Monday, May 28, 2007

Kehidupan Di Kampung

Bismillah...
Tak lama lagi, kalau betul saya ade rezeki untuk buka kedai di Parit Buntar, kami sekeluarga akan meninggalkan lembu, monyet, ikan, ayam, burung mm...ape lagi ek?

Tgk lah gambar2 mereka. Sedih lak rase nak tinggalkan diorg.

Yang ni mama lembu dgn baby lembu...dah same besar walaupun tak sampai setahun lagi. Maklum aa baka besar.



Inilah baby lembu, agak ganas. Mertua saya kalau ikut dah berapa kali agaknya kene sondol. So, dia bawak kayu sebagai protection. Kalau ade insuran tak bawak kayu pun naya jugak ke ke...



Ini adalah gambar burung-burung merpati yang telah dimangsakan sebab adik beradik suami saya bakal pulang bercuti. Ahaks, malam ni gulai burung you!!!



Biawak ni menyebabkan saye sedih. Asmaa' turut meronta-ronta melihat dia terpaksa dibunuh. Tu lah makan ayam org sampai gumuk jadiknya.




Inilah gambar sarang penyengat yang telah menyengat suami saye. Cian dia...Penyengat ni konpius kot mana satu sarang dgn janggut suami saye..he he...



Ini pulak gambar ikan. Time tangkap ni, takde lagi mesin yang tukar air bersih tapi skang nampak a bit clear compare dgn dulu. Skang ni suami saye akan menukar air 3-4 kali sehari nk kasik ikan ni segar. Kalau tak tu, terapung je kat atas air tercungap2 mcm tak cukup oksigen. Mertua saya pun nampaknya suka. Oh ye, saje nak cerita, ikan kat dalam kolam ni, kita tak leh buat kecoh dalam air. Aritu abg ipar saye jala kelling sbb nak cari ikan ape ntah sedar2 malamnya dekat 50 ekor mati. Lama dah tu tapi sampai ari ni tak abis lagi ikan tu. Terpaksa la dalam dua tiga minggu ni hentam ikan talapia ni aje.

Huhu...ade byk benda lagi tapi yg ni jelah nak tunjuk. Hati kita akan menjadi damai kerana di kampung kita akan menyaksikan byk benda yang tak dapat dilihat di bandar. Sob sob.....

Susahkah Menjadi Seorang Yang Pemaaf??

Bismillah,
Selama kita hidup ini, walaupun kita banyak berurusan dengan manusia, diakhirnya kita akan menyedari, ALLAH yang akan mengadili segalanya. Walau betapa jahatnya orang terhadap kita, dosa itu jatuh ke atas bahunya. Kita akan mendapat dosa juga walaupun niat kita untuk membalas dendam perbuatan jahat orang terhadap kita. Susahkah menjadi seorang yang pemaaf??

Uzar Tanya

Disini saya ingin mempromosikan kaedah lain untuk mendapatkan jawapan segera dari Ustaz Zaharuddin. Selama ini, selain mendapat nasihat tentang persoalan agama daripada sahabat suami saya Tuan Sapuan (sila rujuk link ), saya juga gemar melihat pelbagai persoalan dalam yahoogroup ustaz zaharuddin. Di sini saya pastekan emel Ustaz Zaharuddin ke grupnya.

Assalamualaikum ,

Bagi sesiapa yang inginkan prioriti dari saya untuk menjawab soalannya dalam masa ringkas. sila gunakan teknologi baru iaitu taip

UZAR TANYA

diikuti dengan soalan anda, sms ke 33221 . Caj 50 sen dikenakan oleh penyedia sistem serta syrkt telefon untuk setiap satu sms.

Saya akan cuba pastikan jawapan dikembalikan dalam masa kurang dari 24 jam.

Baca penerangan lanjut tentangnya di

Sekian

Ust Zaharuddin

Pss...mahal ke 50 sen utk ilmu tentang hukum hakam yang boleh kita dalami? Saya rasa tak... Ilmu tetap tak boleh dinilai dengan kaedah apa sekalipun..

Saturday, May 26, 2007

Penerangan Tentang Kalori


Bismillah,
Kita tiap2 hari pun makan. Makan punya makan sampai tak perasan ada org yang mengkaji sesuatu di sebalik benda yang kita makan sehari2. Apa yang pelik sangat sampai orang fikir pasal kalori? Betapa ilmu yang ALLAH ilhamkan untuk hambanya belajar dan berfikir tentang kekuasaanNya. Maka beruntunglah mereka yang berfikir.

Okes, apakah itu kalori? Saya pun kalau ikut ati maleh nak fikir pasal kalori nih. Sbb badan saya pulunlah makan mende pun camtu lah jugak. Penat dah rase nak makan untuk tujuan kasik berat badan naik. Tapi kekal level tu jugak. Ada sape2 ada petua ke atau ubat ke nak kasi badan ni mencapai berat ideal?

Menurut RDA, wanita berumur antara 20-39 tahun kene amik 2000 kcal sehari bagi memenuhi keperluan tubuh. Lagi aktif kehidupan kita lagi tinggi kalori yang kita perlukan. So, bagi mereka yang bekerja dengan hanya duduk kat kerusi dan menaip2 tu jgnlah hentam makanan yang melampau2, karang sedar2 body kita dah kembang sana sini. Susah nak perasan sampai la kita tak muat nak duduk kerusi kita sendiri he he...

Mcm mana kita nak kenal kalori yang kita amik tu cukup atau tak? Secara umumnya, boleh tgk berat badan. Kalau tak sampai berat ideal, maka tak cukup lagi la tu kalori harian kita. Aha..Skang saya dah jumpa my problem...Saya makan tak cukup kalori lagik aa tu.

Sebaliknya jugak mcm tu. Kalau body kita dah kembang maka dapatlah kesimpulan bahawa kita telah mengambil makanan dengan kalori yang melampaui batas. Satu lagi yang menyumbang kepada ketembaman adelah kurang aktif. So, nak makan byk tu beres tapi biarlah kita tu aktif.

Juga secara asasnya, kita kene la perati kalau2 makanan kita tu yang mana ada lemak tu biasanya akan ada kalori yang tinggi. Sebabnya kalori ni bergantung juga kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan yang kita ambil.

Thursday, May 24, 2007

Merancang Kewangan


Bismillah,

Ih, cam tak caya arini saye sebok2 fikir pasal merancang kewangan. Yelah, dgn inflasi nya lagi, dengan gaji tak tetap maklumla saye bukan keje gomen, dgn anak2 yang semakin hari semakin perlu diberi perhatian ttg masa depan mereka. Kebetulan dgn terlihat nota lama yang saya simpan mungkin kita boleh share di sini.

1. Rancang belanjawan
Sekarang ni bukan mcm zaman dulu. Iklan sana sini..Ahaks, saya pun sll buat iklan utk promosi barang2 sendrik kan. Memang dah teknik org berniaga nak marketkan produk memasing. Pastu dengan keadaan skang yang penuh dgn bil. Bil air, api, tepon, astro, kete, umah bla..bla... Jadi kenapa kita tak buat belanjawan? Belanjawan perlulah dilakukan bagi mengelakkan diri kita dari terbeli benda yang kita tak mampu beli. Ia juga boleh kita menyukat betapa gaji kita cukup ke tak utk menampung keperluan asas. Selepas tu kita boleh lah bertindak untuk cari keje lebih ke, atau rasa yang sedang kita dapat ni dah cukup bagus dah ke....

2. Buat perancangan tabungan
Kalau tanya saya yang kiranya dalam kategori mak muda la ni kan, saya kalau ade je duit syiling terus masuk tabung. Bila dah penuh, saya gi bank in kat bank yang saya takde kad so, bila rasa nak beli yang betul2 perlu baru la terkedek2 keluarkan duit tu tapi rasanya setakat ni memang tak pernah teruja pun gi bawak kluar duit tu. Baik tak beli dari klurkan duit tu. N utk anak2 sbb kitorg bermula dari bawah kan, makanya utk anak umur setahun, saya bawak masuk RM 10 sebulan, dua tahun dapatlah RM 20 sebulan dan seterusnya. Utk masa ni, saya rasa saya cukup lega tgk buku bank anak2 walaupun tak la juta2 kan tapi sekurang2nya ada utk simpanan diorg. Bagi mereka yang dalam kategori 'banyak lebihan gaji', eloklah simpan dalam bank yang takde unsur riba supaya duit tu bolehlah digunakan dan tak mendatangkan kerugian diakhirat. Kalau rasa nak melabur, hati2 la takut duit tabungan kita jadi hutang puloks.

3. Tingkatkan celik kewangan
Bagi yang mengadap internet tiap2 ari ni, memang boleh nampak mcm2 jenis kursus perancangan kewangan. Pilihlah yang berbaloi. Tak kisah la mahal ke murah ke... Atau, kalau rasa kita nih yang mudah faham, rasanya banyak juga buku yang boleh membawa manfaat kepada kita. Atau kalau kita mempunyai kawan2 yang mempunyai kemahiran untuk membantu kita, ape nak penin? Dia kan ada untuk diguna2kan. Apa guna kawan kan kalu takmo tolong kawan??

4. Sediakan simpanan darurat
Kita memang tak jangka perkara mcm kemalangan ke, atau kene bung keje tiba2 ke dan macam2 so, ada baiknya kita reservekan sedikit simpanan kita yang tak boleh disentuh
dan hanya boleh disentuh time kita tak bergaji aje. At least belanja utk 3 bulan gaji kene simpan dan isytiharkan dia sbg wang simpanan darurat. Insuran? Telitilah pelan yang dihalalkan di sisi syarak supaya simpanan kita berbaloi di dunia dan akhirat jua...

5. Mulakan perancangan persaraan
Orang Melayu ni mmg kebanyakannya hanya menantikan duit KWSP utk memulakan perniagaan. Umur yang betul2 tua, dan kekurangan ilmu dalam menjalankan perniagaan akan memungkinkan kita kehilangan wang yang kita nikmati sebagai hasil simpanan usia tua kita. Justeru, jgn mulakan lewat tapi mulalah dari sekarang walaupun kita baru setahun dua kerja. Jadilah org yang mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

6. Anak dan Wang
Didik anak tentang cara menggunakan wang. Kalau kita mewah, latihlah anak untuk merasakan sedikit kesusahan kerana kepayahan telah terbukti menjadi pendidik paling berkesan untuk menjadikan seseorang itu lebih baik.

Wednesday, May 23, 2007

Lapisan Dermis


Assalamualaikum,
Dermis adelah bahasa sains bagi kulit betul kan? Saya terbaca tadi betapalah complicatednya susunan dalam kulit kita ni. Jgn la suruh saya cerita. Cerita tentang lapisan mata dulu pun rase mcm nak pitam menghafal. Betapa seni mcm tu sekali ALLAH ciptakan kita...

Tapi apa yang saya dapat hri ini adalah, betapa tisu lemak terletak jauh ke dalam bahagian kulit. Sekarang kan byk produk kecantikan yang mendakwa boleh melangsingkan tubuh badan tu kenelah kita study dulu isi kandungan dia. Biarla bahan tu berupaya menguraikan lemak selain boleh menghalangi lapisan tisu lain kalau tak free je la duit kita kat org yg buat produk tu.

Pastu time kadang2 bila kita kene cucuk tu, doktor akan cucuk kat lapisan subkutis. Ubat yg dia suntik akan meresap kedalam tubuh secara perlahan2. Uh, banyak nya rasa benda yang kita tak tau ye walaupun dlm badan sendri.

Ah, ntah apa2 la arini...Sekadar nak kongsi ilmu. Singgahlah juga ke blog suami saya ya :). Bukan nak promote tapi saya kagum pulak dgn tulisan suami saya ari ni...Ahaks!!! Silalah eks

Thursday, May 17, 2007

Ku Impikan Suami Soleh


Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama juga nak menulis tentang ini. Bukan saya yang mencetus idea ni sendri tapi saya dapat dari org lain. Saya tunggu isu yang dia bawa sejuk dulu supaya saya dapat panaskan semula cuma dengan cara yang lain. Maaflah saya tak ada salinan asal nama pengirimnya. Tapi kepada penulis itu, tengoklah hari ni saya memanjangkan ilmu yang dia cuba bawa dan telah menyebabkan saya berfikir tentangnya.

Terkenang di zaman tak kawen dulu, ahaks mcm ngada2 je, sekali gi ceramah Ustaz Anuar Ridhwan, ntah mcm ne la ejaannya. Ceramah tajuk 'Cinta' kalau saya tak silap masa zaman saya belajar kat UKM lagi. Rasanya masa tu atau masa2 selepas tu ada org ajar saya doa untuk mendapat suami soleh.

Semenjak saya dan beberapa sahabat dapat doa tu, kami sama2 hafal dan kami baca tiap kali sape2 yang jadi imam ;) bunyi mcm ntah ape2 kan. Tapi tu lah.. Masa kat umah sewa beramai2 lagi best, kekadang kami baca doa makan lepas solat. Ye lah...semua org pun mengidamkan suami soleh ye tak? Bagi yang dah berkahwin adakah doa anda di maqbulkan??

Saya menghantar sms kepada beberapa sahabat saya dan juga sedara2 saye...
Muhasabah : dulu kita berdoa bg mendapatkan suami yg soleh. Tapi skang, dia nak d masjig kita keluh asik2 masjid..dia kejut qiam, kita cakap tak larat..dia g usrah kita merajuk..Dia bg tazkirah kita takde masa nak dengar..Dia ada xtvt jemaah outdoor kita tak percaya..lalu, adakah kita minta sesuatu yg sia2 dulu?

Beberapa respon yang saya terima :
1. terasanya aku
2. Thanx a lot my evadearest fren
3. Semua yg kau tulis tadi ada pada aku.. Teruk betul aku ni...
4. Ya Allah, Sahabatku ini temanku, Mesra kami penawar duka, Rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria, Ya ALLAH Silaturrahim kami ukhwah fillah, Bermusuh kami na'uzubillah, Berpisah mati insya ALLAH, kawanku ini sahabatku, Rahmati kami meniti usia, Terpisah kami di alam nyata, Temukan kami di alam syurga Aminn...
5. Alhamdulillah adikku, bersyukurlah, sesungguhnya dikau telah dikurniakan yang terbaik. Jangan lepaskan. Sesungguhnya inilah jihad untuk mu..

Saya telah terfikir adekah selama hayat saya membujang dulu saya doakan yang sia2 dan terasa mahu sahabat2 saya fikir tentang perkara yang sama. Anda pula bagaimana?

Tuesday, May 15, 2007

Test Power

Assalamualaikum,
Sebenarnya memiliki kamera adalah cita2 saya dulu..Tapi itu dulu...Time suka posing. Skang ni saya dah melupakan hobi tu. Tapi saya masih nak kan kamera. So, atas alasan nak memulakan bisnes melalui internet ni, saya belilah kamera yang tak seberapa ni. Janji boleh buat keje, saya dah cukup gembira.

Smlm, suami nak gi amik pasir di tepi sungai. Saya decide nak ikut actually utk bawak anakanda saya bertiga ni lari sikit dari kebiasaan. Sekurang2nya mereka boleh tgk sungai..Kebetulan masa sampai tu, ade org main layang2 tapi asyik tak naik aje so Asmaa' n Usamah terloncat2 suka. Diaorang ingat macam tu kot cara yg betul.

Sedikit gambar kitorg melepak di tepi Sungai Jertih.



Tu je utk ari ni....

3 Ciri Anak Kreatif




Hari ni kita sembang pasal anak2 kita pulak ye…bacalah manalah tau kita dapat menonjolkan potensi anakanda2 kita.

1. Spontan
2. Rasa ingin tahu
3. Tertarik pada hal-hal yang baru

Jika diperhatikan pada tiga perkara tersenarai diatas, mesti kita akan mendapati bahawa semua ciri itu ada pada anakanda kita. Ke tak perasan? He he... Dari apa yang dinyatakan tu fahamla kita bahawa semua anak adalah kreatif secara semulajadi tetapi kaedah kita mendidiklah yang boleh menjunamkan kekreatifan mereka. Maka, kena tahulah bagaimana kita boleh mempertahankan dan membina kebolehan mereka.

Soalan di bawah mungkin dapat membantu saya dan semua yang membaca memahami dah berapa jauh kemampuan kita dalam hal nih…


  • Adakah kita menerima segala kelebihan dan kekurangan anak dan adakah kita menghargai kelebihannya dan membantu dia mengatasi kelemahannya?
  • Adakah kita menyedari bahawa setiap individu adalah unik – tak sama dan tak akan dapat disamakan dengan anak orang lain?
  • Tahukah kita bahawa kreativiti tu banyak dimensi dan mungkin dimensi kreatif anak kita tak sama dari kita?
  • Sudahkah kita mengenalpasti minat dan bakat anak kita satu persatu?
  • Adakah kita bagi dorongan atas apa yang diorang lakukan atau kita marah bila mereka sedang membuat sesuatu pulak?
  • Adakah kita memberikan perhatian atas apa yang mereka buat contohnya melakukan aktiviti bersama mereka?
  • Adakah kita sering memperkenalkan perkara-perkara baru pada mereka? Atau kita lebih rela menyembunyikannya?
  • Adakah kita berinteraksi dengan anak-anak dengan cara santai atau kita cakap dengan marah-marah sebab malas nak layan gitu?
  • Adakah kita memberi ruang waktu, tempat dan kemudahan dan bahan-bahan agar anak kita menjadi lebih kreatif?
  • Pernahkah kita bagi projek khusus berkaitan dengan minat mereka suaya mereka dapat praktikkan kekreatifan mereka? 
  • Adakah selama ini kita berminat dengan hasil projek mereka atau kita hanya minat dengan proses mereka sahaja?
  • Adakah kita menilai hasil tangan mereka dari sudut pandangan kita tanpa menggunakan perspektif penilaian anak-anak?
  • Adakah kita membantu mereka menguatkan lagi kebolehan mereka?


Empat kunci untuk mempertahankan kreativiti anak

1. Membangunkan keperibadian anak dengan kasih sayang

Dengan kasih sayang ibu bapa akan menerima anak seadanya. Jangan memaksa dia menjadi orang lain memandangkan setiap individu adalah unik. Sebagai contohnya Saidina Umar r.a dan Abu Bakar r.a. meskipun dilatari latar belakang agama, mereka tetap berbeza. Ibaratnya bintang, semua bintang akan bergemerlapan. Terangnya satu bintang tidak akan gelapkan cahaya bintang yang lain.

Seperti yang kita perhatikan dikalangan sahabat-sahabat Baginda Rasulullah SAW. Mereka semuanya kreatif tapi dimensinya berbeza…

Salman Al-Farisi mahir dalam perang parit
Umar Bin Khattab mahir dalam tertib lalu lintas
Abu Bakar Ash-Shiddiq mahir dalam ekonomi Islam
Khalid bin Al Walid mahir dalam perang moden
..... dan lain-lain lagi.

Masalah orang sekarang adalah seolah-olahnya kita mahu fotostat kepandaian anak-anak jiran dan kawan-kawan kita pada anak kita sedangkan perkara nih mustahilkan?

2. Memberi motivasi dan semangat

Sama seperti kita berpuasa, solat berjemaah bersama-sama kenapa tidak melakukan bersama-sama untuk aktiviti yang boleh mengembangkan lagi bakat mereka?

3. Membantu anak2 membuat system atas apa yang dihasilkannya

Pertama : Ruang waktu yang mencukupi, tempat yang selesa dan bahan yang mencukupi untuk menampung bakat mereka

Kedua : Menggilirkan keterlibatan kita kerana ada masa mungkin anak mahu bersendirian membuat kerja mereka dan ada masanya mereka memerlukan kita.

Ketiga : Sediakan mereka bilik yang selesa untuk menghasilkan sesuatu

Keempat : memelihara suasana harmoni yang tidak menyekat kebolehan anak2.

4. Menilai hasil kreativiti anak-anak

Pastikan kita tidak menilai ikut perspektif kita. Tambah pulak kalau kita nih jenis cerewet, kasihankan nanti terbantut perkembangan anak-anak. Contohnya, bila anak boleh kira dari satu hingga sepuluh, kita puji dia dan kita bagi ganjaran walaupun dia mengambil masa untuk mencapai kemajuan itu.

Semoga apa yang ditulis ini membantu kita sama-sama membangunkan pemimpin yang berfikiran positif di masa hadapan ye…

Berikut adalah buku yang boleh dijadikan rujukan untuk mendidik anak. Klik pada gambar untuk maklumat lanjut  :







Sunday, May 13, 2007

Menjaga Hubungan Baik Dgn Bos


Ini juga adalah salah satu kategori menjaga hubungan sesama manusia. Sifir yang sebenar untuk berjaya dalam hidup adelah menjaga hubungan tak kiralh dengan Pencipta kita ke atau sesama manusia. Jadi dalam kerjaya, menjaga hubungan baik dgn bos adalah penting. Kalau tak susahlah utk kita pergi jauh dalam kerjaya kita atau yang paling horror sekali kene buang kerja. U'r fired...!! Aaa tidak...

Memang ada di antara kita yang dapat bos yang adoila..Punya la garang. Naik tensi kalau gi keje tus..Saya pernah sekali, tapi yg magicnya kalau dia nak marah, dia suruh gi tempat lain. Aha, dia takleh marah kalau saya ade. Alhamdulillah sekurang2nya saya tak kene marah kerap2. Tapi tak kisah la dia garang sbb gaji kita dia yg bayar so ndak tak nak kene la baik dgn dia.

1. Fokuskan perhatian anda pada kepentingan syarikat. Sbb ape, bila company up, kita pun akan up dgn automatik melainkan kita buat keje tapi tak dapat mende, yg tu kene la perjuangkan sket hak kita kan?

2. Walaupun bos bersikap dgn sikap yg kita rasa tak munasabah dan suka menyusahkan kita, tak payah la susah2 nak ubah dia. Fahami pendirian dan cara dia buat kerja dan kita sesuaikan pula dgn cara kerja kita. Maklum la dia kan dah lama makan garam. For sure dia lagi hebat pada kita n we have to learn dari dia. Cari benda yang dia selalu titik beratkan dan beri perhatian pada benda tus...

3. Fahami bos anda - yang ni penting! Kita kene tau apa dia suka dan apa yg dia tak suka. Dia pun manusia biasa mcm kita jugak. Jgn asyik nampak yg -ve aje kat dia. Sbb tak kira la bos ke sape ke, kalau kita asyik nampak yg -ve je, ini akan menyebabkan kita terhalang utk melihat ke dalam diri dia.

4. Normally, majikan tak mau dengar sesuatu benda esp yg kita tgh handle dari org lain. So, bgtau dia apa yg telah berkembang atau menguncup seblom org lain yg cakap.

5. Sentiasa libatkan diri dalam xtvt berpasukan. Kalau buat ape2 termasuk lah acara membeli belah beramai2, why not kita ajak dia..Kurang2 time makan poket kita jimat ahaks...

6. Beranikan diri utk tolong dia dalam byk hal. Kalau dia tak mintak tolong just offer kan diri. Dia akan rasa kerja dia mudah dan akan menghargai kita yang berpenat lelah utk membantu.

7. Pastikan anda menepati janji. Terutamanya pada ketika kita yg berjanji sendiri. Kalau tak dapat bgtau awal2, jgn bgtau dia dalam keadaan tak sesuai. Dah dia nak terberak sangat baru bgtau toilet rosak. Bahhaya tus...

8. Kenali dia sebagai manusia biasa. Ini akan memudahkan komunikasi kita dengan dia dan seterusnya dia jua akan baik dgn kita.

9. Elakkan dari mengata keji. Dah kompem kan mengata ni berdosa. Cuba gak kontrol sket benda yang tak elok dibincangkan. Sbb nya dibuatnya ade org yg nak melagakan kita dengan dia, sape yg akan kene buang nnt? Bukan kita ke?

10. Pujilah sket. Jgn byk2 sbb sebenarnya semua yg baik datangnya dari Yg Maha Bijaksana. Betul kan?

Adus, mata ku ini betapa lah mengantuknya. Ade tak sape2 nak share ubat tahan ngantuk. Siang lagi nk ngantuk...

Sunday, May 06, 2007

Perginya Seorang Sahabat



Bismillah...
Agak pedih juga bila mengetahui seseorang yang kita kenal rapat pergi meninggalkan kita. orang yang spesis mcm saya memang mudah terbuai2 dek perasaan. Kemalangan yang saya nampak baru ni terbawa2 dalam tidur saya dan hihi malu je nak cakap saya demam malam tu. Hanya kerana terlihat kemalangan yang tak menitiskan setitis darah pun...

Sahabat yang saya maksudkan ni bukanlah rapat dgn saya. Tapi dia sahabat kepada suami saya. Tapi saya terasa macam kawan saya jugak manakan tidak, bila dia ajak suami keluar, saya membebel2 kiki...Sebenarnya tak kisah mana kalau suami keluar sebab kami jarang putus contact.

Percaya? Insya ALLAH...Saya rasa tak ada faedahnya menaruh syak wasangka yang bukan2. Kalau saya rasa pelik sikit saya akan tanyakan dan minta dia jawab seikhlas hati. Walaupun terkadng masa betul apa yg kita bayangkan, kami akan adakan perbincangan setulusnya untuk mengatasi apa2 yang tak kena.

Ah!Melalut sokmo...Ya, tajuk saya adelah bersempena pemergian sahabat suami saya. Hampir serentak dengan pemergian seorang moderator Relexjap juga Dr Azizan pengasas Eraedar. Bukankah ini menimbulkan satu anjakan dalam diri saya. Sahabat suami saya pengidap kencing manis dan terkena demam bertih. Bila timbul luka yang besar dilewatkan ke hospital. Ah..Alasan memang ada tapi ALLAH boleh saja jemput kita dalam keadaan kita sedang main bola sekalipun kan?

Ya kematian biasa saja menjemput kita pada saat yang tidak kita duga. Sekalipun sahabat suami saya bakal menjadi jutawan, sekarng pada pandangan kami, duit yang bakal dia dapati tu laksana bekal buat anak2nya yang lapan orang. Sungguh, duit tidak akan menyebabkan kita lewat menerima kematian. Kita tidak boleh membayar sesiapa pun utk harga nyawa kita.

Kematian adelah sesuatu yang sangat menginsafkan. Sangat insaf sampai terasa dunia ni takde nilai lagi. Dengan mendengar org itu dan ini pergi, saya runsing dgn amalan yang tak seberapa. Bagaimana pula anak2 akan mengharungi kehidupan tanpa saya. Argh...Macam2 lah yang masuk dalam kotak pemikiran saya.

Ya ALLAH!! Jadikanlah kami tergolong dalam golongan orang yang mendapat kebajikan di akhirat kelak. Ya ALLAH!! Rasa tak tertanggungnya kerisauan ni...Adekah saya seorang saja yang risau????????

Saturday, May 05, 2007

Aspek Menyesuaikan Diri



a. Pakaian – Secara mudahnya adalah dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Tak kira walau dimana kerana Islam ni sesuai dengan apa jua keadaan. Sape kata panjat bukit kena pakai seluar pendek? Sape kata berlari berenang takleh pakai tudung. Terkenang masa dulu selalu masuk kem2 yang dianjurkan oleh pelbagai NGO dan bla2..Setakat itu, saya memanjat bukit dengan seluar panjang dan berbaju kurung. Baju aje la sbb tak bawak blaus lengan panjang. Masa saya honeymoon pulak saya gi snorkling dengan jubah seluar dan tudung yang anda boleh tgk saya gunakan dalam blog. Alhamdulillah, takde halangan walaupun dah macam sotong kurita masa tu sbb tak pandai berenang ahaks.
Cuba perati kalau ade majlis mcm malam anugerah skang ni, artis2 kita diskaun kan bahagian atas ntah la nak tayang ape saya pun tak faham. Apa agaknya masalahnya tempah baju mahal2 dan pakai sekali aje untuk masa tertentu mcm tu. Agaknya mcm mana para ulama dan pemimpin kita berpakaian ek.
Oh ya, satu lagi kalau pergi ke majlis mcm ke surau, yang perempuan biasanya pandai cari tudung tapi yang lelakinya pakai bukan main rock. Ada gambar tengkorak lagi. Ah, pada saya rock tak salah ah selagi ikut betul apa yang Islam tunjuk.
b. Aksesori – Kalau bab aksesori ni selalu org tgk org perempuan la…huhu..Memang pun mata org perempuan ni kan seni he he…tapi kene lah beringat kalau memakai aksesori jgn la over pulak. Kenapa? Kalau tak kita akan kelihatan mcm traffic light pulak. Seeloknya jgn lah sampai masuk kategori berlebih-lebihan. Takut dapat markah dimata manusia tapi markah lain ditolak dari amal kebajikan kita.
c. Peralatan Yang Dibawa - Bawa peralatan yang diperlukan untuk sesuatu majlis atau program dengan selengkapnya. Misalnya, jika program membaca Yaasin, hendaklah bersedia membawa Surah Yaasin dan pakaian solat. Jika aktiviti sukan keluarga, hendaklah sedia membawa pakaian riadah dan kasut sukan. Ah, memang kita perlu teliti ya dari segi alatn yang perlu dibawa. Nanti jadi bebanan pula pada org lain kalau tak bawa alatan sendiri. Ini termasukla pergi meeting. Kurang2 perlu bawa pen dgn kertas bukan?
d. Usia - Jangan masuk ke dalam majlis yang pesertanya mempunyai perbezaan usia yang terlalu jauh dengan kita. Jika termasuk juga, maka hendaklah pandai menyesuaikan diri. Kalau biasa dikalangan teman sebaya kita biasa mengawal majlis, bila masuk port org tua, jgnla over act ye.. kita perlu tunjukkan rasa hormat kepada mereka yang lebih berpengalaman…
e. Golongan Audien - Kenalpasti audien bagi majlis yang kita hadiri sama ada golongan pelajar rendah, menengah, IPT, petani, orang kampung, golongan korporat, pekerja kolar biru, golongan seni atau golongan suri rumahtangga. Bila kita kenal golongan ini adalah lebih mudah untuk kita bergerak di dalam majlis itu. Jgnlah menjadi ibaratnya katak puru di dalam tempurung atau terlalu outstanding.
f. Jenis Majlis - Kenalpasti majlis apa yang kita hendak hadiri itu. Apakah majlis sosial, ibadah, aktiviti lasak (outdoor), ceria atau sebagainya.
g. Masa - Pastikan apakah majlis itu diadakan di waktu pagi, petang atau malam? Kadang-kadang warna dan jenis pakaian pun diambil kira mengikut waktu pagi, petang atau malam. Apakah majlis itu melibatkan waktu solat atau waktu makan tengahari? Jika melibatkan waktu solat, hendaklah bersedia dengan peralatan untuk bersolat. Jika melibatkan makan tengah hari, hendaklah bersedia untuk makan tengah hari. Misalnya, jangan makan terlebih dahulu sebelum ke majlis tersebut. Aha..suka la tu majlis makan kan? Sape yang tak suka? Saya pun suka… majlis yang paling laris untuk dihadiri adalah majlis yang ada jamuan. Tak percaya? Cubalah kaji..
ah!!apa saja arini…semoga ada manfaatnya
Wallahu'alam.

Tuesday, May 01, 2007

Mungkinkah Penawar Selsema Burung Dijumpai?


Assalamualaikum,
Ai, arini masuk singgah blog ade org kata tak update...Rase malu nye. Kekonon sibuklalu terbiar satu anak saya ni terbiar tak bg makan. Sorry pada yang singgah tapi takde apa yg boleh disajikan. Maaf sangat. Idea ada cuma saya terpaksa mendahulukan masa saya yang saya kira lebih aula didahulukan.

OK lah, alkisah melihat Utusan hari ni. Saya memang teruja bila melihat dua adinda Syahrina Hafiza (ahaks, separuh tu nama saya tuh....) dan Farawahidah yang menemui akar pokok kaduk sebagai penawar ulser perut. Mmm...berita baik buat mereka yang ada ulser perut ni dingdong!!!

OKlah sedikit info ttg berita tu bg yang tak baca. Adik2 ni dpt tau pokok nih byk khasiat dari org2 kampung. So, diorg ni bg apa ntah kat tikus utk mencetuskan ulser nih..dan rawatan seterusnya adelah akar ni lah. Kemudiannya diorg bedah utk tgk beza tikus yg dibg rawatan ni dan beza dgn yg dirawat dgn air suling je. Hasilnya alhamdulillah, penawar ini telah ditemui.

Apa yg saya nak bgtau hari ni adelah amalan org kampung. Saya selama ni dibesarkan dgn ubat2an hospital. Tak tau pun katak puru khasiatnya ni, mas cotek khasiatnya itu bla..bla... Bila dah duduk dgn mertua saya ni, dia ajarin aku pelbagai perkara... Satu hari tgk2 ade sekor ayam, kepala pun tak larat nak angkat...

Saya runsing gila sbb paling takut sekali selsema burung. Kurang periksa pula saya simptom yang ada pada ayam ni tapi tgk air liur dia meleleh terus otak saya tangkap ni musti selsema burung. Mertua saya pun masukkan dia dalam satu sangkar..ala2 kuarantin la kan.

Makanan ayam ni disuap, pas makan, dia di bg ubat. Ramuannya ialah pucuk pegaga, pucuk lebam, pucuk kangkung, pokok dukng anak, kapur, kunyit dan beras...Semua ni di tumbuk lumat dan disuap lah pada ayam ni. Petang tu asalannya nak angkat leher pun tak lepas...Esok tu alhamdulillah dah nampak segar dgn air liur pun tak meleleh.

Keesokan lagi, ayam tu dah boleh bangun dan maklumlah ayam jantan, dah mula berkokok-kokok mengorat agaknya ahaks... OK, agak2nyalah kan? Adekah ramuan ni boleh merawat selsema burung. Ish, teringin sangat nak tau. Utk pengetahuan, bukan sekali mertua saya merawat ayam dengan kes begini. Rasanya sudah 3 kali yang bukan serentak. Tapi benda ni dah berlalu lama. Mungkin dalam tahun lepas...

Oklah, sedikit kesimpulan, bumi ALLAH ini luas. Kalau telah diciptakan racun pastilah ada penawarnya pula. Jika kita terlalu banyak melakukan dosa, mungkin sudah masanya kita bertaubat pula. Apakah kaitan nya? Fikirkan dan bertindaklah...