Bismillah,
Alhamdulillah, saya kira sudah selesai diskusi saya dan sahabat berkenaan Lotus Birth. Sesungguhnya, kami tidak hanya mendapat ilmu berkenaan Lotus Birth, tetapi dapat ilmu lain seperti cara berlapang dada menerima perbezaan, cara merujuk kepada yang lebih tahu, cara menilai sumber rujukan dan lain-lain. Saya harap pembaca dapat membaca sehingga ke hujung apa yang saya dapat simpulkan dari perbincangan ini.
********************************
Berikut adalah kesimpulan yang telah kami persetujui bersama :
Lotus birth & delayed cord clamping :
1. Lotus birth (lb) adalah amalan tidak memotong tali pusat bayi slps ibu bersalin dimana uri & talipusat disimpan sehingga tanggal sendiri dr pusat bayi.
2. Amalan tidak memotong tali pusat ini dipercayai bermula sekitar 1970an di amerika syarikat. Ia seterusnya dipopularkan oleh pasangan pengamal yoga yg menamakannya sbg 'lotus birth' dgn menghubungkaitkan simbol lotus (bunga teratai) yg mempunyai pengertian tertentu dgn kelahiran bayi.
3. Tujuan lb adalah untuk mengelakkan kesakitan pada bayi (dgn mengerat tali pusat) dan membiarkan tali pusat tertanggal secara semulajadi disamping dikaitkan mempunyai faedah2 tertentu.
4. Antara faedah2 yg dikatakan dapat diperolehi daripada amalan lb adalah :
- Mempercepatkan penyembuhan & mencantikkan pembentukan pusat
- Meningkatkan imuniti bayi
- Meningkatkan ikatan mak dan baby (kerana bayi yg masih bersambung dgn uri dpt duduk lebih lama dgn ibu tanpa sebarang gangguan)
Walaubagaimanapun setakat ini belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan faedah2 tersebut.
5. Kebanyakan pakar2 perubatan mengatakan amalan lb adalah berbahaya kerana meningkatkan risk of infection pada pusat bayi.
6. Setakat ini belum ada hukum/ijtihad ulama berkaitan amalan lb. Pengeluaran hukum/fatwa bg lb akan mengambilkira :
- sejauh mana kebaikan vs kemudharatannya serta
- Adakah lb hanya adat atau melambangkan prinsip agama tertentu
7. Menurut kajian delayed cord clamping (dcc) selama 3 minit mempunyai beberapa kebaikan utk bb antaranya :
higher birthweight, early haemoglobin concentration, and increased iron reserves up to six months after birth. Walaubagaimanapun kajian juga menunjukkan dcc boleh menyebabkan jaundis pd bayi.
8. Beberapa perbezaan timing dcc yang diketahui:
1. X potong langsung (dlm lb)
2. Delay tak melebihi 8jam
3. Delay selepas sejam
3. Delay 20 minit
4. Delay 2-3 minit (recommended practice in kkm facilities but may not be followed by some junior or reluctant MOs. )
Rujukan/bahan bacaan tambahan:
1. http://www.lotusfertility.com/Lotus_Birth_Q/Lotus_Birth_QA.html
2. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kedudukan-senaman-yoga-di-kalangan-umat-islam
3. http://mobile.nytimes.com/2013/07/11/health/study-endorses-later-severing-of-umbilical-cord.html
********************************
Saya ada sudut pandang yang sedikit berbeza dari sahabat-sahabat tercinta. Barangkali sedikit berterabur. Semoga sahaja yang membaca akan dapat memahaminya dan seterusnya dapat membuat kesimpulan sendiri akhirnya.
Beberapa soalan telah saya ajukan kepada beberapa sahabat yang mempraktikkan Lotus Birth ini.
Apa tujuan rosemary diletakkan?
--- Tujuan nak bagi wangi iaitu nak elak uri berbau. Ada juga yang kata supaya cepat kering
--- Seorang lagi sahabat memberitahu tidak meletakkan sebarang herba pd uri tetapi uri tetap tidak berbau
Apa motif memilih Lotus Birth?
--- Supaya tidak menyakitkan baby. Dari apa yang saya nampak, selama beberapa hari sebelum tali pusat luruh, baby akan duduk bersama ibu tanpa sebarang gangguan kerana tiada sesiapa pun boleh angkat dia. Itu membuatkan saya berfikir, mungkin tempoh beberapa hari itu adalah tempoh yang diperlukan baby itu untuk bertenang dulu dengan ibunya.
--- Saya juga terfikir jika betul-betul tali pusat dan uri itu betul-betul tiada fungsi, boleh saja Allah takdirkan tali pusat itu terus tertanggal selepas uri keluar.
--- Tali pusat merupakan organ tubuh bayi dan pemotongan secara tiba-tiba dapat mengejutkan bayi secara fisik dan emosi. Semasa tali pusat mula kering, kita bole nampak dengan jelas betapa penuh saluran darah di dalam tu berlingkar seperti lingkaran DNA bezanya ini triple strand. Tidak dapat saya bayangkan jika dipotong, mesti bayi sakit. Cukur kepala pun dia rasa apalagi kena potong?
Tahukan lotus ni ada sandaran ikut yoga Hindu?
--- Kalau Lotus birth ikut yoga hindu, yang inject syntometrin di peha ibu lepas baby keluar untuk paksa uri keluar tu ikut ajaran agama mana pula? Yang beranak terlentang itu dari pemikiran ulamak mana? Anyway, agama hindu tu asalnya merujuk kepada sekelompok masyarakat yg tinggal di Lembah Indus menyembah Tuhan yg satu. Namun agama itu berubah apabila bangsa Arya berasimilasi dgn Dravidia. Info sejarah dari Srikandi Mistisfiles Organisation. Saya pernah jumpa teacher ayurvedic. Dia pesan, ambil tahu tentang ancient knowledge. Kembali ke pangkal jalan. Di situ kita akan jumpa jawapan2.
--- Sebenarnya Lotus Birth yang kami sebutkan hanyalah terms sahaja. Tiada langsung acara penyembahan, pemujaan meditasi dan lain-lain. Kami hanya tidak potong tali pusat, bukan yoga seperti yang disebut.
Tak bimbang uri tu jadi makanan syaitan dan jin?
--- Uri pun mcm kuku dan rambut sahaja. Kenapa orang treat uri mcm najis dan kena cuci Asam jawa dll? Tanam elok-elok kemudian tanam pokok atasnya? Kalau potong kuku dan rambut, buat macam tu ke?
**sebenarnya tidak sama. Uri terhasil selepas persenyawaan, tetapi rambut gugur hari-hari dan kuku setiap minggu.
Disebabkan banyak pertikaian berlaku, seorang sahabat cuba merujuk kepada seorang pensyarah Unisza Ustazah Siti Fatimah Salleh. Berikut adalah ulasan beliau berkenaan hukum Lotus Birth :
Mengambilkira kaedah fiqh:
العبرة في المعاني لا للالفاظ والمباني
Maksudnya, sesuatu perkara atau urusan mestilah berpandukan kepada makna atau maksud dalam sesuatu urusan bukan pada lafaz dan binaan. Jika kita tengok pada lafaznya maka kita akan kata perlakuan itu adalah Lotus birth jadi, sekiranya tiada bersangkut dengan amalan pengamal yoga, maka elok juga nama perlakuan ini ditukar kepada yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.
Ada dua sudut perlu bincang berkenaan perlakuan ini :
1. Jika lihat kepada ma'ani secara zahirnya harus tidak potong kerana tiada nas yg melarang potong tali pusat dalam hal ini. Ia bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut jika sesuatu yang tiada nas atau dalil membuktikan sesuatu urusan itu haram atau dilarang maka hukum asalnya adalah harus. Berpandukan pada kaedah fiqh الاصل في الاشياء مباح, asal sesuatu perkara itu adalah harus. Kaedah ini bererti hukum pada sesuatu perkara yg tiada nas tentang larangannya adalah harus.
2. Jika Lotus birth bukan amalan mana-mana agama atau adat dalam mana-mana agama yg bukan menjadi prinsip keagamaan mereka hukumnya harus kita buat. Contoh pemakaian tie dimana pada satu masa dahulu ia dinisbahkan kepada sesuatu ugama, tetapi sudah menjadi biasa bila org pakai. Maknanya org tidak lagi mengatakan pakai tie skrg ni sebagai mengikut ugama tertentu kerana penggunaannya meluas dan tiada nisbah agama lain. Wallahu'alam. Begitu prinsipnya.
Kesimpulan:
1. Lb harus melihat pada intipati amalan bukan pada nama dan tiada unsur prinsip agama lain
2. Jika kebaikan lb belum pasti kebaikannya dan kemungkinan mudharat wujud..الضرر يزال kemudharatan perlu dihilangkan.
3. Jika lb merupakan unsur2 keagamaan mana2 agama yg melambang prinsip agama mereka haram kita bertasyabbuh iaitu mengikut2 amalan mereka.
4. Untuk mengenal pasti kebaikan n keburukan dlm sesuatu tindakan, mesti merujuk pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Berpandukan ayat فاسالوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون bertanyalah pada org yg ahli atau pakar pada perkara yg kamu tidak mengetahuinya.
Jadi ada dua tugas yg belum selesai..
1. Pastikan amalan lb ni adat atau prinsip agama?
2. Pakar2 perubatan kena kaji sejauhmana kebaikan dan doror (mudharat) potong dan xpotong uri tu..
Bila jelas 2 isu ni, maka jelaslah hukumnya
Ini pula jawapan tentang uri makanan jin.
Perkara khurafat ni memberi kesan pd aqidah. Pernah dulu bincang dgn syeikh bekas mufti iraq zaman saddam husin, dia ada sebut hadis cuma sy lupa hadis tu, jika kita percaya pada benda khurafat ni, memang Allah izinkan, akan jadi benda tu sebab keyakinan manusia pada benda yg khurafat terlalu tinggi, bukan yakin pd Allah. Di situ dah jadi syirik aqidahnya. Sama juga pemujaan kita di Malaysia bawa ayam ke busut untuk di jamu jin, kayu koka dan sebagainya. Unsur-unsur begini perlu berhati-hati sebab kita terlalu yakin pada makhluk, maka Allah izinkan untuk menguji aqidah kita..
Jika nk kata simpan uri tu terdedah kepada mknn jin, mungkin ia dipengaruhi oleh pengamalan org2 dahulu. Konsepnya, jika sesuatu perkara itu disandarkan pada pengalaman atau khibrah tanpa didasari oleh nas syarak ia adalah batil. Ini kata2 syeikh guru d saudi, begitu juga amalan tanam uri dibubuh dengan herba dengan pelbagai pantang larang, semua itu termasuk dlm khibrah yg tiada nas. Tidak perlu buat hujjah..wallahu a'lam.
*tambahan : berdasarkan link berikut http://www.livingislam.org/maa/puct_e.html telah difahami bahawa uri bukanlah najis. Baca link untuk keterangan lanjut.
Jadi, sebenarnya, tidak ada dalil pun sama ada tali pusat disuruh potong dan tidak. Perkara itu ditinggalkan kepada kita untuk menilai tentangnya. Jika benar uri itu penting untuk dipotong atau tidak, maka pastilah ada hukum termaktub dalam ayat Allah atau pada hadis Nabi.
Perhatikan pada ayat alyauma akmaltu lakum..sehingga akhir ayat maka yakinlah bahawa Islam sudah sempurna. Tidak perlu fikir masalah kejadian makhluq dan hukum hakam dengan logik akal semata-mata. Jika mahu fikir logik, Allah lebih tahu perkara yg mudharat dan bahaya seperti kejadian babi, harimau ular, tapi mengapa Allah jadikn juga semua tu? Ia adalah untuk menguji manusia kerana Allah lebihkan kita dgn makhluk lain dgn akal. Jadikan ilmu sebagai sempadan tingkah laku kita.
Rasanya selagi tidak ada hitam putih baik buruk potong dan tidak potong, ambillah konsep alkhuruj minal khilaf iaitu keluar dr perselisihan supaya tidak timbul fitnah. Atau pilih jalan tengah sahaja, setelah kering tali pusat tu potong saja bila sudah kering yg sudah tiada fungsi. Islam ni mudah, jgn menyusah sampai timbul fitnah. Wallahu a'lam.
Usahlah kita mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi nas dan fikir logik semata-mata. Contoh bagaimana Sayyidatina hajar potong tali pusat, potong dgn apa, tidak boleh pikir mcm tu. Bimbang takut jd mcm Mahathir yg persenda nabi, nabi xde pisau gilete nk potong janggut sebab tu simpan janggut sedangkan kalau kita nak fikir, sembelihan disyariatkan sudah lama, bagaimana zaman firaun boleh bina piramid, berapa ramai musuh agama terbunuh dlm peperangan kerana mata pedang, bagaimana kerajaan rum boleh bina Collosium mahkamah yg hebat sehingga hari ni masih wujud, jd klu stakat nk potong tali pusat benda yg cukup simple takkan tak ada teknologi tu kan?
Jd pesan untuk diri saya juga, kita kena berhati2 dlm prcakapan, biarlah hujjah2 kita itu ilmu alyaqin, atau thabit hujjah dr sumber asal. Kerana Allah sebut ولا تقف ما ليس لك به علم ان السمع والبصر والفؤادك كل اولئك كان عنه مسؤولا..jgn kamu memberi pandangan atau pendirian yg bukan dlm pengetahuan kamu, kerana setiap mata yg melihat telinga yg mndengar, penilaian hati semua akan dipertanggungjwbkan di hari kebangkitan nanti.
Jadi, saya menyimpulkan, usahlah kita mempertikai antara satu sama lain. Jika ada yang memilih untuk potong tali pusat, hormatilah pilihan mereka itu. Begitu juga jika sebaliknya jika melihat mereka yang tidak memotong tali pusat, jangan pula kita menuduh mereka mengamalkan yoga sedangkan tiada pemujaan dilakukan oleh mereka itu. Kedua2 nya tiada fatwa sama ada memotong dan tidak potong maka buatlah informed decision masing-masing.
Berkenaan jangkitan tali pusat, tidak hanya pada mereka yang tidak potong tali pusat berlaku tetapi jangkitan juga akan terjadi kepada mereka yang memotong tali pusat. Ia bergantung kepada cara penjagaan masing-masing pada tali pusat itu.
Saya juga telah bertanya kepada sahabat yang doktor, sebenarnya mereka tiada masalah untuk buat delayed cord clamping, cuma jika kita memilih untuk beranak di hospital yang pesakitnya bertali arus maka hampir mustahil untuk menunggu lebih lama kerana jika hendak menghormati keputusan kita, maka ada pesakit lain pula yang akan terbersalin diatas lantai.
Oleh itu, sekiranya mahu membuat keputusan tidak memotong tali pusat, atau delayed cord clamping atau gentle birth, ia memerlukan plan jangka panjang iaitu sebelum kehamilan malah lebih logik jika ia difikirkan seawal memilih pasangan. Saya ingin memperincikan tentang persediaan awal ini tetapi insya Allah dimasa lain.
Kepada mereka yang memilih untuk tidak memotong tali pusat, jangan runsing lagi. Selagi tiada fatwa menghukumnya haram, maka apa yang anda lakukan adalah harus berdasarkan kepada apa yang Ustazah Siti Fatimah sebutkan tadi. Cuma tinggal untuk yakin sahaja. Satu lagi saran saya, elaklah dari mengguna nama Lotus birth. Berilah saja nama lain untuk rasa lebih tenang jika mahu memilihnya.
Wallahua'lam
#########################
Dibawah adalah diskusi balas hujah yang boleh dijadikan panduan untuk kalian berfikir:
Ulasan n pandangan ana berdasarkan artikel yg seorang ukhti kongsi psl lb ni
1. Pembinaan peribadi n coping skills ni adalah multifaktorial. Genetic, environment juga memainkan peranan penting. Sbb tu dlm islam menekankan bermula dgn pemilihan pasangan (genetic) dan mengadakan bi'ah islam dlm pembesaran anak2 ( environment). So, utk mengatakan lb ni boleh melahirkan ind yg bagus coping skill nya utk sepanjang hidup adalah kurang tepat. Mgkn boleh jadi salah satu faktor, tp lemah.
2. Artikel ni kata perlu lebih kajian dr pihak paedtrician utk mengkaji keberkesanan lb ni. So kena cari big, large sample studies yg follow baby yg lahir secara lb ni longitudinally - cohort dan tgk peribadi mereka slps 20-30 tahun. Itu nanti ana cuba cari. InsyaAllah
3. Artikel ni bgtahu praktis lb ni dah lama diamalkan. Therefore mesti o&g dah pernah buat study psl perkara ni. Dan if berkesan rasanya mesti diorg dah introducekan utk kite buat. * ini ukhti kita jer la yg boleh komen
4. Ana berminat dgn penerangan ilmu kinesiology dr puan has ni. Tp bila tanya dia psl pandangan lb dlm islam ni, dia pun tak sure, itu yg kurang best tu.
Alangkah indahnya kalau puan has ni dpt kaitkan atau ilmu2 yg dia tahu psl kinesiology dgn islam..
Wallahualam
Balas :
Ana nk ulas apa yg ukhti tulis. Ana setuju, kena ada kajian besar2an tp ana xtau kt mana tu nk mulakan sbb ana xde dlm bidang ni.
Ana bukan apa, bab potong tali pusat ni, bukan kita xtau uri dijadikan industri. Mmg kita kt Malaysia xde sbb industri kosmetik malaysia xganas mcm di luar negara. Ukhti kita cerita ritu kalau muslim mmg uri diberi pd parents. Tp kalau non Muslim? Ukhti kita kata diorg xndak pun huhu.
Jd kt situ ana mcm terfikir mungkin barat buat potong uri cpt2 sbb diorg nk pakai dlm industri kosmetik dan teknik tu berkembang dgn luasnya dan terus diterima pakai dlm bidang perubatan. Ana bimbang, bila diorg nk guna, maka sbb itu kajian kalau ptg tali pusat tu akan jd macam mana? Sbb tu evidenbes bhw tali pusat dipotong tu jd xde masalah adalah sgt byk berbanding yg xpotong tali pusat. Industri ni akan lingkup kalau ada kajian yg menyebelahi tak potong tali pusat jd sbb tu xada kajian yg spt ukhti kita sebut.
Ekceli, barat dah guna uri hewan tapi kesan alergik terjadi pd pemakai plak. Jd uri manusia la yg paling suit sekali utk manusia kan. Kalau nk tau kegunaan uri pd alat kosmetik adalah pd stem cells nya. Sbnrnya stem cell yg tumbuhan punya ade je kan tp mana nk dpt dlm jumlah banyak.
Kita ni pun dah dimomokkan dgn penggunaan alat kosmetik kan sdgkan air wudhu pun dah elok2 jd penyeri wajah. Ini tak, konsep tabarruj pun dah jd longgar sbb nk hambat diri memenuhi nafsu dunia aje.
Ana risau kita ni jd mangsa kpd sistem yg sbnrnya xberpaksikan kpd Islam. Kita terima sistem tanpa mengetahui sistem itu asalnya dr mana sdgkan cara hidup Islam berlonggokan ada. Maaf ek.. Cant stop myself ckp benda yg bergaung dlm kepala. Bg ana yg dok rumah ni, berfikir aje cukup tp ana faham korg yg deal with pt mesti bersandar pd evidenbes dll, so buatlah kajian ye sbb kuasa ada di tgn korg.
Satu lagi ana just nk buka minda saje, maaf juga awai bebeno nk buka diskusinya hehehe.. Tahukah ande semua bahawasanya 'berpantang 40 hari' juga adalah salah satu btk yoga? Sila rujuk kundalini yoga. Hat ni ana lama sudah mau bawak masuk tp asyik lupe je. Sementelah ukhti ckp, baru lah teringat. Tp org melayu boleh kata marah pulak kt anak2 yg xpantang. Pdhal itu adalah btk yoga juga. Then ana dok fikir, kalau tak dikaitkan dgn sebarang bentuk pemujaan, atau penyembahan selain Allah then apa plak masalah nk berpantang kan?
Gugel tau kundalini yoga
######
Bab lb, ana rasa baik buat carian semula. Apa saja yg kita buat, cth, pantang 40 hari ana rasa xde masalah kalau xguna nama kundalini, dia ok je dgn syarat mcm ukhti kita ckp xde i'tikad sape xpantang masuk neraka. Jd xpotong tali pusat, kalau dinamakan lotus birth haih, huduh beno bunyinye yep, nape xsebut kekdah biasa 'xpotong tali pusat'. Dan kalau kata budaya pantang ni budaya, once a while, hari2 mendatang mungkin akan jd budaya juga kalau ramai yg buat informed choice utk pilih begitu. Selagi xsandarkannya dgn ritual keagamaan selain Islam, then its ok lah.
Ana fikir bab pantang ni, org marah buat keje berat bagai, teringat kisah siti hajar dgn nabi ismail (ye ke?) siap lari sa'ie lagi. Kite nk nyapu rumah pun hadoiiiii pun kene marah tp syok je kalau kene marah xpayah buat keje sbnrnya. Pehtu bab pantang makan, ana mmg xbole pakai langsung sbb ana pantang je mmg xde susu wuwuuuuu so ana makan mcm biasa saje dan alert benda yg rasa bentan, itu ana elak mcm daging kambing. Itu satu je yg membuatkan ana rasa nyuuuutttttt kat bawah kalau makan lps bersalin. Yg lain alhamdulillah beyehhhh