Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, June 06, 2018

Resipi Menggunakan Pressure Cooker dan Air Fryer

Bismillah,




Dimaklumkan, buku 77 RESIPI ISTIMEWA PRESSURE COOKER ni dah siap printing manakala satu lagi buku sedang dalam proses printing tapi kita dah boleh buat pre-order 77 RESIPI ISTIMEWA AIR FRYER

Buku ni adalah buku panduan paling mantap untuk pengguna Multifunction Pressure Cooker Noxxa dan Air Fryer Haier (air fryer lain boleh juga).

PC Noxxa dan Air Fryer memudahkan kerja memasak kita especially diwaktu Ramadhan dan menyambut Aidilfitri kelak.

In syaa Allah dengan PC Noxxa dan Air Fryer , tak adalah lagi kejadian penat memasak malam ke pagi, wajik dan dodol jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman.

Maka, bolehlah asyik bersembang pakcik dan makcik.. Hai duit raya lupa nak di beri

Buku resepi ini menggunakan Periuk Tekanan Elektrik berjenama "NOXXA"


Belum ada PC? Dah, jangan bimbang, kalau nak beli cash tak dapat, boleh je nak beli dengan main kutu (beli dan dapat ikut giliran) atau bayar ansuran (bayar 4 kali dan dapat PC pada bayaran pertama).

Nak air fryer Philips pun boleh kita kecek kiro jugop hehehe..

Ok, kalau ada yang berminat buku ke, Noxxa PC ke Air fryer ke boleh kita sembang tepi.

WhatsApp saya dengan klik link ini :

http://www.wasap.my/60199515058


Wednesday, November 05, 2014

Biskut walnut chia seed

Biskut walnut chia seed

Bahan
Bahan asal 》bahan derhaka

6oz gula halus 》200g gula perang sihat2u
8 oz mentega 》250g butter Beqa
12 oz tepung naik sendiri 》400g tepung atta
3 biji kuning telur 》2 biji telur itik
1/2 cawan serbuk kacang walnut (saya beli kacang walnut organik dan tumbuk jadi serbuk)
》》 saya tambah chia seed sesudu besar

Cara membuat :
1. Kacau Beqa, telur dengan gula perang sehingga kembang (saya guna food processor yang piring ketak2 tu)
2. Kemudian masukkan chia seed tepung atta dan serbuk kacang walnut dan diuli sehingga sebati.
3. Tekap dengan acuan. Boleh letak hiasan ikut suka. Kismis, kurma, walnut, cip coklat atau apa sahaja yang kalian suka.

Masa buat dalam setengah jam
Masa makan takdan 5 minit kakaka..
Maklumlah 7 anak plus 2 makpak
Berebut2 weols makan haha..

Susah nak cari serbuk walnut. Sepuluh kali pergi Mydin takde jugak so bila jumpa walnut organic Himalaya saya beli terus. Tumbuk plak dalam lesung bekas tumbuk kunyit maka kuninglah serbuk walnut ku. Lupa nak tangkap gambar walnut yang fail tu hahaha..

Ai bakar dalam pemanggang ajaib separuh dan separuh lagi dalam oven. Pemanggang ajaib api slow dalam 10-15 minit dan guna oven guna suhu 200° dalam 15 minit.

Resepi Dondang Daging

Dondang daging (bahahaha...)

Ni lagi satu resepi sesat barat kikiki..

Nak buat dendeng end up jadi dondang hoho..

Bahan :
Daging

Kisar :
Bawang merah
Halia
Asam jawa
Ketumbar
Serbuk kari daging

Cara :
1. Potong daging
2. Perap dalam bahan yang telah dikisar dalam sejam
3. (Sepatutnya elok dijemur biar kering dan kemudian goreng) - tapi ai xdan..
4. So ai letak minyak sikit dalam pemanggang ajaib dan kemudian masukkan daging dan bahan perap sekali. Tutup pemanggang ajaib dan pergi lepak sekejap.
Bila dah agak dah empuk masukkan garam dan habbatussauda...

Resipi sesat pun layan weih haha.. ntah macam mana sebenarnya rasa dendeng eh? Kiki...

Cepat je masak daging pakai pemanggang ajaib hehe..

Sunday, September 04, 2011

Resepi : Mi Udang

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.

Bahan-bahan :
Mi HPA

0.5 kg udang
- kulit rebus
- isi masuk dalam kuah

Sayur :
kangkung kutip tepi rumah
tomato
daun saderi

Kisar :
Kulit udang (saya rebus dulu kemudian blend dengan 3 kali air baru saya masukkan semua hampas dalam kuah)
bawang putih 4-5 biji
bawang merah 3-4 biji
cili kering 5-6 keping (celur jugak dulu)
lengkuas besar ruas ibujari

Hiasan :
Daun bawang

Cara :
Tumis benda yang hiris2 itu semuanya kecuali kulit udang
Sudah naik bau tambah air blender kulit udangnya
Masukkan sayur dan udang
Mi tu celur asing

Tak menggiurkan?? Memang!! Tujuan saya masak adalah rasanya, bukan rupanya :)

*Abang ipar saya datang malam tu sorang-sorang. Saya tatau nak jamu apa kat dia sbb dia masuk lepak kejap sambil tgk bola dgn suami. Bila dia balik baru teringat dia ada resdung...
*Ini adalah first time saya blender dan makan kulit udang....huhuhuhu...

Friday, August 26, 2011

Resepi : Masak Lemak Lobak Putih

Bismillah,

Maaple gambonye tak menggiurkan... plus kamera pun sila paham sendiri :P


Bahan-bahannya :
1 biji Lobak putih ~ kopek kulit dan potong ikut suka
Santan secukupnya
segengam ikan bilis
1 biji bawang besar ~ belah kasar2
2 ulas bawang putih ~ hiris
sedikit bihun (saya tak guna suhun, memang guna bihun)
garam secukupnya

Masukkan semua dengan api yang kecil dan rajin2 kacau. Dah mendidih baru masukkan sedikit bihun. Dah tutup api baru masuk garam.

Khasiat lobak putih :
  • Menambahkan susu badan
  • Bermanfaat bagi gigi, gusi, saraf, rambut dan kuku
  • Merangsang nafsu makan.
  • Meringankan gugup dan darah gemuruh.
  • Baik untuk mereka yang menghadapi masalah pernafasan
  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Meredakan sembelit
  • Merawati selsema
  • Membantu mengurangkan kelebihan berat badan atau obesitas dan melarutkan batu empedu.
  • Membantu dalam kes tuberkulosis.
  • Lobak juga mempunyai kesan diuretik ringan, meningkatkan pengeluaran urin oleh buah pinggang (elok untuk pesakit batu karang).
  • Baik untuk pesakit diabetes.
Kalau saya beli lobak putih atau peria, saya akan beli satu saja. Atau jika perlu beli 2-3 biji, saya akan pilih yang kecil2 sebab yang makan tu mungkin umi dengan abahnya aja. Anak2 akan makan tapi kena main paksa sikit :P Dulu kecik2 saya tengok je orang2 tua makan sayur2 yang begini tapi skang saya dah mengambil tempat orang tua2 itu dan anak2 saya telah menggantikan saya :))

Tuesday, July 12, 2011

Resepi Bubur Jagung

Bismillah,
* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini.


Bahan-bahannya :
Ikutlah berapa tongkol pun kalian nak buat
Sagu
Gula pasir agak2 manis
Santan
Air

Saya guna jagung yang dah rebus. Masukkan semua sekali sampai nampak sagu dah tak berbiji dengan api perlahan. Last sekali masuk gula...

Attn :
Makan jagung baik untuk kesihatan sbb ia adalah antara bijirin penuh yang sedap untuk dinikmati

Thursday, March 31, 2011

Apam Mekar Yang Beracun

Bismillah,

Malam tadi bagaikan tidak lena tidur. Agaknya sebab dari semalam saya memasang angan-angan untuk buat apam mekar. Jadi pagi ini saya bangun dengan mudah tanpa rasa malas. Semua barangan yang diperlukan telah saya beli semalam. Rupanya tidak susah untuk buat apam ini.

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh soda baikabornat
2 susu besar serbuk koko

senang jer masak dia.. campurkan kesemua bahan dalam blender kisar sehingga sebati. kemudian masukkan dlm cup cake acuan lompang kukus 10 minit sehingga masak... tadaaaaaa kan senang mcm pejam mata pun leh buat....
Resepi di atas saya dapat dari link ini.


Jadi apa yang menjadikannya RACUN?? Kalian lihat kertas hijau ini. Semalam semasa hendak membeli, memang terdetik di hati saya sama ada warna kertas ini akan turun atau tidak? Baru lagi saya berbincang dengan mertua, bahawa bila ada satu naluri tidak enak, tapi kita berdegil melawannya maka dapatlah padahnya.

Empat kali jumlah apam di atas terbuang begitu sahaja selepas suami saya menegur warna kertas itu luntur. Menambah luka bilamana anak-anak yang sedang makan terpaksa suami saya hentikan atau mereka akan makan lebih banyak kandungan pewarna itu. Benar, ini silap saya. Selain mengabaikan naluri saya, saya juga malas bergerak ke kedai lain untuk mencari kertas yang sesuai.

Selain dari empat kali jumlah apam di atas yang dibuang, saya juga buang keseluruhan kertas hijau itu. Biarlah, barangkali itu bukan rezeki kami. Itu lebih baik daripada makan makanan yang mengundang mudharat. Tapi, bukanlah tiada rezeki langsung buat anak-anak saya, masih ada sedikit lagi yang berbaki dan saya masakkan dalam loyang.

Sedari awal tadi saya memang berniat hendak masak selebihnya dalam loyang itu cuma saya masukkan dalam kertas untuk memudahkan anak membawanya ke sekolah. Sudahnya tadi, Asmaa' sekali lagi membeli makanan di tepi jalan sebagai bekalnya ke sekolah.

Oh ya, saya menangis semasa apam tu dibuang. Sebagai ibu, saya tidak dapat mengelak daripada 'terasa' bila apa yang saya buat dengan penuh semangat (hendak dikata penuh kasih sayang bagaikan tidak kena) dikatakan beracun. Suara anak-anak yang mengatakan apam itu beracun juga melukakan saya sedangkan apam itu tiada salahnya, tetapi kertas itu yang salah.

Saya sebenarnya tidak pandai pun memasak tetapi bila suami ada kesedaran untuk menjaga pemakanan (semoga selepas ini kami menitik beratkan kebersihan luar rumah  juga) maka saya usahakan juga untuk belajar pelbagai resepi. Saya tidak mahu anak saya terliur melihat coklat di pasaran tapi tak dapat memakannya, juga saya tidak tahan melihat anak-anak meminta kek-kek atau apa sahaja yang terdapat di kedai atau dijamu orang jadi saya cuba yang terbaik untuk anak-anak saya.

 

Thursday, September 09, 2010

Labu Air & Resepi Yg Sesuai Dengannya

Bismillah,

Sejak akhir2 ni, dah boleh jumpa sayur labu air yang panjang2 mcm ni. Rasa ni RM 2-3 je kot inciksomicomel beli. Nak masak siap makan minggu2 kahkahkah...siap ada yang buang lagik. Ni kalau lain kali beli, kene sedekah siap2 kat orang separuh supaya tak membazir ye inciksomicomel.


Hoho..panjangkan?? Sama tinggi dengan Usamah... OK skang ni saja nak tanyalah kalau korang dapat sayur ni, korang masak apa?? Saya share yang saya punya resepi ye..

1. Sayur labu manis (selama ni saya masak tanpa tau nama masakan, ini saya Google - kalau tak saya namakan sup pedas)

Bahan dia :
labu air, udang kering, serbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, Air secukupnya dan garam

Labu dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Lada hitam, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat setelah itu masukkan ke dlam periuk bersama udang kering dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Bila telah mendidih masukkan labu dan tambahkan garam secukupnya. Setelah labu masak bolehlah diangkat.

Saya memang suka sayur mcm ni, takpayah tumis2...hihi

2. Bening labu air

Bawang putih, bawang merah, ikan bilis, labu, garam, air

Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis (tumbuk dulu biar lumat). Lepas tu masukkan air sampai mendidih. Pastu masukkan labu. Kalau nak campur carrot, masukkan carrot dulu biar empuk sikit baru masuk labu air.

3. Asam pedas

Asam pedas saya ada dua, satu asam pedas bodo, satu asam pedas rajin 

Saya suka yang bodo je, senang nak buat keje aku kehkehkeh
Bawang merah, lada kering, asam keping, daun kesum dgn bunga kantan (dua ni kalu ada, takdepun takpe)

Lada kering lepas rebus, blend dengan bawang merah. MAsuk dalam periuk ada air. Kalu ada bunga kantan dengan daun kesum, masukkan la tapi kalau nak jimat sbb skang dua kuntum bunga kantan sampai RM 2.50, maka nak abaikan pun boleh. Campur sekali asam keping dengan garam. Agak2 dah panas masukkan labu air. Kalau korang ada ikan yang sesuai untuk masak asam pedas, bolehla letak berapa ekor yang korang suka.

Asam pedas rajin plak
Bawang putih, bawang merah, serai(hentak dengan lesung biar penyet), lada kering, asam jawa, bunga kantan, daun kesum, labu air dan ikan.

Lada kering lepas rebus, blend sekali dengan bawang putih, bawang merah. Tumis bahan ni dalam kuali sekali dengan serai. Lepas tu masuk air dengan air asam jawa (senang guna asam jawa Adabi tu ha..tak kose nak sisih bijik bagai..hehehe). Kalau ada bunga kantan letak dengan daun kesum. Kalau asam pedas rajin ni takde daun kesum dengan bunga kantan, rasa tak terangkat beb... Lepas tu masuk labu air dan masukkanla ikan.

4. Bantal buruk
OK, yg ni  korang kena pandai buat lempeng dulu. Buat lempeng saya taktau nak buat sbb saya makan ni dengan roti. Apa?? Taktau ke lagi saya malas?? 

Labu, potong dadu dan rebus
Santan (orang sini panggil kepala santan)
Bawang merah (hiris nipis2)
Ikan (bakar dan perisi buang tulang)
Serbuk lada hitam
garam
Campur semua yang diatas ni sehingga sebati. Kalau buat lempeng, makan la dengan lempeng. Kalau tak cicah dengan roti pun sampai terangkat rasanya. Kalau nak masak pun boleh tapi jgn la sampai berair ek. Biar dia pekat2 gitu barulah tak mengalir keluar santannya. Adui...lapar le plak weii...


OK lah... kriuk2 perut jawabnya nk kene carilah ni. Oh ye..esok raya ye..Selamat Menyambut Hari Raya taww.. takyah lah bawak anak main bunga api. Asap dia tak elok untuk anak2. Kalau setakat mercun pop tu layan lah...kot korang rajin nak sapu rumah. Ha..baju anak tu kalau takde poket, sempat lagi malam kang tepek poket besar bajet nk kutip duit raya besok..kikiki...

Saturday, September 04, 2010

Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

Bismillah,

Hihihi...kesian kat mereka yang menunggu. Eh..ke takde orang tunggu pun sebenarnya sebab masing2 dah pandai nak suap anak makan apa ek?? OKlah..pape je lah....insya ALLAH lepas ni saya rasa, kebanyakan orang akan save ini atau print untuk jadikan panduan kan??

Kita adalah apa yang kita makan. Apa yang kita bagi pada anak, itulah yang akan mendarah daging dalam tubuhnya. Jadi apabila kita decide nak bagi makanan dalam plastik atau makanan dalam tin tu, pastikan la yang betul2 halal. Kalau tidak maka terhasillah hati yang...saya terpaksa kata 'susah untuk bersih'. Makanan anak ni bukan menda main2 sebenarnya.

OK adakah anda melepasi 6 bulan pertama anak2 anda dengan memberi susu secara eksklusif. Saya alhamdulillah bolehlah dikatakan pas agaknya. Sebab kadang2 terserempak juga k.Arwa yang baik hati bagi Ahmadi susu segar dalam botol itu. Cuma, mujurnya Ahmadi mcm tak reti nak nyonyot puting susu tu aje maka kalau dia telan sikit je la.

Lagi satu, kawan saya yang doktor itu juga ada kata, "Dah ngko nampak anak ko lapar, apsal tak bagi dia makan??". Saya kata balik, "Sebab aku belajar kene bagi full BF dalam tempoh 6 bulan". Dia kata pulak, "Sebenarnya, tak perlu. Ko kan dah nampak anak ko lapar, so bagi je la...lagipun dah dekat 6 bulan dah kan??". Tapi sebab kalut sana kalut sini maka beberapa hari dia nak 6 bulan tu saya dah bagi Ahmadi cuba2.

OK, sekarang saya baru dapat tahu satu benda, nak kenalkan anak pun ada protokol. Apa yang saya tulis di bawah ni adalah rujukan dari yang lebih pro dari saya lah (Yatie, how I wish hang pun ada blog sendirik!). Yupp walaupun saya dah 5 anak tapi saya rasa ilmu yang saya dapat setiap hari adalah betul2 baru. Like I've never been a mother before! Agak2 bila dah anak 10 nanti, will I be a perfect mother huh?? (Ada tak yang berkata dalam hati 'SEPULUH PIJA?????KO BIAR BETIK!!!' kuikuikui)

Protokol untuk memperkenalkan makanan pejal untuk bayi

  • Mulakan dengan bubur kosong yang dikisar, dilenyek (ada baiknya blender beras kering tu sampai hancur lepas tu rebus dengan air yang banyak...lebih bersih kan??). Bagi sekali sehari memadai...jangan mula2 bagi terus hentam 3 kali sehari. 
  • Selepas 1-2 minggu, baru tambah lauk untuk bubur tu spt kentang, carrot, bilis, ayam, daging, bayam dll. Tidak perlu tambah garam, untuk rasa masin boleh gunakan rebusan ayam atau daging yang pekat atau manis gunakan manis dari buah-buahan dan sayuran.
  • Perhatikan anak sembelit ke tak. Kalau sembelit, berhentikan makanan tu. Amalkan memberi makan 3 hari dengan makanan yang sama sebelum ubah kepada yang lain supaya kita boleh perhatikan alergi anak itu. 
  • Kurangkan makanan yang dibeli di pasaran (dalam tin ke plastik bagai tu) untuk mengelakkan kandungan bahan pengawet. 
  • Kalau malas rasa-rasa tak sempat nak masak maka bolehla kisar dan simpan dalam bekas kecik (untuk sekali makan) dan bekukan. Ala...macam uols simpan EBM korang jugak la... (ada dalam folder di bawah cara nak buat kiub)
Ok, skang saya kopipes sikit info carta pemakanan bayi

Enam bulan

  • Tekstur makanan: Halus

  • Minuman: susu

  • Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga

  • Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang


Tujuh bulan


  • Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan

  • Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)

  • Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang

  • Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan


Lapan hingga 12 bulan


  • Tekstur makanan : lenyek/kisar/ cincang

  • Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)

  • Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning

  • Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak


12 hingga 18 bulan


  • Tekstur makanan : cincang

  • Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)

  • Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain

  • Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan
Sumber : http://www.harum.com.my
OK, setelah lihat semua ni, sekarang anda bolehla menilai resepi2 di bawah mengikut umur mereka ye... apa2pun dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan ek...saya ni pandai sifir aje :P


Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi

OK lah kengkawan...byk cerita kang korang tanak baca pulak. Babai...Ahmadi...jom mamam!

 Tanak!! Nak gi jalan jugak!

Wednesday, September 01, 2010

Homemade Yogurt, Tomato Telur & Buah Ceri

Bismillah,


Sebut pasal yogurt, seharian ni saya tgk suamiku terbaring aje. Bila tanya ada apa masalah? Takde pulak katanya ada apa2. Tersengih2... Selalunya bulan2 puasa ni antara Zohor dengan Asar memang dia takde di rumah. Malam lepas Terawih pun hilang sampai kul 11 lebih. Alih2 dari terawih semalam sampailah buka puasa tadi dok umah aje.

Alih2 nak dekat bukak puasa dia kata, "Ntah2 jadi mcm ni sbb dah lama tak minum yogurt kot ek ummi??". Oh noo....saya kata, "Semangat ni datang dari dalam diri wahai kanda. Kalau kita lembik, ia lembik dari dalam...yogurt tu pemangkin aja.". Bukan hape, kalau dia lembik2, saya pun tumpang lembik jugak. Kami kan sehati dan sejiwa.

Kemudian dia slow2 mengaku, "Abg ni kena penyakit 'ajzi wal kasal ni....". Ha ha.....skang sudah tau apa masalahnya. Maka, kenalah sama2 bangun dan kuatkan semangat. Sekali bukak posa tadi, katanya dia tambah 5 kali (sikit2 la...bukan la manyak2). Lauk ai masak ikan pari bakaq cicah air asam saje. Dari 5-6 keping ikan tinggal satu keping je habuan sahur esok. Alhamdulillah tadi Isya' dia bergegas dah ke masjid semula dan nampaknya dah bersemangat semula.



Oh ya...balik pada yogurt. Skang ni sehari koman2 pun sekali saya minum yogurt tapi sllnya amik pagi dgn mlm kalau tak bulan puasa. Dalam bulan puasa ni minum time nak tido aje. Sebulah wei perut kalau makan time sahur dgn berbuka. Yogurt ni homemade aje dan bukan saya yang buat. Semua ni hasil dari incik suamilah. 

Rasa2 masa dia mula2 buat dulu, dia cuma letak yogurt yang beli dari Pejabat Haiwan tu as a starter, kemudian campur je dengan susu baru. Bakteria dalam yogurt tu akan membiak dalam susu baru tu dengan sendirinya. Lepas tu biar je dalam bekas tu 4-5 jam sampai nampak ia pekat. Lepas dari tu masukkan dalam petisejuk.


Tomato Telur
Tumis bawang putih dgn bawang merah, lepas tu masukkan 5-6 biji tomato...bila dah jadi puree (biasa saya letak juga air secawan sbb kalau tak parok la wei nak masuk banyak tomato nk kasi ada kuah) tambah garam secukup rasa dan kemudian pecahkan telur 4-5 biji.. kanak2 ni makan dengan roti mmg tak pernah tak abis...

Kadang2 rasa tak gamak nk makan dulu sbb semenjak BF Ahmadi ni, saya makan banyak...kalau saya makan sampai rasa kenyang, memang boleh tambah 3 pinggan nasi. Kalau saya makan dulu, balance untuk anak2 dah jadi sikit. So, we let them eat first and reserve sikit for two of us (kalau tak makan bersama lah). Selalu pagi2 husband sibuk dengan ayam itik kat luar rumah so dah hantar anak2 pegi sekolah baru we all makan. Bulan puasa ni, kanak2 je lah makan pepagi...

Buah Ceri
Takde mende aa nk cakap pasal buah ceri ni cuma nak tau buah ceri yang selalu orang letak atas kuih raya tu diorang buat lagu mana ek sampai rasanya lain bebeno dari asal?? Atau dia masak dengan gula aje ek??

***************
Saya bukan pandai masak pun. Tak layak la nak share2 resepi dengan korang. Cuma semenjak husband galakkan saya masak benda yang bukan dalam plastik (i mean perasa2 ajaib) maka terpaksa la jadik org yg kreatif menggantikan bahan2 tu...

**husband balik tadi ai tanya, mcm mana dah OK ke tak?? Dia kata mula2 level 4, lepas tu turun level 1 dan skang naik 4 balik..... (Bencik aaa....mcm takde nombor lain!!)

Tuesday, January 26, 2010

Resepi Dalam Pantang


Bismillah,

Adeh...lama sudah saya janjikan nak letak resepi dalam pantang ini. Saya telah mengeditnya bagai nak rak pada satu hari...tapi boleh pulak terlupa nak publish. Takpelah, better late than never. Ramai lagi ni yang belum beranak kan...dan kalau anda dah beranak pun silalah beranak semula dan resepi ini bolehlah digunakan.

Saya kumpulkan segala resepi ini dari carian di google. Saya kan minat search itu dan ini. Hasilnya adalah resepi 21 mukasurat ini. Ada yang simple dan ada juga resepi yang complicated. Yang complicated tu, bolehlah dimakan pada pantang hari yang ke 20 ke atas. Jangan main redah aje ye macik2. Maleh nak tulis panjang2 ah, korang masuk sini pun sbb nampak tajuk itu kan?? Sila lah download, daku rela :D





Sunday, November 22, 2009

Baru Bagiku Dalam Dunia Masakan

Bismillah,

Okeh lah, bg sesetengah orang mungkin entry saya ini adalah entry seorang yang bodoh ingin memberitahu yang dia sudah hampir pandai girl emoticon. Saya benar2 baru belajar mengenainya, dan ntah nape, rasa terus nak share dengan anda yang bijak laksamana.

Saya sedang cuba nak masak Daging Teriyaki. Dalam resipinya ada tercatit sos teriyaki. Pagi tadi saya ke Econsave lagi untuk amik point RealRewards dan cari sos ini. Tapi tak jumpa. Geram betullah!! Hihihi...lalu sekarang saya buka internet dan search apakah itu teriyaki dan disini adalah bendanya.

Saya jumpa di Wikipedia lagik :P


Teriyaki sauce

In non-Japanese cultures, any dish made with a teriyaki-like sauce (often even those using foreign alternatives to sake), or with added ingredients such as sesame or garlic (uncommon in traditional Japanese cuisine), is described as teriyaki. Grilling meat first and pouring the sauce on afterward is another non-traditional method of cooking teriyaki. Teriyaki sauce is sometimes put on chicken wings and used as a dipping sauce.

Lepas tu saya tekan di Google Translator (credit to Eriyza)

Teriyaki sos
Dalam kebudayaan non-Jepun, setiap hidangan dibuat dengan sos teriyaki-suka (sering bahkan mereka yang menggunakan alternatif untuk kepentingan asing), atau dengan bahan tambahan seperti bijan atau bawang putih (jarang dalam masakan tradisional Jepun), digambarkan sebagai teriyaki. Memanggang daging pertama dan menuangkan sos di sesudahnya adalah non-kaedah tradisional memasak teriyaki. Sos teriyaki kadang-kadang memakai sayap ayam dan digunakan sebagai sos.

Kiranya saya buat kesimpulan, perap daging dengan minyak bijan atau bawang putih dan kicap. girl emoticon

Seterusnya, saya cari pulak cekur, untuk masak mende ntah...hihi...dan saya jumpa ni dari Google lagik..rupanya ini daun cekur

Cekur - sand ginger - Kaempferia galanga Linn


Selepas itu, saya mau tau apa itu petis...ia adalah sesuatu yang seperti ini :
Image Hosted by ImageShack.us

Ini adalah makanan yang asalnya dari Indonesia...dari Wikipedia ia bermaksud :


Petis adalah komponen dalam masakan Indonesia yang dibuat dari produk sampingan pengolahan makanan berkuah (biasanya dari pindang, kupang atau udang) yang dipanasi hingga cairan kuah menjadi kental seperti saus yang lebih padat. Dalam pengolahan selanjutnya, petis ditambah karamel gula batok. Ini menyebabkan warnanya menjadi coklat pekat dan rasanya manis.
Selain udang dan kupang, di (Boyolali), Jawa tengah, Indonesia, sebagai penghasil produk berbahan baku sapi seperti susu segar, dendeng, abon, kulit dan rambak (kerupuk yang dibuat dari kulit sapi), dikenal juga petis sapi. Yaitu petis yang terbuat dari hasil sampingan dalam proses pembuatan dendeng dan abon sapi. Aroma 'amis' petis yang dihasilkan tentu berbeda antara petis udang, petis kupang dengan petis sapi.
Berbeda dengan 'saudara'nya yang berupa terasi, yang dikenal dan dikonsumsi oleh penduduk Asia Tenggara umumnya, petis nampaknya hanya dikenal di Indonesia. Hampir semua negara di Asia tenggara, seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, mengenal terasi, dengan variasi bentuk sediaan, kering, basah atau setengah basah, dan nama. Namun aroma yang keluar dari terasi hasil olahan negara-negara tersebut sama.
Petis biasa dipakai sebagai penyedap (seasoning) pada beberapa makanan seperti rujak (cingur, tahu, gobet, manis), kupang lontong (Sidoarjo), semanggi (Surabaya), lontong balap(Wonokromo, nama daerah di Surabaya), tahu campur (Lamongan), tahu tek (Lamongan), atau campor (Madura). Telur Petis di Surabaya termasuk hidangan rumahan yang favorit.

girl emoticon Saya budak baru belajar....hihihihi....


Friday, November 13, 2009

Bihun Goreng Kerabu


Bismillah,

Sebenarnya, selepas menjamu laksa semasa dalam musim raya aritu, ada banyak lebihan bunga kantan, serai dengan daun kunyit (aik...ada ka orang letak daun kunyit dalam laksa?? Ahahaha...) lalu saya terfikir nak buat nasi goreng kerabu. Untuk buat nasi kerabu saya tak pandai (belum menuntut dari mertua).

Tiba2 tengok ada orang makan nasinya sedangkan perkakas semua saya dah potong (sebut potong teringat iklan POTONG P1 Wimax). Lalu terpaksa lah saya memangsakan bihun ini. Maka terhasillah bihun goreng kerabu dan rasanya saling tak tumpah pula dengan nasi goreng kerabu.

Saya faham kalian ngeri melihat wajah bihun saya. Lalu saya nak gunakan alasan kamera saya kurang megapixel (dicadangkan oleh Sue Lunatot untuk cover masakan sendiri). Sungguhpun begitu, saya rasa saya sangat suka dengan bihun goreng kerabu ini sebab semua anak2 dan abahnya mengadap bihun ini dengan bersungguh2.

Mula2 biasalah tumis bawang merah putih dengan sos tiram. Kemudian masukkan udang dan perkakas yang saya sebutkan di atas sebelum masukkan bihun. Last nya saya masukkan pulak sikit lada hitam dan garam. Saya tak pandai nak bajet air untuk bihun maka terjadilah kisah top up air sampai bihun cukup lembik untuk dinikmati. Ahahaha...

OK, korang...saya tak bertujuan untuk jadikan blog saya sebagai tempat rujukan resepi apatah pula ilmu memasak saya tak melepasi buku lali kaki kalian pun. Tapi saya saja nak abadikan resepi memandai2 saya sebagai kenang2an. Kot2 satu hari nanti Asmaa' atau Arwa akan masakkan masakan ni untuk mertua saya. Owh...apakah???


Friday, September 11, 2009

Air Kunyit & Bojah

Bismillah,

Uhh..sebenarnya banyak kerja nak dikerjakan ni. Kebetulan pulak, customer tak berapa ramai di kala raya ni. Time raya ni, saya jeling2 kawan2 yang jual baju kanak2 atau baju orang tua sekali pun, mcm Sarakids dll musti tgh sibuk sakan ek. Tak ada istilah 'spek raya' so, saya pasrah ajelah ek cuma harapnya keadaan ni segera pulih satu hari insya ALLAH.

Dek mati kutu, maka keluarlah tajuk di atas. Bojah itu adalah pertama kali saya dengar dan bunyinya macam bunyi orang Jawa ye? Dua perkara yang saya nyatakan di atas adalah untuk orang selepas bersalin. Lepas bersalin, kita akan menghadapi tempoh pantang dan ada sesetengah orang suka time pantang sebab dia banyak relax.

Yes!! Saya suka relax itu tapi yang saya tak berapa minatnya adalah makanan yang saya nak kene hadap ketika itu...Ke ke ke.... Saya memang susah nak berpantang dengan makanan tapi satu je, saya cepat kenyang. So, saya makan hanya beberapa kali sehari. Tapi ini tidak menjawab kenapa badan saya tidak naik2. Amaun saya makan adalah sangat banyak hokeh...

Air kunyit & bojah ini adalah ramuan yang bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka. OK, saya share ye cara penyediaannya dulu :

Air kunyit
  • gunakan kunyit hidup dan garam kasar
  • Buang kulit dan diparut
  • Tapis airnya dan masukkan sedikit garam kasar
  • minum hanya sekali sehari selama 5 hari
(Owh..bagi saya ini adalah horror!!!)

Bojah
  • 2 ketul kunyit
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sebungkus kecil lada hitam
  • 2 keping asam keping
Tumbukkan semua di atas bermula dengan lada hitam dituruti dengan yang lain. Campurkan dengan air panas kemudian bubuh gula dan gram secukup rasa.

Haa...saya rasa bojah boleh menjadi peneman ikan bakar atau ikan kukus saya nanti kan?? Ini baru namanya nyamnyammmm....

*Eh aku ni mcm esok lusa je nak beranak... :P