Tuesday, October 08, 2013

Anakku : Hakikat Kejayaan Sebenar

'Āli `Imrān:185 - Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Bismillah,

Ayat itulah yang kami bincangkan semalam. Umi sekadar mahu anak-anak tahu apa itu kejayaan yang sebenarnya. Umi terjumpa ayat ini dari buku maksu yang umi tercilok ((alamak dah la xminta izin pinjam, pehtu terbawa balik Kelantan pulak)). Buku Hilal Asyraf bertajuk Sebelum Aku Bernikah.

Mula-mula Uwaiys baca. Lambat dan ntah dimana titik dan komanya (haha). Selepas itu giliran Usamah. Lancar sedikit tetapi slownya lahai suara. Tiba giliran Asmaa' baru puas hati. Hehe..

Selepas baca, seperti selalu umi minta mereka beritahu apa yang mereka faham.
1. Semua orang akan mati
2. Orang jahat masuk neraka, orang baik masuk syurga

Ok itu point yang anak umi faham. Kira OK la tu. Asmaa elaborate lebih sikit tapi umi dah tak ingat apa yang kakak cakap. Rasanya kalau kita ngumpat org, pahala kita akan sampai pada orang yang kita umpat dan bila dah habis pahala kita dia ambil, kita pulak yang akan ambil dosa dia. Tapi rasa macam xde dalam ayat tadi cuma good point jugaklah.

Umi sekadar nak terangkan bahawasanya kejayaan sebenar adalah apabila kita masuk ke dalam syurga. Bermaksudnya di dunia ini kita tidak layak mendabik dada kononnya berjaya.

Sebagai contoh, sudah mandi pun nak kecoh mendahului adik beradik yang lain. Lagi, kepoh bagitahu umi rumah kemas ni sebab saya yang kemas. Baca Quran, siapa yang paling kehadapan sekali. Macam-macam bentuk perlumbaan dunia yang sebenarnya nilainya hampir tiada jika pandangan manusia yang kita mahu.

Umi menyeru anak-anak, biarlah kita selalu ikhlas. Bila berbuat kebaikan tidak perlulah dicanang. Bila kita berjaya melakukan sesuatu tidak perlulah disebut kerana nilainya di sisi Allah belum tentu baik juga. Begitulah sepatutnya anakku, supaya Allah redha. Pandangan manusia tiada apa-apa dan bukan matlamat kita. Pun begitu janganlah sampai menidakkan ketidakselesaan orang lain.

Seterusnya kami berbincang tentang anak-anak yang suka berebut. Tiada sifat beralah sangatlah tidak baik. Jadi peringatan berterusan haruslah umi berikan. Umi yakin anak umi segera akan berubah kerana redha Allah dan syurga Allah adalah matlamat kita.

Semoga saja kita tidak lalai dalam kesenangan dunia yang menipu ye anak-anakku. Selesai berdiskusi, Asmaa mengambil buku itu dan menyalin ayat Quran tadi di dalam diarinya. Terkenang di masa lalu, umi mu, sekiranya mahu menyalin, maka ia hanyalah mutiara kata yang umi kumpul dari majalah Wanita opah. Tapi sucinya anak umi, umur semuda kalian sudah meminati ayat dari Allah melalui Rasulullah SAW. Semoga alQuran terus menjadi sahabat kita semua :)

Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!