Bismillah,
Ni kalau bercakap tentang hal lampin memang pelik. Saya pernah lah jugak pakaikan anak saya dengan lampin kain, tapi kalau time tersalah naik ruam kat area lampin tu. Saya pernah pulak terlihat sepupu suami saya memakaikan anak-anak dia lampin kain tu. Mungkin sebab kesempitan hidup, maka dia rela dengan cara itu. Baik beli beras dari beli diapers disposable.
Mm… Ustaz saya pernah juga bgtau yg terbaiknya adelah bg anak pakai kain lampin sebabnya, tak la anak kita duduk lama dengan najis. Bukankah itu cara yang lebih baik di mana kita menyucikan najis sesuai selepas dia selesai hajat dia. Tapi, kesudahannya, nampaknya dia pun pakaikan anak2 dia diapers disposable.
Juga lampin tak menyebabkan anak-anak kita yang baru mula bertatih berjalan mengengkang2 mengendong najis di tengahnya. Mm…kesian budak. Tu sbb anak yang dah reti tu elok ditanggalkan aja diapers disposable diorang. Mertua saya kata, dia even anak masih baby, kalau time nak buang tu, misal kata dia tidur, dia akan bergerak2.
Time tu la dia bawa anak dia ke lubang yang disediakan dan dia buat bunyi ‘shh..shh…’ sampai la anak dia tunaikan hajat. Orang dulu2 tak macam kita di zaman sekarang kan? Semua pun nak mudah. Padanlah anak2 zaman skang ni ada kesannya pada akhlak diorang ek? Aiyya, apa mau buat skang?
Actually zaman adik saya yang skang dah tingkatan dua dulu, dia masih merasa pakai lampin. Time tu, saya suka tgk mak kumpul koleksi pin untuk lekatkan lampin dia. Dulu2 lampin semua kaler putih tak macam skang ni dah macam2 paten ada. Untuk meningkatkan keselesaan dia, lapik kalis air tu digunakan. Dulu selalu tolong mak lipatkan lampin utk Ija (adik saya yang paling kecik).
Saya paling runsing kalau tercucuk perut Ija time pakaikan dia lampin. Pastu time nak jerut lapisan paling luar tu, mak saya selalu complain saya buat ketat sangat. Actually saya tanak nanti dia kencing bocor, dah saya lak kene basuh hehe…
Utk mak2 zaman skang kalau nak guna kain lampin, kiranya dah tak jadi masalah mana kan sbb mesin basuh ada tapi awas la, jgn senang2 terus masuk dalam mesin basuh tu. Takut tak cuci najis dia. Ni beberapa petua yang saya dapat dari omputeh punya ebook tentang cara mencuci lampin kain dengan baik :
• Buang dulu kalau ada najis. Jgn la gi rendam najis2 dengan lampin lain yang tak hanya kena air kencing tu.
• Rendam semalaman dengan air paip biasa tu. Campur setgh cawan baking soda. Haha, kali ni bukan nak jadikan lampin tu jadik kek ke kuih tapi nak jadikan bau2 hancing tu hilang. Rendam dalam 8 jam, atau senang semalaman aje…
• Basuh dengan air panas. Bilas dulu yang kita rendam tadi, kemudian masukkan pulak air panas, kali ni dengan sabun dan sedikit lagi baking soda.
• Bilas – dengan air sejuk dan sedikit cuka, ini adalah untuk melembutkan lampin tu dan utk seimbangkan pH dia.
• Bilasan kedua – yang ni adalah rutin biasa. Guna air paip biasa tu jek.
Well, nampak complicated ek. Utk surirumah boleh la praktikkan. Satunya kita dah jimat la guna lampin dan satu lagi, elok utk kebersihan anak yang berpanjangan. Yg ketiganya, ni senaman secara indirectly, alah guna mesin basuh jugak tapi buat secara manual, ntah2 peluh tak sempat kluar.
Bau acem (masam)?
Memandangkan guna lampin ni kita tak basuh setiap kali lepas guna tapi kita peram sampai malam ke atau keesokan ari utk basuh makanya bau asam ni akan timbullah. Jadi utk mengurengkan bau yang tak menyenangkan ni, letak baking soda utk mengurangkan bau yang tak diingini nih.
Lampin dan ruam lampin
Ramai yang kata pakai lampin kain ni senang kene ruam lampin. Caye ke? Omputeh siap buat kajian mengatakan pakai diapers disposable lagi senang kene ruam lampin. Bayangkan kenaikan 7.1% kemungkinan kene ruam lampin kepada 61% masa pakai diapers disposable.
So, kalau anakanda kita pakai lampin kain kene jugak ruam lampin, adelah tu yg tak kena dengan cara kita handle. Sama ada kita lambat salin pampers anak atau kita guna peluntur yang banyak kat market tu sampai kain lampin tu rosak. Guna sabun yang berlebihan juga menghalang serapan lampin tu.
Aiyya, Puan Siti, sibuk2 pasal lampin kain ni ada plan ka mau tukar diapers disposable ke kain lampin? Yupp, saya ada misi utk anak saya yang bakal lahir nanti. Sehingga dia boleh merangkak, saya nak cuba pakaikan dia dengan kain lampin. Selepas dia mula nak buas sikit, barulah pakaikan diapers disposable tu. Moga ada kekuatan untuk melakukan ini, amin!!!
Sebabnya? Bayangkan
• kesihatan anak (ada orang kata ala macam tuala wanita tu guna habuk2 kayu jek lampin ni akan membahayakan budak kan? Dan boleh juga elak anak mengangkang sikit kaki dia)
• dari segi kebersihan lagi (well umi dia kene rajin la salin pampers dan mungkin petua mertua saya di atas mungkin patut difikirkan supaya anak selalu berada di dalam keadaan yang suci sesuai dengan kelahirannya yang tiada dosa)
• penjimatan duit (diapers disposable satu tu kita melabur RM 0.50 sekurang2nya kecuali kita beli yang ala2 kokak tu sikit tu pun kalau kulit anak kita tak leceh)