Tuesday, February 26, 2019

Suami Tidak Selalu Berada di Rumah Kerana Tabligh, Tugasan Jemaah atau Bekerja

Bismillah,

Bismillah..
Dah lama rasanya tak menulis selain bab madu dan produk2 jual ni huahua.. alhamdulillah harini Allah bagi kesempatan saya duduk sekejap untuk cuba buat satu entry.
Ada seorang junior saya tanya saya punya pendapat pasal jemaah tabligh dan saya tanya dia semula kenapa dia tanya dan ni jawapan dia :
"Hehe..sbb husband saya masuk tabligh.  dia dh selalu la keluar 3 hari. cumanya penerimaan saya belum 100% ikhlas dan redho. Especially bila dia takde anak saya sakit..silih berganti. Sekarang dia tengah keluar 40 hari. Ni 1st time dia keluar lama. Saya cuba tapi saya ni manusia biasa. Tak lari dari merungut, mengeluh bila rasa stress nak menghadapi semua ujianNya sorang2.."
Sebagai menjawab persoalan.. personally saya tidak tahu detail tentang tabligh. Plus saya pernah ada pengalaman 'berkawan yang merancang sampai tahap nak kawin' dengan orang tabligh menyebabkan saya akan skeptikal untuk menjawab soalan ini.
Itu cerita lama dan sejujurnya saya bersyukur kerana menolak untuk berkahwin dengan orang itu sebab suami saya sekarang adalah sama fikrah dengan saya dalam banyak perkara alhamdulillah. Bagi saya begini lebih mudah tapi pendapat itu tidak semestinya benar.
Saya juga ajukan soalan ini kepada beberapa sahabat yang suami mereka adalah orang tabligh dan ini antara jawapan mereka (saya edit ayat utk sesuai dibaca umum) :
"Suami saya dah jarang keluar, kalau keluar pun tak bermalam. Ntahlah... susah nak ckp, apapun benda ni perlu berbincang, sy memang jelaskan pd suami saya, di perak ni sy berjauhan dgn keluarga sy.... yang sy harapkan hanyalah suami sy... alhamdulillah dia faham.... apapun sy amat faham perasaan sahabat kita yang ditinggalkan 40 hari....
Kalau boleh berbincang-berbincanglah, kalau tak boleh... sbg isteri kena belajar sabar... Sy pernah tanya suami dulu pasal ni....boleh ke tinggalkan isteri lama2..... kalau ada apa berlaku mcm mana?
Dia kata biasanya org y suami y keluar,
Biasanya suami y keluar, dia akan pastikan srmua keperluan cukup utk isterinya....suami akan tanya isteri nak balik rumah mak atau nak tinggal di rumah sendiri
Sblm keluar mereka mesyuarat dulu, ahli tabligh y tak keluar mereka akan bantu isteri yang ditinggal kalau ada apa2 berlaku... itulah y sy tahu.....
Apapun sejujurnya... sy mengharapkan suami disisi.... tak kira berapa ramai org yang dpt membantu..."
Jadi kepada yang bertanya, saya rasa elok dipastikan apa yang dicadangkan sahabat saya ini. Namun hakikatnya, adakah apabila suami kita bukan tabligh kita akan ada banyak masa dengan suami?
Tidak! Kenapa?! Sebab dalam masa yang sama secara kebetulan ada juga beberapa sahabag kami yang sama fikrah juga hidup berdikari. Suami walaupun setiap hari pulang ke rumah tapi jam di rumah adalah sgt minima.
Malah ada yang menganggap ini sebagai bebanan akhirnya. Namun alhamdulillah bersyukur kerana kami dilingkungi sahabat2 yang saling bahu membahu meredakan masalah yang berat ini.
Bila dibawa berbincang kami akan pujuk hati kami kembali redha dengan apa yang telah terjadi. Sebelum saya meneruskan kalam saya sendiri, sila baca entry dibawah yang saya copy dr adik ipar saya di dalam grup keluarga sebelah suami :
"Tazkirah Petang ni..
Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.
Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.
Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga."
Sejujurnya entry ini sesungguhnya memudahkan saya untuk menulis. Ia datang bertubi2 membuatkan saya rasa terpanggil untuk menjawab soalan junior saya ini.
Sekarang saya minta kita berfikir. Bukankah lebih baik jika suami kita sibuk dengan urusan agama daripada dia sibuk dengan urusan dunia seperti 'perempuan', 'harta kekayaan yang tidak tentu punca' dan lain-lain.
Lain-lain mcm mana? Terpulang untuk difikirkan. Ade orang rimas suaminya kaki memancing. Ada yang rimas suami asyik tukar aksesori kereta dan ada yang rimas dengan hobi suami yang ntah apa-apa.
Kita pula diuji dengan suami yang sangat terikat dengan dakwah dan jihad. Suami dapat pahala bahagiannya dan kita juga dapat pahala bahagian kita. Yakinlah! Allah xkan sesekali membuatkan usaha kita sia2.
Janganlah dikurangkan sabar dalam diri kerana jika suami sangat ikhlas berjuang dimedan jihad tapi kita dirumah bagaikan seorang tahanan tak dapat gaji. Letih kita dapat tapi ganjaran jauh sekali. Allahuakbar..
Sungguh.. mahu mendapatkan sekeping hati yang redha tidak mudah. Di kebanyakan masa kita akan lelah juga. Tapi lelah itu sebenarnya boleh dikurangkan dengan rasa redha.
Redha akan membuatkan bebanan menjadi kurang kerana kita sebagai makhluk Tuhan yakin bahawa Allah tidak akan sesekali menguji kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita menanggungnya.
Setiap ujian yang Allah beri adalah untuk kita meningkatkan keimanan. Maka semakin kita menolak untuk meningkatkan iman maka kita akan diuji lagi dan lagi. Sungguh saya pernah melalui fasa ini dulu.
Makin saya mengeluh, merungut, mengamuk dan buat benda negatif makin teruk ujian yang saya terima sehingga satu tahap saya mula cuba untuk redha dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan membesarkan hati dan jiwa kita. Ibaratnya kita memasukkan sesudu kopi di dalam cawan dan sesudu lagi di dalam perigi. Andai hati kita seluas perigi air tidak berubah langsung tapi andai hati sebesar cawan memang hitamlah jadinya.
Cara membesarkan hati itu pula adalah subjektif tapi jika boleh saya sebut beberapa perkara :
- berhenti meletakkan pergantungan kita kepada suami. Allah sebenarnya tempat yang betul untuk kita bergantung. Jadi pohonlah kepada Allah supaya suami tahu akan kesesakan hati kita. Boleh sahaja meluahkan rasa kepada suami tapi biarlah ia berlaku di dalam kadar yang tidak melampaui batas sehingga menjadi isteri derhaka.
- banyakkan berzikir kerana dengan berzikir jiwa akan menjadi lebih tenang. Bukan saya nak kata saya rajin berzikir tetapi memang selepas saya beramal dengan zikir memang gangguan jiwa saya berkurangan. Allahurabbi.. janji Allah itu benar. Kita buat sahaja dulu
- pohon pertolongan dari Allah dengan jalan solat dan sabar. Ingatlah.. kaedah ini sangat berhasil kerana kita manusia ini tiada kekuatan. Ya... tiada kekuatan langsung! Hanya dengan mendekati Allah dan mengharapkan rahmat dari Allah segala-galanya akan berlaku dengan mudah.
Berbalik kepada soal memilih jemaah, saya harap kalian dapatlah cari buku atau rujukan bagaimana memilih jemaah yang benar. Selepas itu decidelah mana yang terbaik untuk kita sertai. Ingat, jangan duduk sendiri sebaliknya pilihlah ubntuk berada dalam jemaah.
Ingatlah serigala akan makan kambing yang duduk sendiri. Bukan makan kambing yang berkumpul dalam kumpulan. Itu konsep jemaah yang sebenar. Kita adalah binaan2 yang akan menjadi satu bangunan kukuh lagi bermanfaat buat ummah.
Akhir kalam, saya mohon keampunan jika apa yang saya sampaikan barangkali boleh melukakan hati kalian. Saya faham berbicara tentang ini adalah sgt mudah tetapi unuk mengamalkannya amatlah payah.
Jadi apa2 pun, kembalilah kepada Allah SWT. Berdoalah semoga kita tidak tercicir dari menjadi ahli syurga. Sesungguhnya dunia bukan tempat berehat. Dunia tempat kita berpenat dan akhirat nanti disyurga sana adalah tempat kita berehat dalam ertikata yang sebenar.

1 comment:

  1. Its an incredible joy perusing your post.Its brimming with data I am searching for and I want to post a remark that "The substance of your post is magnificent" Great work. A huge collection of all the Celebrity net worth of the world. How much is celebrity worth? Compare yourself to your favorite celebrity.

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!