Showing posts with label Komunikasi. Show all posts
Showing posts with label Komunikasi. Show all posts

Tuesday, January 29, 2019

Bagaimana Untuk Mengatasi Konflik Dalam Perhubungan Dengan Skil Komunikasi Yang Efektif

Bismillah,

Konflik dalam perhubungan memang sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Kata P.Ramlee, "Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Mungkin kita perlu belajar untuk memandang konflik sebagai perkara lain selain dari masalah. Ya! Walaupun konflik itu memang adalah satu masalah 😅😅😅 (pada asalnya).

Apa yang menarik pada setiap kali berlaku masalah adalah, bagaimana seseorang itu menanganinya yang mana penyelesaian yang mereka gunakan itu akan lebih merapatkan mereka lagi atau mungkin juga itu akan memisahkan mereka. Kelak, jika anda berhadapan dengan konflik, simpan tip ini dan in syaa ALLAH anda akan berjaya mencipta hasil yang lebih positif.

KEKAL FOKUS 



Ada di antara kita yang suka mengungkit perkara dulu. Ya, walaupun kita rasa apa yang kita lalui sekarang itu sangat relevan dan hampir serupa dengan masalah yang pernah kita hadapi dulu dan kita dah jemu pun hadapi masalah itu berulang kali. Namun malangnya, perbuatan ini hanya akan mengeruhkan keadaan.

Lebih mengelirukan seandainya pasangan kita juga mengungkit juga perkara lalu. Bukankah itu lebih menyusahkan dalam mencari penyelesaian? Maka, cubalah untuk tidak mengungkit kisah lama, kekal fokus pada keadaan yang sedang berlaku pada masa itu sahaja untuk mencari penyelesaian.

DENGAR DENGAN TELITI
Kadangkala kita rasa seperti kita mendengar apa yang pasangan kita sedang cakap, padahal sebenarnya kita sedang berfikir apa pula nak cakap selepas pasangan kita itu berhenti bercakap.

Jadi, bagaimana kita mahu pastikan yang kita ini memang sedang benar-benar mendengar?

Salah satu caranya adalah jangan potong percakapannya dan jangan juga terus berhujah bila pasangan kita bercakap. Dengarkan kepadanya semula apa yang anda telah dengar darinya. Disitu sahaja mereka tahu bahawa kita memahami dan mereka akan lebih bersedia untuk mendengar apa yang kita perkatakan pula.

CUBA LIHAT DARI SUDUT PANDANG PASANGAN ANDA 
Dalam konflik, kebanyakan dari kita ingin berasa didengari dan difahami. Kita banyak bercakap dari sudut pandang kita supaya pasangan kita memahami kita. Betul, kita memang mahu difahami namun seandainya kita berlebihan dalam fokus kepada sudut pandangan kita, maka ia akan jadi seperti bom jangka.

Cuba untuk benar-benar melihat dari sudut pandang pasangan kita itu, barulah kemudiannya kita akan dapat menerangkan pandangan kita dengan lebih baik. Mungkin kita perlu banyak bertanya kepada pasangan kita untuk memahami mereka. Pasangan kita in syaa ALLAH akan lebih bersedia untuk mendengar bila mereka tahu yang kita pun memahami mereka.

RESPON KRITIKAN DENGAN EMPATI
Apabila pasangan kita mula mengkritik diri kita, memang selalunya kita akan rasa mereka salah dan mulalah kita membela diri. Walaupun kritikan selalunya sakit untuk didengari dan selalunya pasangan kita akan berlebihan kerana dia sedang beremosi, namun adalah penting untuk kita dengar kesakitan yang dialaminya dan respon dengan empati.

Mungkin, disebalik aduannya itu, ada banyak ruang untuk diri kita memperbaiki diri dan keadaan.

MENGAKUI KESILAPAN DIRI  



Sewajarnya kita patut sedar bahawa tanggungjawab peribadi kita adalah kekuatan, bukan kelemahan. Salah satu ciri komunikasi yang efektif adalah mengakui kesilapan. Mungkin dalam sesuatu masalah yang berlaku, bukan hanya sebelah pasangan kita sahaja yang salah, mungkin juga ada salahnya juga kita ini.

Maka, mengakui kesilapan sebenarnya akan memberi contoh yang baik dan ia juga menunjukkan kematangan. Biasanya, jika ada pihak yang mengakui kesilapan, maka akan lebih cepatlah persefahaman dan penyelesaian berlaku.

MULAKAN MESEJ DENGAN "SAYA"
Daripada kita menyebut, "Awak ni suka buat perangailah!" cuba untuk mulakan ayat dengan "saya" dan buat pasangan sedar tentang perasaan kita. Contohnya, "Saya kecewa betul bila benda ini berlaku". Ini akan membantu pasangan kita memahami pandangan kita dan dia tak terasa sangat kita nak menyerangnya.

CUBA KOMPROMI
Daripada kalut untuk menang berhujah, lebih baiklah kita mencari solusi yang boleh menyenangkan kesemua pihak. Menang berhujah biasanya sebelah pihak sahaja yang akan berpuas hati, masalah tidak selesai juga. Komunikasi yang sihat melibatkan kesepakatan dalam sesuatu keputusan yang mana dalam keputusan itu, kesemua pihak akan lebih berpuas hati.

TIME-OUT
Kadangkala, bila keadaan dah panas sangat untuk berbincang, eloklah jika ambil masa untuk bersendirian sehingga keadaan mengizinkan sekali lagi untuk berbincang semula. Tak guna juga berbincang dalam keadaan bertekak dan meninggi suara. Tambah pula jika ada anak yang memerhati atau suara kita dah melangkaui dinding rumah sehingga terdengar oleh jiran pula.

JANGAN PUTUS ASA
Bimbang juga, selepas kita menyendiri, kita akan putus asa dan berhenti menyelesaikan masalah. Kembali semula dan cari jalan penyelesaian terbaik sekali lagi. Biasanya, kita akan sampai ke level ini apabila tips terdahulu tidak dapat dilakukan dengan baik. Besar kemungkinan, besar benar konflik yang sedang dialami itu.

MINTA PERTOLONGAN JIKA PERLU 
Sebenarnya banyak kaunseling, atau mungkin ahli keluarga dan sahabat handai kita boleh menjadi orang tengah kepada masalah yang kita alami itu. Cuba ajak pasangan untuk hadir bersama namun andai kata dia tidak bersetuju, tidak menjadi masalah jika kita hadir bersendirian.

Tips tambahan :

Ingatlah bahawa tujuan komunikasi yang efektif mestilah mencapai persefahaman bersama dan kebaikan bersama. Kedua pihak mesti merasa OK dengan keputusan dan penyelesaian yang dicapai. 

Walaupun kaedah ini tidak semestinya akan menyelesaikan masalah disemua keadaan namun jika ia diamalkan, ia akan menjadi satu pegangan dimana pasangan itu akan kekal bersama sehingga ke akhirnya. 



Ingatlah bahawa adalah penting supaya kita kekal hormat antara satu sama lain walaupun ada masa kita tak suka dengan tindakannya 😅. 

Friday, January 25, 2019

Bagaimana Jika Seorang Ibu Mahu Berperanan Sebagai Ibu Sekaligus Ayah Sekiranya Ayah Tidak Berperanan Dengan Baik

Bismillah,


Susah jugakan bila keadaannya, seorang isteri yang ada suami, namun suaminya tidak berperanan seperti yang diharapkan?

Tajuk ini sebenarnya berat untuk saya tulis. Saya bimbang ada pula yang akan terasa dihati. Saya juga runsing jika apa yang saya tulis tu barangkali akan menjadi beban kepada sesetengah orang.

Maka, saya nak buat disclaimer sedikit ya... Penulisan ini hanya sekadar pandangan. Kalian berhak setuju atau sebaliknya. Mana yang boleh diambil sebagai panduan, silakan, namun jika sebaliknya, anggap sahaja ini adalah bacaan biasa sahaja.


Manalah ada hidup di dunia ini yang sempurna. Sekalipun, di zaman kita ni, kita dilihat dapat the best man in the world, bila balik rumah menghadap suami, ada juga sesekali terasa bengkek di hati. Betul tak?

Maka, faham dah disitu bahawa hidup ini memang medan ujian dan... tugas kita sebagai hamba kepada Yang Maha Mencipta adalah berjalan di atas garis yang telah ALLAH tetapkan buat kita.

Tetaplah menjadi isteri yang solehah


Sungguh, bila kita diuji dengan suami, memang berat terasa dihati nak menyulam kesabaran tu. Namun, jika kita berusaha dengan sedaya upaya mendidik diri kita untuk bersabar, maka ALLAH telah menjanjikan ganjaran dan nikmat yang besar di akhirat kelak.

Maka, bersabarlah. Janganlah disebabkan bengang dengan suami kita bertindak meninggikan suara kepadanya. Jangan juga sampai membelakangkan dia dalam apa jua tindakan. Pendek kata, tetap terus jaga adab kita sebagai seorang isteri.

Hanya ALLAH jua tempat kita bergantung


Bukankah setiap hari kita melafazkan ayat dari surah alFatihah yang berbunyi

 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Ya, inilah masanya kita boleh menunjukkan keimanan kita kepada kalamuLlah itu. Ketahuilah bahawa tidak ada benda di dunia ini adalah milik kita. Hati kita sendiri adalah milik ALLAH, apatah pula hati suami kita. Maka, dari ALLAH jualah kita memohon doa dan pertolongan semoga ALLAH lembutkan hati suami dan semoga dia sedar akan tanggungjawab yang perlu dia pikul dalam rumahtangga. 

What You Give, You Get Back


Perhatikan ayat (janji) ALLAH pada ayat dalam gambar di atas. 

Serasanya, boleh tak kita cuba begini, "Andai aku jadi baik untuk suami aku, suami aku mesti akan baik pada aku juga nanti. Kalau aku rasa sekarang ni laki aku tak cukup baik dengan aku, maka aku kena lagi baik pada dia supaya dia makin baik pada aku". 

Ya, tahu... ini susah! Ini membuat hati geram! Tambah pula, kalau kita dah baik pun dengan dia tapi dia tak juga baik dengan kita. Tambah lagi jika kita harap hasil sepantas kilat. Memang boleh sakit jiwa dibuatnya. 

Namun disini kita tetap wajib akur bahawa kebaikan itu datangnya dari ALLAH maka yakinlah, ALLAH akan beri juga kebaikan itu pada masa yang sesuai. 

Apatah pula, melakukan kebaikan akan menenangkan hati SEANDAINYA KITA IKHLAS. Yang jadi tak tenang dan senang tu, barangkali adalah kerana dalam keadaan ini ALLAH nak didik diri kita menjadi lebih ikhlas, lebih sabar. 

Ya, dalam kepayahan kita terpaksa didik diri kita menjadi lebih baik setiap hari. 

Sampaikan keinginan dihati, luahkan permintaan kita


Cari masa yang sesuai, untuk kita berbicara dengan suami tentang apa rasa hati. Andai kata kita dah bersikap lembut dan baik kepadanya, in syaa ALLAH peluang supaya kita didengari adalah besar. 

Usahakan untuk bercakap terus dengannya, namun andai tak kesampaian, cubalah menulis dari hati. Beritahu dia bahawa kita sangat perlukan dia untuk bersama-sama mengemudi rumahtangga. Beritahu dia, anak-anak sangat memerlukan belaian kasih sayangnya. 

Paling penting, beritahu dia apa yang kita nak dia buat dengan jelas dan terang.

"Sayang, tolong ajar anak mengaji"
"Abang, tolong mandikan anak"
"Yang, boleh tak ambilkan anak dari sekolah?"
"Bie, ai tak sempat masak, anak lapar pula, nak masak dia meragam. Yu tolong jagakan anak kejap ya?"
"Bossku, best nya kalau awak jadi imam kami *wink wink*"

Maklum saja, orang laki ni, kalau ayat putar belit madah pujangga ke bulan turun balik bukannya mudah-mudah dia faham. Maka, cakap tu biar terang, jangan kona baring sampai terlentang di selekoh nan tajam. Gituuuu..... Boleh tak?

Hargai perubahan dia ke arah kebaikan



Yang ini yang selalu kita failed nak buat. Pada Tuhan kita tak bersyukur, pada manusia kita tak berterima kasih. 

Dengan manusia ni, andai sahaja kita tidak menghargai perubahannya kepada kebaikan, malah masih mengkritik dan memberontak lagi maka mana mungkin dia akan kekal memberi kerjasama kepada kita dengan lebih baik. 

Pucuk pangkalnya, adalah bagaimana usaha kita menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita agar suatu hari nanti tempat pulang kita di akhirat nanti adalah SYURGA YANG ABADI. 

Selalulah berdoa semoga kita dan ahli keluarga kita akan berpimpinan sehingga ke syurga. 



Saturday, August 25, 2018

Berterus-terang Elak Pergaduhan

Bismillah,

Gais,
Dalam kehidupan ini, kita tak nampak semua apa yang orang disekeliling kita buat.
Juga, tidak mungkin jika kita terus setuju dengan orang yang disekeliling kita.
Tapi, dikebanyakan masa kita akan diam sebab kita malas nak argue.
End up, bergaduh pula.
Maka, jangan la amal sangat macam dalam drama. Suka tak nak berterus terang. Akak rasa konflik dalam drama tu banyak sangat puncanya adalah tidak berterus terang, tidak bercakap, tidak berkomunikasi dengan baik.
Agaknya, kalau akak yang buat drama, tak habis la drama tu gamaknya kan?

Wednesday, November 05, 2014

Wujudkan Keakraban Dengan Pasangan

Bismillah,

Ntah kenapa sehari dua ini bila tangan saya secara random mengambil buku mesti ia adalah berkaitan cinta. Buku pertama yang saya terpegang adalah Gejolak Cinta. Yang horrornya saya baca bermuka-mukasurat pun tak juga faham. Haih..

Zauji siap sound, "Apsal ni umi buku gini baca dek anak kang?".. lalu saya tunjuk mukasurat2 di dalamnya yang penuh dengan madah pujangga ahli falsafah arab dan ayat Quran serta hadis dan dia pun respon, "Oh.. ingatkan novel merapu".. haha..

Letih baca tapi tak faham maka saya tarik buku lain. Boleh pulak yang keluarnya adalah '77 Tip Melembutkan Hati Lelaki'. Jenuh pula berfikir masa mana la beli buku gini ni haha.. lalu belek nota2 tertulis dalam tu macam bukan tulisan sendiri.

Kemudian barulah teringat barangkali ini buku yang dikidnep dari rumah mak. Kiranya bukan saya yang beli tapi memang berniat nak baca pun hehe.. sebab tu kidnep kuikui..

Dan kejadian yg sama menimpa lagi. Lepas 2 bab baca boleh pulak xdapat tangkap any points. Hamboi dasat sangat pemahaman kamu Pijah. Ni fail BM ke fail bab cinta hahaha... tapi gigih la baca sampai bab 3 dan YES (genggam tangan sambil menghunjam siku ke bawah) baru dapat satu point kuikui... hazab bebeno ye nak memaham bab ni hahaaha...

Ok sikit je la nak share ape penulis cakap. Dia suruh recall balik macam mana cara kita dan pasangan tertarik antara satu sama lain suatu masa dulu dan ulang lakukannya. Lalu saya pun trylah recall ape yang buat saya tertarik sama zauji ku. Hikhik...

Recall punya recall pun blurr jugak. Sebabnya dia tetiba je call tanya nak mintak saya (sblm tu ekceli dah kenal tp xde la rapat dan xde bunga2 ngorat pun). Saya tersenyap kemudian dengan machonya cakap kalau nak mintak saya, kena mintak dari mak abah saya. Maka proses itu pun bermula.

Pun tiada komunikasi antara kami. Tapi abah adalah cerita pihak lelaki call abah. Malah, ada pulak pihak lelaki hantar wakil skodeng saya di tempat kerja dalam keadaan saya tak tau mereka siapa. Sabo je la.. apa aku merepek time tu pun xtau la huhu..

Sampai seminggu sebelum nikah pun tak ada komunikasi. Zauji contact saya masa betul2 nak tanya nak minta saya tu je la. Ada juga beberapa mesej dan email tapi nadanya flat. Takde nampak macam nak mengorat pun gayanya.

Sampai kawan saya yang temankan saya beberapa hari sebelum nikah naik geram sebab semua soalan dia saya jawab dengan jawapan 'tak tahu'. Bila dah kena marah baru la tau 'oi parahnya diriku yang selamba buat derk je buat tak kisah perihal calon'.

Lalu apa yang buat rasa tertarik tu? Daripada takde langsung maka saya rasa sebab email dan chit chat yang flat tu je lah kot daya penarik yang ada. Maka saya dan zauji kena suburkanlah semula main balas2 mesej tapi volumenya kena lagi kuat dari sebelum kawin.

Cuma ada halanganlah sikit. Zauji dia bukan lekat sangat dengan telefon. Sebab dia kerja keliling rumah aje. Dia gi potong rumput ke bagi makan lembu ke telefon ada kat rumah. So kalau saya hantar mesej ek eleh bunyi telefon dia sebelah kita je huhu.. xsaspen langsung rasanya.

Dan kalau la dia angkut telefon dia kesana kesini sampai ke kandang lembu, nanti saya plak yang jadi syak yang bukan2 apsal yang sampai tak boleh berenggang dengan telefon. Adoi... apa pun tak boleh! Hahaha...

So cara lain yang boleh buat adalah hantar mesej time dia xde dirumah. Haha.. tapi adoihai.. part ni lagi la lawak. Dah dia keluar rumah tu sebab kalau ada urusan yang mendesak sangat barula dia keluar. Maka responnya pun lambat lah.

Bila respon lambat, kita yang kat rumah beria menanti mesej masuk ni mula la nak fikir bukan2. Nak pulak anak tolong masukkan pakej mengamuk ke buat hal.. hoho.. hangin boleh naik dengan mudah hewhew..

Mula la hantar mesej berbau sindiran tajam, "Abg ni.. tak balas mesej orang macam ada orang perempuan sebelah abang yang abang nak jaga sangat hati dia!" Hoho.. lepas hantar mesej tu baru tertelan air liur sbb terfikir, alamak.. kalau betul huaaaa boleh berdarah airmataku wuwuuu...

Cepat2 istighfar, selawat dan zikir balik... zauji bukan xtau yang saya naik hangin tu pasal tgk kebun ku tunggang langgang selepas berbulan2 xde sape uruskan dek kesihatan ku yang tidak mengizinkan. Mujurlah dia tidak tenggelam dalam emosi yang sama huhu..

Dah dia balik rumah, dengar suara dia terus saya tersengih2 seorang diri di dapur fikir apela aku nk buat ni dah tadi gatai sangat melaser secukup rasa. Elok pulak tengah tersengih tu dia datang duduk depan kita betul2.

Huaaa.. takkan tengah sengih tiba2 nak masamkan balik muka? Hadoilah.. maka terus la sembang buat macam xde pape berlaku. Siap sound la nape yang tak balas mesej balik cepat2. Kan tak pasal2 kena serang?

Huhuhu.. sebbaik la boleh gelak2 balik mengenangkan kebodohan yang berlaku sebelum itu. Kalau kena boikot sebulan tak ke naya? Bukan laki bini je naya, pasti anak2 pun akan menjadi mangsa huhuhu..

Maka saya rasa komunikasi dalam talian memang boleh digunakan bagi menghubungkan rasa kasih antara suami dan isteri. Tapi kena carilah ayat2 ala2 nak mengorat antara satu sama lain tu. Jangan sampai komunikasi antara kita dan pasangan kita ni hilang sehingga kemudiannya kita dan pasangan kita mencari orang lain untuk menggantikan peranan kita.

Daripada orang lain yang mesej suami kita, lebih baiklah kita yang memenuhi kekosongan itu. Bukan orang lainpun nak bermanja2 kan? Dan yang penting kita boleh mengelakkan daripada maksiat seandainya komunikasi berlaku dengan bukan mahram.

Cumanya, andai berlaku kelewatan respon daripada pihak pasangan maka jangan cepat panas hati. Waktu macam tu lah nak praktikkan sabar dan baik sangka sesama kita. Kalau tersilap serang dan buat pasangan kita tu tak boleh cool juga memang boleh jadi gaduh xpepasal.

Malah pihak yang kena serang pun kena kawal emosi. Kena cepat2 kawtim dengan api yang sedang terbakar tu. Jangan la pergi simbah minyak pula kalau dah jadi gitu. Nanti dua2 rentung tak ke naya?

Juga, kalau boleh la.. silalah respon pasangan kita punya mesej dengan segera. Kalau bizi sangat balaslah sepatah dua kata bgtau kita sedang bizi. Barulah pasangan yang menunggu tu tak keluarkan hipotesis yang bukan2. Huhuhu..

Begitulah proses komunikasi suami isteri. Ini kami yang memang selalu bersama. Kalau yang kerja di pejabat berasingan pun boleh saling hantar mesej sembang2 ringan. Update bgtau sedang buat apa. Apatah pula pasangan PJJ. Seorang Utara seorang Selatan. Maka silalah berkomunikasi dengan rancak.

Sebab masa awal2 kenal dulu rajin berbalas mesej, rajin tulis surat, rajin hantar email. Alih2 dah kawin hilang habis semua tu. Maka rasa tertarik menarik antara pasangan tu akan berkuranglah jawabnya.

Alah zaman sekarang bukan payah pun nak cari bahan nak mesej. Guna je google nak cari gambar dengan madah romantik2, atau cari kisah Rasulullah dengan isteri baginda atau cari artikel yang menarik untuk dikongsi bersama.

Banyak benda boleh dijadikan bahan diskusi suami isteri. Jangan pernah rasa kekok untuk mengajak pasangan berbincang tentang sesuatu. Kita dan dia adalah saling melengkapi maka manfaatkanlah si dia untuk mendapat semangat, ilham atau idea baru.

Oit.. tunggu ape lagi? Meh mesej pasangan memasing meh.. :p

*eh pastikan yang dah nikah ye.

Saturday, August 21, 2010

Tips Ketika Melayani & Mendengar Keluhan Pasangan

Bismillah,

Satu hari yang jelita (apakah??), pasangan kita balik ke rumah dengan wajah yang kita dah tau, ‘mesti-ada-sesuatu-yang-mendukacitakan’ berlaku di reban ayam tempat kerja. Dia melabuhkan bontotnya di atas lantai kerusi panjang dan meletakkan lengannya di atas dahi sambil mata melihat ke kipas yang penuh noda siling.

Jadi, apakah yang kita perlu buat? Kalau superman, dia akan cepat2 memakai spender bertukar uniform bila ada sesuatu yang memerlukan pertolongan dari dia. Tapi kita bukan superman dan kita juga tidak ada madu untuk diajak bekerjasama mcm Wonder Pet bagi menenangkan cik abam kita.

*sejak akhir2 ni ko mcm sengal apsal ek Pijah??

Apa yang diperlukan oleh seorang isteri yang comel adalah kelip2 bulu mata lentik bersedia dari segi mental, fizikal & penampilan untuk melayani dan mendengar keluhan pasangan.

  • Pastikan diri kita tidak terlalu letih – ini adalah untuk mengelakkan hilang tumpuan. Nanti kang, pasangan kita tengah dok cakap pasal bola, kita pi masuk tajuk sepak takraw. Balik2 pasangan tu pun rasa jemu & bosan. Huhu..macam selalu berlaku je kat sebuah rumah yang ada 5 anak tu ek bang??
  • Kemaskan penampilan diri sebelum berkomunikasi – kot2 rasa ikatan rambut tu longgar, sah2 le ada rambut yang mengerbang. Betul2kan dulu rambut biar walaupun tak cantik tapi sedap mata memandang.
  • Fikir dulu sebelum buang berkata2 – akal wanita selalu berada di hujung lidah, watch out beb seblom berkata2. Nanti tak pasal2 tak cium bau syurga.
  • Wujudkan keselesaan & keindahan di dalam rumah – kenalah cari sifir sendiri bagaimana & bila masa yang sesuai untuk menjadikan rumah sebagai tempat berkomunikasi.

Semoga pasangan memasing adalah ‘shoulder to cry on’ setiap kali dilanda masalah. Jangan cari di luar dari rumah. Itu adalah ‘cari penyakit’ aje.



**Abg, ailapyu, yulapmitu kan??

Wednesday, December 30, 2009

Menjadi Lelaki Romantis


Bismillah,

Aselehe tajuk..hihi.. entry ini saya usaha tulis juga walaupun secara teknikalnya suami ku itu tak seromantik watak yang sll k.Yati Berahim tonjolkan dalam novel2nya. Tapi bagi saya suami saya tu tahap romantiknya... 'cuuuuuuuuukuuuuuuupp rase'. Tidak pelik pun, lepas solat sama, dia ambil tangan saya dan genggam erat. Kalau dah buka telekung, dia akan leraikan kusut rambut saya seolah2 dia pegang sutera...wah wah... Susahkah itu?

Sebab ada suami yang susah nak sentuh isterinya. Kenapa ya? Bukankah kamu telah menikahi dia dan sekarang kamu tidak mahu membelai jiwanya pulak. Peganglah sikit puan isteri. Koman2 sehari sekali... Atau kamu tidak sedar yang romantis adalah satu ciri yang menjadi idaman setiap perempuan. Owh..canggungnya rasa tulis ayat2 ini :P

Kalau korang pun rasa canggung nak beromantika, mungkin tips kecil di bawah boleh membantu:
  • Beri dia pujian - janganlah yang tidak logik pulak kan. Mcm semalam kami tengok drama ada Rozita Che Wan, saya tanyalah suami saya, "Cantikkan pompuan tu?" dan tau suami saya kata, "Tak ah umi lagi cantek". Owh sungguh rasa nak muntah bila terbayang adakah saya benar2 lebih cantek dari Rozita Che Wan :P. Sangat tidak berasas!! Saya bagi tips lah ye..sebagai contoh kelebihan fizikal dia. Adakah matanya cantik, hidungnya mancung, pipinya licin bla bla bla... Atau boleh jadi sikap dia sebagai isteri sepeti masakannya, cara dia hias rumah dan lain-lain. Bukan pe, selain bersikap romantis, anda juga bolehla menahan godaan dari perempuan lain.
  • Bunga atau hadiah - hoih, alangkan dapat satu sepit rambut comel dari Pinkyfrogshop pun saya gumbira. Ni kan pulak kalau suami saya bawak balik makanan dan saya tak perlu masak. Wakakaka...ini adalah sampel isteri pemalas :P. Bestnya ek kalau dapat bunga kah, atau baju2 yang suami pilih khas untuk kita. Saya masih ingat lagi syioknye rase masa dapat jubah dari suami walaupun sebenarnya asal2 dia nak bg kat orang lain jubah itu.. Asal saya pakai baju tu je saya akan tanya dia, "Ingat tak jubah ni??" He he... Oh ye, kalian kalau nak bg hadiah ada isteri, jangan lupa letak kad ucapan, 'I LEBB U BEBEH'.
  • Touch n go - kot2 terlintas depan ka belakang dia ke, bg lah sikit sentuhan. Takkan lak nak sentuh time 'nak' aje kot. Lepas2 solat ke, nak gi keje ke, kiss2 lah sikit tang kening ka..tang..erk..kene ajar sampai tahap ni ke??
  • Luangkan masa - Dari dok hadap Famville tak sudah2 baik la duduk sebelah bini. Belek2 Crosstitch yang dia buat. Ajak dia sembang2..kalau lagi best, ajak dia makan kat luar. Setakat ni saya laki bini tak pernah lagi makan luar secara berduet sebab kami takde duit takde bibik nak tolong jaga kanak2. Tapi gi shopping tu pernah la sbb shopping ni mcm keperluan kan, so mintak tolong mak jagakan kanak2 ni kejap. Kalau gi makan ni, tak gamak le lagik. Ni yang tak sabo nak tunggu Asmaa' beso ni...
  • Buat candle lite dinner sendiri kat rumah - ahahaha...ini cadangan aje. Saya tak pernah buat sbb takut anak2 tanya, "Umi takde duit ke nak bayar api???" Pengsan!!!
Itu cadangan aje. Kalau korang boleh buat lebih baik dari itu dah cukup baiklah. Yang penting, biar isteri anda rasa kasih sayang anda. Sebab bila tidak disentuh2 begitu, dia akan mudah rasa terabai. Bila dia terabai, jangan salahkan dia kalau dia mengabaikan pulak...

Monday, October 05, 2009

Tingkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pasangan


Bismillah,

Orang lepas raya mengah banyak makan. Saya makan banyak tu tidak...tapi skang mengah nak ubah keadaan dalam rumah. Habis semua rongga mata, idung, telinga, tekak semua gatal sebab sapu abuk atas, bawah, depan, belakang semualittlegirlemoticon. Yang bestnya Asmaa' pun excited sekali sampai abis semua buku dia atur atas lantai...dia kata nak buat mcm kat sekolahlittlegirlemoticon.

So, saya senyap2 pegi beli almari plastik...kalau gi beli bising2 mesti suami ku kata, "Sabar lah dulu..." hihi...dia tau2 benda tu dah ada bila saya paksa2 dia pasang lemari tu...nak buat sorang tak terpasang so kene la mengamalkan konsep kerjasama Wonderpet. Campur dengan ralat2 yang dilakukan oleh anak2 kami, akhirnya tercapaila jugak hasrat memasang 2 almari plastiklittlegirlemoticon.

Lepas ni proses nak alih baju kanak2 tu ke dalam lemari baru tu, kemudian bolehla letak buku diorang yang melonggok kat atas lantai tu. Mesti Asmaa' hepi boleh susun2 barang2 dia kat tempat yang lebih teratur dan yang sama penting adalah majalah uminya sekali. Bukan banyak pun dah majalah umi sebab umi dia rajin beli aje, bacanya idak...littlegirlemoticon

Tingkatkan Kemahiran Berkomunikasi Dengan Pasangan.

  • Mula2 bila nak bercakap, kalau boleh biarla mata bertemu dengan mata. Barulah puan isteri atau encik suami kita tau yang kita tgh beri tumpuan pada dia. Tapi bukan setiap masa benda ni boleh dipraktikkan. Kalau tgh drive sila jangan buat hal yelittlegirlemoticon akibat dari terlampau taksub nak meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan pasangan memasing ek...
  • Sampaikan mesej dengan jelas dan tepat tanpa ada muslihat. Bunga2 dalam perbualan adakalanya boleh merimaskan. Tapi kalau saye lah, tak ada bunga, tak nampak real pulak ek...tapi suami ku dah boleh bezakan antara bunga dengan isi penting. Kekadang tu kalau dia tak paham dia akan tanya direct, "Ni sebenarnya nak cakap ape ni"littlegirlemoticon
  • Elakkan daripada bercakap serentak. Eheheh....selalukah terjadi kepada korang? To me, keadaan ini adalah sangat jarang berlaku kecuali kitorang masuk sesi berdebat. Kalau time berdebat pun sllnya halnya idokla serius beno...sampai anak2 nanti kata, "Apela umi dengan abah ni....??" sehingga saya konpius kami ke diorang yang tua ni??littlegirlemoticon
  • Minta penjelasan kalau tak faham. Jangan tunjuk pandai aaa...walaupun kenkadang suami saya berusaha gigih untuk bg bini dia faham, dia akan terangkan juga. Kadang2 saya terfikir yang suami ku boleh masuk CSI sbb dia punya pemikiran sangatlah kritis compare to me. Kalau saya lah, fikir simple2 aje. Tapi dengan penjelasan yang dia berikan, saya akhirnya semakin faham dan alhamdulillah mestilah makin banyak yang kami terokai..yey!!!littlegirlemoticon
Kepada suami ku...tenkiu for being a very good match to me

Tuesday, September 01, 2009

Kesan Keserabutan

Bismillah,

Kisah ini adalah kisah yang hampir benar. Saya tidak cerita yang sebenar2nya kerana nanti tak ada tambahan perisa makanya cerita jadik tak sedap. Jadi, andaikan aja korang baca sebuah kisah yang direka2 untuk mendapatkan pengajaran.

Korang pernah serabut?? Owh, saya selalu juga serabut...tapi cuba satu perkara, tarik nafas panjang2 dan berzikir. Sebab jika kita terlalu kelam kabut, nanti kita yang malu sendiri dengan kelam kabut kita itu. Okeh sebelum huraian saya, saya nak cerita sedikit ya.

Alkisah, bumbung di rumah Puan Saripah bocor. Sudahlah sekarang musim hujan, mmaka dia terpaksa berkejar menadah air setiap kali hujan. Kalau air masuk betul2 dalam baldi itu tidak mengapa, tapi macam mana kalau air tu terpercik ke merata alam? Sudahla ada anak kecil dalam rumah itu, buatnya tergelincir, tak ke menambahkan serabut??

Lalu diajukanlah kepada suami nya. Suaminya pun kata dia akan buat. Tapi biasalah orang lelaki, kita cakap suruh buat itu, bukan dia nak buat terus. Sebabnya dia selalu tidak ada di rumah semasa ketirisan tu. Jadi dia tidak menghayati sebaiknya 'keserabutan' isterinya itu. Lalu terbebanlah jiwa dan raga isteri itu...

Disebabkan hujan yang kerap, maka dia menjadi semakin serabut. Maka pada satu hari, dia pun pergi ke satu bank dengan membawa hajat besar. Berikut adalah dialog mereka :

Pn Saripah : Sblm ni saya dah ada loan dgn bank ini. Sekarang saya ingin menambah jumlah pinjaman sebanyak RM 15 000.
En Bank : Owh, apakah yang Puan mau lakukan dengan duit itu?
Pn Saripah : Bumbung rumah saya bocor. Saya ingat nak perbaikinya.
En Bank : Eh, kalau bumbung bocor, baik puan pegi minta tolong dengan YB. Mereka ada peruntukan untuk itu.

Adui, bagi Puan Saripah, dia bukanlah susah sangat sampai nak minta benda free dari orang. Dia bangun dan terus berlalu tanpa kata2. Kerana bagi dia, dia datang bukan mahu duit percuma dari bank tetapi dia mahu buat pinjaman dan dia pun bukan pernah ada masalah dengan bayaran pon sebelum ini.

Sampai di rumah, dia pun ceritakanlah kepada anaknya. Lalu anaknya telah memujuk pula suaminya sehingga suaminya bertindak untuk menyiasat apakah punca kebocoran. Mula2 menantu Pn Saripah naik atas siling, kemudian dia tidak berjumpa dengan punca kebocoran dan seterusnya dia naik ke atas bumbung terus. Rupa2nya ada banyak benda di atas bumbung yang datangnya ntah dari mana yang telah menghalang pengaliran air sehingga menyebabkan air masuk ke dalam rumah.

Lalu menantunya itu pun menurunkan serba mak neka yang ada di atas itu dengan servis percuma demi membuat jasa kapada mak mertua yang sangat serabut dengan air bocor itu. Hari2 seterusnya juga hujan lebat. Alhamdulillah, bumbung tidak bocor lagi. Suami Pn Saripah terkedu jugalah kerana hanya dengan usaha yang sedikit masalah itu dapat diselesaikan dan mulut Pn Saripah tidak berbunyi lagi.

Begitulah kuasa orang perempuan, takkanlah pula dia nak panjat bumbung tu kan tengok. Mestilah dia minta tolong suami dia. Dan...lebih baik dia minta tolong suami dia daripada dia cari tukang bumbung. Namun, mungkin cara dia approach suami dia untuk naik ke atas itu tidak kena, maka suaminya lambat bertindak.

Saya menyeru juga kepada suami2 sekelian, jika isteri anda meminta pertolongan, cubalah bantu dengan kadar segera sebelum dia merimaskan anda lebih lagi. Kalaulah dia buat loan tadi tak ke naya nak bayar balik sedangkan bumbung itu tidak apa yang rosak melainkan ada benda yang tersekat di atasnya sahaja.

Korang, di pagi ni rasanya baik korang fikirkan sendiri tentang apa yang saya ceritakan.

  • Jika anda seorang isteri, bagaimanakah kaedah terbaik supaya suami anda cepat2 menghulurkan bantuan?
  • Jika anda seorang suami, bagaimanakah pula anda melayani kehendak isteri anda?

Sunday, August 23, 2009

Kesan Stress Kepada Anak


Bismillah,

Beberapa kali sudah saya berhadapan dengan ibu bapa yang tidak segan silu bercerita tentang masalah keluarga mereka di kedai ini. Saya semahu2nya mahu mengelakkan ini, bukan apa...saya selalu cepat kasihan, nanti saya tumpang menangis dan rasa bersalah pula sebab terima duit mereka sedangkan saya tahu mereka bukan dalam golongan yang senang dan tenang.

Selalu kita dengar, keluarga bermasalah akan melahirkan anak yang bermasalah. Jika kita melihat kepada resmi kuih, ia akan mengikut bentuk acuannya. Tetapi tidak semua anak juga akan membesar menjadi orang yang bermasalah. Mungkin dia tidak mendapat asuhan sempurna di rumah tetapi di sekolah, gurunya amat sayang kepadanya.

Beberapa hari lalu saya juga membaca entry Syayassir ini. Ini adalah salah satu dari banyak masalah perilaku murid di dalam kelas. Tidak ketinggalan sahabat sekolah rendah saya Azee yang keretanya dicalarkan dek budak. Saya juga teringat kawan2 saya yang suka marah2 malah bila saya selesai tolong mereka menjawab soalan matematik pun dia marah sebab dia tak boleh jawab dan saya boleh jawab.

Ada kemungkinan, mereka yang bermasalah ketika umur menjangkau dewasa ini adalah kerana mereka membesarkan di dalam keadaan yang stress. Berikut adalah kesan stress kepada anak kecil :

  • Cepat agresif - tidak sabar dan suka mengatasi masalah dengan cara yang ganas seperti bergaduh
  • Kurang ilmu - jadi mereka tidak mampu berfikir untuk mengatasi masalahnya
  • Berilmu tetapi salah mengamalkannya - mereka pandai dan boleh melakukan jenayah sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa
  • Tidak pandai berinteraksi - sering bergaduh
  • Sering sakit - selalu letih, sakit kepala
  • Senang dipengaruhi - terutamanya oleh anasir jahat, kerana selalunya perkumpulan jahat ini membela diantara satu sama lain
  • Rasa terasing - bila mereka telah menjadi jahat, mereka tidak betah untuk berada bersama orang yang baik apatah pula mereka terbiasa dengan kejahatan. Jadi sifat negatif ini akan berterusan
  • Sukar beri tumpuan - tanpa tumpuan mereka akan selalu gagal. Kemudian sekali lagi mereka akan dikritik, dimakihamun, dihukum..
Adakah kita telah membebaskan anak kita dari stress? Bagaimana pula untuk mengatasi masalah ini?

Thursday, August 20, 2009

Pasangan perlu kerap melakukan aktiviti bersama


Bismillah,

Ramadhan menjelma tiba. Pernahkah kalian terfikir, kenapa kita mesti hidup di dalam kelompok masyarakat dan bukan berseorangan? Kenapa kita digalakkan berkahwin daripada bujang sampai hujung nyawa? Kenapa wujud pelbagai kelab atau persatuan yang mempunyai halatuju yang berbeza2?

Adalah penting apabila kita buat kerja dengan tidak berseorangan, kita tidak akan rasa beban. Bila kita tidak rasa beban, benda yang besar menjadi kecil. Kerana itulah KLCC, Menara KL, Jambatan Pulau Pinang mahupun rumah yang kita diami ini wujud. Ia tidak dilakukan oleh seorang tetapi banyak tenaga dilaburkan untuk tujuan itu.

Perkara di bawah saya petik dari blog ini : sila klik untuk baca sepenuhnya

Hakikatnya, hidup berjemaah adalah salah satu dari ajaran penting Islam. Sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkannya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.” (Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)

“Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka melakukan yang sedemikian, terpeliharalah dari aku darah-darah dan harta-harta mereka kecuali atas hak Islam, dan hisab mereka kepada Allah.”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Allah tidak akan menyatukan umatku dalam kesesatan. Sesungguhnya tangan Allah bersama dengaan jemaah. Siapa yang berasing diri, maka dia berasing diri dalam neraka.” (Riwayat At-Turmuzi)

Kesemua hadits di atas memberitahu akan kepentingan berjemaah dan dosa berpisah dari berjemaah atau tidak berjemaah.

Tiada masa yang lebih penting bagi umat Islam dalam menghidupkan budaya hidup berjemaah yang betul dari ini. Ini adalah kerena salah satu dari masalah besar dan musibah utama umat Islam ialah perpecahan. Perpecahan merupakan sebab utama yang menjerumuskan umat Islam ke darjat sosial, ekonomi dan politik hari ini.

Allah taala berfirman yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran :103)

“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.” (Ali Imran : 105)

Keseluruhan masalah umat Islam hari ini tidak mungkin dapat ditangani melalui usaha individu atau kumpulan-kumpulan secara berasingan. Untuk menyatukan umat Islam dan mengatasi perpecahan, budaya hidup berjemaah yang betul perlulah disemarakkan


Begitu jugalah di dalam rumahtangga, sepatutnya kita harus berasa bahagia bila berdua. Benar ada ketikanya kita perlukan masa bersendirian tetapi ada banyak perkara yang perlukan bersama dengan pasangan kita. Di antara perkara yang boleh dilakukan bersama adalah seperti berikut :

  • Selalu beribadah bersama - terutamanya ketika mahu menunaikan solat. Di bulan Ramadhan ini ada baiknya jika kita dapat bertadarus bersama.
  • Mengingati dan meraikan ulangtahun dan hari kelahiran bersama
  • Berkongsi tugas di rumah - jika isteri sahaja yang melakukan kerja di rumah, maka isteri akan menjadi terlampau letih dan bukan salahnya lagi jika dia tidak melayan suami. Sebaiknya, suami menghulurkan tangan membantu sama melakukan kerja di dalam rumah. Barulah selepas itu isteri akan rasa bersalah jika tidak melayan suami.
  • Sering berjenaka dan bergurau senda - gurau senda takkan menjadi kalau sorang2 beb :P
  • Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga - beban masalah tidak akan dapat diselesaikan tanpa berbincang sesama suami isteri. Tanpa komunikasi antara keduanya, punahlah kebahagiaan

Semoga Ramadhan ini mengeratkan lagi hubungan kita sesama suami isteri dan anak-anak....

Tuesday, August 04, 2009

Melatih Anak Berkomunikasi


Bismillah,

Ntah kenapa saya suka bila dengar dua ibu dan anak bercakap. Bila anak bercakap dengan bahasa dia, dan juga dengan cerita yang mak atau ayah dia tak faham, kemudian mak atau ayahnya pula boleh bg feedback, saya kira ini adalah komunikasi yang hebat antara kedua ibubapa dan anak. Saya sll bayangkan anak2 saya, tidak kira apa cerita pun mereka mahu bercerita dengan saya.

Sehinggalah di satu tahap, mungkin saya akan jadi ibu yang bernaluri kuat bila anak saya tidak cerita apa2 tapi saya sudah dapat tahu dari wajahnya...wah!! Ini tidak bermaksud saya nak jadi Nujum Pak Belalang hokeh, memang telah ALLAH berikan naluri kepada ibu berkenaan anak2nya. Namun adalah menjadi satu cabaran yang hebat bila mana sekatan masa dan tugas telah menyebabkan saya sebagai ibu mungkin lalai untuk 'memberi masa' kepada anak2 saya bercerita dengan saya. :(

Jadi, bagaimanakah mungkin saya boleh melatih anak supaya berkomunikasi??
  • Bercakap sedari mereka masih bayi. Selain bercakap, buat juga pelbagai bunyian lain. Kita akan dapati mereka akan respon mungkin dengan ketawa, mungkin juga dengan kerutan di dahi. Saya dapati entry MommyLyna lately juga ada kaedah untuk merangsang anak bijak dan saya kira iu juga seswai untuk dijadikan cara mudah mengajak anak berkomunikasi.
  • Dedahkan anak kepada bahasa tubuh - mestilah bahasa tubuh yang positif macam pelukan, belaian, senyuman dan lain-lain. Janganlah jadi mcm saya yang tak sudah2 bagi bahasa badan dengan cekak tangan di pinggang. He he...
  • Walaupun suara saya sumbang dan suara suami saya pulak sumbing, kami suka menyanyi. Juga abahnya ada potensi untuk berpantun. Dalam hal melukis gambar juga abah mereka lebih lembut tangan tapi saya juga masih ingat cikgu tadika saya ajar saya melukis mcm mana. Kesemua ini mungkin akan membuatkan anak2 mahu lebih berkomunikasi dengan kita.
  • Membacakan kepada mereka buku cerita. Walaupun mereka sudah pandai membaca, tetapi bila bersama dengan adik beradik mereka, mereka tetap suka dibacakan buku. Tapi jika anda letih, bolehlah minta si kakak atau si abang yang pandai membaca supaya bacakan buku buat adik2nya.
  • Apabila anak menangis atau menggerakkan badan sebagai cara berkomunikasi, kita hendaklah memberi reaksi kepada mereka. OK, pernah dengar tak contohnya kalau anak tiba2 menangis akibat terkejut bunyi guruh, kemudian maknya pun pujuk2 dia, "Dah..dah..takde dah, dia dah pergi jauh." atau "Kesiannya anak mak, takde apalah nak ditakutkan itu bunyi guruh aje.." ?Reaksi seperti ini dapat menjamin hubungan erat antara orang ibubapa dan anak selain membina asas untuk belajar menggunakan bahasa.
  • Mulakan melatih anak dengan menyebut perkataan dua suku kata seperti 'ma-ma', 'pa-pa' atau hubungan objek dengan bunyi seperti 'meow' untuk kucing dan lain-lain
  • Kanak-kanak ada telo nya. Jadi, sebagai ibu bapa perlu memperbetulkan sebutan mereka secara tepat, perlahan dan ceria. Jangan menghukum mereka atau merendah2kan mereka.
Mm...sekali pandang, telah banyak perkara yang baik-baik saya tinggalkan. Demi anak2 insya ALLAH umi akan cuba juga utuk kembali kepada asal umi. Ya ALLAH, berikanlah aku lebih kekuatan untuk menghadapi saat ini...amin

Friday, June 12, 2009

Memberi & Menerima Teguran


Bismillah,

Wahai mereka yang membaca, ini hanya satu idea. Idea buat diri saya paling utamanya kerana sebenarnya saya turut bimbang untuk membicarakan hal ini. Mari kita bicarakan tentang Memberi Teguran dulu ya.

Saya pernah merasa terluka ketika ditegur. Sebenarnya, tidak ada salah dari pihak yang menegur. Saya yang salah di dalam hal itu namun siapalah manusia di dunia ini yang cepat merasa dirinya salah. Kita sering dipenuhi dengan rasa 'sentiasa betul'. Begitulah juga saya. Adakala saya tidak dapat menerima teguran.

Apa yang wajar anda lakukan untuk memberi teguran?
  • Pilih masa yang sesuai - jangan di hadapan orang
  • Pilih tempat yang sesuai
  • Pilih cara yang sesuai - direct dari mulut, surat, email, mesej, chatting
  • Gunakan bahasa tubuh yang tidak menyakitkan - memegang bahu, mengusap rambut, memegang tangan
  • Gunakan bahasa yang menyenangkan - jika sesama pasangan, gunakan perkataan 'kita' daripada menggunakan perkataan 'awak' seperti kes ini : "Anak kita selalu sakit sebab kita tidak jaga mereka elok2" daripada "Anak kita selalu sakit sebab awak tak jaga"
  • Jangan merendahkan orang yang anda tegur - ia hanya membuatkan orang yang di tegur lebih menerukkan keadaan
  • Berdoa semoga orang itu menerima nasihat anda

Bagaimana pula jika kita pula yang ditegur?
  • Segera memohon maaf jika benar anda bersalah (namun awas, ada sesetengah pasangan tidak suka anda memohon maaf. Ini adalah kerana mungkin dia telah memaafkan anda)
  • Jangan cepat melenting
  • Jika mahu menjawab atau membela diri, angkat tangan anda dengan comel dan kata, "Boleh saya cakap sesuatu...." Kemudian cakaplah namun awas, pastikan alasan anda masuk akal
  • Jangan mencari kesalahan orang yang menegur pula
  • Terima kasih atas teguran itu.
Semoga entry ini ada kesannya buat kehidupan anda!!

Friday, May 29, 2009

Persediaan Menjelang Perkahwinan


Bismillah,

Entry ini telah saya sediakan selepas tiba2 saya teringat kepada soalan linimarlini di shoutbox saya haritu. Maaf dik, akak ada hal dihari nampak mesej adik dalam shoutbox akak ni dan terus terlupa dah sampai kehari ini. Hopefully apa yang akak tulis ni boleh dimanfaatkan ye.

Sbnrnya, saya bukanlah orang yang paling layak untuk menjawab soklan ini memandangkan saya pun taktau saya sediakan apa masa menjelang perkahwinan dulu. Jika mahu diulang cerita, pasti ada yang dah nak termuntah membacanya. Ringkasnya, perkahwinan yang asalnya dirancang lewat terpaksa dilakukan secepat mungkin atas sebab yang hanya saya dan suami saya sahaja yang tahu. Keluarga kami pun tak tahu.

Cuma, dibawah adalah beberapa perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian menjelang hari perkahwinan :
  • Bak kata Ustaz Scene-R, berniatlah atau perbetulkan niat kerana apakah kita mahu berkahwin. Jika niat kita berkahwin adalah baik, maka baiklah jadinya insya ALLAH.
  • Muhasabah diri andai ada kelemahan yang mungkin akan menyakitkan hati pasangan kita itu. Mungkin boleh minta pendapat dari seorang sahabat baik kita. Walaupun kadangkala kita merasa susah untuk membetulkan kelemahan itu, berusahalah...kalau tidak banyak ubahlah sedikit
  • Mintalah pada ALLAH semoga ALLAH melorongkan kehidupan kita supaya selepas hidup berpasangan nanti kita akan lebih dekat denganNya
  • Kalau nak pegi spa ke merawat diri, jagalah batasan..jangan sampai terdedah aurat atau apa2 saja.
  • Minta nasihat dari orang tua tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh selepas berkahwin
Ah...ringkasnya, tak perlu yang pelik2lah. Semuanya akan berjalan seperti fitrah. Juga boleh rujuk dari link ini (dari laman web Saiful Islam). Linimarlini...maafkanlah akakmu yang blurr dalam bab ini. Tolong jangan contohi akak sbb akak aritu main redah aje. Prinsip idup akak kan 'Belasah jerrr'. Huhu..anyway, tahniah ye...

Happy Relationship Do’s And Dont’s By MommyLyna


OK, nak tau apekehalnya saya buat mende ni, adelah sebab saya telah membaca MommyLyna punya posting dengan tajuk diatas. Saya juga telah digula2kan oleh dia untuk menjawab soklan itu namun awas, jawapan saya adalah menurut hemah saya lah ye.

1. Sincerely accept him as my husband right from the start.
-DO. Namanya dah jadi suami maka kita bukan kawen sama kebaikannya aja tapi dengan keburukannya juga. Selepas je akad berlangsung, maka telah sah2 jadik bini orang, maka wajiblah pula bagi isteri untuk terima suaminya di saat itu jugak. Jangan tunggu 3,4,5 ari baru nak terima dia dengan ikhlas.

2. Put him as priority, even before the kids. Because he stands at the highest rank in ‘the people I shall obey to’.
-DO. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” — Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

3. Encourage him to respect and take care of his mother, even if the MIL is very the cerewet.
-DO. Tu mak dia, mana boleh ajar mana2 anak sekalipun untuk tidak menghormati mak ayah dia. Bila suami kita hormat mak ayah dia, anak2 kita akan memerhati dan mereka akan turut menghormati kita nantinya.

4. Avoid communication breakdown, always talk and discuss about everything. And if I can’t, just send an SMS, email or letter.
-DO. Takyah kawin lah kot kalau tamau sembang, tamau jadi kawan gossip, tamau jadi tempat mengadu. Kan? Skang ni plak zaman semua benda dihujung jari...picit je lah apa yang ada. Takde idea?? Google lah idea sampai jumpa...hihi

5. Pray for him everytime I perform solat so that he can get the happiness and succeed in everything he ventures.
-DO. Kalau suami susah kita pun susah wooo...

6. Ask for his attention because I am his wife. He should prioritize me more than everything.
-DONT. Lelaki perlu banyak benda nak fikir. Serius...dia akan jemu kalau asyik dipaksa mengadap bini dia aja. Minta sekali sekala tak apa, itupun kalau dia sedang lupa kepada prioriti kita.

7. His mother has no right on him after he has his own family. His mother should stay away from his life and let him be with me and the kids.
-DONT. Takleh la mcm tu...tak rela weih nanti kalau Usamah dengan Uwaiys buat gini pada umi. Sob sob

8. Protect his dignity and don’t tell others about his bad and his weakness. Unless if he’s doing something not right.
- DO. If he's doing something not rite, u must be the 1st person to correct him back.

9. Always cook his favourite food and even if I don’t like it, I will still smiling and eat together.
-DO. Especially when he ask for it. But for me, we eat everything together.

10. Cool him down if he is under stress of anger by saying nice words, not membebel.
-DO. Do backing ur husband when he is under stress, this will push up his mood again but dont forget to counterback whatever u think he is wrong.

11. Say sorry even if we’re not doing anything wrong to avoid argument.
-DONT. Ini adalah in my case la ek. Lagi mintak maaf lagi berat jadi. Suami ku itu bersedia untuk memaafkan (rasanya). So, yang ni kalau secara umumnya adalah maybe DO n maybe DONT

12. Ask for ‘kesamarataan’ in husband and wife. I deserve to live as what I want to.
-DONNO. Hihi I've never ask for 'kesamarataan' because most of the time I feel like I dont have the rightful to be 'samarata' with my dear suami. Maybe, because of this my husband act to 'samaratakan' hidup kitorang. Senang ceritanya, I respect U dan U balas dengan respect me back.

13. House chores is not my job, it’s him. So he has to do his job or get a maid.
-DONT. It is kerjasama wonderpet. Ha ha...the job is not mine but it is not urs also, but it is ours.

14. He has no right to check my handphone because it is my privacy.
-DONT. Tak kisah maa...cek la. Sebab kita pun suka cek enpon dia...ke ke

15. I have my own life and I don’t need to ask his permission if I want to do anything.
-DONT. Alangkan nak puasa pun kene minta izin weih. Dont act as if U dont have laki. In marriage, mana ada istilah own life lagi, ia adalah our life.

16. He has to choose between his mother family or me. If he loves me, then he should choose me.
-DONT. Keluargaku, keluargamu jua. Gitulah lebih kurang. Manusia sentiasa ada kekurangannya.

17. I would do all the chores and manage the kids, even if I am working and exhausted after a long day.
- DONT. Kalau suami tak buat, buatlah sampai dia buat gak keje. Mcm mana nak suruh dia buat? Gunalah mcm2 cara dan please give more attention to the way that most effective.

18. Be transparent and do not keep secret to each other.
-DO. So U guys, dont ask me to keep secret to my suami unless it is seriously secret.

19. I have to respect his privacy because a man always needs space for himself.
-DO. Kepala dia akan semak kalau tak abis2 dengan kita aje. Sementara dia gunakan his time of privacy, get urself privacy XTVT also.

20. Sexual intercourse is not important, as long as we show love toward each other.
-DONNO also n no komen. Kikiki...

21. Focusing on how to be a good wife and mother rather than asking/hoping him to be a good husband and father.
-DO. U can just hope ur husband to be so but dont ask them sbb men got their level of egoism. Biarkan aje..yang penting kita buat keje kite sbb bila kita tak buat itu adalah lebih menyerabutkan dari asyik dok mengharap dia buat, tapi dia tak buat2 jugak.

22. Being a wife needs lots of patience because not all men can understand women.
-DO. Hoho...perkara sabar ni, kalau korunk mak2 perasan korunk takkan khatam bab sabar ni. Diorang bukan tak understand but it just that they understand us with the way that we donno.

23. Support him in everything, his ups and downs.
-DO. Mestilah bro, jika dia tgh up, then it is ur up jugak. So takkan time dia down U still nak up sorang2 lagi beb...

24. I should ask him for nice presents for my birthday, if only he loves me.
-DONT. I've never expect any present from my husband. Takut nnt tak dapat jekk...kih kih...so better expect for nothing lah.

25. Love him unconditionally.
-DO.

26. Put some tolerance in everything because not all marriage last.
-DONNO

27. Say I love you everyday.
-DONNO. Need ka say I Lap U everyday?? I'm worry that my husband meremang bulu tengkok tiap kali I say so. Maybe u kan express ur love by SMS, cooking, touching, ironing his cloth, picit his kaki, jamu dia air n so on.

28. Always think about how to make him happy, even if he doesn’t always make me happy.
-DO. Sebelum he find anybody else to make him happy...ke ke

29. He should give me some money so that I can enjoy myself.
-DONT. Kalau dia nak bagi, dia akan bagi. Saya dah biasa mcm tu.

30. Ask someone else to cook (bibik or chef kedai) so that we can spend time alone together.
-DONT. Takleh sentiasa mcmni sbb perut dia bukan lapar nasi kedai esp kalau dia dah lapar dan harap kat umah ada makanan. Kalau bab maid, adei byk history lah yang suami senang2 cari lain sbb boring maid layan. Mcm mana ek?


OKeh, skang saya mau bgtau, kalau ada yg baca apa yg saya tulis terlampau menyerah, atau terlampau pasrah, atau terlampau apa2 aje aa.. but for me, it is a matter what u give, u get back. Pun dikebanyakan masa saya terkehel jugak dalam melayan suami ku yang penyabar itu. Ada masa boleh lah mengamak tapi pilih2 aaa...

Thursday, May 21, 2009

Mengapa seorang suami sanggup memukul isterinya?




Bismillah,

Tidaklah saya pernah mengalami hal ini (ALHAMDULILLAH) tetapi seperti yang bertanya, saya juga akan berasa hati andai ada orang yang terdekat dengan saya menghadapi permasalahan ini. Pastilah berat penanggungannya seorang isteri mahupun suami setelah terjadinya hal ini.






Lelaki ini mungkin kita boleh kategorikan kepada dua. Cuba kita kenal pasti suami kita di kategori mana. Setelah itu, barulah kita tahu pula caranya untuk bertindak sebagai seorang isteri. (Tolong fahami saya tidak bertindak sebagai contoh, tetapi saya hanya mahu berkongsi buah fikir saya sahaja). Sesungguhnya semua isteri itu wajib akur dengan ketentuan Ilahi supaya di akhirat kelak mendapat balasan yang setimpal dengan pengorbanan kita.



Wah..wah..tengok carta kebarangkalian saya...hihi...bukankah matematik itu relevan dalam kehidupan? :P


Dua kategori lelaki




  • Boleh bersabar - bagi wanita yang memiliki suami seperti ini maka bersyukurlah. Kerana hakikatnya kita isteri takkan boleh lari dari berbuat kesalahan. Apabila kita buat salah, pastilah si suami yang terpaksa bersabar dengan kerenah kita itu. Bagaimanapula jika kesalahan itu telah kita ulangi sekali sebulan? Berapa bulankah telah kita lalui bersama dengan suami kita itu. Jadi sekiranya ada salah silap, mohon pihak suami tegurlah dengan berhemah. Jika isteri anda jenis yang OK mcm anda juga, insya ALLAH akan rukun damai lah keadaan anda sekeluarga. Jika isteri anda melawan, pun masih ada caranya. Betullah anda boleh pukul, tapi rujuk betul2 dengan orang yang tahu kaedahnya. Saya ada meng'google' hal ini dan saya dapati satu orang Indonesia buat dan saya rasa saya faham je maksud dia (adakah aku terlalu byk tgk cerita Indon?). Sila rujuk link ni untuk cara pukul isteri ek... Jadi buat isteri yang suka melawan sedangkan suami anda bersabar, dengan dipukul sebegitu, tahulah anda bahawa suami anda telah melakukan banyak peringkat teguran sehingga akhirnya dia memilih untuk memukul anda. Owhh...jangan hingga begini ya..itu tanda kita bukan isteri yang baek...


  • Kurang penyabar - Ini kalau suami jenis ini dapat isteri yang OK, yang tak melenting tak apa lah. Kalau anda tak pukul pun dia akan cepat insaf barangkali. Jadi dengan kebaikan isteri anda ini, haruslah anda menurunkan level ke'hampeh'an anda supaya anda berdua sama2 menjadi ibubapa contoh buat anak2. Jangan sampai anak2 lihat bapa mereka seorang kaki buli ibu mereka dan yang lebih teruk lagi, kaki pukul. Kalau dah nama tak sabar, maka pastilah anda tidak akan merujuk kepada ayat dalam surah AnNisa : ayat 34 yang bermaksud
    "Men are (meant to be righteous and kind) guardians of women because God has favored some more than others and because they (i.e. men) spend out of their wealth. (In their turn) righteous women are (meant to be) devoted and to guard what God has (willed to be) guarded even though out of sight (of the husband). As for those (women) on whose part you fear ill-will and nasty conduct, admonish them (first), (next) leave them alone in beds (and last) beat or separate them (from you). But if they obey you, then seek nothing against them. Behold, God is most high and great. (4:34)
    Uwah, saya tulis maksudnya dalam BI, hihi...ini adalah kerana saya jumpa tafsir ayat ini dalam BI juga, sila rujuk link ini pulak ye. Bila isteri dalam kategori tak melawan ni pun jangan sampai maruah anda terus dipijak ye, kita ada undang2 Islam yang akan membela hak anda insya ALLAH. Tapi gimana pula kalau suami dah tak sabar, dapat bini lak yang jenis melawan? Hihi...saya rasa arini ko pukul aku, esok aku bantai ko balik...uwah, mesti cute kan? Anak2 jadi lak pengadil. Na'uzubillah...janganlah sampai ke tahap ini anda biarkan keadaan rumah tangga anda.

Semua yang kita lakukan akan mendapat pembalasan meskipun sebesar biji sawi. Betapa tepat dan jitunya penilaian ALLAH itu. Tetapi hal ini hanya mereka yang berfikir sahajalah yang akan merasa berat akan tanggungjawab sebagai ISTERI, SUAMI dan seterusnya sebagai IBUBAPA pula.


Mmm...menurut carta kebarangkalian saya tadi, kita dikedudukan mana? Semoga ALLAH menunjukkan kita jalan yang lurus menjadi orang yang mulia.

Jawapan saya untuk yang bertanya di dalam Respekss

Saya ingin mendapatkan pandangan sahabat2 di sini, bagaimana agaknya perasaan seorang suami sehingga sanggup memukul isterinya.

  • Sudah hilangkah sayang dan belas kasihan kepada isteri itu? -mungkin dia masih sayang, tapi isteri dia tak faham2 atau mungkin juga betul, dia dah hilang rasa sayang itu
  • Adakah kerana kesalahan lampau si isteri? -perlulah pula dilihat kepada punca permasalahan ini, jika dari kisah lampau, maka kenapa setelah kian banyak tahun, kisah lampau ini masih dikorek2? Tambah pula kalau isteri itu tak mengulangi kisah lampaunya, bukankah isteri itu telah berkorban di situ?
  • Adakah kerana mempertahankan ego seorang lelaki/suami? -kalau memukul kerana ego, maka memang kompem hampehlah suami itu
  • Adakah kerana hilang kesabaran dek kerana iman di dada masih belum kental? -mungkin iman itu ada, tetapi dah terhakis dan boleh jadi iman belum kental lagi.
  • Adakah kerana ilmu perkahwinan dan keibubapaan belum khatam? -mungkin juga.
  • Dimanakah rasa tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan pembimbing ahli keluarganya? -belum tentu yang memukul itu memukul kerana tiada tanggungjawab, mungkin saja dia memukul kerana rasa tanggungjawab nya itu.
  • Sudahkah hilangkah perasaan malu dan takut kepada Allah? -mmm...kalau suami itu benar2 malu dan takut, pastilah dia telah berikhtiar sehabis daya untuk membetulkan isterinya.

Wallahua'lam

**jangan lupa baca artikel saya tentang Suami Kaki Pukul juga ye..

Tuesday, May 12, 2009

101 Reasons Why I Lebb U


Bismillah,


Seblom ni ada 55 jek, arini saya jumpa lagi 101. Tak ke berpeluh orang ni nak mereka2 ha? Saya yang baca pun penat. Ekekeke...tapi cumil la kan akalu buat SMS kat jejaka idaman saya. Abang, tak yah lah ye saya SMS, ni kira nak kasi abang baca aje la ek. Walau apa pun, hakikatnya chentaku tidak ada alasan malah untuk tidak mencintai juga saya tak ada alasan. Penin tak? Fikirlah sendiri kanda ku.


(utk tgk 55 list sila klik sini)


Amaran keras : Saya tidak redha jika ayat dibawah digunakan dari seorang kekasih untuk kekasihnya yang belum dia kahwini. :D


1. I love the way we finish each other's sentences.

2. I love the way I know you'll never give up on me.

3. I love the fact that I wouldn't ever give up on you.

4. I love the way you look at me.

5. I love how beautiful your eyes are.

6. I love the way I can't imagine a day without you in my life.

7. I love the way if we were ever separated I wouldn't know how to go on.

8. I love the way we cuddle and watch sunsets together.

9. I love the way we sometimes stay up all night and just talk, then watch the sunrise together.

10. I love how I know you'll always be there when I need you to be.

11. I love the fact that I will always be there for you too.

12. I love how when I dream of my life partner, the only person that I can see is you.

13. I love how complete I feel when I am with you.

14. I love how our bodies just fit together.

15. I love the way you make me laugh.

16. I love the way you laugh.

17. I love the way you won't compromise yourself when we are together.

18. I love the way you won't let me compromise myself.

19. I love your thoughtfulness.

20. I love your tenderness.

21. I love your ability to speak without saying a single word.

22. I love the way we glance at each other across the room and know what each other is thinking.

23. I love the way, how even though we may be miles apart I still feel like you're right here with me.

24. I love the way you surprise me with the perfect gifts that show you pay attention to me.

25. I love the way you'll watch a sporting game with me even though you may not be interested in it.

26. I love the way you treat my friends.

27. I love your love for the things that interest me.

28. I love the way you let me live my life freely without jealousy.

29. I love how you demand respect but are not controlling.

30. I love how I would do anything in this world to make you happy.

31. I love how you would do anything in this world to make me happy.

32. I love the way your voice sounds over the phone.

33. I love the way your voice sounds when you whisper sweet nothings in my ear.

34. I love the completeness and oneness I feel when we make love.

35. I love your sensuality.

36. I love how our romance feels like the perfect romance movie.

37. I love how you are my soul mate.

38. I love the way you handle troubled times.

39. I love the way you respect me.

40. I love the way you protect and defend me.

41. I love how you feel when we cuddle.

42. I love the softness of your lips against mine.

43. I love the softness of you lips against my body.

44. I love the feeling of your hair brushing against me when we make love.

45. I love laying in bed at night talking about nothing.

46. I love waking up to find we've been cuddling together all night.

47. I love the surprises you leave for me.

48. I love your intelligence.

49. I love your ingenuity.

50. I love your ability to make friends where ever we go.

51. I love your love for life.

52. I love your passion for your hobbies and interests.

53. I love how every time I look at you, you take my breath away.

54. I love how I thank God everyday for bringing someone as wonderful as you into my life.

55. I love the fact you gave me the gift of our children.

56. I love the special moments that we shared that will remain my fondest memories of you and I.

57. I love spending the holidays with the one person I love the most.

58. I love how my heart skips a beat whenever you walk into the room.

59. I love how you love me.

60. I love how I love you.

61. I love the ways you choose to show your affection for me.

62. I love the way you inspire me to be more than I am.

63. I love the way you spark my creativity and imagination.

64. I love the way you make me feel like anything is possible as long as I'm with you.

65. I love your sense of humor.

66. I love the way you make me feel like royalty.

67. I love the way you dress.

68. I love your understated elegance.

69. I love you just the way you are.

70. I love your spontaneity.

71. I love our life together.

72. I love how if I died right now I would be the happiest person alive knowing I found my one true love.

73. I love the fact that we will grow old together.

74. I love your way with words.

75. I love the way you look when your sleeping.

76. I love the way you think you look awful when you first wake up when it is actually then I find you the most beautiful.

77. I love your willingness to share everything and most especially your heart with me.

78. I love your strength of character.

79. I love taking showers together.

80. I love the way you leave me love notes to find whenever you're gone.

81. I love the way you treat me.

82. I love the way you take care of us.

83. I love your cooking.

84. I love the way you take the time to thank me for doing every day things.

85. I love the way you show your affection when we are around friends and/or family.

86. I love the way you are not scared to show your affection when we are in public.

87. I love your confidence.

88. I love your ability to make me feel better when times are tough.

89. I love the way we make up after a fight.

90. I love how you treat our children.

91. I love the way you support me when I'm off track.

92. I love the way you take the time to show me how much you love me.

93. I love your beautiful hair.

94. I love your body.

95. I love your openness to try new things.

96. I love your ability to talk things through.

97. I love your courage to be you.

98. I love your greatness.

99. I love the fact that you want to be with me and only me.

100. I love how I am and feel when I am with you!

101. I love you for you!

Monday, December 22, 2008

Perhubungan Jarak Jauh


Bismillah,

Saya tergesa2 juga menyediakan tajuk ini kerana tadi kedapatan satu emel teguran yang mengatakan jika mereka membaca posting saya http://sitisifir10.blogspot.com/2008/12/jangan-jadi-gadisisteri-yang-murah.html sekali lalu, apa yg mereka faham adalah saya telah diceraikan. Tapi itu hanya satu respon dari yang membaca dan respon yang lain alhamdulillah semuanya menyambut baik dan faham seadanya.

Jadi utk counter back hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa kami sedang dalam percubaan untuk mencari rezeki yang lebih bukan untuk berlebih2an tetapi untuk menampung kekurangan yang telah terjadi sebulan dua lepas. Kami telah sama2 fahami akan risiko perniagaan dan alhamdulillah, sekalipun ada sedikit terhenyak, kami masih lagi diberi peluang merasa cukup.

Bagi menjadikan nukilan saya di hari ini tidak sebagai kisah peribadi saya sahaja, maka saya ingin sekali berkongsi tips bagaimana hendak memulakan perhubungan jarak jauh ini. Semoga ada bahagian yang telah kami lalui ini akan juga memberi panduan dan seterusnya manfaat buat yang lain.

1. Berbincang sedalamnya baik & buruk tinggal berjauhan.

Mungkinlah saya sekali ini tidak mengambil pen dan memulakan menulis satu garisan di atas kertas dan menyenaraikan kebaikan dan keburukan di petak yang berlainan. Tetapi, bagi anda sekelian, saya kira ini adalah satu bentuk brainstorming yang sangat jelas bagi anda untuk menilai adakah perhubungan jarak jauh ini baik buat semua. Sekiranya hasil perbincangan anda menunjukkan kebaikan melebihi keburukan, maka semoga perjalanan hidup anda seterusnya dimudahkan oleh ALLAH SWT.

Bagi note di atas, tujuan kami adalah untuk menjana ekonomi. Bukan di sini tidak boleh. Seperti yang dicadangkan oleh kedua ibubapa saya, ada baiknya jika suami saya mengajar. Tidak mahu terlalu jauh mengambil contoh, beberapa rakan saya juga tidak mudah untuk mendapatkan jawatan ini.

Saya lebih senang melihat suami saya berasa selesa dan gembira dengan persekitaran sekeliling. Pastinya di Parit Buntar ini dia merasakan tempat ini terlalu sempit dan budayanya jauh berbeza dari suasana tmpat asalnya di sekitar Jerteh ke P.Putih. Walaupun begitu, kami bukan tersalah pilih Parit Buntar sebagai lokasi perniagaan kerana tujuan kami ke sini adalah untuk lebih rapat lagi dengan keluarga saya. Itu tujuan suami saya memilih Parit Buntar.

Saya senang sekali apabila suami saya memutuskan P.Buntar sebagai lokasi kerana di sini kami anak beranak boleh menemani emak dan abah saya. Setelah sekian lama saya tinggal di asrama dan seterusnya kawin saya kira dari tahun 1992 sehingga 2007 adalah satu jangka masa yang panjang dan mungkin ini masanya kami memberi tumpuan kepada mereka pula.

2. Solat istikharah.
Bagi mendapatkan petunjuk yang lebih tepat, jangan lupa untuk menunaikan solat sunat ini.

3. Fikirkan bagaimana anda hendak mengatur kehidupan anak-anak anda.

Anda perlu mengaturkan di mana anak2 anda akan bersekolah. Jika anak2 mengikut ibu maka bagaimana pula ibu itu akan mengaturkan anak yang dibawah jagaannya. Begitulah sebaliknya andai ayah mereka yang menjaga mereka. Seeloknya sama2 mengambil tanggungjawab. Seandainya salah seorang tidak mampu, sebagai contohnya si ayah bimbang jadual kerjanya tidak menentu, elok juga diambil seseorang utk diupah bagi menemani isterinya.

Dalam hal ini, Asmaa' & Arwa akan di handle oleh saya. Usamah & Uwaiys pula akan di handle oleh abah diorang. Walaupun Usamah rapat dengan Asmaa' tetapi tugas abahnya nanti mungkin perlu ke sana ke sini dan pada pandangan kami tak manis anak dara kami diusung ke sana ke sini. Lagipula, Usamah dgn Uwaiys dah sah2 menunjukkan ciri2 'anak bapak' dan saya kalah dalam hal ini.

Lagipula Asmaa' akan masuk umur 5 tahun. Dah besar anak umi. Kami yakin di sini ada byk tadika terbaik utk dia. Usamah masih ada byk masa utk play time. Lagipun dia boleh ambil kursus kejantanan bila berada bersama dengan abah dia. Lain2 Usamah akan boleh belajar berbaik2 dengan Uwaiys sbb dua bro ni suka buli membuli each other.

4. Fikirkan bagaimana anda akan memberitahu orang yang terdekat atau yang akan terlibat dengan perubahan dalam keluarga anda ini.
Susah sebenarnya untuk memberitahu mereka yang terdekat dengan anda tentang hal ini. Ada yang akan memberikan sokongan dan ada pula respon yang tidak memberangsangkan. Walaubagaimanapun, jika anda berdua telah nekad dalam hal ini, maka anda perlulah ada persediaan mental bagi menghadapinya.

Bagi kehidupan saya, ibubapa saya pastilah menghalang kerana bimbang akan pelbagai perkara. Saya faham hasrat mereka namun saya berharap mereka akan memahami keadaan ini kelak. Kalau bukan hari ini mungkin di lain kali. Saya tidak bermaksud mahu menyusahkan sesiapa jadi saya berazam agar segalanya akan saya uruskan sendiri sedaya yang boleh.

Kalaulah boleh saya katakan pada kedua ibu bapa saya, janganlah bimbangkan saya kerana saya dengan rela hati terbuka dengan keputusan ini. Tapi rupanya saya hanya ada kekuatan untuk menulis yang mana saya tak pasti tulisan ini sampai atau tidak kepada mereka. Saya ingin sekali tinggal sendirian dengan Arwa tetapi saya faham suami saya pasti tidak tenang hati bila kami tinggal hanya berdua di situ.

Sekarang saya dan Arwa dan nantinya Asmaa' akan menumpang di rumah mereka. Saya akan cuba sedaya upaya utk menjadi anak yang taat melainkan hal itu berlawanan dengan suami saya. Justeru itu saya memohon doa kalian sekali lagi semoga keadaan kami akan bertambah baik dan bersatu semula sebagai satu keluarga yang terpisah oleh jarak. Tapi percayalah, hati kami tetap satu.

Jika sebelum ini saya selalu bercerita tentang kisah sedih saya menapai dan mcm2 la kan, tidak adil rasanya jika saya tidak menyampaikan satu khabar gembira. Alhamdulillah, jualan seminggu dua ni memberangsangkan (bg saya lah). Mungkin doa kalian maqbul dan semoga kalian mendapat keberkatan dalam kehidupan atas doa kalian. Saya senang sekali melunaskan beberapa hutang tertunggak dan ini berjalan perlahan2 seiring dgn duit masuk. Alhamdulillah keadaan saya sudah semakin memuaskan. Tinggal lagi saya mahu menyesuaikan diri untuk perpisahan sementara keluarga kami. Semoga ALLAH mudahkan saya dan anda juga!!