1,3,4,5 sbb masa kitorunk ting 2 dia terduduk dalam kelas pandai dan saya saje2 duk dkt kelas bawah (bawah tak semestinya tak pandai hokkay). F1 bilik dia atas, bilik saya bawah dan seterusnya bilik kami sebelah menyebelah. F1 berlalu mcm biasa tapi dalam kelas kami duduk sebelah menyebelah. Dia layan je kalau saya nak ilangkan ngantuk dengan bubuh gam kat tapak tangan masa cikgu ngajar, tunggu sampai kering n then tanggalkan (this is the reason why kami berdua terpisah masa F2). Saya betul2 lost masa F1. Merasa ketinggalan dan rasa jeles dengan geng baru dia, saya pun struggle sampai dapat naik kelas the next year tuh. Klimaks saya di sekolah itu, adalah semasa kami di Tingkatan 3R dan kami gelar kelas kami Remaja Riang Ria...geng2 kami (tolong angkat tangan please kalau ada yang baca) Tipah, Yanie, Wan Dayah, Hajar Boolat, Aida Leen, Safiyyah, erkk....apsal tiba2 lost nama diorang neh? Tapi hanya kamilah yang tahu betapa ganasnya kehidupan kami ketika itu. Dan lagu tema tahun 1995 itu adalah 'Bernafas Dalam Lumpur'. Naik F4, saya dan sahabat saya masih sekelas dan masih duduk sebelah menyebelah. So macam2 lah yang kami share sampailah ke tahap kisah adik2 angkat kami yang adakalanya meretakbelahkan hubungan persahabatan kami seketika. Masa ni saya sesat dapat no1 dalam kelas dan sahabat saya ni tiba2 ada konflik dan buat2 suka merendah diri sedangkan dia tak sedar yang saya jadi begitu hanyalah kerana sesat, bukan sebab saya pandai. Masa F5, kami sampai plan nak pilih U sama2 utk choice nnt tapi tu lah, ALLAH lebih tahu segalanya. Juga masa F5, saya selalu dikejutkan oleh seswatu yang saya tak pasti apa tapi saya takleh tido balik kalau tak solat atau ngaji dulu. Disebabkan ada banyak kes marabahaya tahun tu, saya ajak sahabat saya ni teman saya tido dan dia akan temankan saya ke toilet. Kami bergilir2 malam ni aku tido sana, malam esok hang tido sini. Habis belajar, kami berutus surat dan bertukar cerita tentang jejaka idaman pulak (uh tak kosa). Mmm...surat tu masih ada lagi saya simpan dan sayang sangat utk buang. So, surat tu dah berusia hampir 13 tahun semenjak ia ditulis. Best kawan dengan dia, kadang2 dia bagitau dia jeles tgk orang kawan dengan saya padahal dia tatau saya juga jeles tgk dia kawan dgn org lain. AAS, ingatkah lagi saat2 kita dulu...kiki

    Kendian, sahabat saya seblom saya kawin adalah 'qittun',
    Dia adalah sahabat saya yang paling macho. Walaupun dia macho, dia masih lagi ada sifat keperempuanan (jiwang) dan kejiwangan dia hanya akan terserlah pada saat2 tidak terduga. Saya takleh cerita banyak pasal dia sbb nnt dia akan sekeh saya. Tapi yang saya nak bgtau, antara kami dahulu : 




    Inilah dia Qittun tu...
    • poketmu, poketku jua
    • bau kentutmu, aku tak kisah
    • apa yang ngkau makan, aku akan makan sama
    • apa yang ngkau baca, aku kena baca sama
    • kalau aku ikut ngkau pegi meeting, ngkau kena meeting tapi aku boleh tido
    • kalau ngkau nak merempit, aku kena ikut sama. Atau ngkau suka aku yang jadi tukang rempit. Kami akan merempit sama2 melainkan bila dia nak merempit sensorang ke UPM atau Genting :D
    • dia risau saya kawin dulu sbb dia takde kawan nak gaduh, ade ke??
    Ada seorang lagi kawan baik saya dan singkatan namanya ISI..
    Kadang2 saya tak perasankan dia dan saya rasa bersalah sekali. Dari mula kenal dia, sampai sekarang dia tak pernah putus hubungan dengan saya. Dia selalu ada disaat saya memerlukan, tak kiralah dari segi nasihat, material atau apa sahaja. Masih terngiang2 bunyi doanya di malam hari semasa saya masih lena. Masih ternampak dimata saya air matanya yang mengalir setiap kali selepas solatnya. Masih terasa kenyangnya bila dulu kami berkongsi satu bekas nasi yang layaknya seorang makan sahaja. Boleh dikatakan, setiap minggu sehingga kini dia akan menelefon saya dan bertanya khabar saya. Maka wajiblah saya akui, bahawa ISI juga sangat istimewa buat saya.

    Malah semasa dia pergi umrah dan saya sibuk mencari duit memotong tempahan spek utk customer saya, saya dapat panggilan dari no 0301. Selalunya bila keluar nombor ini, saya akan terus meneka ia adalah panggilan dari adik ipar saya. Lagipun dah lama dia tak call saya dan panggil saya "Ustazah!!" Sebelum saya memanggil dia dengan panggilan yang sama juga.

    Rupanya bukan. Terdengar suara ini, "Ana kat depan Kaabah ni, doalah.." Ntah mcm mana saya rasa hati saya yang happy2 mcm lagu Amy Mastura tu jadi sayu sesayu-sayunya. Mungkin juga sayu kerana dapat berdoa atau sayu mengenangkan sahabat saya sedang teringat yang saya juga sangat teringin berdoa di hadapan Kaabah.

    Walaupun saya cuba untuk berkata-kata yang dia tak perlu buat mcm tu, tapi saya rasa baik saya jangan bazirkan kesempatan itu. Saya pun berdoa dengan doa yang saya biasa baca, pohon ALLAH pelihara keluarga saya, pohon ALLAH beri ketenangan kepada kedua ibubapa saya, pohon anak2 saya sihat dan berjaya dan memohon semoga suami saya merasa cukup dengan saya. Dan saya menangis dengan doa yang saya baca setiap hari walhal itulah doa saya setiap hari.

    Sungguh kesempatan itu saya rasakan tidak cukup. Tapi saya tidak mahu mengganggu ISI menunaikan ibadah. Cuma saya cukup terharu dengan peluang yang dia beri. Sebelum dia meletakkan telefon, saya tanya, "Kenapa nt buat mcm ni?" dia menjawab dengan esakan, "Ana sayang nt". Lalu apalagi istilah persahabatan yang dapat saya tafsirkan?

    ISI, ana bersyukur kerana ALLAH menemukan ana dengan seorang sahabat semulia nt. Pasti nt akan dilindungi ALLAH dengan limpahan keberkatannya...Amin.



    Letih tak baca karangan ni? Ha..tu la tak letak limit :P 
    Semoga persahabatan anda juga selalu dirahmati ALLAH 
    Amin...


    Saya tag 
    teman sejati saya di alam blogger :
    1. Kakyong (lagik!)
    2. Linda 

    Magic Elevator

    Bismillah, 

    Kartun ni dah byk kali dah kluar tapi saje nk tepek dlm belog ai ni. Buat penambah semangat yu all :P


    Ini kalu kami laki bini, saye agak dia tanak change me into something beautiful but he wants to double me into 2,3 or 4! Sori abg, the nice and sweet Pijah is only one :P

    Sunday, August 22, 2010

    Madu & Kayu Manis

    Bismillah, 



    Saya suka madu tapi yang takde kaki lah ek. Suami saya aritu ada plan nk buat sarang lebah. Mungkin sebab kami sibuk nk pindah hari tu, sarang lebah yg dia buat itu tidak dijaga. Maka koloni lebah yang kami beli itu telah lari (sob..sob…) Dah la mahal. Ingatkan, kalau tak dijual, dapat makan sendiri pun jadilah..

    Hepp..perati betul2 pakai kain batik pun dia ada jambang
    Ni gambo masa cik abam cek sarang madu lebah dia...
    Lipas bermaharajalela!!
    Tu gambo manggis nak tunjuk suami ai datang bg sbb ada 4 bijik..dia kan minat dari no 2-4!

    Anak2 saya suka
    • cicah dengan roti
    • campur sedikit dlm susu atau yogurt
    • amik sesudu pepagi menggantikan courts mammothScotts Emulsion (teringat Mamalyna tersasul)
    • ayam masak madu tanda uminya pandai masak

    Saya terjumpa artikel ini, ia tidak cerita tentang madu saja. Ia cerita tentang gandingan berdua lebih baik madu dan kayu manis. Kalau kayu manis saja, cuba korang letak dalam teh, jgn letak serbuk pulak kang tersedak pulak kang. Letak kayu manis dalam teh panas2 tu, alahai...sedapnya.. kita buat time bukak posa kang nak kande??

    OK2, saya tinggalkan kamu orang untuk baca artikel dari mailing list yang saya dapat. Insya Allah ada manfaat (kalu dibaca lah)....

    Honey  

    Saturday, August 21, 2010

    Tips Ketika Melayani & Mendengar Keluhan Pasangan

    Bismillah,

    Satu hari yang jelita (apakah??), pasangan kita balik ke rumah dengan wajah yang kita dah tau, ‘mesti-ada-sesuatu-yang-mendukacitakan’ berlaku di reban ayam tempat kerja. Dia melabuhkan bontotnya di atas lantai kerusi panjang dan meletakkan lengannya di atas dahi sambil mata melihat ke kipas yang penuh noda siling.

    Jadi, apakah yang kita perlu buat? Kalau superman, dia akan cepat2 memakai spender bertukar uniform bila ada sesuatu yang memerlukan pertolongan dari dia. Tapi kita bukan superman dan kita juga tidak ada madu untuk diajak bekerjasama mcm Wonder Pet bagi menenangkan cik abam kita.

    *sejak akhir2 ni ko mcm sengal apsal ek Pijah??

    Apa yang diperlukan oleh seorang isteri yang comel adalah kelip2 bulu mata lentik bersedia dari segi mental, fizikal & penampilan untuk melayani dan mendengar keluhan pasangan.

    • Pastikan diri kita tidak terlalu letih – ini adalah untuk mengelakkan hilang tumpuan. Nanti kang, pasangan kita tengah dok cakap pasal bola, kita pi masuk tajuk sepak takraw. Balik2 pasangan tu pun rasa jemu & bosan. Huhu..macam selalu berlaku je kat sebuah rumah yang ada 5 anak tu ek bang??
    • Kemaskan penampilan diri sebelum berkomunikasi – kot2 rasa ikatan rambut tu longgar, sah2 le ada rambut yang mengerbang. Betul2kan dulu rambut biar walaupun tak cantik tapi sedap mata memandang.
    • Fikir dulu sebelum buang berkata2 – akal wanita selalu berada di hujung lidah, watch out beb seblom berkata2. Nanti tak pasal2 tak cium bau syurga.
    • Wujudkan keselesaan & keindahan di dalam rumah – kenalah cari sifir sendiri bagaimana & bila masa yang sesuai untuk menjadikan rumah sebagai tempat berkomunikasi.

    Semoga pasangan memasing adalah ‘shoulder to cry on’ setiap kali dilanda masalah. Jangan cari di luar dari rumah. Itu adalah ‘cari penyakit’ aje.



    **Abg, ailapyu, yulapmitu kan??

    Friday, August 20, 2010

    Doa Ibu Mengandung Buat Anak Dalam Kandungan

    Bismillah,

    Saya hilang beberapa hari sebelum ni adelah sebab Ahmadi demam. Lepas Ahmadi kebah, broadband saya pulak demam. Ko ingat ko sedap2 gune ye Pijah? Kene bayar la beb baru bole guna.skarang mana ada benda free. Semua kene bayar tau…

    Oh sungguh gabra sekali bila Ahmadi demam. Memang rasa tak sedap je tengok beberapa hari awal puasa Ahmadi tak berapa nk kencing masa siang. Kalu time bangun pagi tu berladung2 diapers dia (mujur x sampai bocor). Sah la Ahmadi kekurangan air. Walaupun dah mula dengan solid food, tapi dia masih bergantung dengan susu ai sebagai bekalan air utama (rasa mcm Empangan pulok).

    Promo : Masuklah contest ‘1st Solid Food’ saya jika kamu ada idea tentang resepi untuk baby, mana tau ada can nak dapat sesuatu dari Sale @ Sitisifir.

    Ahmadi reject puting botol bila diisi dengan air masak. Bila disuap dgn sudu, dia buat gaya cengek hidung yg plg mantap menunjukkan ‘breast milk always the best’. Jadi rukhsah yang telah diberi kepada ibu menyusu yang risaukan kesihatan anaknya telah saya gunapakai… waa, jenuhla aku ganti puasa lagik lepas ni

    Masa Ahmadi baru nak demam itu, kebetulannya saya di rumah mertua. Saya buka cerita tentang bayi baru lahir.

    Cerita pertama : kebetulan saya baru ziarah seorang sahabat yang dah 19 hari melahirkan anak. Dia bercerita sepupunya melahirkan seorang baby yang sangat comel, malang sekali tiada tempurung kepala. Jadi, umurnya hanya sempat sehari L

    Cerita kedua : sahabat saya juga yang saya baru tahu melahirkan anak kembar ketika bukan 4 lalu tetapi juga umur mereka tidak panjang. Yang mengundang sebak adalah apabila saat abinya berkata kepada kedua putera mereka, “Tunggu ummi & abi di sana ye…” sebelum kedua anak itu dijemput Ilahi.

    Ntah kenapa, saya tertelan ait liur sendiri menahan sebak. Sedar2 birai mata mertua saya bergenang dengan air. Rupanya dia masih teringat cucu pertamanya yang juga pulang awal. Semua ibu sebenarnya sangat kasih dengan anaknya. Saya tidak faham kenapa masih ada lagi orang yang dengan teganya membuang bayi. Pasti mereka bukan manusia ketika melahirkan anak itu!

    Sebagai penamat, ini adalah doa yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung. Semoga dimudahkan semasa bersalin kelak J.


    *klik kasi besau ek...

    Thursday, August 19, 2010

    Bagaimana Membantu Anak Di Dalam Pelajaran Mereka

    Bismillah,



    Tahun depan Asmaa’ akan masuk sekolah rendah. Excited weih nak masukkan dia ke dalam sekolah. Tapi satu jek yang masih jadik kebimbangan saya. Risaunya takleh sampai depan pintu pagar sebelum kul 730 am. Woh..nampak gaya kene bangun kul 4 lah kot dan tidur make sure kul 9!!

    • Kenalpasti bagaimana bentuk pembelajaran yang mereka mahukan – sekarang ni sudah banyak terdapat bentuk pengajaran yang boleh membantu anak-anak. Sama ada melalui guru yang datang mengajar di rumah, kelas tambahan di pusat tuisyen, sistem pembelajaran online mcm Score-A atau dibelikan buku tambahan dan belajar secara sdn bhd di rumah aje.
    • Sediakan tempat untuk anak-anak belajar – Yang ni boleh tanya anak-anak di mana mereka suka study. Pada pandangan kita, selalunya anak2 perlukan meja tapi menurut pengalaman saya (si budak asrama) tempat paling daring untuk study adalah di atas katil sendiri :P Manakan tak wei..boleh baring sampai lena, boleh meniarap supaya senang kentut dan tilam yang best untuk duduk dan letak buku merata-rata. Yang penting adalah tempat belajar adalah selesa dan jauh dari gangguan mcm TV atau adik2 yang selalu buat2 nak study sama.
    • Jadualkan masa belajar dan masa ulangkaji – ini adalah 2 benda yang berbeza. Belajar adalah untuk mencari ilmu baru dan ulangkaji adalah mengulang baca benda yang dah dipelajari. Kedua2 nya perlu dijadualkan dan kesalahan paling besar adalah tidak menjadualkan kedua2nya.
    • Arahkan anak2 supaya bersedia untuk ujian dan tugasan – tanpa kawalan ini mereka akan belajar pambil lewa sahaja.
    • Pastikan anak2 ada deadline dan berpegang kepada tarikh itu – supaya mereka ada target dan disiplin diri.
    • Kenalpasti perangsang terbaik untuk mereka dan hadiahkan mereka jika mereka on track – Let say anak2 nak ikut best friend balik kampung, cakap kat dia, “Boleh (if willing nak bagi la) tapi awak kena buat 2 chapter set soalan dalam buku sekian2 dan score at least 80 marks.”
    • Pastikan anak2 ada nombor guru mereka untuk dihubungi jika ada masalah. – saya rasa guru2 takde masalah untuk melayani murid mereka. Mereka guru, jadi mereka Fam. Naluri ingin tahu yang ada pada anak2.
    • Galakkan anak2 buat study group – selain dapat mengenali rakan anak2, belajar secara berkumpulan akan mempercepatkan lagi proses pemahaman pada anak2.
    • Galakkan anak2 buat apa yang dia belajar – sebagai contoh belajar Pendidikan Islam, ia tidak hanya skema di atas kertas tetapi jika diamalkan akan mendapat ganjaran ALLAH Taala insya ALLAH. Jika belajar Bahasa Inggeris atau Arab, boleh pula galakkan bertutur bahasa itu dengan kerap pula.  
    • Lakukan penilaian atas perkembangan diri mereka – kalau ada apa yang tak kena ada baiknya buat post mortem di mana salahnya teknik2 yang kita jalankan untuk anak2 ni. Semoga dengan itu, kita memberi mereka lebih peluang untuk memahami apa yang perlu dipelajari insya ALLAH. 

    Tempat ke 3 Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama Ilah Fazilah

    Bismillah,

    Saya menang tempat ke tiga contest ni bila anak Ilah cabut nama saya...

    Alhamdulillah, at least ada jugak le kan yang sangkut dari banyak2 masuk kans...
    Ni yang rasa nak masuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi



    Entry asal....

    Bismillah,


    Dulu pernah ada contest ni kan? Ingat tak?? Rasa2nya anjuran MOBS atau sape2 je lah. 
    Kali ni, boleh la kita kenal2 dengan tokeh Tupperware MamaIlah Fazilah pulak ye..


    Kakaknya : Asmaa' Mohd Sabri 6 tahun
    Adiknya : Usamah Mohd Sabri 5 tahun

    MamaIlah, 
    Sebenarnya anak ai ada 5 orang.
    Semua mereka pun saling sayang menyayangi.
    Malah, jika umi mereka nak buang mainan seorang yang lain, maka mereka akan saling mengutip mainan itu, asal saja permainan mereka tidak dibuang umi :P
    Alkisahnya Asmaa' & Usamah,
    nama mereka saja sudah bunyi lebih kurang.
    Umur mereka dekat2, besday mereka pun kami raikan bersama.
    saya kopipeskan diorang punya ticker eks..

    Lilypie Kids birthday Ticker

    Lilypie Kids birthday Ticker


    Mereka ni saling backing mem backing antara satu sama lain. Pernah sekali masa marahkan Usamah, Asmaa' tanya kenapa umi marah? Bila dijawab begitu begini, Asmaa' pulak kata, "Umi jangan lah marah banyak2. Usamah kan kecik lagi??" Huhuhu...

    Masa kami duduk berasingan dulu, 
    Asmaa' terpisah dari Usamah. 
    Setiap hari dia asyik sebut, "Umi, kesian Usamah takde kawan. Jomlah pergi duduk dengan Usamah."
    Atas rasa tak sanggup mendengar mereka ni saling merindu, 
    maka saya mengubah hala dengan meninggalkan 'bisnes' saya di sana. 

    Mereka ni saling sayang menyayangi. 
    Kalau main masak2, Usamah terpaksa menurunkan ke'macho'annya utk meraikan permainan yg dianjurkan Asmaa'. Macam tu jugak kalau Usamah nk main robot-robot, Asmaa' terpaksa transform menjadi org yg perkasa. 

    Saya paling tidak boleh lupa peristiwa bila Usamah terima hadiah di sekolah tetapi Asmaa' tidak mendapat hadiah, saya kopipes dulu ye entry dari entry asal saya ini ye

    **********************************
    Sudahnya saya menangis sama dengan Asmaa' dan saya dah tak hiraukan isteri YB Khalil Idham Lim di sebelah saya. Sampai dia terpaksa tenangkan saya dengan Asmaa' sekali...ahahaha...Oh ya, isteri YB itu pilih duduk di sebelah saya sebab saya comel saja yang dia kenal dalam majlis itu. Kami turut bersembang macam2 hari itu.

    Sehingga ke rumah Asmaa' menangis dan saya nak bgtau bahawa dia bukan jenis merajuk budaknya. Tapi saya yakin ini kejadian merajuk pertama dalam hidupnya. Saya agak runsing dengan keadaan dia. Tapi Usamah juga prihatin. Dia asyik mengulang2 ayat, "Kakak, kita kongsi la kaler ni"...huhuhu

    Dirumah, ketika Usamah membuka hadiahnya, Usamah pun bgtau, "Yang gambar perempuan ni kakak kaler, yang lelaki Usamah kaler," Selepas itu mereka mewarna bersama2...saya pun drama sorang diri lagi. Hihi..tgh menaip ini juga air mata saya tergenang2 mengingatkannya.


    **********************************
    Semoga kasih sayang kalian adik beradik takkan luput sampai bila2...umi sayang korang lebih dari diri umi sendiri...

    OK, ini cerita saya...mau sambung doa dalam solat pulak...sob sob...cerita korang mcm mana pulak??