Bismillah,
Saya adalah seorang ibu yang kurus 'kekek' dan gagal menyusukan 3 anak saya sepenuhnya. Tapi selepas lahirnya Arwa dengan perniagaan sendiri yang kami mulakan, saya akhirnya berhasil menyusukan Arwa secara eksklusif (xde perah2 susu...memang direct betul2) selama 8 bulan sebelum berhenti menyusukan dia selepas kandungan baru bercambah dalam rahim ini.
8 bulan adalah satu pencapaian yang sangat pelik bg diri saya. Sepanjang itu, tidak pernah saya rasa bengkak susu (menandakan susu sy sll cukup2 utk Arwa). Hasilnya, ikatan saya dengan Arwa itu sangat mm...susah saya nak elaborate. Walaupun selepas kelahiran Ahmadi, dia lebih rapat dengan abahnya tapi untuk jauh dengan dia saya rasa tak mungkin.
Sekarang, pada masa saya menaip ini, saya seorang jaga anak2. Suami saya ada urusan di Jerteh - P.Putih lagi. Suami saya ada tawarkan tinggal Usamah di sana dan mertua saya juga ada minta Uwaiys tapi saya sayang nak lepaskan kerana mereka bertiga tu sekolah. Walaupun Uwaiys masih 3 tahun tapi saya tengok dia juga adalah seorang yang fast learner dan nak juga kelek buku Iqra'.
Kalau ikutkan, boleh saja suami saya membawa Arwa bersama tapi saya tak rela. Biarlah susah mengangkut Arwa dan Ahmadi kemana saja saya ada urusan, tapi saya gagahkan jua. Malah untuk menghantar mereka ke sekolah, saya bawa Ahmadi bersama dan dia disusukan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kete tu kete auto.
Tak dinafikan, semua ini perlukan persiapan mental. Semasa menunggu kelahiran Ahmadi, selepas je ada orang yang beranak saya akan pergi ke katil diorang dan kalau diorang tak menyusu, saya akan tanya sama ada dalam sejam tu baby sudah menyusukah atau tidak. Huhu...memang mcm mami jarumlah saya di situ.
Sayangnya, ada yang tak kisah dengan 1st hour tu. Ada seorang ibu muda tu, tersangatlah letihnya katanya sehingga dia biarkan anaknya terlena mcm tu aja. Bila nurse datang, saya tumpang bingit telinga sebab dia kene leter. Sebenarnya, menyusu anak di hospital ni bukan nak mematuhi undang2 misi tu tapi ia adalah antara kita dan anak.
Selepas saya melahirkan Ahmadi pun, saya beria2 memanfaatkan sejam pertama. Suami saya pun ingatkan saya menyusu sejam pertama itu. Beberapa malam sebelum melahirkan juga Farah Sarakids pesan benda yang sama. Saya juga masih ingat pesan k.Nieza Mom's Choice supaya cukupkan menyusu 2 tahun. Mak saya pun bg galakkan yang sama.
Barulah saya teringat, sokongan seperti ini tidak saya dapati dulu sehinggakan saya takut2 nak menyusu. Sudahlah takut2, mental asyik dok fikir susu sikit. Tapi sekarang, datanglah sape2 pun yang kata, susu saya tak banyak, saya akan kata.."Ada ni rezeki Ahmadi." Diorang bukan ape dok kata Ahmadi tak cukup susu padahal dia melekap sepanjang masa dengan saya.
Apa yang saya tahu, baby mahu kita memeluk dia supaya dia selesa. Dia bukanlah lapar tak cukup susu semata-mata. Mungkin dia mahu menyesuaikan diri. Tambah plak saya tidak barut / bedung Ahmadi. Jadi ada kemungkinan di situ Ahmadi masih gayat lagi. Mertua saya pun berkali2 suruh saya bg minum air masak. Saya memang cuba ikut ilmu tak campur apa2 pun termasuk air masak.
Kadang2 kesibukan handle anak2 ni, membuatkan ada satu hasutan yang datang dalam kepala saya, 'kalau aku bg susu botol kan senang, takdela kene menepek sblh Ahmadi' tapi saya gagahkan jugak sebab kali ni saya mahu perjalanan menyusu ni sampai ke umur dia 2 tahun. Tidak kisahlah saya akan lenguh bahu kah, atau struktur PD berubah kah...janjinya, saya akan cuba menyusu.
Jadi, sokongan orang di sekeliling adalah sangat penting dan sangat diharapkan. Kerana tanpa sokongan ini, mungkin orang seperti saya akan berhenti separuh jalan. Untuk memudahkan orang disekeliling saya pegang Ahmadi ketika saya ada kerja (cek mata atau potong spek) maka saya perlu perah susu.
Saya baru saja beli botol susu BPAfree dan tak saya sangka di Billion P.Buntar ni hampir setiap jenama ada botol jenis ini. Cuma harganya, utk org kedekut mcm saya ni memang rasa nak tertelan jugak lah lidah sendiri :P. Takpe, saya beli 3 botol dulu, sbb plannya nak ada 5 botol aja. Dengan Arwa pun saya tidak pernah berpisah dulu jadi saya bajet dengan Ahmadi mungkin lebih kurang begini juga.
Perah susu pun guna tangan. Asalnya saya nak beli Spectra3 juga tapi saya target nak direct lebih dari guna botol, maka saya rasa perah dengan tangan lebih sesuai untuk saya. Arwa dulu, selepas 8 bulan baru dia mula minum dengan botol. Saya sangat excited dengan penyusuan susu badan pada Ahmadi sekali ni. Harapnya kalian boleh doakan saya semoga dikuatkan semangat ya dan semoga sampai ke umur Ahmadi 2 tahun kali ni...amin
Kami sayang kamu, Ya Ahmadi!!