Sunday, August 23, 2009

Kesan Stress Kepada Anak


Bismillah,

Beberapa kali sudah saya berhadapan dengan ibu bapa yang tidak segan silu bercerita tentang masalah keluarga mereka di kedai ini. Saya semahu2nya mahu mengelakkan ini, bukan apa...saya selalu cepat kasihan, nanti saya tumpang menangis dan rasa bersalah pula sebab terima duit mereka sedangkan saya tahu mereka bukan dalam golongan yang senang dan tenang.

Selalu kita dengar, keluarga bermasalah akan melahirkan anak yang bermasalah. Jika kita melihat kepada resmi kuih, ia akan mengikut bentuk acuannya. Tetapi tidak semua anak juga akan membesar menjadi orang yang bermasalah. Mungkin dia tidak mendapat asuhan sempurna di rumah tetapi di sekolah, gurunya amat sayang kepadanya.

Beberapa hari lalu saya juga membaca entry Syayassir ini. Ini adalah salah satu dari banyak masalah perilaku murid di dalam kelas. Tidak ketinggalan sahabat sekolah rendah saya Azee yang keretanya dicalarkan dek budak. Saya juga teringat kawan2 saya yang suka marah2 malah bila saya selesai tolong mereka menjawab soalan matematik pun dia marah sebab dia tak boleh jawab dan saya boleh jawab.

Ada kemungkinan, mereka yang bermasalah ketika umur menjangkau dewasa ini adalah kerana mereka membesarkan di dalam keadaan yang stress. Berikut adalah kesan stress kepada anak kecil :

  • Cepat agresif - tidak sabar dan suka mengatasi masalah dengan cara yang ganas seperti bergaduh
  • Kurang ilmu - jadi mereka tidak mampu berfikir untuk mengatasi masalahnya
  • Berilmu tetapi salah mengamalkannya - mereka pandai dan boleh melakukan jenayah sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa
  • Tidak pandai berinteraksi - sering bergaduh
  • Sering sakit - selalu letih, sakit kepala
  • Senang dipengaruhi - terutamanya oleh anasir jahat, kerana selalunya perkumpulan jahat ini membela diantara satu sama lain
  • Rasa terasing - bila mereka telah menjadi jahat, mereka tidak betah untuk berada bersama orang yang baik apatah pula mereka terbiasa dengan kejahatan. Jadi sifat negatif ini akan berterusan
  • Sukar beri tumpuan - tanpa tumpuan mereka akan selalu gagal. Kemudian sekali lagi mereka akan dikritik, dimakihamun, dihukum..
Adakah kita telah membebaskan anak kita dari stress? Bagaimana pula untuk mengatasi masalah ini?
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!