Thursday, September 30, 2010

Rungutan Suami Isteri & Apa Yang Patut Mereka Faham

Bismillah,

Tidak mudah mendapatkan artikel tentang kekeluargaan dari laman web UZAR. Justeru itu apabila terlihat link yang diberikan oleh UZAR, saya serta merta membukanya. UZAR telah saya kenali di zaman UKM lagi malah ketika beliau datang memberi ceramah di kolej kami, isterinya menumpang di bilik saya (bilik saya dekat dengan surau).

Ternyata UZAR juga sensitif tentang keperluan naluri hati seorang isteri dan pandai pula beliau memberitahu kita apa pandangan dari kaum isteri. Tidak ketinggalan juga adalah apa yang patut kita selaku suami atau isteri untuk memahami ini. Sesungguhnya, apa yang saya dapat katakan, apa yang disenaraikan ustaz itu adalah apa yang kami (saya dan suami saya) faham dalam satu keluarga.

Setelah anda membaca apa yang saya kopipes dari laman web UZAR adalah kesimpulan dari perkataan BERSANGKA BAIK. Dengan BERSANGKA BAIK dengan pasangan digabungkan dengan KESABARAN insya ALLAH akan timbullah FAHAM MEMAHAMI dan KELUARGA BAHAGIA insya ALLAH :))


RUNGUTAN 1

ISTERI : Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid. Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?


SUAMI : Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu. Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu

YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.

· Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.

· Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dsbgnya).


WANITA FAHAM

· Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?

· Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.

· Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.

RUNGUTAN 2

ISTERI : Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian

SUAMI : Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya.


YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru, jadilah pendengar yang baik.

· Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya. Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan banyakkan response melalui sentuhan.


WANITA FAHAM

· Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya.

· Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.


RUGUTAN 3

ISTERI : Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap." Tak pandang kita pun."

SUAMI : Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain. Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.

YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Wanita lebih rasa dihargai apabila kita melihat dengan tepat ke matanya dan menunjukkan reaksi wajah.

· Justeru, walau rasa kurang selesa dengan cara itu, ambillah hatinya.

WANITA FAHAM

· Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka.

· Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu.

· Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dlm suasana perbincangan terlalu serius di rumah yang dianggapnya tempat merasa rehat dan bertenang. Tidak mahu ia menjadi seperti pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.

RUNGUTAN 4

ISTERI : Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa.

SUAMI : Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini.?

YANG SEPATUTNYA

LELAKI FAHAM

· Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami.

· Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian).

· Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian & penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.

· Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.



WANITA FAHAM

· Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.

· Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri.

· Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan.

· Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri. Justeru, jika merasakan diri 'kurang perform' di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain yang boleh dihargai oleh suami.

Artikel asal :
http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/perbezaan-suami-isteri-selesaikan-begini/437689471082
dan http://www.zaharuddin.net/content/view/935/72/

Wednesday, September 29, 2010

Kakak, Umi Garang Tak??

Bismillah,

Update pendek arini..sebab eksaited smlm sblm tido berlaku dialog pendek ni :

Umi : Kakak, umi garang tak??
Asmaa' : Eh takdelah..umi tak garang
Umi : Uyyoh abah...dengar tak kakak kata apa??
Asmaa' : Cikgu kata, garang tu sebab sayang, kalau sayang pun sayang...macam mana pun umi sayang...

Waaaaaaaa...........ni yang dan2 rasa tanak garang2 dah...tapi persoalannya :
MACAM MANA WEEEEEEEEEEEEEEEIIIIIIIIIII.........

tulisan besar dan berwarna merah bermaksud  : I need help!!!

**Lepas selesai beberapa perkara arini, akan pulang menjadi surirumah yang cool ke Pasir Putih. Doakan perjalanan kami selamat dan esok, barangkali takde entry (yelleh...mcm la ada yg nunggu...nyampah ayat tak boleh blah ni!!).

Tuesday, September 28, 2010

Isteri Kuat Berleter : Banyakkanlah Sedekah

Bismillah,

Huhu...saya tujukan entry ni kepada diri saya sendiri. Saya bukan macam kalian...saya pun tak sure saya berleter tahap macam mana. Tapi mmg kerap la jugak bising2 suruh anak mandi, suruh anak kemas rumah, suruh anak cepat pakai baju, suruh anak makan jangan tumpah, suruh anak erk....banyaknya yang aku suruh, pastu apa yang aku buat ek??

Abu Sa'id al-Khudri r.a. berkata, "Rasulullah pergi ke mushalla pada waktu hari raya Adha atau Fithri. Setelah beliau selesai shalat, beliau menghadap orang banyak untuk memberi nasihat dan memerintahkan mereka agar gemar bersedekah. Beliau bersabda, 'Wahai sekalian manusia, bersedekahlah kamu semua!' Kemudian beliau pergi kepada jamaah wanita (yang barisannya ada di belakang orang laki-laki), lalu beliau bersabda, 'Wahai para wanita, bersedekahlah kamu. Karena, sesungguhnya saya melihat bahwa kebanyakan kamu (kaum wanita) itu adalah penghuni neraka.' Para wanita yang ada di situ bertanya, 'Mengapa begitu, wahai Rasulullah?' Beliau bersabda, 'Mereka itu suka sekali mencaci maki dan menutup-nutupi kebaikan suami. Tidak pernah saya melihat manusia yang begitu kurang akal pikirannya dan kurang dalam hal agamanya sehingga menggoyahkan hati lelaki yang berhati teguh dan sangat besar penipuannya yang melebihi daripada salah seorang dari kamu semua, hai segenap kaum wanita!' (Mereka bertanya, 'Apakah kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?' Beliau balik bertanya, 'Bukankah kesaksian wanita itu separuh dari kesaksian laki-laki?' Mereka menjawab, 'Benar.' Beliau bersabda, 'Itulah di antara kekurangan
akalnya. Bukankah wanita itu apabila haid ia tidak mengerjakan shalat dan tidak berpuasa?' Mereka menjawab, 'Benar.' Beliau bersabda, 'Itulah di antara kekurangan agamanya.' 1/87). Setelah beliau bersabda sebagaimana di atas, beliau lalu pulang. Ketika beliau sampai di rumah, datanglah Zainab istri Ibnu Mas'ud mohon izin untuk bertemu dengan beliau. Lalu dikatakan, 'Wahai Rasulullah, ini ada Zainab.' Beliau bertanya,'Zainab yang mana?' Dijawab, 'Istri Ibnu Mas'ud.' Beliau bersabda, 'Ya, izinkanlah ia.' Lalu, ia diizinkan. Ia berkata, 'Wahai Nabiyullah, sesungguhnya pada hari ini engkau menyuruh untuk bersedekah. Saya mempunyai perhiasan, dan saya bermaksud untuk menyedekahkannya. Akan tetapi, Ibnu Mas'ud mengira bahwa ia dan anaknya adalah orang yang paling berhak menerima sedekahku.' Maka, Nabi bersabda, 'Benarlah Ibnu Mas'ud. Suamimu dan anakmu adalah orang yang paling berhak kamu beri sedekah.'"


Jika kalian yang membaca adalah wanita, maka kitalah golongan yang dikatakan banyak menghuni neraka itu. Menghitung2 diri yang sudahlah ada cuti tak payah solat, solat yang wajib dibuat pun adakala tidak menunjukkan kualiti yang bagus. Sudahlah begitu, ditambah pulak dosa2 yang makin dikumpul makin menggunung.

Ya ALLAH ngerinya rasanya untuk menghadapi semua itu. Sebenarnya kita ada contoh yang baik untuk menjadi isteri solehah. Contohnya Asiah isterinya Firaun itu. Suaminya adalah sejahat2 manusia tetapi disebabkan dia faham dia wajib mentaati suaminya maka semua arahan yang selagimana tidak melanggar aqidah diturutinya. Tetapi kita mcm mana?? Benar kita tidak sebaik Asiah tapi suami kita tidak pulak sezalim Firaun.

Seperti yang telah dipesan oleh ALLAH kepada Nabi Musa ketika mahu bertemu dengan Firaun dalam surah Taha : 44 - "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Itu kepada Firaun kena bercakap dengan baik inikan pula kita dengan suami kita. Sebenarnya sikap berlemah lembut ni akan mencairkan kemarahan suami tu insya ALLAH. Cuma kita kena bersabar sikitlah. Bersabar ni bukan bersabar kosong, malaikat kiri kanan sentiasa ada untuk mencatit simpanan kita buat bekalan di akhirat kelak. Dan Malaikat bukan macam manusia ni cepat lupa, dia sentiasa taat dengan amanah ALLAH.

Jadi sebagai nak cover salah laku kita kepada suami, banyakkanlah bersedekah. At the same time, bersikap lunaklah dengan suami..semoga redha ALLAH selalu bersama kita.
Buat kanda ku, maafkanlah saye ek...kot la mulut saya luas terlebih selama ni. Mulut luas tu bukan ape bah, tu tandanya umi peramah kan??? hehehe...ailapyu...

Monday, September 27, 2010

Seronok Tak Tentu Pasal :p

Bismillah,

Ades, arini dari bangun pagi lagi saya rasa seronok..ada banyak perkara yang dalam perancangan berjalan dengan lancar. Kalau dulu saya share in detail dalam ni tentang kehidupan saya. Tapi saya mula sedar tindakan saya tu mungkin akan membuatkan orang lain terasa kurang dalam diri. Kalau share pasal kisah sedih pulak, nanti kang family saya akan risau pulak. So, lepas ni saya akan cuba lebih selektif dalam menulis blog ni.

Semalam pula adalah hari yang gagal menyediakan sekeping entry. Alah...memang takde sapa nak heran pun. Tapi selaku orang yang suka tengok angka Nuffnang up, up and away maka kene buat sesuatu yang boleh meningkatkan trafik kans...

Oh ye...saya seronok2 hari ni bukan apa pun. Pepagi lagi tengok gelagat Ahmadi...bangun2 pagi dah korek hidung Usamah. Kemudian dia sapu rumah merayap satu rumah, bila dah agak2 mengantuk baru minta susu dan tidur semula. Lepas tu tengok gelagat tokki diorang...tu pun benda lawak jugak...


Norhafizah Madzlan Pakcik Madzlan pagi ni saja dah 3 kali ulang balik rumah...mula2 tinggal spek, ni sekali dah pegi jumpa geng basikal antik boleh patah balik amik album gambar basikal dia...nasib baik takdak lori, kalau tak dengan lori sekali dia angkut pi tunjuk...abah..abah, comel betul!!

19 minit yang lalu ·  · 
    • Norhafizah Madzlan eh...bukan angkut lori tapi angkut beskal...
      18 minit yang lalu · 
    • CIk DLa pak long hebat!! hihi
      11 minit yang lalu · 
    • Norhafizah Madzlan Tiap kali dia patah balik ayong tengok mimik muka dia, sekali tu masam la pasai tinggai barang...ni dah nak amik album boleh pulak dia sengih2 time nk bukak pintu...dan2 nampak kita berenti senyum tu punya nak cover!!


Sebab dia adalah sangat fanatik dengan benda2 antik ni maka kene patah balik umah amik barang pun tak jadik hal.. Masa saya tanya tu dia boleh kata, "Tadi sampai2 sana depa dok tunjuk basikal lama depa, aku punya lagi A...". Woh...anak abah pun tak pandai sebut A lagik!

Lepas tu dapat mesej dari abah diorang pulak. Katanya nak mai amik arini...yang ni lagik best. Walaupun syiok dok Parit Buntar ni tapi sapa la yang tak syiok kalau jumpa Encik Suami pujaan hati hamba tu kan. Anak2 seolah2 lupa kat abah diorang tapi ada sekali tu diorang call, abah diorang umpan dengan kolam mandi (sekenhen lagik tau-tak kose beli yg baru). Maka berhari2 jugakla budak2 ni ajak balik sana.

Kemudian Wa diorang ni kidnep kanak2 ni, tiba2 malam tadi balik sini dah bagitau, "Kami tanak balik rumah tokku.." Haip...ntah apa la maktok hangpa perdaya kan hangpa sampai takmau balik rumah niii??

Selain tu, semalam dah berjaya angkut almari saya di rumah Parit Buntar bagi kat Epit. Seronok tengok dia dapat almari dah. Tu almari plastik dari tauk saja, baik hang bagi kak tau...

Sekarang tengah belek gambar anak2 kat tepi sungai. Sangat seronok tapi nantilah tunggu balik sana baru umi upload gambo korang. Sesungguhnya tengok gambar korang ni tak pernah jemu. Malah, tanpa ada dialog pun kami boleh ketawa.. OKlah...kan dah kata seronok tak tentu pasal.. so, abaikan saya ek...ehehehe...

**Dua tiga hari ni takde entry balik la nampaknya..huhuhu...babai Pt Buntar, nak balik Pasir Putih dah..

Saturday, September 25, 2010

Baik Untuk Kita Belum Tentu Baik Untuk Orang

Bismillah,

Satu hari, saya balik ke Jerteh.. sampai2 je rumah mertua, terus berkejar masuk toilet. Bukan baru kali ni saya berkejar masuk toilet, dah banyak kali. Mertua saya perhatikan saya. Dia pun kata, "Fizah tak cek ke?? Arwah tokku dulu cik tengok kerap masuk bilik air jugak. Tu yang cik suruh pergi cek, tengok2 ada kencing manis." Waaa...dan-dan tu saya runsing dengan kesihatan diri.

Mmm.. sebenarnya saya rasa OK je..bukan baru je kejadian kerap kencing ni. Zaman mengandungkan Asmaa' dulu, kami duduk KL, boleh kata lebih 16 kali kami singgah berenti ke toilet. Tapi waktu tu, suami saya tak marah...maklumlah baru kawin :P Sekarang ni bukan main lagi dia, "Aik, tadi dah berenti...". Kalau anak abah ni tak pijak perut umi, takde la sekerap ni umi kencing abah weih..

Lalu kerisauan ni saya ajukan pada Puan Doktor (dengan ucapan, bila ko nak buat blog??) pastu dia jawab dengan :
one man's friend is another man's foe
one man's poison is another man's cure
one man's normality is another man's abnormality

Ye tak ye jugak kan. Yang saya nak risau pelik sangat kenapa. Hidup ni kadang2 jadi susah dengan kerisauan pada benda yang belum kompom pun. So, ni sajelah nak share dengan korang, saya sertakan lirik lagu Hank Williams Said It Best Lyrics..ada yang saya potong supaya ia sesuai dibaca sebagai seorang yang beragama Islam. Ilmu diorang ni bukan takleh amik, tapi kena pandai pilih tau.


Ah, one man hawk is another man dove
One hug is another man's shove
One man's rock is another man's sand
One man's fist is another man's hand

Ah, one man's tool is another man's toy
One man's grief is another man's joy
One man's squawk is another man's sing
One man's crutch is another man's wing

Ah, one man's pride is another man's humble
One man's step is another man's stumble
One man's pleasure is another man's pain
And one man's loss is another man's gain

One man's can is another man's grail
One man's anchor is another man's sail
One man's right is another man's wrong
One man's curse is another man's song

For every father's daughter
For every mother's son
The only thing the same
Is that is ain't for anyone

Ah, one man's deuce is another man's ace
One man's back is another man's face
One man's reason is another man's rhyme
One man's dollar is another man's dime

Ah, one man's tree is another man's post
One man's angel is another man's ghost
One man's rain is another man's drought
One man's hope is another man's doubt

Ah, one man's false is another man's fair
One man's toupee is another man's hair
One man's hand is another man's stub
One man's feast is another man's grub

One man's dread is another man's dream
One man's sigh is another man's scream
One man's water is another man's wine
One man's daughter leave another man cryin'

Ah, one man's famine is another man's feast
One man's pet is another man's beast
One man's bat is another man's ball
And one man's art is another man's scrawl

Ah, one man's friend is another man's foe
One man's hammer is another man's nail
And one man's freedom is another man's jail

Ah, one man's road is another man's rut
One man's if is another man's but
One man's treasure is another man's trash
And one man's landin' is another man's crash

One man's word, another man's lie
One man's dirt, another man's sky
One man's skin is another man's colour
One man's killer is another man's brother

Semoga ada sesuatu yang boleh diambil pengajaran
Fikir dulu sebelum dijadikan pegangan......

Friday, September 24, 2010

Bagaimana Menghindari Konflik Dengan Orang Yang Hampeh & Kerek

Bismillah,

Asalnya saya tulis panjang berjela dah benda ni, tapi tersilap terdelete pastu blogger pulak rajin buat autosave maka waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... Tapi sebab eksaited sangat dengan tajuk ni, maka saya teruskan dengan tips la ek mcm mana nak handle orang yang agak2 memang selalu buat masalah :

  • Jangan bincang benda2 personal yang sensitif mcm pegangan agama (especially kalau agama lain2) atau pegangan politik. Kalau dia yang mula dulu, sengih2 je atau kalau pandai tukar topik. Kalau tak pandai, dari berasap telinga baik cabut lari buat2 ada keje lain.
  • Jangan senang2 nak ubah pendirian orang tu, dah dia memang agak degil kan. Dia selalu akan rasa dia je yang betul dan orang lain salah.
  • Kalau orang tu layan kita secara hampeh, jangan buat macam kita boleh dibuli sesuka hati dia. Katakan kita ni sorang yang patuh ikut arahan, tapi kalau sampai tahap kene buli kena bangun dan tegakkan diri sendiri.
  • Kena ingat jugak, kadang2 orang buat leceh2 dengan kita adalah bermula dari kita buat leceh jugak dengan orang. Perasan tak seseorang yang selalu buat leceh dengan kita, bila kita perati dia dengan orang lain OK je...so, elakkanlah benda2 yang dah sah2 selalu mendatangkan konflik kita dengan mereka tu. 
  • Perhatikan dari sisi positif orang tu dan bantu dia mengembangkan sifat dia yang positif tu.
  • Walaupun dah perhatikan sisi positif dia jangan lupa mereka ni tetap ada sifat negatif jadi berwaspada pulak dengan sifat negatif. Jangan sampai dedahkan kelemahan diri pulak pada orang mcm tu nanti senang2 je dia eksploitasi diorang.
  • Dah tau perangai orang tu tak berapa nak elok, janganlah rapat sangat dengan dia atau kita akan selalu mencederakan perasaan kita sendiri je.
  • Kalau ada apa2 masalah dengan itu orang, jangan pulak ngaku salah. Ini akan menyebabkan orang tu rasa dia je yang betul...
  • Setiap masa, pilih lah untuk bersopan santun daripada mengamuk tak tentu hala... So, orang tak akan buat masalah dengan kita insya ALLAH.
  • Elakkan suasana tegang dengan buat lawak ringan...
Susah kalau nak deal dengan orang macam ni..saya beruntung kawan2 saya  takde yg kerek sampai tahap kita rasa nak sekeh kepala diorg...huhuhu

Thursday, September 23, 2010

Buat Lawak Time Umi Marah Adalah Satu PENGANIAYAAN

Bismillah,

Petang yang panas, perut yang lapar belum diisi, Ahmadi yang menangis mengantuk barangkali...Sambil mata mengantuk, terlena jugak waktu menyusukan Ahmadi. Tiba2 bunyi tokki mereka balik, apa lagik berlakulah kejutan budaya sekejap.

"Anak-anak...........kemas rumah!! Satgi tokki hangpa bising umi tak larat dengaqqq!!!"

Maklum saja hari ni diisytihar NO TV jadi tumpuan diorang beralih ke benda lain. Sekejap2 umi pasangkan Flash card CD so that ada benda jugak la untuk diorang. Yang best time pasang CD, Asmaa' & Usamah akan ambil satu pen dan kertas untuk salin. Sape ajar, umi tatau..

Time nak kejung diorang kemas rumah tu memang garang lah. Memang umi garang pun, bukan arini diorang tau. Kalau umi tak marah, diorang pun jadik kagum :P "WWWWWWAaaaaaaaaaa....umi tak marah??"

Tapi hari ni, tengah dok sibuk2 marah suruh diorang masuk rumah, boleh pulak Uwaiys datang tanya, "Umi marah Uwaiys olok-olok ke Umi marah Uwaiys betul2???" Waaa.....macam ni punya bekeng pun ko boleh tanya aku serius ke tak.... Sungguh teraniaya daku rasa. Tapi sbb tengah marah, ai muncung taknak jawab hajatnya. Tapi Uwaiys memang tak puas hati, "Ha umi?? Umi marah tak?? Umi marah tak?? Ha umi? Ha umi??"

Sampai belas2 kali dia tanya "Ha umi" tu...saya keluar sepatah, "UMI MARAH LAH!!!" tiba2 je dia kata balik, "Kasiyan Uwaiys, Uwaiys kecik lagiiii..."

Waaaaaaaaaaaa.......

Scribd - Apa Yang Saya Suka Tentangnya

Bismillah,

Hehe...entry ni sbnrnya adalah upon request. Sepapat saya itu tak habis2 tanya, "Ayong, mcm mana nak donlod Scribd??" tapi kadang2 dia tanya time saya tak ngadap PC, kadang2 pulak tgh elok2 nak jawab dia tak angkat tepon malah ada masa time elok2 dah dapat tepon saya pulak nak masuk toilet :P Maklumlah...dah tua2 ni mcm ni lah..agagagaga...

Hei seblom tu, hamoih2 korang...tak hengat ye suruh ai bubuh muka before & after bubuh Safi Rania Gold heh?? Siap kata jadik babyface lagik lepas pakai...ahahaha...lawak lah komen korang!

Apa yang ada dalam Scribd??
Apa saja dokumen boleh di upload atau di download ke atau dari Scribd. Kebanyakannya adalah dalam bentuk Words, PDF dan Power Point. Hai,kalaulah boleh pasang Nuffnang dalam page Scribd ni kan??

Scribd 101: What is Scribd

Mcm mana nak menggunakan Scribd ni?

  • Mula2 mesti kena sign up dulu lah mcm biasa...signup-homepage.png
signup-scribd.png
  • Selepas sudah register, log in dan anda akan sampai kat Dashboard Scribd..boleh lah kalau nak explore apa yang ada di situ (dalam kotak merah)
quick-menu.png
  • Untuk explore dokumen apa yang ada dalam Scribd
explore-pulldown.png
  • Kalau nak search apa2 dokumen, taip aje di kotak merah ni
search.png
  • Kalau nak baca mana2 dokumen dari Scribd 
4gen-toolbar.png
1 - utk view mukasurat

2- utk besar/kecik/fullpage kan dokumen

3- utk ubah view mode

4- kalau nak amik embed code

5- utk download, print dan save

  • Kalau letak dokumen tu dan tepek dalam blog, copy embed code dia kat sidebar kanan
4gen-rtcol-1.png
Amik dekat embed tu tekan copy dan paste kod tu dalam blog
  • Kalau nak upload apa2 dokumen : Tekan Upload ni
logged-in-navbar-ul.png

Pilih file yang nak di upload
upload-file.png

Pilih dan Open
publish2b-browse.png

Tekan OK
publish3-terms.png

Bila dah keluar mcm kat bawah ni jgn lupa tekan save
upload-describe.png

Adeih...naik terseliuhlah copy sana paste sini...heheheh...so itu budak Charkueytiow ada faham ka????

Wednesday, September 22, 2010

Anak Anda Kuat Muntah??

Bismillah,

Dulu, hampir tiap malam kami tadah muntah terutamanya Usamah dan Uwaiys. Diapers diorang pun, even dah salinkan diapers diorang sebelum tidur, we still have to wake up at 4 am atau 5 am paling koman to change their diapers. Selalunya, abah dioranglah yang rajin salin dan lebih tangkas menadah muntah anak. Mencuci toto juga menjadi 'tentatif biasa' bagi kami.

Bosan? Sapelah yang tak bosan kalau tidur terganggu. Walaupun mereka ni bangun muntah atau disalinkan diapers, diorang selamba je tidur semula malah kadang2 masa sibuk2 muntah tu pun diorang tersengguk mengantuk...huhuhu... Dari satu sisi memanglah kita boleh bangun dan qiam tapi kalau bangun qiam dengan perasaan tenang kan lagi sedap dari bangun dan hot kena tadah muntah anak atau hot bila perasan diapers bocor sudah...

So, masa mula2 anak kami muntah dulu, weols ikhtiar dengan kaedah2 berikut :

  • Lapik toto dengan selimut/cadar tebal - kebetulan uniform tokki zaman tokki posmen dulu ada banyak so weols guna yang itu aje. Jadi, bila anak muntah, habis je sesi dia muntah tu terus tarik cadar tu. Kalau tak tembus toto alhamdulillah, kalau tembus pulak innalillah...huhuhu
  • Bekas tadahan - setelah kaedah cadar tak berapa efektif, mertua saya cadangkan tadah pulak. Jadi, asal diorang batuk je, terus Nejad bangun dan dudukkan diorang lepas tu letak bekas tadah tu depan muka. Kira bab ni memang insya ALLAH expertlah. Selain bekas tadahan, benda wajib ada yang lain adalah kain untuk lap mulut. Cumanya, kalau tidur tak sedarkan diri atau, hang rasa aku bangun dan aku rasa hang bangun tadah muntah anak maka tak selamat manalah juga kekdah ni. Tapi so far, yang ni lebih baik caranya dari yang tadi. Sori ek korang, gambar bawah geli sikit la tapi inilah realiti kehidupan kami. 


  • Satu masalahnya bila anak muntah ni, habis la toto kena basuh. Alhamdulillah jugak kami ada banyak toto (at least kalau satu basuh, masih cukup lagi untuk buat tidur yang lain). Nak keringkan toto pun kene pandai. Korang kalau nak jemur, pastikan satu bucu yang paling basah duduk bawah. Jangan sidai toto mcm kita sidai kain batik tu (bucu dua2 hujung sama level). Paham tak?? Ini arwah tokku Nejad bagi. Sebab kaedah ni memang terbukti, sehari jemur je kering (kalau panas la ek..mendung kalu tak berapa jadik). 


Sebenarnya, apa yang saya cakap ni bukan penyelesaian. Yang paling betul adalah saya patut cari mcm mana cara nak kurangkan muntah diorang ni. Alhamdulillah, selepas Arwa lahir, weols perasan dia tak muntah pun. Kalau nak buat % muntah lah kalau nak compare dengan Usamah dan Uwaiys, memang muntah Arwa ni tak lebih lah kot 5% kali dia muntah (mentang2 kau sitisifir yekkk).

Jadi, setelah di tambah tolak darab dan bahagi, maka beza ketara mereka adalah susu ibu dengan susu formula. OK ni penyelesaian pertama maka untuk Arwa dengan Ahmadi, saya cuba jugak bagi susu ibu secara penuh kepada mereka. Kesian sangat Asmaa', Usamah & Uwaiys.

Kemudian setelah pindah ke Pasir Putih, kami tukar pulak susu debu kepada susu segar (kami beli dari Pejabat Haiwan di Pasir Putih). Alhamdulillah, Usamah dan Uwaiys dah tak muntah lagi. Walaupun ada masa diorang batuk berkahak tapi taklah sampai muntah teruk. Teringat Usamah dulu, muntah sampai keluar darah yang pekat yang buat saya rasa tak lepas nak pejam mata takut jadi apa2 pada dia. Kalaupun diorang muntah, rasanya itu takde apa2 kalau nak banding zaman masa diorang kecik. 

Selain itu, kami juga cuba pujuk mereka supaya jangan mintak susu selepas terlena. Kalau dulu dah lah terganggu dengan diorang muntah kencing bagai tu, kena pulak bangun bancuh susu. Kalau sorang dua kali, 3 orang agak2 berapa kali nak kena bangun. Kalau tambah tolak darab bahagi (sifir lagik!) memang dalam 10 kali jugakla bangun.

Sekarang ni alhamdulillah, kalau diorang terjaga kami pujuk2 sambil tepuk2 suruh lena balik. Yang saya perhati sangat Usamah masih bangun minta susu lebih kerap berbanding Uwaiys. Kalau dulu, tak bangun bagi susu dekat Usamah, mau dia hentak kaki sampai satu rumah terjaga...tapi skang dia sudah menjadi amat penyabar. 

Saya percaya semua masalah anak2 ada punca dan ada penyelesaiannya. Kalau saya amik masa 3-4 tahun untuk jumpa penyelesaian di atas, saya harap saya dapat bantu anda yang membaca memendekkan masa untuk mencapai kaedah terbaik menyelesaikan masalah muntah anak ni. Di sini saya sertakan link untuk mengetahui Sebab bayi muntah dan Muntah Susu.

Beruntunglah kalian yang anak jarang muntah. Sesungguhnya sakit2 bangun tengah malam lap lantai, toto atau pape jelah yang kene muntah, sebenarnya sakit lagi hati risaukan mereka kenapa mereka muntah. Sekarang saya rasa lega sangat bila mereka dah tak muntah lagi ;)


Tuesday, September 21, 2010

Menjadi Pendengar Setia

Bismillah,

Adeis, sungguh sakit urat rasanya sekarang. Tadi dah nyaris2 nak sakit kepala tapi saya buat2 tak ingat yang kepala ni tgh nyutnyut. Kang kalau layan, maka sakit tu selalu menjadi-jadi. Sama jugak kalau sakit perut ala2 nak gastrik, saya buat2 terasa macam dah makan...agagaga.. Korang faham tak?? Ala...mind set lah ni  kiranya. So, tak heran lah kan kalau each time saya sakit, my husband macam taktau pulak...

So, bila diabaikan (ayat tak boleh blah mcmlah kene tinggal seploh tahun) saya pun kata, "Kalau ai sakit, yu selalu buat taktau...kalau yu ajak2 ayam pegi klinik pun ai rasa yu caring sangat tau dengan ai". Slps dari ckp mcm tu kebetulan ada satu hari tiba2 saja dada ai sakit. Sakit mcm kene pijak ke mcm mana nak describe tak reti.

Time tu dah nak balik raya dah. Alih2 my husband yang tgh repair kete call. Selalu dia dok situ takde pun nak call mungkin sbb tangan kotor kan main dengan enjin tapi aritu dia call tanya khabar sbb pagi tu dia tinggalkan ai dok tgh sebak2 lagik dada. Dah dia call boleh pulak ai kata, "Apsal arini rajin pulak call??" padahalnya dia awal2 lagi tanya sakit lagi ke dada.

Huhuhu...tulah org perempuan ni, serba tak kena. Tak tanya kang kata buat taktau...dah tanya pulak lagu ni pulak kau bagi. Kepada incik husband, bawak2 la bersabaq no...bini hangpa ni bukan apa..saja2 ja nak buat2 manja konon2. :P Yu alls pulak, kalau tak puas hati pape ade yu all bgtau kat diorang ke?? Kalau kitorang memang sama2 sound direct je...sbb ai ni good listener to him and he is my very the best listener to me.

Tapi, bagaimana itu mau jadik pendengar yang baik??

  • Dengar la - dah nama pendengar, mesti la kena dengar. Walaupun tergedik2 sangat nak bangkang ke tunggu dulu dia perabis cerita dia. 
  • Faham apa yang didengar - nk bgtau yang kita ni faham apa dia kata, mungkin boleh buat summary cerita dia tadi dan ulang cerita dengan soalan, "Alahai...kesiannya.." atau apa2 lah yang sesuai.
  • Pastu tanya apa perasaan dia - dengar lagik perasaan dia mcm mana. 
  • Fokus - kalau betul2 faham, maka kita taulah punca masalah dia mcm mana. Barulah kita tau apa yang patut kita advice. Time advice tu jgn sampai melarat ke benda2 yang tak berkenaan
  • Brainstorm - sama2 cari jalan penyelesaian apa yang patut dengan yang tak patut dibuat berkenaan dengan masalah yang dihadapi tu.

Tips tambahan :

  • Stay present - mcm ai dengan husband mmg ai pantang bebeno kalau ai dah tido tiba2 nak bincang masalah dunia. Memang ai tiba2 akan cakap benda yang super mengarut sampai husband ai akan rasa "Betui ka ni bini aku??". Kesian incik husband kalau dia sedar2 bini dia tgh lalok padahal dia tgh cakap benda yg serius.
  • Jgn bagi nasihat - kadang2 dikebanyakan masa, dia itu hanya mau kita dengar saja. Sekadar nak lepaskan apa yang terbuku dihati sanubarinya saja. Tapi alih2 kita bg cadangan yang ntah2 kasi dia pening saja. Kalau takat pening lalat takpe la, kalau pening badak?? Kalau galak sangat nak bg nasihat pun buat la sesi brainstorm, biar dia come out dgn suggestion dan kita kata OK ke tak
  • Percayalah, org yg bercerita tu sangat suka kerana ada orang mendengar luahan perasaan dia.
  • Pengorbanan masa - kalau utk suami atau isteri, mungkin tak ada masalah dengan masa. Kami kalau saling mendengar insya ALLAH boleh berlama2 kecuali ia dilakukan bila mata saya dah lena. Owh...sangat tidak boleh berunding mata saya ni...
Kalau bukan kita sape lah lagi yang nak dengar org yang bercakap tu kan? Ke nak orang yang bercakap tu bercakap dengan orang lain yang sudi mendengar?? (Ayat ngerinya, ke nak suami cakap dengan pompuan lain yang sudi mendengar??) OH tidakkkkkkkk.....
**Husband, takpelah....ai nnt kene belajar how to tongkat mata supaya tak cepat lena macam sekarang huhuhu

Monday, September 20, 2010

30 Is Not That Old Tau!!

Bismillah,

Saya baru 30 tau..belum presbiopia lagik. Tapi nape ada situasi2 berikut tetap berlaku..

Situasi 1
Saya pakai baju raya saya ritu tu, balik dari rumah mak sedara saya. On the way nak sampai rumah, adik laki saya tepon bgtau kawan dia datang rumah dan dia taktau nak buat apa. Saya suruh je la dia perangat mi dulu. Sampai2 je rumah, saya masuk dalam terus untuk raikan kawan2 adik saya tu. Fuh..kaler rambut masing2 oren putih ke apa kaler saya tatau. Ada 5 orang perempuan.

Memandangkan antara saya, mak saya dengan adik saya, saya punya level 'kak mah' tinggi sikit saya gi lah salam dgn diorang sambil tegur2 apa yg patut. Nak jadi kisah sorang dari kawan Epit tegur saya, "Selamat Hari Raya MAKCIK..." sambil senyum meleret-leret. Saya dan2 tu rasa tergugat tapi maleh nak tunjuk muka sentap terus ke meja makan sbb tiga yang lain dah bubuh mi sendiri dalam pinggan. Budak yang panggil saya makcik tu tak makan sbb on diet.

Saya tua 4 tahun je dari Epit dan diorang adalah kawan Epit, kot ya nak panggil makcik pun hagak2 la weii..sian kat aku :P Lepas diorang balik, saya cerita kat Epit dan Epit kata kat saya, "Padan la muka hang, memang nampak tua pun...". OK...maleh nak fikir dah sbb mungkin Epit pun kata saya old fashion maybe sbb saya tak kaler rambut mcm kawan dia kans...

Situasi 2
Ada sorang staff saya tu, selalu orang teka dia sebagai anak saya. Waaaa...... Yang ni saya nak letak gambar tapi saya respect privasi dia OK... Tapi orang yang tgk pun kot ya pun kami ada iras2 gamaknye hang pi balun kata budak 20an sbg anak ai kan. Sabo je lah...mungkin sbb staff saya itu nampak macam kanak2 kot (terpaksa cover diri sendirik huhuhu....)


Lalu smlm saya report kat my husband, "Abang, kawan Epit kata ai makcik...(sambil ceritalah cerita kat atas)" pastu my husband pun ingatkan ai pasal staff ai yang orang sangka anak ai tu kan. Pastu dia pun kata orang ingat dia tua jugak. Lagik dia kata mereka itu yang kata itu macam memang rabun yang takleh dibetulkan....kikiki... Nasib baik laki ai tolong cover tau, kalau dia menambah2 lagik memang ai merajuk tanak balik Kelantan...kahkahkah...

Di bawah ni adalah anak2 ai...ai tua ke, ai bekeng ke, ai baik ke...still they put their respect on me...cerita panjang pasal gambar ni nanti lah ai story, skang ni ai nak pi cuci muka dengan SAFI RANIA GOLD so that lepas ni saya boleh kata, "Usia?? Kenapa nak berahsia???"







**Apsal lepas cuci muka dengan Safi Rania rasa kesat2 ek muka?? Dah 10 tahun tak cuci muka ni....

Saturday, September 18, 2010

Kisah Baju Raya

Bismillah,

Dah tatau nak cerita apa, maka ceritalah pasal baju raya. Sebenarnya, baju raya saya dah ada. Idea warna tu adalah sebab saya dapat jubah dari adik ipar yang balik dari Jordan. Cadangnya, saya punya tak payah beli. Tapi bila sesi membeli, masa kumpul semua yang nak dibayar, promoter tu plak kata, "Rugilah kak...orang lain pakai baju yang sama tiba2 akak pakai baju lain."


Kerana takut rugi tulah saya betul2 rugi sekarang!! Siap masuk fitting room OK sdgkan saya rasa dah berkurun zaman tak try dulu baju sblm beli. Waaaa....sebabnya adalah :

  • Dari taknak beli baju untuk saya, alih2 saya beli baju and even worse, saya punya paling mahal! Saya rasa ia mahal sbb kat bhgn leher penuh dgn manik.
  • Baju tu walaupun dalam byk2 saiz, ia adalah saiz yang paling besar, tapi ia tidak cukup labuh untuk saya yang tinggi merenjong ni
  • Kain tu pulak nipis
  • Saya pulak tak berapa minat baju yang takde cekak tangan dan baju ni rasanya takleh nak alter untuk buat zip di bawah ketiak sbb dia ada lining dan kalau nak belah kat leher pulak mesti hancur sulam manik tu.
  • Ramai pulak tu yang tgk saya pakai baju ni tegur beria2 sbb baju saya semua plain, alih2 pakai yang ala2 glamer tak kuasa ni. Part ni saya paling tak suka...
  • Suami saya pun, selepas dia tinggalkan saya kat Pt Buntar ni sbb nak bg can kat bini dia raya sampai pitam tiap2 hari anta mesej atau kata "Nape ummi pakai baju nipis tu gi jalan??" sedangkan saya hanya pakai pada raya pertama selama setgh jam tak sampai pastu pakai tghari raya kedua utk ke rumah mak sedara saya. Konon2 sound direct lah tu...hihihi
So, saya dengan rasminya nak say babai lah ke baju tu. Insya ALLAH akan datang saya akan pilih baik2 baju. Sangat menyesal kerana membazir... :(

Friday, September 17, 2010

Semoga Dipermudahkan

Bismillah,

Saya mahu berkongsi dengan kalian sesaknya kepala saya hari ini, saya susah hati untuk orang lain...tapi saya memilih untuk mengunci jari saya dari berkongsi perkara yang tidak patut di sini :)

Jadi, saya biarkan gambar2 ini mewakili saya..sebagai tanda bahawa saya sangat teringin berada di samping kamu kerana kamu, kamu dan kamu sangat saya sayangi namun sayang sekali ada satu kamu masih tidak memahami... (apa aku merepek ni??)

Kamu sedang diuji, daku ingin sekali berada di sisi dan sekurang2nya memegang bahu kamu..
sesungguhnya apa yang kamu lalui itu adalah perlu..
ia perlu kerana ALLAH telah menjadikan padanya kebaikan yang banyak insya ALLAH

Tenanglah...renunglah ke dalam alQuran,
di sana ada banyak sekali jawapan..

Janganlah berasa lemah, 
kerana janji ALLAH tidak serupa dan tidak akan serupa
dengan janji manusia...

Jangan bersedih kerana 
aku akan menumpang kesedihan kamu

Ingatlah pesanan ini

Nikmat akan datang insya ALLAH...
tapi kita perlu membayarnya terdahulu



Jangan mengalah ya!!




Insya ALLAH
aku doakan ini untuk kamu, kamu dan kamu...
dan aku!!

Senyumlah kalian...
Agar daku boleh menumpang senyuman kalian.. 
Itu cukup membahagiakan..

Thursday, September 16, 2010

Raya 1431

Bismillah,

Ohh..raya saya tahun ni bermula dengan kisah sadis. Time orang lain tgh sibuk bertakbir menandakan hari esok adalah hari raya, saya pulak melalak tak berenti2. Kereta yang kami hantar nak repair amik masa seploh hari baru siap. Part paling best lagik adalah part hari last berbuka tu my husband call dan bgtau kereta tak boleh start!! Skang bgtau saya kenapa saya takleh nangis??

Tapi alhamdulillah...adik ipar saya offer kereta Kelisa dia. Anak ku yang 4 org tu tidur kat seat belakang. Jgn tya struktur biologi mereka mcm mana, lebih kurang mcm popia lah jugak tinggal tak goreng jek lagi. Kot mana2 pun saya bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberi saya cahaya setelah saya melalui kegelapan. Pagi raya tu, walaupun mata macam kene gam kanji sbb ngantuk tapi seronok yang amat.

Seronok sbb saya dapat bergambar dgn anak2 yang tak sempat pakai butang baju, part tu je dah seronok walaupun saya rasa baju raya saya tahun ni adalah baju yang paling hampeh pernah saya beli. Selepas tu, saya dapat bergambar pertama kali dengan mak abah dan adik beradik. OK, agak dramatik la kalau saya cakap saya rasa seronok dengan hanya bergambar, tapi memang itu menyeronokkan saya.


1st time tangkap gambo dengan sepupu..
tu pun Wa dengan Cik Yah kena paksa balik tak dan-dan nak balik
plus Siti, Cikcah dgn Adam yang tak reti nak balik :P

1st time tangkap gambo kami 3 beradik dengan mak abah...

1st time tangkap gambo dengan adik beradik saye..
mereka ini adalah budak yang kuat gadoh! :P
Nasib baik mereka ada kakak yang baik mcm saye...
Muahahaha....masuk lif, tekan naik tinggi2...
Adik saya edit gambo ni dalam FB dia dengan slogan
"Kami bukan anak mami, kami anak mak kami"

Dan, ini dia gambar kami sekeluarga...
Tak sempat nak boh butang baju melayu budak2 ni...huhuhuhu
dan lebih dasat lagi, tak dan nak gunting rambut Usamah dengan Uwaiys!!

Alhamdulillah..memang enjoy jugaklah raya kali ni
Terima kasih buat suami, saya tau dia tak senang duduk bila teringat bini dia nangis mcm budak2 tak dapat susu..huh, nyusahkan laki jek!