Saturday, September 20, 2008

Arwa dan Slapped Cheek Disease

Bismillah,

Telah agak lama saya tinggalkan blog ni biar hati tu meronta2 nak tulis pasal Arwa. Saya tepis jugak2 giatnya jiwa ni nak menulis sebab saya yakin Arwa lebih memerlukan saya berbanding dengan rontaan jiwa saya yang mahu meluahkan perasaan. Tak terkira banyaknya air mata yang tumpah bila tengok anak yang disayangi lemah tak berdaya.

Bermulanya Khamis 12 September Arwa punya temperature naik sampai 40 selepas buka puasa aritu. Doktor bagi ubat then esoknya masa follow up still 40. Uhukk...So, doktor suruh admit dalam wad. Kami pun pergi ke BM Specialist demi utk melihat Arwa kembali pulih. Dr Shahbodin yang baik tu kata 70% demam Arwa adalah demam biasa.

Alhamdulillah dan kami memilih untuk membawa Arwa pulang ke rumah dan berazam untuk menjaga dia dengan baik dan 2-3 ari seterusnya Arwa terus kebah. Walaupun sudah kebah dia masih pasif dan anakanda saya ini sangat baik bilamana dia tak menangis pun sepanjang dia demam. Cuma merengek sikit aje. Memang terbalik lah dengan masa dia sihat.

Mak mana yang tak runsing anak taknak main, tanak makan, kurang minum. Saya jadi sedih yang takleh nak describelah masa tu. Sebab abang dgn kakak Arwa memang kalau time sakit akan menangis yang susah nak pujuk sedangkan Arwa senyap je. Bagi toy nak suruh dia pegang pun dia tengok je.

Tiba2 pada hari Selasa malam ada merah2 naik kat pipi, lengan, betis dan sikit2 di paha. Saya bawa sekali lagi ke Klinik Dr Ho, Specialist Peads kat Parit Buntar dan dia kata 6th Sense dia my daugter kene Kawasaki. Apakah itu Kawasaki? Pernah dengar Hand Foot Mouth Disease (HFMD)? OK di bawah ini adalah penerangannya...

*********************************************************************************

Kawasaki disease is an illness that involves the skin, mouth, and lymph nodes, and most often affects kids under age 5. The cause is unknown, but if the symptoms are recognized early, kids with Kawasaki disease can fully recover within a few days. Untreated, it can lead to serious complications that can affect the heart.

Kawasaki disease occurs in 19 out of every 100,000 kids in the United States. It is most common among children of Japanese and Korean descent, but can affect all ethnic groups.

Signs and Symptoms

Kawasaki disease can't be prevented, but usually has telltale symptoms and signs that appear in phases.

The first phase, which can last for up to 2 weeks, usually involves a persistent fever higher than 104° Fahrenheit (39° Celsius) and lasts for at least 5 days.

Other symptoms that typically develop include:

* severe redness in the eyes
* a rash on the stomach, chest, and genitals
* red, dry, cracked lips
* swollen tongue with a white coating and big red bumps
* sore, irritated throat
* swollen palms of the hands and soles of the feet with a purple-red color
* swollen lymph nodes

During the second phase, which usually begins within 2 weeks of when the fever started, the skin on the hands and feet may begin to peel in large pieces. The child also may experience joint pain, diarrhea, vomiting, or abdominal pain. If your child shows any of these symptoms, call your doctor.
Complications

Doctors can manage the symptoms of Kawasaki disease if they catch it early. Symptoms often disappear within just 2 days of the start of treatment. If Kawasaki disease is treated within 10 days of the onset of symptoms, heart problems usually do not develop.

Cases that go untreated can lead to more serious complications, such as vasculitis, an inflammation of the blood vessels. This can be particularly dangerous because it can affect the coronary arteries, which supply blood to the heart.

In addition to the coronary arteries, the heart muscle, lining, valves, and the outer membrane that surrounds the heart can become inflamed. Arrhythmias (changes in the normal pattern of the heartbeat) or abnormal functioning of some heart valves also can occur.
Diagnosis

No one test can detect Kawasaki disease, so doctors usually diagnose it by evaluating the symptoms and ruling out other conditions.

Most kids diagnosed with Kawasaki disease will have a fever lasting 5 or more days and at least four of these symptoms:

* redness in both eyes
* changes around the lips, tongue, or mouth
* changes in the fingers and toes, such as swelling, discoloration, or peeling
* a rash in the trunk or genital area
* a large swollen lymph node in the neck
* red, swollen palms of hands and soles of feet

If Kawasaki disease is suspected, the doctor may order tests to monitor heart function (such as an echocardiogram) and might take blood and urine samples to rule out other conditions, such as scarlet fever, measles, Rocky Mountain spotted fever, juvenile rheumatoid arthritis, or an allergic drug reaction.
Treatment

Treatment should begin as soon as possible, ideally within 10 days of when the fever begins. Usually, a child is treated with intravenous doses of gamma globulin (purified antibodies), an ingredient of blood that helps the body fight infection. The child also might be given a high dose of aspirin to reduce the risk of heart problems

********************************************************************************
Disebabkan the high risk of this disease adalah Heart problems, kami decide pulak untuk buat echo test just to make sure Arwa ok (di BM Specialist). Alhamdulillah Arwa punya result sangat memberangsangkan tapi diorg dah sauk Arwa punya blood punya la banyak...sian anak umi. Cuma yang membimbangkan dalam blodd test dia adalah platelet yang tinggi dan ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena.

Dr Shahbodin kemudian memberitahu kami yang mereka tidak ada gamma globulin so they help us to search which hospital yang provide ubat ni. After the doc called everywhere, kami decide utk pergi ke Seberang Jaya Hospital yang berdekatan. Sampai kat situ, kami pergi emergency dan agak lama juga menunggu sampai Arwa pun dah kering tekak menangis (huhu time ni umi tak sedar yang Arwa menangis tu tandanya Arwa sihat).

Kemudian Arwa dimasukkan ke wad 2 paediatrics dan dimanage oleh beberapa Doktor muda yang sangat detel soalan mereka (a bit bosan walaupun tau yang tu memang prosedur tapi bosan ni sebab sebenarnya kami mahu Arwa dirawat dengan segera). Kemudian Dr Angelina Yeoh datang (thanx to you). Dia kemudiannya mengarahkan blood test dibuat sekali lagi.

Selepas beberapa lama menunggu hasil blood test, sempatlah umi jadi doktor tak bertauliah pusing tengok kids lain yang turut sama admitted dalam wad tu. Rupanya ujian ALLAH buat umi tak seberapa. Umi masih teringat mata Mohd Khairul Khaizuran yang asalnya demam panas, kemudian kuman telah merosakkan paru2nya dan kini nanah di dalamnya sedang disedut keluar (masa ni umi sebak sbb teringat berat Khaizuran yang berumur 2 tahun hanya lebih 1kg dari Arwa yang 7 bulan).

Kenapa umi ingatkan mata dia? Sbb mata dia very near to mata Abg Uwaiys yg umi rindu kat umah tu. Umi tiba2 jatuh sayang pada adik ni. Ya Allah moga kesakitan Khaizuran cepat hilang dan digantikan dengan kesihatan yg baik. Amin...

Bila result dah dapat, diorg mula saspek Arwa dapat demam denggi. OK skang let us learn about Denggi..
*******************************************************************************

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
5. Hilang selera makan
6. Muntah-muntah
7. Sakit perut
8. rasa pahit pada lidah

Bagaimana demam denggi berjangkit

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

*******************************************************************************
Petanda seseorang tu kene viral fever adalah kandungan platelet yg rendah. Arwa punya platelet masa tu 130 sedangkan normalnya adalah 150. Walaubagaimanapun virus yg dimaksudkan adalah byk. Boleh jadi ianya virus denggi, boleh jadi juga Kawasaki dan mcm2 virus lg.

Setelah pakar2 di situ berbincang mereka seterusnya mendiagnos Arwa dengan satu penyakit iaitu 'Slapped Cheek Disease' yang bermakna penyakit pipi kene penampar. Masa ni Arwa dah semakin aktif dan menunjukkan tanda2 lapar yg ketara bila tiang katil asyik dia nk gigit.

Malamnya walaupun masa admit td nurse dah pesan jgn tidur atas katil baby, tp bila tgk ibu lain yg nyusu selamba je naik katil tu, sy pun naik jugak tp tak lama bila kami dikejutkan sblm di usung masuk bilik ber air cond. Arwa share bilik dgn k.Syiffa yang berumur 14 tahun yang ada Diabetes. Walaupun beraircond tp umi dgn Arwa mcm cacing kepanasan juga sbb tpt yg Syiffa duduk je sejuk he he...tp no hallah sbb selesa lgpun Arwa kan baru kebah demam.

Keesokan harinya satu lagi blood test Arwa dibuat untuk memastikan platelet dia dah OK. Sementara tunggu blood test result tu umi tolong mak Khaizuran suapkan makan. Mungkin termakan pujuk saya, makanlah jugak dia 5-6 suap. Saya mula teringat anak-anak di rumah.

Selepas tu, saya dan suami mula berbincang betapa lekanya saya dalam memberikan anak-anak makan. Kadang2 pagi tu pergi nurseri hanya minum susu seorang sebotol saja. Uhuk...kiranya duduk di hospital ni adalah tamrin untuk seorang ibu mencari pelajaran terbaik untuk anak-anak (bagi mereka yang mahu belajar).

Result kemudiannya keluar dan Arwa dibenarkan pulang. Walaupun kami rasa hepi sangat tapi jauh di sudut hati umi rasa berat pulak nk tinggalkan Khaizuran. Ntah la rasa sayu je nak tinggalkan dia. Masa keluar tu pulak, ternampak sekelompok pengawal keselamatan dan sekumpulan India sedang bergaduh.

Aduh, situasi tu hanya menambah kecamuk dalam otak umi aje. Kenapa mesti bergaduh macam tu? Dahla yang dipukul tu berbalut tangannya. Maka keluarlah darah2 yang ada. Niat di hati saya mahu saja hantar surat kepada Pengarah Hospital supaya sekurang2nya ada siasatan dilakukan tetapi setelah menelefon seorang sahabat yang saya dapat tahu kakaknya adalah orang kedua (agaknya) dalam hospital itu, maka saya hanya beritahu dia dan dia maklumkan semula kepada saya keadaan macam tu memang biasa di Hospital itu. Nampaknya, keadaan yang luarbiasa bagi saya adalah keadaan yang biasa bagi mereka maka untuk apakah lagi saya mengadu?

Jadi, buat akhirnya, kenalilah Slapped Cheek Disease...

Slapped Cheek Disease
Slapped cheek disease is normally a mild, short illness. However, the rash may appear to be quite dramatic. No treatment is usually needed.

What is slapped cheek disease?

Slapped cheek disease is sometimes called Fifth Disease or Erythema Infectiosum. It is an infection caused by the Parvovirus B19 virus. It most commonly occurs in children aged 4-12 years, but anyone can be affected. It is infectious (can be passed on). The infectious period is for 4-20 days before the rash appears. By the time the rash develops, it is usually no longer infectious.

You normally have slapped cheek disease only once in a lifetime. This is because you make antibodies during the infection which protect you from future infections with this same virus.
What are the symptoms of slapped cheek disease?

Rash
Typically, the rash looks like a bright red scald on one or both cheeks. It looks as if the cheek(s) have been slapped. Sometimes there is just a blotchy redness on the face. The rash is painless. Sometimes a more widespread faint rash appears on the body, arms, and legs. Occasionally, the rash on the face and body keeps fading and returning several times for up to four weeks. However, it is more common for the rash to come and go completely within a few days.

Other symptoms
Although the rash can look quite dramatic, the illness itself is usually mild. You will usually not feel too ill. You may have a headache or mild temperature (fever) for a few days before the rash appears. Occasionally, mild pain and stiffness develops in one or more joints for a few days.
You may have no symptoms
Many people become infected with this virus without developing any symptoms at all.

What is the treatment?

You do not usually need any treatment. If you have a headache, temperature, or aches and pains then paracetamol or ibuprofen will help.

Are there any complications from slapped cheek disease?

Usually not. Rarely, the aching joint symptoms last for some time after the other symptoms have gone. The only times the illness may become more serious are:

* In children with some types of hereditary anaemia such as sickle cell disease, beta-thalassaemia and hereditary spherocytosis. This virus can cause these types of anaemia to become suddenly much worse.
* In pregnant women. Most pregnant women are immune to this virus, or will not be seriously affected if they become infected by it. However, like some other viruses, the virus that causes slapped cheek disease can sometimes harm an unborn child. Miscarriage is more common in women who are infected with this virus before 20 weeks of pregnancy. Therefore, if you are pregnant, keep away from people who have slapped cheek disease.

Buat Teman Yang Mendoakan

Thursday, September 11, 2008

Halnya Poligami

Bismillah,

Posting kali ni adalah sekadar satu respon yang terbit dari rasa bosan bila lihat di kalangan kita yang tak sudah-sudah bertekak benda yang sama. Saya juga berani jamin, selepas dari ini kita semua akan masih kembali menatap isu yang serupa yang dapat terlihat di mana-mana (kecuali mod haramkan isu ni ahaks, tapi saya gerenti tak sbb isu yg mcm nilah yang selalu menghidupkan grup ni).

Satu ketika di bulan puasa tahun lepas, seorang guru 40-an yang anak paling tua sudah melepasi ting 6 dan yg paling bongsu hampir2 nak masuk sekolah, datang bertandang ke tempat kerja saya dengan keadaan yang bagi saya sangat sedih. "Macam mana ye nak buat dengan .....(nama isteri dia).

Saya memandang keadaan ini sebagai terdesak kerana usia saya ketika itu 27 tahun, saya juga bukan kawan dia (dia sahabat suami saya), saya tidak pernah bersembang dengan dia melainkan suami saya ada bersama, juga saya tak pernah ada pengalaman dimadukan lagi namun dia masih meminta pendapat saya.

Alkisah, dia sudah berkahwin seorang lagi. Dia meminta kebenaran, cumanya isterinya menyangka dia sekadar bergurau. Ahaks, kalaulah saya, hal ini boleh menyebabkan saya berhenti makan kalau bergurau macam ni semasa makan (hal ni pernah terjadi dan lepas tu suami saya dah tak ngusik benda ni masa makan).

Kemudiannya isteri pertama bagi kata dua, "Aku atau dia". Huhu...ini sangat menyedihkan. Malangnya, isterinya tidak pula mahu bertanya saya "Macam mana ye nak buat?" Kerana saya ada jawapan untuk soalan itu. Ia tidak mudah tetapi mungkin juga yang terbaik untuk keadaan kita yang telah dimadukan tanpa pengetahuan.

Saya pernah tanya suami saya, "Takde ke angin nak jadi macam orang tu" Dengan jujur suami saya kata, "Lepas tengok orang tu, dah kurang dah rasa nak jadi macam orang tu," Jadi tak hairanlah saya masih 'First Wife' utk my husband. Seorang kenalan saya juga pernah ada angin yang sama dengan alasan 'Global warming' menjadikan hormon orang lelaki tak ketentuan turut kensel cita2 dia setelah benar2 menghayati susah benar untuk menjadi suami yang baik untuk dua isteri. Doa isterinya mungkin yang minta diberi petunjuk kepada suaminya makbul menjadikan dia terfikir begitu.

Untuk mereka yang berada di pihak suami;

* Sekiranya terlanjur melakukan perkara di atas, (mengahwini seorang perempuan tanpa pengetahuan isteri terdahulu) anda hendaklah bijak untuk mendamaikan mereka. Caranya berbeza mengikut pasangan.
* Bersikap adil. Jangan lebihkan yang muda, atau lebihkan yang tua. Kasih sayang memang tak dapat dinafikan susah nak sama rata tetapi selebihnya biarlah sama seperti penggiliran. Nafkah mungkin juga berbeza sbb lain bilangan isi rumah lain pula keperluan mereka.
* Jangan burukkan isteri pertama pada yang kedua dan sebaliknya. Anda akan menjadi ibarat kijang di tengah-tengah gajah.
* Perhatian kepada anak jangan diabaikan. Mereka mungkin tidak dibesarkan dengan suasana menerima poligami tengok2 dah besar panjang ayah diorang kawen lain. Sape tak malu kat kengkawan bila orang dok kata2 ayah diorang gatal tak cukup satu. Yang ni lumrah yang perlu diterima. Oleh itu, jangan sampai anak termakan kata orang. Biar diorang rasa, even ayah aku kawen lain, dia tetap baik pada aku.
* Jangan berahsia tentang perkahwinan baru anda, anda mesti berani berterus terang. Dengan berahsia, anda akan cenderung untuk menipu dan ini mengundang bahana yang lebih teruk lagi untuk diri anda dan keluarga.


Kepada isteri yang tiba-tiba diduakan;

* Susah untuk cakap yang ini tetapi itulah takdirnya. Takdir yang harus diterima. Itu sudah jodoh mereka dan yang lebih besar, ia berlaku dengan izin ALLAH SWT.
* Jangan minta cerai atau minta suami ceraikan yang baru. Perkara ini jika berlaku akan membawa kesan yang lebih padah lagi. Memang ia akan memakan masa. Cuba bercakap dengan baik dengan suami biar dia rasa kitalah isteri terbaik untuk dia.
* Jika ada masalah, luahkan. Jika rasa diabaikan, bagitahu. Jika rasa sendirian, bila tiba giliran luahkan perasaan. Jika tidak dengan mulut sendiri, tulis. Jika tidak punya masa menulis, SMS. Jika tidak dapat diluahkan kepada suami, adukan kepada Tuhan. Keadaan ini akan merapatkan hubungan kita dengan Tuhan dan hubungan ini lebih besarnya dengan kasih sayang suami yang boleh susut bila2 masa.
* Ingatkan suami berlaku adil. Sayanglah dia kerana dengan ketidak adilan, dia akan lambat masuk ke syurga (jika dosanya lebih banyak dari pahalanya).
* Jangan serang isteri muda. Dia akan punya peluang memburukkan anda pada suami. Jika anda bersabar, anda akan mendapat kasih sayang suami dan rasa hormat yang tidak berbelah bagi dari isteri muda.
* Jangan memburukkan suami kepada anak-anak. Anak-anak tidak boleh dibesarkan dengan rasa benci kepada ibubapa. Itu sesuatu yang salah. Walau bagaimana buruk pun pasangan anda, jangan mengajar anak membenci mereka.


Kepada mereka yang belum berpoligami;

* Yang comelnya dapatkan kebenaran. Memang lah susah yang teramat sangat. Mane isteri yang senang2 nak izin suami kawin. Tetapi belum cuba belum tahu.
* Pastikan isteri baru tahu dia bakal bermadu.
* Selesaikan dahulu masalah yang ada dalam rumahtangga pertama sebelum dengan senangnya berkahwin lain yang kononnya untuk menyelesaikan masalah. Anda hanya akan mendapat satu masalah baru sahaja.
* Yang satu ni susah sikit, err takleh ke kalau minta izin dulu baru cari pasangan? Sebab kalau sekadar berkawan2 dan membuahkan harapan kepada bakal isteri itu, alih2 anda tak jadi kawin, tak ke merosakkan satu jiwa. Tapi perkara besar di sini adalah memang bercintan cintun tanpa ada hubungan suami isteri kan memang tak boleh.


Saya sebenarnya bukan orang terbaik pun untuk bercakap hal ini. Namun bila sesekali isu ni bertandang, saya jadi terfikir kenapa orang suka bagi idea yang menggalakkan kepada suasana menipu? Poligami ni kalau dilihat kepada keluarga Nabi, sangatlah cantik namun malangnya umat Nabi tergamak memburukkannya.

Saya pernah membawa jiwa dan perasaan saya untuk menghayati rasa mereka yang diduakan, memang tak hairan kalau ada yang meluahkan suami sedang ada perempuan lain, saya akan menjadi emosi keseluruhan harinya pula. Tetapi ya lah, berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul.

Tidaklah posting ini ditulis untuk menyekat sebarang tajuk dengan isu yang sama. Saya yakin hal ini tidak pernah sudah (tengoklah.. .he he) Saya memohon, apa yang saya tulis ini datang dari fikiran saya yang saya harapkan telah saya landaskan kepada anjuran agama Islam.

Mungkin ada yang tidak bersetuju. Saya harap saya tak perlu mengulas dengan terlampau panjang akibat dari tulisan saya ini. Saya pernah menulis hal ini di dalam buku super suami saya. Semoga kita semua sentiasa tetap teguh di jalan yang diredhai ALLAH SWT. Maafkan saya jika ada jiwa yang terasa. Saya tak berniat melukakan hati sesiapa.

Sunday, September 07, 2008

Tips Kesihatan


Bismillah,

Sementelah kita berada di bulan puasa, yang tidak lain untuk mendatangkan kesihatan yang lebih kepada tubuh badan, maka ada baiknya juga kot saya cuba bawakan tajuk ini. Walaupun ada sesetengah orang yang addicted to 'food' sehingga bulan Ramadhan menjadi bulan yang melelahkan, maka saya teringin sekali membawakan beberapa idea yang mungkin boleh mengalih ketagihan anda :)

- Sentiasa Gembira
Mmm...tuan yang bercakap ini juga tidak lari dari perasaan sedih. Bila sedih sebenarnya kita sedang melalui satu fasa di mana ketika itu kita paling dekat dengan Pencipta kita. Walaupun begitu, hanya orang yang menghargai perasaan berTuhan sahaja yang akan merasai kegembiraan ini. Ketika sedang bersedih, datang ingatan kepada ALLAH sehingga jiwa kita yang tadinya resah kembali penuh dengan peluang2 yang menggembirakan. Oleh itu, saya menyeru diri sendiri agar sentiasalah mengingati ALLAH SWT supaya hati tidak gundah dan sll berada dlm kegembiraan insya Allah.

- Mental yang rileks
Tak rugi kalau beramah mesra dengan orang-orang yang disekeliling kita. Dengan sikap ramah tamah ini, kita akan memperolehi lebih ramai kawan. Apabila ramai kawan, dengan sendirinya semua urusan kita akan menjadi mudah. Tak percaya? Berapa ramai orang suka adjust mintak keje sebagai contohnya melalui kawan? Memang benda ni tak baik tapi byk lagi perkara lain yang mudah sebagai contoh, bila tayar pancit kat tengah jalan ke, boleh la telefon sape2 utk maklumkan kesusahan yang dialami. Biasanya orang yang macam ni senang beroleh pertolongan dari kawan2.

- Tidur yang cukup
Kepenatan bekerja menyebabkan tubuh perlu kepada rehat. Kita sepatutnya tidur dalam jangka masa 8 jam tanpa gangguan. Sebelum tidur, rehat2kanlah minda supaya apa yang anda fikirkan tidak terbawa2 di dalam mimpi.

- Senaman ringan
Untuk menjadi sihat, walaupun anda kurus keding, gemuk gedempul, slim n steady, senaman adalah satu cara yang paling dekat dengan gaya hidup unggul. Jika anda ayu, carilah senaman yang control ayu, jika anda besar, carilah senaman untuk mengecilkan, jika anda steady, carilah senaman untuk mengekalkannya.

- Pemeriksaan doktor
Ini lagi satu cara untuk memastikan kita benar-benar tidak diancam dengan kondisi badan yang tidak sihat. Kadangkala kita tidak sedar badan kita menjadi sarang penyakit sehinggalah penyakit benar2 meraja dalam badan kita.

Cinta Yang Membawa Ke Syurga



1. Mencintai Allah dan RasulNya



31. Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



32. Katakanlah: "Ta'atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.“[3. Ali Imran]



7. Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,



8. sebagai karunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
[QS:49. Al Hujuraat]

2. MENCINTAI RASULULLAH SAW



Hadis riwayat Anas ra ia berkata :
Nabi SAW bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai yang lain karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad]

2. MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW



Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata:
Nabi SAW bersabda: Tidak disebut beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki) sebelum aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang.
[HR. Bukhari, Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami]

3. MENCINTAI KEDUA ORANG TUA



Hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud ra ia berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Pekerjaan manakah yang paling utama. Beliau menjawab: Salat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Beliau menjawab: Berbakti kepada kedua orang tua. Kembali aku bertanya: Kemudian apa lagi? Beliau menjawab: Berjuang di jalan Allah. Aku tidak bertanya lagi kepada beliau untuk menjaga perasaan beliau.
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ahmad, Ad Darami]

4. MENCINTAI KELUARGA / SAUDARA



Hadis riwayat Anas bin Malik ra ia berkata:
Nabi SAW bersabda: Salah satu di antara kalian tidak disebut beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri.
[HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami]

5. MENCINTAI SESAMA MUKMIN



Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra ia berkata :
Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam
[HR. Bukhari ; Muslim ; Ahmad]

Hadis riwayat Abu Hurairah ra ia berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata sesungguhnya Aku mencitai si fulan maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia (jibril) menyeru kepada para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langitpun mencintainya. Kemudian dia pun diterima di bumi, dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka Dia memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku membenci si fulan, maka bencilah pula dia! Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru para penghuni langit: Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya. Kemudian kebencianpun merambat ke bumi.
[HR. Bukhari ; Muslim ; Tirmidzi ; Ahmad ; Malik]

Kredit to alif lam mim for this beautifull presentation

Boros Belanja Dengan Kad Kredit


Bismillah,

Tajuk kali ni hanyalah satu teguran kepada diri sendiri. Letih rupanya tengok Jualan Mega yang berlangsung sana sini. Saya mula terbayang nak belikan seluar suami. Baju raya? Saya dah tempah tapi tu bukan baju raya, tu dah jadi baju tahunan kami cuma bolehlah dirasmikan time raya karang.

Letih tgk iklan bukan apa, letih nak lawan nafsu nak membeli belah yang sedang menggila. Time gini la rasa nak beli oven, nak beli baju anak2, nk beli itu, nk beli ini...huhu...mujur saja kami masih mengawal diri untuk mempunyai kad kredit. Kalau tak tak tau lah mcm mana gayanya pulak masa nak bayar karang.

Kata orang bijak pandai dalam ekonomi nih, kad kredit lah alat paling dekat yang boleh membawa seseorang ke kancah hutang. Oleh itu, kepada yang ada kad kredit tu, kenelah pulak ada disiplin yang amat tinggi dalam melangsaikannya kan? Kalau zaman tok-tok kita, ada buku 555 untuk berhutang. Nak berhutang pun pakai bisik2. Skang ni zaman ada kad kredit, nampak mcm org bagus2.

OK, kat sini adalah sikit panduan (hopefully membantu). Saya amik dari dalam Kosmo tahun lepas.

- Hadkan jumlah kad kredit (berbanggalah kalau tak ada kad kredit)
- Hadkan jumlah perbelanjaan untuk setiap kad kredit
- Bandingkan harga barang (boleh perati katalog, atau jalan dari satu shopping centre ke shopping centre yang lain, tapi kalau nk round guna kete, tiba2 kang duit minyak lebih dari penjimatan pun tak kene gak)
- Senaraikan barang keperluan (jadikan ini satu disiplin. Saya sll buat mcm ni dan saya tak heran kalau salesgirl tersengih2 tengok saya memilih barang dengan tangan pegang satu pen dengan kertas. Ada yang rajin tegur, tapi saya tak peduli pun sbb salesgirl tu tak duduk belakang umah saya he he...so, kalau malu pun time tu je la)
- Bawak pasangan (lagi kedekut pasangan kita lagi bagus huhu...so dia boleh sekat keinginan melampau kita, tapi jgn la sampai nayakan kita pulak. Kalau suami saya dia lebih suka guna ayat "Nanti dulu" daripada "Tak payahlah". Ayat ni sll menyelamatkan saya dari boros)
- Bawak bakul dari bawak troli. (Kalau bawak troli barang yang diangkut tak terasa beratnya. Bila tak berat kita pun takrasa berat duit yang nak kita bayar. Tapi kalau guna bakul, perasaan malas nak shopping akan mai dengan sendirinya.)
- Kalau boleh buat satu list barang yang nak digunakan untuk sebulan. (Jangan sampai seminggu sepuluh kali pegi supermarket. Yang ni memang nak cari pasal namanya. Dahla nanti terbeli barang yang tak perlu, minyak pun habis)
- Jangan ronda2 kat department yang tak termasuk dalam senarai. Ni pun godaan jugak namanya.
- Catatkan perbelanjaan (so lain kali kita boleh compare, kat sini murah, kat sana mahal)
- Ukur kemampuan diri untuk hidup mewah (kalau kita bukan dari golongan senang, sedar2lah diri jangan berbelanja berlebihan) Janganlah disebabkan berkawan dengan mak datin, kita pulak berbelanja macam Puan Sri.
- Pastikan sebelum berbelanja, sebahagian dari gaji dah dimasukkan ke dalam akaun simpanan untuk perbelanjaan di masa kecemasan.
- Bersyukurlah dengan nikmat yang ALLAH beri kerana walaupun nikmat itu sedikit (lantaran perasaan tamak kita) namun di dalamnya terkandung rahmat yang tidak kita sedari.