Friday, August 26, 2011

Resepi : Masak Lemak Lobak Putih

Bismillah,

Maaple gambonye tak menggiurkan... plus kamera pun sila paham sendiri :P


Bahan-bahannya :
1 biji Lobak putih ~ kopek kulit dan potong ikut suka
Santan secukupnya
segengam ikan bilis
1 biji bawang besar ~ belah kasar2
2 ulas bawang putih ~ hiris
sedikit bihun (saya tak guna suhun, memang guna bihun)
garam secukupnya

Masukkan semua dengan api yang kecil dan rajin2 kacau. Dah mendidih baru masukkan sedikit bihun. Dah tutup api baru masuk garam.

Khasiat lobak putih :
  • Menambahkan susu badan
  • Bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku
  • Merangsang nafsu makan.
  • Meringankan gugup dan darah gemuruh.
  • Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan
  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Meredakan sembelit
  • Merawati selsema
  • Membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesitas dan melarutkan batu empedu.
  • Membantu dalam kes tuberkulosis.
  • Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang).
  • Baik untuk pesakit diabetes.
Kalau saya beli lobak putih atau peria, saya akan beli satu saja. Atau jika perlu beli 2-3 biji, saya akan pilih yang kecil2 sebab yang makan tu mungkin umi dengan abahnya aja. Anak2 akan makan tapi kena main paksa sikit :P Dulu kecik2 saya tengok je orang2 tua makan sayur2 yang begini tapi skang saya dah mengambil tempat orang tua2 itu dan anak2 saya telah menggantikan saya :))

Thursday, August 25, 2011

Lebah & Sengatannya Adalah Ubat

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.


Di bawah ini adalah beberapa gambar yang saya ambil selepas seekor lebah menyengat saya. Kali ini sengatan ini adalah disengajakan. 


Ini adalah bahagian bisa yang tertanggal dari tubuhnya 
Selepas menyengat , lebah akan mati...kesian dia. 

Kandungan bisa lebah adalah :

Secara keseluruhan, racun sengat lebah terdiri daripada120 komponen kimia aktif, tetapi hanya  40 yang telah dijumpai, diantaranya:


  • 11 peptida.
  • 5 enzim.
  • 3 amine.
  • Karbohidrat.
  • Lemak
  • Asid amino.

Sakitkah?
Sejujurnya disengat lebah memang sakit. Tetapi setelah saya membaca berulang kali, rupanya rasa sakit itu adalah kerana kita telah setkan di dalam kepala kita bahawa kita akan sakit jika disengat. Padanlah suami saya kelihatan rilek saja setiap kali disengat secara sengaja ataupun tidak. Kalaupun sakit, ia hanya berlangsung sekitar 5 minit sahaja :)


Mekanisma selepas sengatan lebah :
Seperti akupunktur, sengat lebah ini adalah untuk mengatur chi meridian atau mengatur keseimbangan yin dan yang di dalam tubuh dan seterusnya ia akan menghilangkan penyebab penyakit. 


Reaksi akibat disengat lebah : 
Setiap orang lain kesannya. Suami saya tidak mengalami sebarang perubahan pada tempat yang disengat. Manakala sahabatnya walaupun disengat seekor, terus demam. Saya pula, mengalami kegatalan, bengkak dan panas di sekitar kawasan yang disengat. Jika gatal itu bermakna seseorang itu mengalami alergi atau tekanan darah sedang menurun. Ada juga yang sehingga bengkak dan demam itu bergantung kepada tahap alergi masing-masing namun insya ALLAH dengan sesudu dua madu akan menjadi ubat.

Jika kalian berminat dengan pengubatan jenis ini, adalah disarankan untuk menjalaninya sehingga 5 kali suntikan. Setiap kali disuntik, pastikan surut dulu demam dan bengkaknya barulah boleh diulang. Insya ALLAH dengan berdoa kepada ALLAH pasti ia akan menjadi ubat.

 Jika ada sesiapa yang berminat untuk cuba kaedah rawatan ini, rasanya boleh telefon ke nombor suami saya : 0199105058
Mohd Sabri Salleh

Kalau ada orang perempuan yang nak buat, jangan bimbang.. tidak perlu mendedahkan aurat untuk tujuan pengubatan ini. Asalkan kalian boleh duduk diam saja :P

Wednesday, August 24, 2011

Kunang-Kunang

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Kunang-kunang adalah salah satu makhluk ciptaan ALLAH yang cantikkan? Kisahnya si kunang-kunang ni yang lebih ilmiah boleh dibaca di Wiki ni. Teringin sekali rasanya hendak menyinggah ke Kg Kuantan di Kuala Selangor yang dikatakan ada banyak kunang-kunang berkeliaran di waktu malam.

Sesiapa yang nak tau cerita pasal kunang-kunang secara lebihnya boleh baca entry ini :


Ini adalah kunang-kunang yang sesat masuk ke rumah. Anak-anak saya memang berani pegang serangga tak macam uminya :P Kalau ia tak membahayakan tak apa. Yang saya paniknya diorang suka main dengan lebah juga.



Ketika mengkaji dunia makhluk hidup, akan kita temukan contoh-contoh amat menakjubkan tentang "teknologi". Dalam tubuh seekor serangga mungil atau pada permukaan suatu tumbuhan terdapat perangkat mengejutkan yang dirancang dengan kecermatan luar biasa. Semua ini menunjukkan bahwa terdapat "perancangan" sempurna pada tubuh makhluk hidup. Mustahil rancangan ini tiba-tiba saja terbentuk dengan sendirinya tanpa sengaja diciptakan, dengan kata lain muncul menjadi ada "secara kebetulan" sebagaimana dinyatakan oleh teori evolusi Darwin. Jelaslah bahwa makhluk hidup ini diciptakan oleh Pencipta yang memiliki kekuasaan atas seluruh alam kehidupan.

Tuesday, August 23, 2011

Anak Ke Sekolah Cina Perlu Lebih Motivasi

Bismillah,

Saya baru hantar anak-anak saya yang bertiga itu ke kelas tuisyen. Satu hari suami saya balik dan dia diberitahu oleh cikgu tuisyen itu yang pencapaian Usamah dan Uwaiys adalah lemah. Dia kata lagi Uwaiys tu tak apa la sbb dia 5 tahun (actually Uwaiys 5 thn bulan November nnt) tapi Usamah dah nak masuk darjah 1. Wah.. terrase la ai sebagai mak dia kan sebab semasa saya mengajar di rumah, saya dapati level pemahaman Usamah dalam Maths adalah lebih kurang sama dengan Asmaa' kakaknya.

Dari segi penguasaan vocab pula, juga saya rasa adalah lebih kurang sama dua beradik itu. Cuma bezanya adalah semasa bacaan Iqra', Usamah tidak selancar Asmaa' tapi saya terima juga sebab dia masih kecil. Jadi, saya rasa pendapat cikgu Lim itu adalah kerana mereka masih tidak menguasai Bahasa Cina disamping Usamah agak pendiam orangnya bila di sekolah (kontra abis compare di rumah).

Asmaa' pun saya hantar ke Cikgu Lim itu juga kerana kata cikgu itu, bila dia duduk di dalam kelas yang sama dia akan belajar bahasa Cina secara indirect. Saya tidak memaksa mereka berbahasa Cina tetapi saya rasa barangkali itu adalah kemahiran yang mereka juga mahukan. Mereka memang excited bila bercakap tentang bahasa Cina.

Pro
  • Anak boleh berbahasa Cina
  • Dapat belajar bersaing ~ sebenarnya kaum mereka juga macam kita, ada yang pandai dan ada yang sebaliknya
Kontra :
  • Kesian anak kena catch up bahasa Cina
  • Belum tentu dia dapat bertutur dalam bahasa Cina
  • Perlukan kelas tambahan untuk memberi sokongan lebih memandangkan ibubapa mungkin tak dapat ajar sendiri
Di atas ni adalah pro dan kontra yang saya kutip sikit dari meng'google'. Pada pendapat saya, apa yang ada di dalam kontra itu jalan selesainya ada. Ia adalah dengan memberi lebih banyak motivasi kepada anak-anak. Tidak hanya anak-anak yang bersekolah Cina, sekolah kebangsaan yang lainnya juga mesti diberi motivasi. Insya ALLAH di lain masa saya akan bincangkan apa yang boleh kita usahakan bila mahu menghantar anak-anak ke sekolah Cina.

Akhirnya, saya sertakan beberapa link pengalaman mereka ini belajar di sekolah Cina :

Best baca pengalaman diorang ni :))


Monday, August 22, 2011

Promosi Umrah Percuma melalui PERADUAN HADIS 40 TELAGA BIRU

Bismillah,

Masih ada beberapa hari lagi sebelum peraduan ini habis. Tarikh tamatnya adalah pada 31 Ogos 2011.


Telaga Biru Sdn. Bhd. sedang menganjurkan Promosi Umrah Percuma melalui
PERADUAN HADIS 40 TELAGA BIRU
Rakan-rakan boleh menyertai peraduan ini melalui AdikBijak.com dengan
mengikuti DUA langkah mudah berikut:
LANGKAH 1
Beli senaskah buku HADIS 40 IMAM NAWAWI secara online di Adikbijak.com





Hadis 40 Imam Nawawi
Ustaz Zahazan Mohamed


Setiap satu hadis yang terkandung dalam buku
ini diiringi gambar foto: pemandangan, objek,
artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan
hujah serta huraian hadis.


Koleksi bacaan yang mesti ada
disetiap rumah

  • Kod Produk: TB0111
  • ISBN: 978-967-388-012-6
  • Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM23.00
  • Harga Ahli VIP: RM21.50 (BP: 2.50)
  • Berat:  350 g
  • Kesesuaian Usia:  Umum


LANGKAH 2
Jawab 2 soalan yang akan kami emailkan kepada anda

Itu sahaja...
Mudah sangat bukan?! Apa tunggu lagi dapatkan naskah
HADIS 40 IMAM NAWAWI hari ini juga!!!
http://www.adikbijak.com/images/main_logo0.jpg


KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI BUKU INI :))




Cencalok Meletup!

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Bulan-bulan puasa begini cerita pasal cencalok pulak. Kalau orang selain Melaka, mesti tidak terliur kan? Saya walaupun bukan orang Melaka tapi sesekali datang juga hangin nak makan cencalok ni. Satu hari tu, walaupun takdela teringin sangat nak makan, tiba2 ternampak botol cencalok ni di kedai runcit. Bila tengok diusahakan dek orang Melayu (mudah2an) saya pun beli.

Bersama dengan cencalok tu saya beli petis udang juga. Ini suami saya tengok dia geleng2 kepala sebab dia tau tak lama lepas tu berdesinglah dia dengar bunyi bersin macam bunyi pertunjukan jet di Gong Kedak :P

Memang pada botol ni dah warning cara membuka botol ni. Caranya ialah penutup tin tu ditebuk sedikit supaya angin dari dalam dapat keluar. OK, saya buat sebagaimana diarahkan. Sikit betul lubang cencalok tu saya buka tapi air cencalok mencurah keluar dari dalam sampai habis bumbung rumah kami jadi mangsa. Tu belum kira container rempah saya dengan tempat letak sudu yang berdekatan.

Malah hari tu, 4-5 kali saya salin baju dan mandi pun bau cencalok melekat. Menyembur sampai atas kepala tau... Alhamdulillah juga saya sentiasa memakai spek, kira ia menjadi protection jugalah. Kalau tidak kelabu pulaklah mata umi kan.

Cara makan cencalok :

  • cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.



Petis itu, bila saya tanya kawan2 di fesbuk, ramai yang kata makan dengan laksa...erk, saya bubuh rasa macam tak best je sbb dia jadi manis sedangkan saya suka laksa yang masam betul. 

Utk sos cili tu, saya beli kot2 nak goreng cucur. Abah diorang tak berapa minat kalau dibuat masakan. 

Mega-3 pula saja nak enter the frame :P

Saturday, August 20, 2011

Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Bismillah,

Saya masih tidak jemu lagi menulis tentang penyusuan susu ibu. Mungkin di kalangan blogger ramai yang dah hadam tajuk ini tapi semoga entry ini dapat dijadikan panduan asas kepada newbie terutamanya mereka yang akan mendapat anak sulung.

Bagaimana untuk memulakan penyusuan susu ibu
Pertama kali kita memegang anak kita di dalam delivery room adalah momen yang paling tepat untuk memulakan penyusuan susu ibu. Permulaannya, tubuh kita akan menghasilkan amaun kecil susu yang istimewa iaitu kolostrum. Kolostrum inilah yang akan melindungi bayi dari sebarang jangkitan penyakit.

Tidak perlulah kita bimbang kerana perut bayi adalah sangat kecil. Jadi dia tidak memerlukan bergelen-gelen susu untuk mengenyangkannya. Dengan kuasa ALLAH, semakin besar baby kita itu, semakin banyak pula susu akan dihasilkan oleh tubuh badan kita.

Saiz perut bayi :

Apa yang perlu kita lakukan adalah mengalihkan tubuh baby kita menghadap kita, dada ke dada. Suakan puting kita pada bibir atasnya dan bila dia membuka mulutnya dengan luas, masukkan puting ke dalam mulut baby. Sebagai permulaan, ampulah payudara kita sedikit. Pastikan kebanyakan kawasan yang gelap (areola) masuk ke bahagian dalam mulutnya.


Apa yang penting adalah jangan panik apabila melihat baby kita itu kelihatan susah untuk melekap pada puting. Penyusuan susu ibu adalah sangat memerlukan kesabaran dan latihan. Jangan malu2 untuk mendapatkan bantuan daripada orang yang lebih tua, keluarga dan sahabat handai. Barangkali dengan menyertai grup di dalam Facebook seperti Kumpulan Ibu Menyusu akan sangat membantu.

Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
  • Perhatikan konsultan laktasi membantu ibu baru menyusukan baby mereka ~ jika ditakdirkan kita mendapat bayi pramatang, barangkali kita terpaksa mengepam terlebih dahulu susu dan mereka disusukan melalui tiub atau botol sehingga dia cukup kuat untuk menyusu. 
  • Ingat, penyusuan susu ibu sepatutnya tidak menyakitkan ~ pastikan seluruh kawasan areola memasuki bahagian mulut baby. Kalau bahagian ini tidak masuk dengan betul, kita akan rasa sakit. Bukan dah lama menyusu baru sakit, memang kalau kita salah posisi kita akan rasa tak selesa. Jadi bila rasa tidak selesa, cepat2lah keluarkan puting dari mulut bayi dengan memasukkan jari kelinking ke dalam mulut bayi. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila lekapan telah betul, penyusuan akan lebih lancar. 
  • Kekerapan menyusu ~ sangat kerap. Lebih banyak kita menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Itulah hikmah ALLAH telah memberi 'cuti' selepas melahirkan. Menyusu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam adalah sangat bagus. Seeloknya jangan dijadualkan penyusuan itu tetapi susukan sahaja bilamana baby kita menunjukkan tanda2 sedang lapar seperti memusing2kan kepala ke arah dada kita apabila didukung, membuka mulut apabila kita letakkan tangan di pipinya atau di bibirnya. Jangan tunggu sehingga baby menangis, itu tandanya kita dah lewat menyusukan baby kita.
  • Kejutkan bayi di awal kelahirannya untuk menyusu ~ memang baby kuat tidur di awal kelahirannya. Kadang2 setelah dikejutkan pun dia akan tidur semula. Goyang2kan sedikit tubuhnya supaya dia akan terjaga semula. Untuk memastikan dia menyusu dengan cukup jangan biarkan dia tidur lebih lama dari 4 jam. 
  • Selesakan diri ~ kadang2 satu sesi penyusuan boleh berlangsung begitu lama iaitu sehingga 40 minit. Oleh itu, pilih tempat yang selesa untuk menyusu. Selain tempat, pastikan posisi juga selesa supaya tidak lenguh tangan dan belakang tubuh kita. Sebab tu ada di kalangan kita yang jual nursing pillow tapi untuk orang yang bajet macam saya, bantal biasa yanbg lembut pun OK. Sama ada berbaring atau duduk, pastikan kita dan baby selesa. 
  • Apa yang patut kita makan ~ pemakanan seimbang pastinya. Walaupun kita dapat membekalkan susu yang cukup walaupun ntah apa2 yang kita makan tetapi dengan mengamalkan pemakanan seimbang akan menjadikan susu kita menjadi susu yang berkualiti. Jika lapar, makanlah. Usahlah terlalu bimbang dengan jumlah kalori yang diambil dan pastikan air juga mencukupi supaya kita tidak kekeringan. 
  • Lapar? Makanlah ~ ramai dikalangan ibu yang menyusui berasa lapar. Logiklah kerana tubuh kita bekerja untuk menghasilkan susu buat bayi kita. Makan makanan ringan yang sihat di antara waktu makan adalah lebih baik dari makan banyak secara mendadak. Itu akan membuatkan tubuh kita tidak kelaparan dan tenaga untuk kita adalah mencukupi. Perlulah diingatkan, dengan menyusukan anak kita, 200-500 kalori akan dibakar.
  • Tinggalkan kafein apatah lagi arak (alkohol) ~ Utk kafein, andai rasa nak juga minum, janganlah melebihi 12 oz sehari, jika tidak ia akan memasuki tubuh bayi melalui susu dan mengganggu sistem tubuh baby kita. Arak apatah lagi...bagi ibu2 yang non Muslim, arak banyak sekali mudharatnya jadi tinggalkanlah. 
  • Makanan pedas bolehkah? ~ Kebanyakan bayi boleh menerima kepelbagaian rasa susu ibunya. Tapi jika anda perasan bayi anda kembung atau sakit perut, tinggalkan makanan tertentu yang disyaki telah menyebabkan ketidakselesaan kepada anak. Sebab itu, orang Melayu mengamalkan pantang mereka. 
Masalah yang mungkin dialami ibu yang menyusu
  • Engorgement ~ payudara yang penuh
  • Luka pada puting
  • Mastitis ~ jangkitan pada payudara
Apabila mengalami masalah ini, berjumpalah dengan konsultan laktasi atau doktor segera. Insya ALLAH mereka ini akan membantu kita dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Selebihnya pohonlah kepada ALLAH semoga diberi kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ibu.


Friday, August 19, 2011

Terbabas Sahur

Bismillah,

Pernah tak terbabas sahur. Kalau saya sendiri, zaman sebelum kawin, dari mula saya berpuasa sehinggalah nak dekat kawin, saya rasa saya tak pernah terbabas sahur. Taktaulah kalau saya tak ingat. Masa di rumah dengan mak saya, mak tak pernah fail kejutkan kami dan pastikan kami semua bersahur. Masa di sekolah pun geng2 saya adalah kaki sahur (ayat apakah ini?).

Sehinggalah di awal2 perkahwinan kami, semasa kami berpuasa sendiri, saya terpaksa meminta mak saya mengejutkan saya setiap hari kerana saya tidak percaya diri saya sendiri dalam hal terjaga-dikejutkan-jam-atau-telefon. Selepas itu saya berlatih sedikit demi sedikit berdikari. Selalunya, hasil dari sedar-diri, saya akan masak berbuka biar berlebih supaya nanti sahur dapat makan tanpa perlu masak di tengah malam atau esok paginya.

Tapi ada satu kenangan yang saya tak dapat lupakan. Ada satu masa saya terlewat mengejutkan suami dan dia hanya sempat makan dan tidak sempat minum. Wuwuuuu... rasa bersalah tu meleret-leret sehingga ke hari ini. Saya selalu berharap yang saya tidak akan mengulanginya lagi kerana saya tahu bagaimana rasa sakitnya kekurangan air tu.

Jadi, di sini adalah antara apa yang saya amalkan untuk mudah bangun (walaupun tak berapa mudah) :

  • Hari ni pasang alarm lagu London Bridge, esok pasang lagu Burung Kakak Tua. Koman2 dalam 3 hari mesti tukar lagu yang berlainan. 
  • Masak nasi sebelum tidur. Kalau nasi tak masak lagi, jangan masak guna rice cooker pagi2 tu, masak cara tradisional (erk...dapur gas la...kang ada yang hembus arang pepagi lak)
  • Atau lebih baik masak nasi untuk berbuka sekali dengan sahur terus. Esoknya bangun sahur boleh reheat sementara gosok gigi. 
  • Pastikan di dapur ada stok sardin, oat, roti, buah, telur. Paling bagus adalah oat, panaskan air hingga mendidih, masukkan oat dan taruk lah hirisan kurma dan sedikit Radix Koko. 
  • Kupas bawang siap2 untuk seminggu. Pastikan letak dalam bekas bertutup untuk tahan lebih lama. 
  • Ada sesetengah ibu memastikan ada vitamin sebagai suplemen.
  • Untuk keselamatan, ada juga orang makan siap2 sebelum tidur tapi saya rasa ini cara yang kureng sihat untuk perut kita. 
OKlah itu saja kot yang saya dapat dari meng google. Semoga ada manfaatnya :))


Tips Berpuasa Tanpa Bau Mulut

Bismillah,




Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)

Mulut orang yang berpuasa ada baunya yang tersendiri. Ada orang ada yang tidak ada sebarang masalah dengan bau mulut tapi ada sesetengahnya ada. Walaubagaimanapun, adalah lebih selesa jika mulut tidak terlalu berbau. Di bawah adalah sedikit tips yang saya ambil di sini dan di sana :)


  • Seeloknya sebelum Ramadhan, jadikanlah rutin untuk memeriksa gigi. Saya baru sahaja buat scaling seminggu sebelum bulan Ramadhan aritu :))
  • Berus gigi dan lidah sebelum tidur, dan selepas sahur (tapi saya sebelum sahur pun gosok juga) juga pastikan cara kita gosok gigi adalah betul
  • Jauhkan makan perkara2 yang baunya 'sila-faham-sendiri' seperti petai, jering, durian dll 
  • Banyakkan makanan yang kaya serat spt buah dan sayur
  • Walaupun berpuasa, jadikan amalan untuk minum 8 gelas air sehari (mestilah waktu malam...takkan waktu siang plak :P)
  • Ada orang kata, berkumur dengan air rebusan ssirih selepas sahur elok untuk menghilangkan bau mulut. Cubalah... 

Saya rasa sifir yang betul untuk mengelakkan bau yang keterlaluan adalah air yang mencukupi selain penjagaan gigi yang betul akan mengelakkan bau mulut.

Thursday, August 18, 2011

Ajar Anak : Panduan Berdoa

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.



Sekarang dah makin jarang dapat membaca majalah bersama anak-anak sebab diorang dah mula ikut kelas tambahan di siang hari. Kalau dulu, saya manfaatkan masa di luar rumah sambil membaca majalah. Ada masa lain, saya bacakan mereka majalah selepas Maghrib kalau masing-masing dah makan. Selebihnya kalau time cuti hujung minggu.

Sambil bacakan mereka majalah tu, saya akan buatkan peta minda. Saya memang penggemar peta minda ni sejak zaman sekolah menengah lagi. Jujur saya katakan, saya lebih memahami konsep sesuatu pelajaran bila saya buat peta minda ni.

OK, di bawah adalah nota yang saya buat. Hajat nak tampal kat dinding tapi ada yang baik hati tolong siram air atas kertasnya so harap maklumlah...

Pelbagai persoalan diajukan dek anak2 saya, tapi saya dah tak ingat apa yang mereka tanya. Masa baca bab berdoa ni, saya minta diorang untuk doakan abah mereka cepat sihat sbb jika tangan abah mereka tak baik, maka makin lamalah kami semua kerugian banyak benda. Nak pergi pantai ke air terjun pun kene fikir juta-juta kali :P


Wednesday, August 17, 2011

SalamFone

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Beberapa bulan yang lalu saya telah 'minta percuma' Simkad Salamfone ni melalui Facebook.
Saya hantar email ringkas kepada Salamfone seperti di bawah :



From: Norhafizah Madzlan [mailto:sitisifir10@facebook.com
Sent: Saturday, June 18, 2011 9:07 AM
To: enquiry@salamfone.com
Subject: Conversation with Norhafizah Madzlan
Sent: Saturday, June 18, 2011 9:07 AMTo: enquiry@salamfone.comSubject: Conversation with Norhafizah Madzlan
Saya Rakan FB Salamfone!
Jika masih ada SIM pack percuma utk saya :))


Rasanya syarat untuk dapat simpack percuma adalah dengan menjadi rakan FB SalamFone
Sekejap je dapat respon dari mereka :


Salam Norhafizah! Sila balas emel ini dengan: 1)      Nama Penuh (Mengikut IC)2)      Nombor IC3)      Alamat Kediaman4)      E-mel5)      Nombor telefon bimbit/rumah Kami akan menghantar SIM pack ini kepada anda secara PERCUMA! Terima kasih kerana menyokong Salamfone. Dengan ikhlas, cid:image003.png@01CC1AD7.F3000F60Khidmat pelanggan: 010 - 600 1111




Untuk keterangan lanjut mengenai Salamfone sila klik sini :

Salamfone Sdn Bhd