Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa : Pemakanan Ideal Di Bulan Ramadhan

Bismillah,


Seperti selalu, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan semua pengunjung di blog ini. Semoga Ramadhan kali ini, kita dapat memperbaiki iman kita insya ALLAH. 

Buat yang dah lupa, ini niatnya :)

Ini pula doa berbuka puasa :))


Amalkan pemakanan ideal di bulan puasa ni ye :

  • Makan makanan yang seimbang, dalam makanan kita pastikan lengkap dengan buah, sayur dll semasa berbuka dan sahur. Selalunya orang lupa nak makan buah untuk sahur.
  • Jangan makan terlalu banyak semata2 nak mengharapkan sehari kekenyangan. Itu silap besar tu.
  • Dah ada stok kurma? Kalau takde sempat lagi ni beli - kurma ada gula yang tinggi dan mudah hadam sehingga ia bertukar menjadi tenaga. Semoga ia menjadi booster terbaik untuk bertarawih.
  • Semasa sahur, cuba ambil makanan yang lambat hadam seperti oat, gandum dll supaya lambat juga laparnya. Saya cadangkan Minuman Bijirin RADIX
Sila dapatkan dari cawangan HPA berdekatan.
Kalau tak ada no ahli, boleh gunakan no saya 463126 Norhafizah Madzlan :))


Saturday, July 30, 2011

Bilik Tertinggi Di Dalam Syurga

Bismillah,


Penceramah : Nawaf Salim

Menceritakan tentang bilik tertinggi di Syurga...
  • bilik itu sangat indah sekali, sehingga yg dr luar dapat melihat ke dalam dan yang di dalam dapat melihat keluar.
  • ia tidak sama dengan apapun istana di dunia ini melainkan satu tempat yang tidak terkata indahnya di syurga
  • menurut hadis yang dibacakan beliau, semua ahli syurga (sahaja) akan dapat melihat bilik ini seperti mana kita dapat melihat planet di horizon (ufuk) laksana kita melihat bintang, ia jauh tapi masih dapat dilihat
  • lalu sahabat Rasulullah bertanya siapakah yang bakal duduk di dalam bilik itu? Dan baginda menjawab : 
    • Kepada mereka yang baik tutur katanya :
      • Senyum kepada orang
      • Membalas kejahatan dengan kebaikan
      • pardons who was unjust to him
      • Memaafkan kesalahan orang
    • Memberi makan kepada yang memerlukan :
    • Berpuasa di siang hari
      • Puasa mudah sebenarnya, ia mudah kepada siapa yang biasa mengamalkannya.
      • ALLAH menjadikannya mudah kepada orang yang biasa mengamalkannya
      • Puasa Isnin Khamis, 3 kali seminggu, 6 Syawal, Ashurah, Arrafah, 
    • Solat malam :
      • Di ketika orang tidur
  • Satu kebaikan yang dilakukan secara tetap adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi tersekat2
Semoga kita menjadi salah seorang yang dimudahkan ALLAH untuk melakukannya

Friday, July 29, 2011

Bas Dengan Pintu Belakang

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Usaha saya keluarkan Henpon Tak Canggih suami saya... bukan senang tepon slide slod ni tgh drive. Thats why I miss my Blackberry as well. Oh ye... Saya tak pernah cerita kan kemana menghilang my seken Blackberry??

Ahmadi dia buat lontar peluru dengan telepon itu! So abah kasik umi guna HTC dia (sekenhen juga) dan dia guna telefon lama yang tak sudah2 keluar "Insert SIM Card" :P Patutnya abah guna HTC tapi sbb dia tak langgan line yang ada internet maka aritu bil dia mencanak naik sampai RM 200-300. Akibatnya kitorang tak bayar bil sampailah ke saat entry ini ditulis.

Selalunya, bil abah hanya RM 50 dan umi pun lebih kurang dalam RM 100 lebih sikit sbb umi ada plan internet hape ntah. Tapi skang dah tak berapa syok nak bertenet dari HTC sbb yg bestnya adalah dengan Blackberry jugak. Dan sbb umi guna HTC ni lah, menjadi punca umi tak balas kebanyakan mesej orang... tak suka ah touch screen ni...

Ni ha gambo bas ada pintu belakang....kuikui....itu pun nak kepoh... tapi memang jarang jumpa kan?? Bas skang semua ada satu pintu saja. Zaman kecik dulu pernahlah naik bas ni tapi kejap je... sbb lepas tu dah pandai naik basikal sendiri. Tak berapa ingat memori naik bas tapi memori naik basikal adalah ingat sikit2 tapi tanak cerita harini :P

Dont tangkap gambau and drive! 

Thursday, July 28, 2011

Winner For Unique Entry : SIDRATUL MUNTAHA BESDAY GA 2011

Bismillah,
Ehehehe....tersengih2 lah tengok nama kite up dalam entry pengumuman ni :P



1.Kak Pijah Siti Sipir...*entry panjang menusuk - nusuk kelebu yer..bukan kalbu..
2. TheBanjarScotland*poetic entry.I like!!
so..ape hadiah yg diaorg menang?!1st peson dpt fm...second dpt shawl tu...korang nak tengok hadiahnya?!tengok kat sini lorr: Iceboxrivet


Mujur jugak dia kasi fm..kalau kasi shawl, terpaksalah saya buat GA pulak nak pas shawl dia tu...keh keh keh... dan nak habaq ini akan menjadi my 1st ever fm :))

Di bawah adalah entry penyertaan saya :

*********************************************************
Hari ni gatallah tangan hamba masuk satu GA ni sebabnya tuannya dah ngajak. Gamaknya dia nak kasi menang lah kot tu sebab dia suruh masuk...kuikuikui....

Actually sebelum hamba nak cerita pasal contest, sukalah hamba nak bercerita tentang perjumpaan hamba dengan Dak Ayu ni. Kami berjumpa di area Gombak, opkos lah Greenwood sebab di situ ada gerai febret saya. Saya ajak Ayu makan di situ. Yang saya hairannya dia snap makanan dia aje...tak snap makanan saya. Tapi pagi tu saya makan roti canai sardin dan Ayu makan roti tampal dengan air teh limau.


Ni makanan Ayu

Masa tak panjang pun tapi jadilah untuk kami bertemu kenal lebih lagi sebab selama ni bukan main lama lagi kenal tapi takat online je la tak sampai tahap berjumpa. Macam semasa online, kami sembang macam dah pernah jumpa je...konon2 dia junior sekolah saye plak. Kejap saya, kejap aku, kejap akak...secukup rasa mulut kitorang lah nak guna kata panggilan ape.


Di pertemuan itu, sempat le kami tangkap gambo syok sendiri barang sekeping dua. Mana boleh sekeping, sekali tangkap senget, dua kali tangkap dah vibrate plak. Tapi Ayu, kulit kita sama putih kan?? Keh keh.... tapi rasa sedih plak masa nak turunkan Ayu tu sbb tatau la lepas ni bila lagi nak boleh jumpa kan?? Ayu ni walaupun ada imej 'bonzer' tapi hati dia manyak baik ooo...

Ada sekali tu, dia kasi saya beg tu pada Julai 2009 dan beg tu saya guna sampai arini especially kalau nak gi tempat dekat2 untuk isi baju anak2. Saya tulis tentang beg tu di sini. Kali kedua dia kasi 2 helai baju untuk Arwa dan satu darinya saya tangkap gambar dan letak di sini. Yang dalam gambar di situ adalah kaler pink, yang satu lagi adalah kaler pepel. Alhamdulillah dari Mac 2010 sampai skang Arwa masih pakai baju tu cuma salah satu baju tu dia dah tambah corak sendiri dengan pen.

Ini adalah entry Ayu tentang perjumpaan kami : http://iceboxrivet.blogspot.com/2011/06/siti-sifir-versus-sidratul-muntaha.html



Kali ni dia bagi saya muffin blueberry plak. Saya mula2 bercadang nak makan atas kereta semasa on the way nak balik tapi saya rasa ada baiknya kalau saya buka bagi makcik saya dengan sepupu saya rasa sama dan makcik saya kata sedapppppppp sangat sbb dia macam basah2 tapi tak muak. Oleh sebab itu, kalau anda nak order sila ke di bawah ini.

ads

Okes, berbalik pada GA tadi semula :P (Sila maklum, bahawasanya tidak ada unsur bodek dalam entry ini memandangkan ia adalah satu cabutan bertuah)

Ayu lahir tahun Anjing (tapi apsal ko letak gambar lumbu??)

Kenapakah saya suka baca blog Ayu?

  • Dulu pernah lah follow kisah2 lama dia...macam tengok drama lah mesti nak tau apa endingnya kan??
  • Suka baca dia cerita pasal budak Setot yang seberat tong gas dan Ara si sesumpah kecil itu. Nampak bebenolah keibuan dia di situ. Kalau baca tu rasa macam,"Eh...anak dia ni kejenya buat lawak aje ek??" macam dalam http://iceboxrivet.blogspot.com/2011/06/video-setot-tertonggengkorang-pun-jgn.html 
  • Dia agak aktif dalam gathering dengan blogger2, so saya sll follow cerita berkenaan itu di blog Ayu
  • Kang cerita banyak2 kang korang tak kenal tuannya, baik pergi sendiri ke blog dia, sambil2 tu boleh masuk GA ni... kan???

Alhamdulillah Ada Rezeki : Ziesalikan!! Saya nak CANTIK!!!

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Terima khabar gembira tadi :
Menjadi seorang antara 3 yang terpilih ada rezeki

Pengumumannya di sini :
http://ziesalikan.blogspot.com/2011/07/pemenang-jom-join-giveaway-ziesalikan.html

Peserta lain yang menang adalah :


norzarinakakyongsitisifir

Tahniah!!

Di bawah adalah entry penyertaan saya :
****************************************************************************



Saya dah pernah buat entry berkenaan kebaikan susu ibu dan saya copypaste yepp :

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ia mengandungi nisbah dan jenis kandungan protein, karbohidrat, lemak serta vitamin dan mineral yang betul yang diperlukan oleh bayi di bawah 6 bulan. Bukan sikit kajian yang dilakukan telah menunjukkan kebaikan menyusu dengan susu badan. Walaupun barangkali kalian dah tahu kelebihannya, saya ingin highlight juga apa yang boleh susu badan beri kepada keluarga kita :

  • Ia membantu memelihara bayi dari cirit-birit, masalah pernafasan dan jangkitan telinga - Ini saya akui, memang kadangkala bayi yang menyusu susu badan akan cirit juga tambah pulak ibunya jenis aci redah semua nak makan. Tapi kalau saya bandingkan 3 anak pertama saya dan 2 anak yang kemudiannya, saya memang tidak akan menolak untuk menyusu badan lagi sekalipun ia menjadikan saya seorang yang kurus melengking tak ada isi. Saya rasa sihat, jadi biarlah saya kurus di mata orang asal saya rasa saya sihat. Kalau dok peduli dengan orang yang asyik kira jumlah tulang saya, memang alamatnya tak hiduplah saya...ehehehe... Erk, ada cara tak nak kasi besar sikit ek?? Berkenaan masalah pernafasan itu, kerana melihat Uwaiys yang berulang alik kena nebulizerlah, saya bertekad untuk menyusu susu badan sebelum kelahiran Arwa.
  • Ia mengurangkan risiko bayi alergi, leukemia dan kemungkinan menjadi obesity - Alhamdulillah, walaupun ada yang tersasar tidak diberi susu badan tapi saya cukup lega kerana kulit anak2 saya tidaklah bermasalah. Cuma kadang2 ada sedikit ruam dan gatal-gatal. Baru2 ni Arwa dengan Uwaiys macam pecah alur bibir tapi saya cepat2 beli Vitamin C dan beri mereka makan dan alhamdulillah semuanya kembali OK. Arwa pun ada sedikit masalah di belakang telinga -ntah2 sbb leher baju dia ketat sangat sampai terkoyak belakang telinga dia...huhu tapi saya guna Gel Gamat ntah jenama apa sehingga lukanya kering sikit, saya sapu Bio Oil pulak. Kuku Arwa pun ada 2 jari yang bermasalah, tapi selepas guna Bio Oil dengan izin ALLAH semua kembali OK. 
  • Ia membantu mengurangkan tekanan dan mengurangkan risiko kanser payudara - Saya ada seorang kawan, yang saya juga nantikan dia cerita tentang sel kanser yang kian mengecut dalam blognya. Sama ada dia dah cerita dan saya dah terlepas kisahnya atau barangkali dia memang tanak cerita pada orang untuk elak orang kesian saya tak tau. Tapi saya sangat gembira dengan perkhabaran itu dan ini menambah lagi alasan saya untuk menyusu dengan susu badan. Berkenaan mengurangkan tekanan, kalau dah kos nak beli susu formula pun kurang kemudian sentiasa bersama dengan anak maka memang akan hilanglah tekanan tu. Betulkan??

Jadi, sebelum kata TIDAK untuk menyusu dengan susu badan, fikir dulu dengan baik... Insya ALLAH segalanya akan berjalan dengan baik juga :)


Iklan untuk tuan rumah sikitttt......



  1. BOOKS
  2. BRA NURSING
  3. BREASTFEEDING ACCESSORIES
  4. BREASTMILK STORAGE
  5. BREASTPUMP
  6. COOLER BAGS
  7. INFANT FEEDING RANGE
  8. PACKAGE DEAL (VALUE BUY )
  9. SABUN PENGANTIN SRI NOORA'S
  10. CARA PEMBELIAN
  11. CARA PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN
  12. INFO

    CAJ PENGHANTARAN
    • RM10.00 untuk barangan lain selain set pump di semenanjung Malaysia
    • RM15.00 untuk barangan lain selain set pump di sabah dan serawak
    • RM15.00 untuk set pump di semenanjung Malaysia
    • RM20.00 untuk set pump di sabah dan serawak
    UNTUK TEMPAHAN SILA ISI BORONG ORDER 
    @
    HUBUNGI SAYA DI
    h/p : 017-7401219
    email: ziesalikan@gmail.com
    fb: zie salikan 

    Saya tag Hanie & Sumi yang bakal meletup :P


    Body Builder

    Bismillah,
    * Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

    Kami ni walaupun ada kedai spek, tapi buat masa ni memilih untuk hidup cukup makan saja. Andai kata nak beli mainan tu, kalau tak murah, carik yang sekenhen aje. Tak selesa rasanya kalau beli barang gitu gini tapi hutang masih bertepek2.

    Jadi, apa saja yang ada kita manfaatkan sebagai contoh kotak ala2 polisterin ni. Tempohari ada saudara mara saya yang buka kedai dan kami tolong diorang buka segala kotak yang ada. Dari terbuang begitu saja, kami bawak balik sikit polisterin putih ni dan sampai rumah suami saya potong jadi bentuk bola untuk Ahmadi tendang sana sini.

    Itu kreativiti abahnya. Datang pula si Asmaa' dia gi kalerkan bola tu dari putih suci murni jadi coloufull polkadot...

    Mai yang lain pi belah bola tu kemudian buat macam ni plak... sabo je la...






    Yang kat bawah ni adelah budak yang merajuk sbb mula2 umi tanak tangkap gambo dia....kehkehkeh...

    Wednesday, July 27, 2011

    Bahagianya Mereka, Kenapa Tidak Aku??

    Bismillah,


    Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

    KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

    Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

    Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

    Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

    Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

    Firman Allah SWT yang bermaksud:
    “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

    Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

    Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

    Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.

    Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

    Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud:
    “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

    Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

    Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud:
    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

    Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

    Firman Allah yang bermaksud:
    “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
    Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

    Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

    Jom BERSIH Hati : Bagaimana Membersihkan Hati

    Bismillah,




    Saya telah google dan ini sedikit sebanyak yang dapat saya ambil bagaimana untuk membersihkan hati


    • Mengingati ALLAH - 
    "Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang"(Surah Ar Raad: 28)
    • Jauhkan dengki 
    • Baca Al-quran berserta dengan maknanya sekali
    • Dirikan solat malam seperti solat tahajjud, taubat, hajat dan sebagainya
    • Berbanyaklah berpuasa
    • Berkumpullah dengan orang soleh
    • Bersegera membuat kebaikan - 

    Surah Al-Imran;ayat;133ْوَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.
    • Banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
    • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur
    • Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari
    • Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
    • Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
    • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
    • Kekalkan wuduk.
    • Bersedekah.
    • Belanja orang makan.
    • Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
    • Berkawan dengan ulama.
    • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
    • Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
    • Pesan pada orang, jadi baik.
    • Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

    Ramadhan kian menjelang... saya ingin mengajak diri sendiri untuk membersihkan hati sebelum menjejak ke madrasah Ramadhan. Apa persediaan kalian?? Kongsilah dengan saya supaya saya menyediakan diri saya juga :)


    Tuesday, July 26, 2011

    Hati-Hati Lopak Di Jalan

    Bismillah,

    Ini peringatan terutamanya kepada penunggang motosikal. Saya dulu pernah merempit juga dan sejauh2 saya bawak motor dulu adalah dari Selayang ke Kajang & Bangi. Tapi syukurlah jalan yang saya lalui dulu bukan jalan kampung. Selalunya jalan di bandar besar begitu elok dan kalau ada lopak tak begini keadaannya.

    Bila saya buka Wiki untuk mencari maklumat berkenaan Lebuhraya Timur-Barat ni, barulah dapat tahu bahawasanya jalan itu dibina di sekitar tahun 1967 lagi. Tapi kalau tengok sejarah memang agak susah nak buat lebuhraya tu.

    Ada seorang customer saya yang pernah kerja di Kelantan dahulu cerita zaman dulu komunis ramai di jalan ini. Jadi, memang ramailah yang terbunuh dalam proses nak siapkan jalan ni. Tapi zaman sekarang mana dah ada komunis (komunis menyerah sepenuhnya semasa tahun 1989 - saya 9 tahun dah masa tu), sepatutnya jalan ini boleh dibaiki dengan aman.

    Ini adalah gambar semasa di puncak Titiwangsa :)
    Utk baca lebih sila klik sini 

    Uik... itu gambar suami saya....bukan gambar komunis :P

    Saya mencadangkan supaya jalan ini dibaiki bukan apa. Cuba lihat dulu gambar2 di bawah ini :


    Di tengah jalan...bukan di tepi






    Masa kejadian tu, kami terlihat ada dua budak muda dengan dua motor dengan seorang terbaring di tepi jalan dan seorang lagi sedang kegelisahan. Waktu tu baru saja Subuh dan saya yakin, barangkali orang lain pun tak berani nak berhenti apatah pula masih gelap. Boleh jadi saja dua budak tu hanya berlakon.

    Tapi mujur juga suami saya terlihat lopak dalam gambar di atas dan dia rasa budak2 itu memang betul2 kemalangan. Kami mempunyai pengalaman bila mana kereta kami terpusing lalu masuk ke dalam longkang dan andai saja tak ada orang berhenti dan tolong, pasti kami duduk dalam longkang tu je lah jawabnya. Jadi kami tahu bagaimana rasanya being neglected dek orang lalu lalang di situ.

    Tak banyak yang dapat kami tolong, kata suami dia tak ada patah riuk tapi luka di merata2. Suami saya cuba kosongkan bahagian blkg AD Resort kami in case abang budak tu sampai terlampau lambat. Rupanya mereka dah contact abang mereka yang kerja di Pulau Banding untuk datang tapi agaknya abang dia solat dulu kot baru datang ambil adiknya maka lewatlah sikit tiba.

    Mujurlah ia tidak melibatkan nyawa. Jalan sebegitu, sudahlah berlopak, tiada pula lampu jalan memang akan mengundang kejadian seumpama ini. Jadi, kepada mereka yang memandu tak kira apa jenis kenderaan sekalipun berhati2lah dan kepada pihak JKR, silalah beri tumpuan kepada jalan ini memandangkan ia adalah laluan utama untuk orang dari Utara ke kawasan Pantai Timur.

    *Ape lah ayat aku ni mcm la JKR nak baca entry ni :(

     

    Kenduri Aida Adilah @ Taman Setia Jaya

    Bismillah,
    * Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

    Ini adalah aktiviti saya masa cuti sekolah pertengahan tahu aritu. Dah lama kan lepas?? Hehe..

    Skang ni macam dah jadik style plak di Pt Buntar, lauk kenduri bukan lauk dan nasi semata2. Siap ada laksa dan pemanis bubur macam bubur yang pelbagai jenis. Part yang paling best adelah ada teh tarik. Bukan teh panas ye, tapi teh tarik.....lain beno bezanya.

    Saya tanak melepaskan peluang pergi kenduri Aida ni sebab saya harap dapat jumpa ramailah kawan2 sekolah rendah saya. Aida ni adalah kawan saya masa di sekolah rendah dan saya masih ingat, selain dari rumah Lim Kent Son (eh mana ek budak Lim ni??), rumah Aida adalah yang paling dekat dengan sekolah.

    Dulu, kalau ada aktiviti yang nak kena pergi sekolah sebelah petang, kami selalu jadikan rumah Aida sebagai hentian terakhir sebelum sampai ke sekolah. Tapi kadang2 kami jadi lewat sebab Aida kena siapkan kerja rumahnya dulu sebelum dapat keluar.

    Inilah yang saya praktikkan pada anak2 sekarang :
    Takleh keluar main atau tengok VCD kalau
    - tak kemas rumah
    - tak ngaji
    - tak solat
    - tak buat latihan atau kerja rumah
    Hehe... kiranya Aida, aku ikut teknik mak hang dulu untuk anak2 aku. Padanlah rumah hang dulu lawa je banding aku yang ada dua beradik masa tu :P


    Lawanya pelamin hang... sempat lah tengok geng2 paper Metro hang (aku rasalah) berposing sakan masa hang tgh bersolek

    Kah kah... Azee konon2 tanak tangkap gambaq diri sendiri kan?? Ni aku nk bg kat hang sedikit kenangan dgn perut muntil tu...

    Ini gambar saya bersama Aida dan Nana. Nana dulu satu batch juga tapi dia kelas lain. Pun begitu, kami kawan baik juga sebab satu kelas agama dari darjah satu sampai darjah 6....

    *Sungguh tak semenggah kan baju saya gi ngadap pengantin??



    Tengok orang kawin ni...teringat memori daun pisang ai :P

    Monday, July 25, 2011

    Pameran Hari Terbuka TUDM Gong Kedak

    Bismillah,

    Lihat dulu entry saya berkenaan Hari Terbuka Gong Kedak di sini :


    OK kalian, ini adalah entry terakhir saya tentang  Hari Terbuka TUDM ni. Sebenarnya sasaran kami adalah pertunjukan jet. Itu yang tidak kami dapatkan di sana. Walaubagaimanapun, alhamdulillah semua ini adalah pengalaman terbaik buat anak-anak saya. Semoga ada rezeki di lain kali untuk menyaksikan pertunjukan roket itu.

    Di bawah adalah gambar di kawasan pameran. Itupun sbb saya nak cari toilet. Anak2 lelaki duduk dengan abah di bawah jet. Oh ye...satu yang saya nak komen adalah toilet ada 2 sahaja dan dikongsi lelaki dan perempuan. Kebetulan semasa saya nak ke situ, para peserta tempur tanpa senjata sedang basuh muka di singki toilet...makanya sangat tidak privacy rasanya kene beratur belakang montot org laki yg tgh basuh muka.




    Ahmadi : Gara-Gara Bee Man

    Bismillah,

    Tengok tiub awak di bawah ini dulu....



    Gara2 tengok gambar ni lah Ahmadi dia asyok nak pegang lebah aje. Asal nampak lebah ke atau serangga2 yang hinggap atas lantai, dia ingat boleh dibuat kawan. Risau tau umi takut kena sengat sebab umi taulah sakitnya macam mana. Huhuhuhu......

    Sunday, July 24, 2011

    Berkelah @ Gong Kedak

    Bismillah,
    * Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.





    Ni kira trip kedua kami ke kem ni dalam hari tu. Sebabnya saya baca tentatif ada pertunjukan jet petang tu. Habis satu keluarga siap bertikar dengan cucur koko dengan sejag air teh saya bawa. Kesian mertua saya yang nak tengok secara dekat pertunjukan jet. Kami dah tak ke kawasan tengah lagi sebab kebanyakan acara telah kami lihat melainkan pertunjukan jet. Sayangnya....tak ada :((



    Walaupun tiada pertunjukan jet, tapi kami duduk di sini sambil melihat payung terjun. Sekurang-kurangnya kami bersama-sama duduk dalam satu keluarga. Oh ye..ketika ini Asmaa', Usamah dan Uwaiys ikut mertua saya dan adik2 ipar saya explore aktiviti di tengah padang.