Sunday, March 31, 2019

UJIAN HIKMAH KEMANISAN

Bismillah,


Sungguh berhutang itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Namun, setelah terjebak ke dalamnya, saya mula akur dengan kehendak Tuhan yang mahu saya belajar sesuatu di sini. Saya masih beruntung kerana duit modal yang saya pinjam dahulu tidak hapus begitu sahaja. Ramai orang lain yang tanggung lebih dahsyat dari saya.

And....this is my struggle. Saya perlu memilih untuk hidup terseksa, atau keluar dari perasaan itu dan berjiwa positif untuk melaluinya. Adakah payah? Usah ditanya. Saya tidak mahu mencabar kalian untuk berada dalam kotak dimana saya berada. Saya akui, andai bukan kerana ada ibubapa, kaum keluarga dan sahabat-sahabat seperti kalian yang selalu berada bersama saya, maka, tidaklah saya masih disini dan masih mampu tersenyum lagi.

Ebook ini, dicadangkan oleh seorang mentor penulisan yang saya sanjungi, Puan Masayu untuk dibukukan. Saya menyenaraikan tajuk lain tapi beliau meminta saya menulis tajuk ini. Puas pulas saya fikirkan untuk apa saya membuat penulisan ini kerana ternyata saya belum berjaya keluar dari kemelut ini....

Tapi, setelah merangka beberapa tajuk kecil, saya merasakan ada sesuatu yang perlu saya sampaikan pada anda semua.

Mungkin, sekadar untuk memberitahu rasa deritanya berhutang itu...
Mungkin juga, untuk membantu kalian mencari jalan yang kelihatan tertutup...
Mungkin, untuk menemukan potensi dalam diri kalian meskipun terhina di dalam lembah hutang...

Moga ada manfaatnya buat kalian yang membaca.

Nashkah ini adalah dalam bentuk e-book, buku di alam maya. Ia boleh dibaca terus melalui komputer, gajet dan handphone.

Sekiranya anda mahu membelinya, sila WhatsApp saya dengan klik link ini :

http://www.wasap.my/60199515058

Email yang berisi ebook ini akan diemailkan dalam tempoh 1-2 hari selepas pembayaran anda disahkan.

Nota : Harga ebook ini adalah RM 30

Tuesday, February 26, 2019

Bagaimana Mahu Mudah Bangun Untuk Tahajjud Qiamullail

Bismillah, saya nak share soalan seorang senior pulak.
Senior : Salammmm. Akak nk tips lagi. Jgn gelakkk. Ive been trying to bgn qiam. Tapi asek gagal. Jaga... Tapi tido balik
Takdak kekuatan. Kena kurangkan makan ka? Kadang tido awal dah, Jaga kol 5... Dapat istigfar 2-3 kali... Bum tido balik. Nk bgn pi wudhuk punya berat. Tlg doakan kakak mu. Serius ni
Ai : Kak, mcm mana nk cakap ek? Ekceli saya pun baru bermula bila start pindah sini.. dalam setahun setgh. Sbnrnya yg berat tu bukan benda lain dah tapi adalah diri kita sendiri aje kak. Kot mana2 pun memang kena paksa diri di peringkat awal.
Awal2 tu memang main paksa aje. Buat pun setakat tahajjud then stop sambung buat kerja lain plak.. Walaupun sekadar paksa saya perasan memang licin kerja rumah saya... Bila sehari berlalu dengan baik, kita akan rasa yes esok aku nak lagik!
Senior : Akk gerak sendiri... Awak bertuah husband sealiran. Baik pija. Paksa je kan. Biasakan dulu
Ai : Hehe alhamdulillah..Yg cantiknya kita isteri tidur dulu dan bangun kemudian.. tu baru betul. Tapi takpe je kalau kita mulakan dulu. Nanti akak akan perasan bila akak dah mulakan, suami dgn sendirinya pun berubah ke arah yang sama.
Rupanya, memang kalau nak dia berubah, kita kena berubah dulu. Itu cara halus utk 'didik' suami huhuhu. Setiap dari kita sebenarnya ada senjata utk menawan suami masing2 tapi proses nak mencari senjata tu memang sangat mencabar kan huhuhu
Senior : Mencari kkuatan dan keazaman tu rupanya sgt payah. Walhal dah dok umah. Tak kerja. Nk dhuha pon liat kadang. Sedih tau. Mathurat pon dah x konsisten.
Ai : Berbalik pd soal nak bangun malam, saya memang mulakan dengan pasang alarm. Cth alarm pertama 4.30, alarm kedua adalah 4.45 kot kita salah tertekan snooze ke. Saya pasang sampai 5 alarm di peringkat permulaan kak huahua.
Selepas dari tu saya perasan saya boleh dah kurangkan 5 alarm tu kepada 1 aje.. dan sekarang, once dah stabil, jam biologi tubuh akan bgtau sendiri.. by right 4.30 tu memang dah terjaga xleh nak tidur dah huuhu.
Bila kita qiam kak, make sure ada masa juga utk qailullah.. kena take a nap even for 10 min pun
Senior : Qailullah tu apa? Maknanya... Pas bgn qiam.. Solat... Pastu tido kejap ke Sblom subuh?
Ai : Eeh bukan hehe... qiam tu sbb kita amik yg hjg dah so jgn tidur semula sebelum subuh... itu merabehaya huhuhu. Qailullah tu nap sekejap time tghari.. bestnya sblm zohor..
Ada banyak kajian saintifik yg membuktikan khasiat nap tghari ni kak, boleh gugel. Jadi skang benda pertama yg kena betulkan adalah kesungguhan kita.
Kalau perkara pertama tu xselesai, nak setel yg kedua ketiga nanti pun akan jadi payah. Yang kedua tu adalah part pergaulan kita dgn siapa dan tujuan apa... dgn kawan tujuan bergosip ke mengumpat ke buat skandal ke atau berdakwah ke berpolitik ke atau apa??
Semakin kita berada dalam kelompok yang melalaikan maka memang kita akan mudah terikut sama. Tapi jangan sampai kita tinggalkan kelompok ni pulak kak.. ha ni satu pasal lagi yang saya teringin sangat nak tulis.
Ada org dia nak berubah ke arah kebaikan jadi dia tinggalkan kawan2 yg nampak belok tu tapi sebenarnya tindakan kita tu akan menimbulkan pecah belah saja.. rugi tu. Apa yg perlu kita buat adalah menghalang diri sungguh2 dari terjebak dengan diorg. Sbb tu penting kena jaga kesungguhan..
Kemudian part ketiga tu adelah pemakanan kita.. huhu part ni yg memang pjg gila2 nk hurai 😅
Kak, sori ek kalau buat akak terasa huhuhu. Sbnrnya akak dah tanya ni maksudnya akak dah ada kemahuan.. mahu tapi belum menyungguh pun xbawa kemana2 jugak.
Saya dok wonder dulu mcm mana la boleh nk qiam dalam keadaan kita tak cukup tidur
Tapi rupanya bila kita maximakan pagi kita tu, dengan sendirinya kerja lebih banyak siap dan dengan sendirinya kita akan cukup tidur sebab kerja siap. Sbb tu saya rasa, xsesiapa pun patut tangguhkan kesungguhan utk bangun berqiam huhuhu
Senior : Tq tq tq. Akak try mlm ni.
Ai : Nikmat yg dapat disebalik amalan ni masya Allah. Utk permulaan bangun la 5.30 dulu ke.. Lama2 bole ejas ke 5.00 plak. Kemudian upgrade sikit 430 hehe.. Jd body kita ada persediaan kearah tu.
Selesai untuk malam tadi, bersambung ke subuh tadi 
Ai : Assalamualaikum kak!.
Senior :Hampir berjaya... Tapi blom berjaya jugak. Jaga 5.24. Anak nguek... Susukan dia jap. Elok bgn dh 5.33. Mandi... Kuar dah 5.50. Dpt rawatib sblom subuh je dulu. Ok jom mathurat dulu seround
Ai : Wah kak! Kira dah berjaya la tu. Sunat sblm subuh lebih baik dr dunia dan seisinya tu hehe
Alhamdulillah
Senior : Siap masak nasik. Sayur. Bubur anak. Mesin kain. Kannn?
Hehe... insya Allah esok lebih semangat lagi
Selepas dari tu kami juga saling memperingati utk menunaikan dhuha. Alhamdulillah.. semoga sahaja hari ini akan memberi momentum yang kuat untuj kita menjadi hamba yang bertaqwa. Ameen... meh sama2 doakan semoga Allah izin kita utk meraikan malam ♡



Apa Itu Makanan Raw (Asas/Sebenar) ?

Bismillah, pagi ni berikutan posting tadi, saya terima soalan ini 
salam kak,sy xxxx junior ukm...
maaf ganggu..sy tertarik dgn post akak
ttg makanan raw tu...erm apa yg akak maksudkan ttg raw food tu eh.jika sudi boleh share?sbb sy sgt ingin jaga pemakanan anak2 dan suami kt rumah sbb sy wahm.rugi rasanya jika sy juga x amalkan pengurangan atau 0 makanan proses ni.syukran:)
mungkinkah soalan sy terlalu luas?erm sy cuma nak faham konsep...raw food tu...means tanam snd dan.masak tanpa tambahan.atau mcm mane....sbb roti...jam...still consume dgn large scale.
Jawapan saya :
Raw food xsemestinya makanan yg kita tanam semata2. Boleh je beli asal kita pilih kesegarannya tu. Cth nk guna sos, kita elak sos dan pilih utk guna cili segar, tomato segar dll. Kita amik bahan asas dia sendiri.
Mcm roti bole nk makan tapi kalau boleh biar kita buat sendiri supaya perincian each ingredient yg diperlukan bole kita teliti dengan penuh hati2. Mcm tu jugak jem, sebenarnya kita boleh je buat sendiri.
Jika perlukan daging, beli daging segar jgn beli daging burger atau nugget dll. Huhu faham kot?


Bila Suami Mengajak Untuk Bersama


Bismillah,
Harini saya tidak mengikut suami menghantar anak. Lagipun, semalam baru kami jenguk Asmaa' dan di rumah pun sudah ada lauk untuk dimakan. Kebetulan juga harini suami perlu menghadiri mesyuarat di Pasir Putih.
Jadi, pagi ni saya nak melapangkan masa dengan kerja-kerja dirumah dan pokok-pokok diluar hehe.. Sebelum bermula, saya ibgin berkongsi sesuatu dengan kalian.
Susulan nota usrah saya tempohari, ada seorang sahabat mengajukan soalan :
2. Soalan ni sensitif sikit.. Nk minta maaf dulu kalau x sesuai...
Bila suami request ke tempat tidur.. Pd ms tertentu yg kita rasa pnt sgt or stressed sgt n kita tolak.... Ikut hukum kita tau yg ia dosa.... Teringat yg kisah nabi tidur kat luar rmh sbb x nk kejut aisyah bila blk lewat mlm.. boleh kita kompromi ke perkara ni?
Boleh ke kita fikir yg suami ptt ada tolak ansur dgn kita?
Soalannya panjang, tapi saya berminat nak kongsi jawapan saya untuk soalan kedua ni. Pertamanya yang perlu kalian tahu, saya sebenarnya bukanlah belajar agama tinggi sangat pun. Sekadar pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah dan kursus ZT (ape dah ek? Ketamadunan Islam kot?) semasa di UKM.
Justeru, jawapan saya mungkin boleh dipertikai dan tidak boleh dijadikan hujah ilmiah. Ia adalah sekadar hubungkait yang saya sedari berdasarkan pembacaan saya dan perbincangan dengan suami dan sahabat-sahabat.
Berbalik kepada soalan, bolehkah stress dijadikan alasan untuk menolak hajat suami kepada isteri?
Cuba renungi hadis ini :
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan isnad yang baik. Berkata al-Haithami : Perawi hadis ini adalah perawi al-Sahih kecuali al-Mughirah bin Muslim, beliau adalah thiqah)
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata lagi : ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi ; beliau berkata : hadis hasan sahih)
Nabi shallallahu ’alayhi wa sallam berkata : ”Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak, dan suami tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya hingga ke subuh.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Agaknyalah, duduk di belakang tunggangan tu stress tak? Juga, di zaman oven xde lagi utk set masa dan suhu macam zaman kita, stress tak kalau suami berhajat disaat membakar roti?
Adus, sungguh saya tidak dapat membayangkan keperitan zaman yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabat dahulu. Kalau dizaman kita tak apalah ada kereta yang stabil kalau tersalah suami berhajat pun cuma nak cari langsir untuk cover je lah kan?
Jadi, jika kita stress, cuba bandingkan pula dengan tahap stress zaman sahabat dahulu bagaimana? Masih beratkah stress yang kita tanggung itu berbanding mereka? Allahurabbi..
Saya dapat merasakan betapa bertuahnya kaum muslimin jika begini sekali layanan yang perlu diberikan kepada mereka oleh seorang isteri. Seolahnya tidak adil pula?
Astaghfirullah.. Jika itu perasaan kita, sebenarnya kita masih belum cukup ilmu lagi. Islam ini sangat adil dan tidak zalim. Tidak sekali-kali! Jadi kepada kaum suami, jangan mendabik dada terlalu awal.
Perhatikan pula hadis berikut :
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu”.
(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya”. (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)
Nah! Jangan baca bahagian hadis melayan suami sahaja. Sila baca bahagian bagaimana seorang suami juga wajib menyantuni isterinya. Cantik bukan?
Sebab itulah jika isteri stress, suami hendaklah dengan sedaya upaya cuba mendamaikan jiwa isteri itu. Gunakanlah apa jua cara sekalipun bagi membuatkan hati isteri berasa damai. Jika kalian gagal mendamaikannya, maka kalian akan berlaku zalim kepada isteri kalian.
Jadi sekiranya isteri mempunyai masalah di rumah atau dipejabat, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk membantu meredakan hatinya. Melalui inilah, jiwa muslim akan subur dan kian bersemangat.
Janganlah ambil Islam separuh-separuh. Islam adalah agama yang syumul dan lengkap. Semua Muslim jika berpegang teguh pada ajaran Allah ini, tidak akan terasa dizalimi dan tidak juga mahu menzalimi.
Mohon maaf andai ada kesilapan atas catatan saya ini. Saya juga terbuka kepada teguran insya Allah. Semoga hari ini menjadi hari yang baik untuk kita memulihkan keadaan rumahtangga kita. Senyum..dan jalan terus!
Terima kasih buat suami (Mohd Sabri Salleh) yang memberi faham betapa cantiknya Islam 



Belajar Buat Sos Sendiri Di Rumah

Bismillah,
Saje nak share.. Terima pm dari junior saya yang shomels di Taayah
Junior : Assalamualaikum k.pija...
Nk tuntut ilmi buat sos cili n tomato blh?
Saya : Waalaikumussalam.. Boleh je hehe.. Senang sangat je pun. Kalau resepi tu memerlukan sos tomato, kita gunakan tomato asal. Kalau resepi nak guna sos cili so kita gunakan cili segar atau cili kering aje. Xsusah pun huhuhu...
Junior : Tetba mood sy dah rungsing dgn sos yg beli ni... Bhn nk bg thn lm k.pija?
Saya : Setiap kali nak masak baru guna. K.pija xbuat pun sos yang disimpan dalam peti.
Junior : O..bhn2 lain k.pija..kot2 nk cicah cucur...
Saya : Ok kalau nak cicah cucur tu kita kene tumis bawang putih, then masukkan sama ada cili atau tomato dan biar asak lepas tu letak garam dan cuka. Kena pandai ejas bab sukatan tu untuk bagi rasa sedap. 
Junior : Gula ltk x k.pija
Saya : Boleh kalau suka. Tapi k.pija tak letak gula putih. Kami guna jaggery lama dah. Tahniah ye kalau boleh bertukar utk tak gunakan sos. I understand it is not that easy Tapi hasil dari jaga bab ni adalah sangat memuaskan alhamdulillah
Junior : Btl k.pija...roti pn skrg ni sy buat sdr...bg family mkn..lately je rs xbp best dah nk mkn sos beli...lgpun ank sy sk mkn sweetsour...aritu mak sy bg byk tomato sy blend buat msk tu..tu yg rs nk buat sdr lbh baik... Jaggery tu pe k.pija
Saya : Jus tebu yang dipekatkan
Junior : Mcm sdap je... K.pija msak pe pun guna tu ke?da xguna gula putih?
Saya : Aah. Cuma dlm masakan k.pija xberapa nak ltk gula. So kalau ada resepi kene letak gula k.pija tukar dgn jaggery
Junior : K.pija..sy skrg suka msak..gerak hati slps bc tlsan k.pija dlm e book..knp kt perlu masak....situ la tmbul ksdarn..trm ksh k.pija
Saya : Sama2.. Alhamdulillah kalau ebook tu bawa manfaat. Takut k.pija kalau merepek je haha
Junior : Ye...sy mnfaatkn...suka tgk ank mkn byk sbb sy yg msak..ank puji lg kmbg le wlpun xbp sdp kdg2 tu... Ada rezeki sy pn nk back to nature..sume ada dsekliling..
Saya : Semoga Allah mudahkan 

* Jemput tengok keluaran terbaru buku dan majalah ilmiah di sini

Teknik Mengorat Isteri Solehah Melalui Dunia Maya




Bismillah,
Mata mengantuk sebenarnya. Tapi rasa xboleh nak lena. Jadi, try le menaip kot nanti datang mengantuk gila-gila so boleh lena. Boleh gitu? Hehe..
Ptg ni saya nak bagi sikit tips utk orang lelaki. Errr.. Xkiralah yang bujang (terutamanya) atau laki orang hehe.. Ia adalah tips mengorat. Haha heran tak orang perempuan plak yang bagi tips mengorat? Papejelah..
Saya xtau tentang tips mengorat orang lain. Tapi tips mengorat saya ni insya Allah adalah untuk mendapat bakal isteri yang benar-benar baik untuk dijadikan isteri.
Telah beberapa kali saya berjumpa dengan anak dara yang sedia bagi telefon diorang untuk saya baca. Hahaha.. Power tak saya bole baca mesej peribadi dalam telefon orang? Sungguh ni ai tak tipu..
Dari mesej yang saya baca itu, saya seakan boleh menilai budak perempuan tu macam mana dan bukan setakat perempuan tu saja tapi lelaki yang nak melamarnya itu juga. Tapi tolong faham ye, nilaian saya adalah nilaian manusia mungkin banyak salahnya taww.
Pernah dengar kan ayat al Quran perempuan yang baik untuk lelaki yang baik (malas nak search weih, sape rajin tlg kopipes ayat tu di komen eh)? Jadi tips pertamanya utk lelaki, tolonglah jadi baik kalau betul nak dapat isteri yang baik.
Maksudnya macam mana tu? Saya tau sekarang ni kalau nak mesej boleh masukkan emoji yang bermacam2 dalam mesej spt dlm whatsapp dgn emoji muncung keluar love bagai tu dan lain-lain yang malas nak describe sesatu.
Berawaslah untuk guna emoji berkenaan. Sebab benda tu dengan mudah akan membuatkan hati seorang anak dara terbuai. Lalu anda bakal mengheret budak itu sekali untuk naik gatal.
Tapi jika tersalah anda terlajak menggunakan emoji berkenaan, lalu respon pasif pula yang anda dapati dari muslimah itu maka bolehla dikatakan bahawa budak itu sangat baik untuk dijadikan isteri nantinya.
Keduanya, gunalah ayat yang biasa-biasa sahaja dan jangan dilibatkan ayat-ayat yang berlandaskan nafsu untuk mengoratnya. Yakinlah muslimah yang solehah tidak perlu ayat begitu untuk mereka rasa terpikat.
Haih, susah nak bagi korang describe ni. Kalau faham maka fahamlah, kalau tak, abaikan je lah ek? Hehe.. Sebab saya perati zaman sekarang ni macam mudah sangat orang mengorat dengan pakai mesej2 aje tanpa kenal tuan punya badan secara personal, tul tak?
Sebenarnya yang manisnya adalah gunakan orang tengah. Tak kiralah orang tengah tu sahabat kita, atau sahabat budak tu atau lebih mudah ibubapa budak tu lah senang.
Ye saya faham tu bukan style orang zaman sekarang mengorat tapi itu adalah cara yang paling selari dalam Islam. Lebih tinggi nilai dia dari kita membuat ayat2 cinta yang membuatkan jiwa anak dara itu terbuai-buai gitu.
Kenapa cara mengorat penting? Fikir elok-elok, bukanlah mudah nak dapatkan muslimah yang benar-benar solehah sekarang. Kalau kalian jaga cara mengorat, maka kalian akan jaga juga muslimah berkenaan dari berkelakuan tidak sepatutnya.
Secara tidak langsung dia juga akan terdakwah sama. Hasilnya anda akan dapat isteri yang betul-betul tinggi nilainya disisi Islam. Rumahtangga ini bukanlah tujuannya untuk bersuka-suka melepaskan nafsu semata.
Kita berumahtangga untuk membina satu institusi yang bersih lagi bernilai tinggi di dalam Islam. Jika diperingkat pemilihan kita mengumpan nafsu, tidak hairanlah kalau bahtera yang dikemudi karam di tengah lautan.
Allahu Allah. Banyak sekali pahala dan keberkatan kalau kita memelihara diri dari perkara yang haram. Facebook, whatsapp, wechat dan ntah gapo namo rimau yang lain tu, janganlah kita gunakan untuk belok dari landasan Islam.
Platform itu ya benar boleh mengeratkan ukhuwwah tetapi dengan mudahnya juga membawa kita terbelok sama dari landasan Islam sekiranya tidak dijaga.
Jap, ape hang merepek ni Pijah? Hahaha... Apsal ntah petang ni rasa macam nak cakap sesuatu tapi macam tak sampai maksud aje. Huahua.. Makanya sape yang faham tu fahamlah ek. Yang xpaham tu errrrr..gi lah tanya ustaz2 yang faqih dalam agama.
Sekian,
Repekan orang mengantuk
*yang ajaibnya ngantuk hilang, tapi lapo le plak haha*


Bila Suami Nak Kahwin Lagi


Bismillah,
Seterusnya saya mahu berbicara tentang poligami. Ye, POLIGAMI..
Soalan pertama saya (tak perlu jawab pun, jawab dalam hati aje). Adakah suami kalian tidak sudah-sudahnya menggiat kalian bahawa dia mahu berkahwin lagi?
Apakah dengan usikan atau kenyataan dia itu jiwa wanita kalian terluka? Pada diri saya dahulu ya. Pernah diusik semasa sedang makan sudahnya saya menangis didepan rezeki.
Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca wall puan Nurul Adni Adnan yang menyatakan suami yang mahu berkahwin tak perlu berselindung dengan isteri. Mereka patut memberi pendedahan kepada isteri dan mungkin anak2 untuk menghadapinya. (oh ye, terima kasih kerana dicelahan ramai saya terpilih berada di frenlist puan)
Barulah tiba2 saya sedar bahawa usikan itu adalah wajar. Kenapa saya rasa wajar? Kerana dengan usaha itu saya selalu cuba menjadi isteri terbaik buat seorang suami yang dicintai kerana Allah SWT. Saya mengambil usikan ini secara positif.
Saat diusik, saya akan cari kesilapan diri, yang mana kelihatan terang ditegur suami maka saya akan letak prioriti tertinggi untuk ubah kesilapan itu. Itu perkara pertama.
Kedua, dengan usikan yang tidak berpenghujung ini, saya rimas untuk mengelak dari terus diusik. Jadi boleh sahaja saya berdoa supaya sama ada perkara itu dijauhkan dari kehidupan saya atau jika seandainya terjadi saya berdoa supaya saya redha.
Maksudnya kita akan meletakkan pergantungan kita kepada Allah. Minta supaya Allah gerakkan hati suami kita supaya tidak menduakan kita atau supaya dia adil jika ditakdirkan dia berpoligami.
Ketiga, kita secara tidak sedar akan selalu memperingatkan diri bahawasanya kita mungkin tidak terkecuali dari diuji dengan ujian poligami. Lalu dengan rasa sedar diri tindakan berikut boleh dibuat.
Pertama, didik hati supaya redha dengan takdir Ilahi. Kedua, pastikan diri sendiri rasa 'berada dalam zon tidak selamat' supaya tindakan positif boleh digunakan untuk menambah baik nilai diri.
Ketiga, boleh susun strategi lebih awal andai perkara itu terjadi. Sama ada hendak menjadi madu yang baik atau mungkin kerana anda tahu suami anda tidak mampu menjadi suami yang baik dengan isteri ramai maka persediaan untuk berdikari perlu ada.
Jadi, saya rasa ada benarnya pesanan orang yang berpengalaman dalam hal ini seperti puan adni. Jujur saya katakan, saya masih tidak mampu seperti puan malah sedang mendidik hati untuk terima.
Fokus saya, adalah supaya saya menjadi seorang yang solehah, yang tidak meletakkan pergantungan kepada suami semata2. Dunia ini singkat. Adalah rugi jika kita selalu negatif dengan ujian dunia.
Berdoalah, kerana hati kita dan hati suami berada didalam kekuasaan Nya. Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu secara sia2. Jangan jadi orang yang lemah sedangkan usikan itu belum tentu menjadi kenyataan.
Berdoalah supaya mendapat hati yang redha. Andai tidak boleh melalui fasa itu, doalah semoga kita kuat melawan ujian.
* tolong faham, saya tidak menggalakkan perceraian. Perhati betul2 suami kita dan sukat kemampuannya. Jika dia mampu dan didalam dirinya ada nilai tertinggi memartabatkan Islam, maka mungkin tidak salah untuk berkongsi. Saya bukan anti poligami dan saya percaya jika mengikut lunas agama dengan tepat, poligami tidak akan menjadi zalim *

Adakah Anda Periksa Group WhatsApp atau Telegram Suami Anda?


Bismillah,
Kebetulan hari ni hari yang lapang. Tabahlah kalian baca tulisan saya. Jika dipendam terasa seperti sakit sendiri. Maka saya mahu luahkannya.
Kelmarin lepas seorang ahli dalam grup wassap iis bgtau dalam grup, dia telah keluarkan diri dari sebuah grup kerana banyak sekali gambar yang melampau didalamnya.
Tidak cukup setakat gambar, malah perbincangan seterusnya juga mencapai tahap melampau. Selama ni, grup yg saya join ada 5 grup yang bercampur dengan lelaki.
Pertama geng sekolah rendah (tapi saya dah keluar masa sakit tempohari), grup geng semut, grup vvip (diorg tau diorg sape), grup geng optometri dan satu grup di telegram dengan sahabat di ukm dulu.
Tapi seingat saya tidak ada yang cuba menyebarkan gambar atau ayat2 yang berbaur lucah (menuju ke perbincangan seks). Maka alhamdulillah saya berada didalam kelompok yang sihat saya yakin.
Jadi sudahkah yakin yang grup pasangan kita begitu juga? Kalau kalian rasa xperlu cek terserah. Saya dan suami tidak ada rahsia dan adakala saya intai whatsapp dia sebagaimana dia akan mengintai whatsapp saya juga.
Memang tersirap juga darah kalau nampk mesej tak semenggah didalamnya. Mesej dengan gambar wanita tidak kira yang menutup aurat dan tidak tersebar sebegitu mudah.
Lebih kasihan, gambar muslimah comel bertudung labuh dengan kotak dialog, "Abang sayang, malam ni malam jumaat, malam ni sunat tapi malam lain wajib" tersebar merata alam.
Pertama cuba bayangkan gambar itu adalah isteri kita. Tidakkah nanti dia menjadi simbol seks kepada lelaki lain? Kedua cuba bayangkan pula natijahnya selepas hantar gambar menunjukkan payudara bergantungan kelihatan dengan lurah, adakah tidak tergoyang iman kalian terutamanya yang bernama lelaki?
Tidakkah melarat2 dosa dengan sebaran gambar seperti itu? Saya geram hendak menegur tapi kalau disukat ilmu saya yang hanya suam kuku berbanding mereka maka saya akur. Terpaksa menggunakan iman paling nipis dengan membenci dalam hati.
Tapi saya tidak mahu sudah disitu. Seandainya saya tidak boleh mencegah dalam kelompok itu, apa salahnya jika saya boleh sebarkan dalam kelompok lain?
Come on lah. Dunia sementara sahaja.. Jika kita bersabar dengan perkara yang haram didunia, kita akan dapat semua tu diakhirat. Terutama kepada yang lelaki, bidadari disyurga apabila melambaikan sebelah tangannya ke bumi akan cerahlah dunia sekalipun tanpa cahaya matahari dan bulan. Jadi adakah kalian mahu rugi?
Terserah, i've done my part. Now think again and again.
Catatan hati

Suami Tidak Selalu Berada di Rumah Kerana Tabligh, Tugasan Jemaah atau Bekerja

Bismillah,

Bismillah..
Dah lama rasanya tak menulis selain bab madu dan produk2 jual ni huahua.. alhamdulillah harini Allah bagi kesempatan saya duduk sekejap untuk cuba buat satu entry.
Ada seorang junior saya tanya saya punya pendapat pasal jemaah tabligh dan saya tanya dia semula kenapa dia tanya dan ni jawapan dia :
"Hehe..sbb husband saya masuk tabligh.  dia dh selalu la keluar 3 hari. cumanya penerimaan saya belum 100% ikhlas dan redho. Especially bila dia takde anak saya sakit..silih berganti. Sekarang dia tengah keluar 40 hari. Ni 1st time dia keluar lama. Saya cuba tapi saya ni manusia biasa. Tak lari dari merungut, mengeluh bila rasa stress nak menghadapi semua ujianNya sorang2.."
Sebagai menjawab persoalan.. personally saya tidak tahu detail tentang tabligh. Plus saya pernah ada pengalaman 'berkawan yang merancang sampai tahap nak kawin' dengan orang tabligh menyebabkan saya akan skeptikal untuk menjawab soalan ini.
Itu cerita lama dan sejujurnya saya bersyukur kerana menolak untuk berkahwin dengan orang itu sebab suami saya sekarang adalah sama fikrah dengan saya dalam banyak perkara alhamdulillah. Bagi saya begini lebih mudah tapi pendapat itu tidak semestinya benar.
Saya juga ajukan soalan ini kepada beberapa sahabat yang suami mereka adalah orang tabligh dan ini antara jawapan mereka (saya edit ayat utk sesuai dibaca umum) :
"Suami saya dah jarang keluar, kalau keluar pun tak bermalam. Ntahlah... susah nak ckp, apapun benda ni perlu berbincang, sy memang jelaskan pd suami saya, di perak ni sy berjauhan dgn keluarga sy.... yang sy harapkan hanyalah suami sy... alhamdulillah dia faham.... apapun sy amat faham perasaan sahabat kita yang ditinggalkan 40 hari....
Kalau boleh berbincang-berbincanglah, kalau tak boleh... sbg isteri kena belajar sabar... Sy pernah tanya suami dulu pasal ni....boleh ke tinggalkan isteri lama2..... kalau ada apa berlaku mcm mana?
Dia kata biasanya org y suami y keluar,
Biasanya suami y keluar, dia akan pastikan srmua keperluan cukup utk isterinya....suami akan tanya isteri nak balik rumah mak atau nak tinggal di rumah sendiri
Sblm keluar mereka mesyuarat dulu, ahli tabligh y tak keluar mereka akan bantu isteri yang ditinggal kalau ada apa2 berlaku... itulah y sy tahu.....
Apapun sejujurnya... sy mengharapkan suami disisi.... tak kira berapa ramai org yang dpt membantu..."
Jadi kepada yang bertanya, saya rasa elok dipastikan apa yang dicadangkan sahabat saya ini. Namun hakikatnya, adakah apabila suami kita bukan tabligh kita akan ada banyak masa dengan suami?
Tidak! Kenapa?! Sebab dalam masa yang sama secara kebetulan ada juga beberapa sahabag kami yang sama fikrah juga hidup berdikari. Suami walaupun setiap hari pulang ke rumah tapi jam di rumah adalah sgt minima.
Malah ada yang menganggap ini sebagai bebanan akhirnya. Namun alhamdulillah bersyukur kerana kami dilingkungi sahabat2 yang saling bahu membahu meredakan masalah yang berat ini.
Bila dibawa berbincang kami akan pujuk hati kami kembali redha dengan apa yang telah terjadi. Sebelum saya meneruskan kalam saya sendiri, sila baca entry dibawah yang saya copy dr adik ipar saya di dalam grup keluarga sebelah suami :
"Tazkirah Petang ni..
Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.
Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.
Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga."
Sejujurnya entry ini sesungguhnya memudahkan saya untuk menulis. Ia datang bertubi2 membuatkan saya rasa terpanggil untuk menjawab soalan junior saya ini.
Sekarang saya minta kita berfikir. Bukankah lebih baik jika suami kita sibuk dengan urusan agama daripada dia sibuk dengan urusan dunia seperti 'perempuan', 'harta kekayaan yang tidak tentu punca' dan lain-lain.
Lain-lain mcm mana? Terpulang untuk difikirkan. Ade orang rimas suaminya kaki memancing. Ada yang rimas suami asyik tukar aksesori kereta dan ada yang rimas dengan hobi suami yang ntah apa-apa.
Kita pula diuji dengan suami yang sangat terikat dengan dakwah dan jihad. Suami dapat pahala bahagiannya dan kita juga dapat pahala bahagian kita. Yakinlah! Allah xkan sesekali membuatkan usaha kita sia2.
Janganlah dikurangkan sabar dalam diri kerana jika suami sangat ikhlas berjuang dimedan jihad tapi kita dirumah bagaikan seorang tahanan tak dapat gaji. Letih kita dapat tapi ganjaran jauh sekali. Allahuakbar..
Sungguh.. mahu mendapatkan sekeping hati yang redha tidak mudah. Di kebanyakan masa kita akan lelah juga. Tapi lelah itu sebenarnya boleh dikurangkan dengan rasa redha.
Redha akan membuatkan bebanan menjadi kurang kerana kita sebagai makhluk Tuhan yakin bahawa Allah tidak akan sesekali menguji kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita menanggungnya.
Setiap ujian yang Allah beri adalah untuk kita meningkatkan keimanan. Maka semakin kita menolak untuk meningkatkan iman maka kita akan diuji lagi dan lagi. Sungguh saya pernah melalui fasa ini dulu.
Makin saya mengeluh, merungut, mengamuk dan buat benda negatif makin teruk ujian yang saya terima sehingga satu tahap saya mula cuba untuk redha dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan membesarkan hati dan jiwa kita. Ibaratnya kita memasukkan sesudu kopi di dalam cawan dan sesudu lagi di dalam perigi. Andai hati kita seluas perigi air tidak berubah langsung tapi andai hati sebesar cawan memang hitamlah jadinya.
Cara membesarkan hati itu pula adalah subjektif tapi jika boleh saya sebut beberapa perkara :
- berhenti meletakkan pergantungan kita kepada suami. Allah sebenarnya tempat yang betul untuk kita bergantung. Jadi pohonlah kepada Allah supaya suami tahu akan kesesakan hati kita. Boleh sahaja meluahkan rasa kepada suami tapi biarlah ia berlaku di dalam kadar yang tidak melampaui batas sehingga menjadi isteri derhaka.
- banyakkan berzikir kerana dengan berzikir jiwa akan menjadi lebih tenang. Bukan saya nak kata saya rajin berzikir tetapi memang selepas saya beramal dengan zikir memang gangguan jiwa saya berkurangan. Allahurabbi.. janji Allah itu benar. Kita buat sahaja dulu
- pohon pertolongan dari Allah dengan jalan solat dan sabar. Ingatlah.. kaedah ini sangat berhasil kerana kita manusia ini tiada kekuatan. Ya... tiada kekuatan langsung! Hanya dengan mendekati Allah dan mengharapkan rahmat dari Allah segala-galanya akan berlaku dengan mudah.
Berbalik kepada soal memilih jemaah, saya harap kalian dapatlah cari buku atau rujukan bagaimana memilih jemaah yang benar. Selepas itu decidelah mana yang terbaik untuk kita sertai. Ingat, jangan duduk sendiri sebaliknya pilihlah ubntuk berada dalam jemaah.
Ingatlah serigala akan makan kambing yang duduk sendiri. Bukan makan kambing yang berkumpul dalam kumpulan. Itu konsep jemaah yang sebenar. Kita adalah binaan2 yang akan menjadi satu bangunan kukuh lagi bermanfaat buat ummah.
Akhir kalam, saya mohon keampunan jika apa yang saya sampaikan barangkali boleh melukakan hati kalian. Saya faham berbicara tentang ini adalah sgt mudah tetapi unuk mengamalkannya amatlah payah.
Jadi apa2 pun, kembalilah kepada Allah SWT. Berdoalah semoga kita tidak tercicir dari menjadi ahli syurga. Sesungguhnya dunia bukan tempat berehat. Dunia tempat kita berpenat dan akhirat nanti disyurga sana adalah tempat kita berehat dalam ertikata yang sebenar.

Berfesyen Dengan Bertudung

Bismillah,

Kecoh nampak gaya pasal tudung sehari dua ni.. terasa nak tolong tambah isi sikit.
Sebenarnya apa yang ada pada jenama dan harga?
Maaflah saya bukan jenis orang yang suka bergaya. Bukan tidak diajar, tetapi selepas saya faham tentang fesyen maka saya telah tinggalkannya dulu.
Bermula di matrikulasi saya telah mula pakai tudung labuh. Ketika itu, saya tersentuh bila ada seorang pelajar lelaki yang meneka saya dari sekolah aliran english bukan aliran agama.
Ketika itu saya rasa saya telah gagal membawa imej baik kepada sekolah yang saya cintai. Sungguh di sekolah itu saya tidak dapat banyak ilmu yang meresap kedalam hati tetapi disitulah kebiasaan saya berpakaian terbentuk.
Kebetulan, ketika saya melakukan perubahan itu, beberapa sahabat juga ikut sama. Maka bertambah2 semangat saya untuk mengekalkan tudung labuh itu.
Masuk UKM, ada pula sahabat yang membiasakan saya dengan fesyen baju kosong. Tidak kira sama ada jubah, jubah seluar, mini jubah dan baju kurung. Saya tidak ketinggalan menyertai mereka.
Malah ketika itu mula membiasakan diri memakai stokin dan baju dua lapis (di dalam baju kurung dan diluar jubah). Selepas membiasakan diri begitu baru saya faham perasaan guru sains saya di sekolah dahulu yang setiap hari memakai pakaian hitam dengan purdah.
Rupanya warna hitam yang saya sangka menyerap haba itu rupanya terus mengeluarkan haba dari terperangkap di dalam baju hitam. Jadi, sebenarnya tidak panas pun berpakaian begitu.
Tetapi saya tidak sampai tahap berpakaian hitam terus. Jubah saya kosong tetapi pelbagai warna. Sehinggalah selepas berkahwin dan mula menyusukan. Barulah saya tinggalkan kebiasaan berpakaian dua lapis itu.
Malah saya diskaun lagi dengan mula mengenakan kembali kain bercorak utk jubah dan baju kurung. Tapi, sejak beberapa hari lepas suami menegur kembali tentang pakaian saya rasa saya mungkin tidak akan pakai lagi pakaian bercorak ke luar rumah.
Masa berlalu.. tudung saya kekal begitu. Tidak pandai saya pakai tudung yang tidak berjahit didepan. Sesekali bersua dengan sahabat2 yang dulu mempengaruhi saya berubah, melihat ada yang berubah singkat dan berfesyen sebagainya, saya jadi tunduk sendiri.
Saya tidak kata itu salah. Itu hak mereka dalam berpakaian. Cuma saya rasa sedih melihat zaman kami berlalu begitu mudah. Ia pergi bagaikan angin ditepi pantai. Laju sekali...
Berbalik kepada soal tudung. Apa yang ada pada jenama dan harga? Fikir sedalamnya.. fikir..
Untuk apakah dikejar jenama dan harga itu? Sudahkah kita cuba jenama yang murah harganya dan pastikah tudung dgn jenama itu tidak selesa?
Dulu saya pernah juga mengejar fesyen tudung. Tetapi setelah beberapa ketika saya menyedari saya tidak selesa. Kerongsang disana sini perlu dipakai. Kerap kali terlihat leher disebalik selempang tudung.
Malah untuk solat terpaksa cari telekung pula. Masa untuk siapkan selempang atau belitan itu jangan kiralah.. belum dikira lenguh tangan semata2 mahu bergaya.
Jadi, kekallah saya begitu. Membeli tudung labuh kain koshibo siap berjahit dan bersulam ringkas dengan hanya RM20. Boleh dipakai bertahun lamanya.
Jarang sekali saya akan pilih kain jenis lain sedikit untuk dijadikan tudung tapi kekal berjahit di tengah dan yang penting tidak jarang (sebab itu saya tiada tudung bawal). Sudah selesa begitu. Pedulilah dengan fesyen, kemahuan berlawa dan lain2nya.
Yang penting bagi saya tudung murah itu selesa. Aurat insya Allah terjaga. Solat pun mudah tidak perlu mencari pelengkap seperti telekung. Tapi terpulanglah kalian jika masih mahu mencari jenama.
Perhatikan sahaja kemaksiatan yang berlaku disekeliling kita. Tiada henti dan kita masih rasa kita tidak menyumbang sedikit pun kemaksiatan itu. Sekarang fikirkan kembali...
Jenayah ragut misalnya. Saya tidak pernah lagi ragu2 membawa handbag dibahu. Kerana handbag saya terlindung dibawah tudung saya. Peragut barangkali akan berfikir panjang untuk meragut wanita bertudung labuh.
Mmm... jika kalian ada masalah tidak pandai menjahit tudung misalnya, beritahulah. Sebenarnya tidak susah pun. Seeloknya carilah tudung yang berjahit dihadapan.
Juga, tudung tu biarlah labuh. Biar dari pandangan sisi kiri dan kanan, tidak kelihatan bukit berkembar didepan itu. Simpanlah bukit tu untuk yang berhak sahaja.
Kepuasan apakah yang kita cari sebenarnya? Jika kepuasan itu yang meraja, nampak gaya kita bertuhankan nafsu. Allahurabbi...
Maaf sangat. Barangkali apa yang saya tulis ini mungkin melukakan hati terutamanya kawan2 lama saya yang berubah sekali dulu. Sungguh saya tidak bermaksud melukakan hati.
Maaf sekali lagi. Maaf..........

Menangani Anak Kuat Menangis

Bismillah,

Saya sedang berhutang. Hutang itu menghantui saya setiap kali anak menangis. Sekarang saya mahu membayar hutang supaya rasa aman selepas ini haha...
Saya berhutang untuk menjawab soalan ini :
Assalamualaikum w.b.t. Moga Pija berada di bawah lindungan dan rahmat dari Allah s.w.t.
Terlebih dahulu ampun dan maaf saya pohonkan seandainya mesej saya mengganggu urusan Pija. Saya juga mendoakan kesihatan Pija berkekalan. Gembira dan bersyukur rasanya Pija kembali sihat seperti sediakala.
Entah kenapa Pija menjadi rujukan saya. Saya mahu bertanya mana tahu Pija boleh berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang Pija ada untuk saya dan juga orang lain.
Terus kepada soalan saya. Anak ke empat saya berusia 2 tahun. Macam mana ye nak buat bila saya buat kerja-kerja rumah macam memasak, lipat baju, sidai baju dia mesti menangis sekuat hati. Bukan nak apa pun. Nak didukung sentiasa. Jadi susahla kan nak buat kerja. Kadang tu kita duduk depan mata pun menangis nak dukung. Stresslah jadinya kan? Mulalah nak marah-marah je sebab telinga dah tak tahan dengar anak menangis tak tentu sebab.
Kalau Pija tak balas secara private pun takpe. Berkongsi ramai- ramai adalah lebih baik. Saya tidak perlukan jawapan segera. Ambillah masa Pija untuk membalas.
Saya dahului dengan terima kasih yang tak terhingga. 
Wassalam.
Sebenarnya saya bukan orang yang sesuai tau layak untuk jawab soalan ini. Anak ramai belum menjamin ilmu parenting saya cukup baik sehingga membolehkan saya berkongsi.
Jadi saya akur jika ada yang boleh memberi teguran kepada saya andai apa yang saya tulis ini salah. Ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja dan belum tentu sesuai utk semua.
Saya pernah melalui keadaan seperti sahabat saya ini. Anak pertama kuat menangis. Yang kedua sehingga menghempas badan kebelakang. Yang ketiga ada urat biru melintang diantara dua matanya menunjukkan dia ada sawan tangis.
Yang sulung lahir 2004 diikuti 2005 dan 2006. Berturut2 bersalin tiga tahun itu. Jika minta diulang, saya mahu anak tapi tidak mahu kesusahan yang saya pikul selama itu.
Pernah sekali semasa anak menangis dan ada yang mengambil videonya membuatkan saya rasa terguris hati. Tapi itu kisah dulu, saya sudah memaafkannya dan memahami mereka tidak berniat membuat saya kecil hati.
Rupanya, fasa ini suatu hari adalah indah untuk dikenang. Sungguh, saya mampu tersenyum bila teringat kekalutan diri sendiri membesarkan 3 anak itu. Dan kini mereka telah besar dan sangat baik sekali. Jauh lebih baik dari mereka suatu masa dahulu itu.
Sifirnya mudah. Mudah disebut sebenarnya tapi payah dibuat. Ada beberapa perkara yang perlu dipenuhi apabila anak menangis.
1. Laparnya -- diberi makan (untuk usia dua tahun)
2. Keselesaannya -- jika sejuk diselimutkan, jika panas dikipaskan, jika basah beri persalinan yang baru dan perkara lain yang berkaitan.
3. Mengantuk matanya -- diberi tidur
4. Sakitnya -- diberi rawatan
Perincian kepada perkara berikut pasti panjang berjela. Insya Allah dikesempatan lain saya akan cuba kupas satu persatu. Jika kalian ada yang tidak memahami tanda lapar, tidak selesa, mengantuk dan sakitnya maka bolehlah bertanya.
Namun ada satu lagi yang tidak kurang pentingnya iaitu emosi kita sebagai ibu. Jika ada yang perasan, bila bayi kita kerap menangis bila bersama kita, akan ada org yg lebih tua menawarkan pertolongan untuk membantu anda seperti ibu atau mertua kita sendiri.
Selepas sahaja anak kita dipangkuan mereka dia senyap. Ya, ia semudah itu. Bayi perlu orang yang menjaganya tenang barulah dia akan turut rasa tenang. Saya sendiri anak berhenti menangis selepas saya boleh mengawal emosi. Tapi ini kerap kali akan menjadi pada bayi. Pada budak berusia dua tahun, bagaimana?
Sebenarnya, asas yang saya gunapakai adalah begini. Bermula anak keempat itu saya baru tahu kepentingan menyusukan bayi secara eksklusif. 6 bulan eksklusif dan selepasnya mula campur dengan susu formula.
Jadi keyword pertama adalah menyusukan anak secara eksklusif selama mungkin. Maka saya bermula disitu. Anak saya rupanya masih menangis tetapi berganda kurang berbanding dahulu.
Selepas melahirkan anak kelima, suami mula mencadangkan formula baru. Jaga pemakanan. Kali ini, bukan anak aje yang menangis, umi dia lebih-lebih lagi. Sayangnya saya nak tinggalkan roti, kek, biskut dan lain-lain.
Tapi cabaran ini menjadi lebih mudah dengan adanya sokongan dari suami (special thanks laling Mohd Sabri Salleh). Sehingga dengan bantuan dia saya tidak rasa perubahan yang kami lakukan itu terlalu mendadak.
Keyword kedua - jaga pemakanan. Bukan sedikit perubahan dilakukan. Bayangkan rumah kita tanpa processed food seperti roti dan biskut malah milo, susu formula, sos dan kicap pun tidak ada!
Kenapa pemakanan saya letakkan sebagai keyword? Dengan menjaga pemakanan kita akan berikan kepada anak kita makanan yang menepati keperluan mereka.
Saya sebut beberapa contoh disini. Contoh pertama : susu formula. Selepas berukar susu formula ke susu segar, hilang terus masalah muntah, batuk, selsema, kerap menyusu, kurang selera makan, diapers kerap bersalin, kencing tiris ke tilam, tantrum dan banyak lagi.
Ya! Dengan hanya menukarkan susu formula kepada susu ibu dan susu segar segalanya bertukar sehingga saya rasa sayalah ibu yang paling bahagia di dunia ini. Memang saya tidak akan sesekali berpatah balik kepada susu formula. Nehi kabi nehi!
Contoh kedua : bertukar dari gula putih ke jaggery. Anak saya tidak lagi lasak melebihi had seperti sebelumnya. Mereka jadi lebih cenderung minum air masak dan hanya minum sesudu gula sehari bersama dua gelas susu.
Selera mereka pula jadi bertambah sehingga jarang sekali makanan yang saya masak terbazir sekalipun resepi yang saya buat sehabis pelik. Bila selera makan mereka ok maka saya juga mula belajar memasak dengan jayanya.
Faedah dari saya memasak itu pula sangatlah besar sehingga akhirnya terhasil ebook saya yang saya jual beberapa lama dahulu iaitu ebook Masak Dari Hati. Insya Allah saya akan baiki ebook tersebut dan mencari publisher yang sesuai untuk dibukukan pula.
Perlukan contoh lagi? Pengharaman processed food dalam rumah ini telah meningkatkan taraf kesihatan anak2 kami. Saya yakin atas sebab kesihatan mereka lebih terjagalah maka ragam mereka semakin kurang.
Malah peribadi mereka tidak lagi terganggu berbanding zaman tidak menjaga makanan dulu. Hubungan saya dengan anak2 juga semakin pulih dengan air tangan saya yang selalu mengalir kepada semua anak2 dan suami.
Saya faham, perubahan ini tidak mudah. Tapi lebih lama kita tangguhkannya lebih lama pula kita merana. Saya yakin ibu bekerja juga boleh melakukan ini asal sahaja pihak bapa memberi pertolongan dan sokongan tidak berbelah bahagi.
Saya harap, ini menjawab persoalan yang bersarang difikiran sahabat saya itu. Maaf kerana terlalu panjang. Ini adalah kerana saya terlalu menghayati soalan ukhti itu.
Justeru, saya doakan kalian boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dari saya. Sebenarnya ada lagi beberapa point yang perlu ditambah. Tetapi perkara lain itu hanya akan berlaku selepas dua keyword ini diamalkan terlebih dahulu.
Wal akhirah - tlg doakan saya. Doakan doa saya setiap kali selepas solat dimaqbulkan Allah. Itu sahaja yang saya perlukan dari kalian. Terima kasih daun keladi.