Monday, May 26, 2008

Kedai Baru Vs Anak-Anak

Bismillah,

Sukar untuk membuat pilihan antara dua. Bagi saya anak-anak sentiasa yang utama namun kedai pulak bukan di tempat yang kedua. Maklum sahaja, macam anak ikan baru nak belajar bernafas. Komitmen kami terpaksa di letakkan di level yang tinggi. Semenjak kedai ni ada, makan lewat sudah menjadi kebiasaan.

Time solat saya kebetulan ada software yang bgtau dalam komputer ni, so, kalau dah tiba masanya saya akan kerah sape2 yang nak solat pegilah solat cepat sbb kita tak tau bila customer nak datang. Namun kadang2 terkehel jugak. Dalam hal ni, sepatutnya dalam perkara wajib kita dulukan diri sendiri. Barulah orang lain. Insya ALLAH hal ini akan kami perbaiki memandangkan rezeki ALLAH yang bagi.

Rezeki ALLAH yang bagi..
Alkisah, kami menyertai satu karnival colek-colek di Parit Buntar dan setiap hari seorang dari staff saya yang akan jaga di situ bersama dengan seorang part timer. Semalam ketika bertanya khabar, staff saya bagitau dia tak solat Asar lagi. Time tu ntah berapa minit je lagi nak Maghrib. Dia kata nak solat sekali senang katanya.

Berdesup jugak dada saya sebab saya tak mau lah keadaannya begini. Saya mesejkan bagitau lenkali jangan macam tu. Dulukan yang dulu. Lewat dan terlampau lewat adalah dua benda yang berbeza. Juga saya kata memang k.Fizah yang bayar gaji tapi rezeki tetap ALLAH yang bagi.

Arwa yang memahami..
Arwa baby yang umurnya nak masuk 4 bulan. Kadang2 customer yang jagakan. Ha ha...Kurang sopan betul. Tapi utk sehari dua ni, once saya letak, dia terlena sendiri time saya ada customer. Kebetulan saya demam pulak, dia tak banyak fe'el lah sebab dia tau kot umi dia nak cari rezeki.

Jaga Arwa dalam kedai yang ada model 'klinik' macam kami memang satu cabaran yang bukan sedikit. Ada masa Arwa nak juga2 susu time customer ada tapi Alhamdulillah MakSu Dilah ada membantu. Later nanti kita fikir. Even abah saya pun sound sbb mcm kurang sopan. Ya betul kurang sopan tapi saya tetap dengan tujuan saya buka kedai, demi untuk menjaga anak dengan tangan sendiri. Arwa adalah anak saya yang pertama yang saya susukan susu badan sepenuhnya.

Terbalik sikit sori tak dan nak edit. Sian maksu terlena sampai temankan Arwa.

Asmaa' dan Usamah kene campak...
Kesian habis naik kudis atas badan penuh sangat. Saya sedang memikirkan adekah wajar rambut Asmaa' saya potong pendek sbb atas kepala dia penuh amat. Compare to Usamah, tak la banyak sangat. Ada masa dia menangis, "Tolong Umi, kakak tak mau kudis2 ni." Nyata sekali dia kerimasan.

Sebelum pergi kerja tadi, saya ajarkan Usamah untuk berdoa, "Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kurangkanlah penderitaan kami, kasihanilah kami Ya ALLAH," Asmaa pun macam tu. Asmaa' juga dah pandai dan faham apa itu dosa dan pahala. Time Usamah terlanggar dia, dia pun menangis, "Kalau Umi langgar kakak, Umi mintak maap. Bakpo Usamah tak mintak maaf ke kakak?"

Time dia terasa nak buat nakal, dia terus ingatkan diri dia, "Umi kakak baik, kae?". Mustilah baik yang, kan anak umi.... Memang saya rasa lega dengan peribadi dia. Skang Usamah punya turn pulak. Tapi actually Usamah pun tau benda apa yang kitorang marah dengan tak.

Dia pernah nak ikut gi kedai, "Abah, abe nak ikut abah gi kedai. Camah takmo tarik kerusi dah." Sebelum ni dia gi kedai je, suka heret kerusi sana sini. Takut time customer adalah kot tak selesa. Means kat sini dia tau kita marah, tapi diorg need our attention. Skang Usamah dah boleh baca Fatihah, mndahului kakak nampaknya..tapi kakak pun dah pandai baca surah An-nas.

Uwaiys d'tokeh...
Pernah singgah di rumah saudara suami saya, dia kata budak ni 'anak butir' ni. Maksudnya besar nanti Uwaiys will be somebody. Yeah...hopefully. Tapi suami saya membalas, "Hok mana pulak bukan 'anak butir'?" Ha ha, kami selalu mendoakan mereka menjadi somebody.

Uwaiys skang ni takde brek. Kalau dia lari tu, tempat dia berenti tu dinding lah. Lucu sangat tapi dah macam mangsa dera la pulak. Lebam penuh atas kepala. Dia alhamdulillah tak nampak la pulak macam nak campak dan hopefully bukan sekarang masanya. Amin...

Kalau 'tokki' dia suruh tidur, dia pun akan kelip mata sampai terlena. Kesian sangat my cute lil' boy. Dan dia juga takutkan hon kereta kuda kalau ada orang yang tiup. Dia dah try follow kitorg bercakap dan insya ALLAH tak lama lah tu dia akan bercakap.

Yang paling cute bila dia suka nyakat orang dengan pakai tudung dan sengih tayang 'all the cute gigi'. Bebaru ni dia demam sebab gergasi kecik tumbuh atas gusi dia. Gigi geraham, musti sakit kan.

Percaya tak ini Uwaiys?? Cute kan....?
Ni dia tokeh Uwaiys Optometrist. Hensem to be....ha ha

Ok lo..akan datang akan saya update gambar kedai. Sori memang tak sempat tangan. Kepada yang rajin tanya 'sale' kitorang, jawapannya 'alhamdulillah, kenyang jugak la makan.'OK ek...Arwa dah sound tu...bubbye..Ops satu lagi ampun sangat pada mereka yang saya tak jawab YM tu. Kalau sempat insya ALLAH akan diusahakan. Doakan kami.....

Friday, May 09, 2008

Penghargaan Buat Semua


Bismillah,

Sebenarnya, dah agak lama saya tak menulis tentang sesuatu yang berfaedah dalam blog ni utk dihadiahkan kepada pengunjung. Masa saya banyak ditumpukan kepada kerja2 awal operasi kedai spek mata saya di Parit Buntar. Kepada mereka yang berada di Parit Buntar atau kawasan yang berhampiran, silalah berkunjung ke Uwaiys Optometrist (Rozaimi Optometrist) sekurang-kurangnya untuk berkenalan.

Bekerja sendiri ternyata punya dugaan yang tidak kurang hebat. Saya terpaksa memberi lebih masa untuk memastikan kedai ini beroperasi dengan baik. Dengan staff yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan hampir zero diperingkat awal, saya terpaksa membangunkan serba-serbi satu persatu. Namun, kesediaan mereka membuatkan saya berasa beban saya menjadi kurang.

Janji saya untuk menjaga anak sendiri hanya 25% tercapai setakat ini. Saya membawa Arwa dalam kedai dan adakala Arwa kurang sabar bila umi lambat angkat dia. Jadi saya bawa sepupu saya bersama untuk menemani. Anyway, thanx Dilah d'Char Kuey Tiow sbb tolong Ayong build up satu persatu kerja.

Sasaran saya, dalam hujung minggu ini, kami benar2 dapat menginap di rumah di atas kedai dan anak-anak senang nak minta apa-apa dari saya. Setelah difikir-fikir, nampak gayanya saya perlukan juga pembantu. Sekadar untuk menemani anak semasa saya di dalam kedai.

Agak mencabar juga untuk permulaan memandangkan anak-anak saya dipegang oleh opah mereka. Alhamdulillah mak dengan abah saya sangat memahami. Tima kasih MAK & ABAH. N part yg paling terharu ialah bila abah tolong buat promosi. Abah siap bagi nama-nama sekolah area tempat dia hantar surat dulu untuk saya buat promosi dalam sekolah.

Paling hero sekali dalam membantu saya adalah my husband lorr....Bersengkang mata menggantung banner, bunting dan mengedar flyers. Ke hulu ke hilir untuk memberitahu umum kewujudan kedai baru kami. Juga terima kasih sayang, kerana membantu sehingga saya tidak terasa lelahnya.

Juga keluarga-keluarga dan sahabat-sahabat yang tersayang, semoga semua yang membantu dan yang mendoakan akan mendapat keberkatan hidup dan mendapat balasan yang lebih baik.

Mmm....saya juga memohon kemaafan yang teramat kepada mereka yang menghantar emel, menegur saya di YM, menghantar SMS...Saya betul2 tak dapat melayani dengan saksama buat masa ni. Namun, insya ALLAH bila keadaannya sesuai, akan saya usahakan untuk membalas OK...

Setakat ini, doakan saya ...