Monday, February 25, 2019

MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

Bismillah,

Entry berikut saya dapat dari seorang sahabat. Seboleh daya kami sedang mengusahakan seperti yang dinyatakan. Terbaru, kami beli pisang dari satu kedai dalam kampung. Melihat tampuk-tampuk putih pada pisang itu suami meringankan mulut bertanya. Katanya carbide dan dia menafikan bahan itu bahaya.

Benar atau tidak, we decided not to buy banana from him again. Habis cirit anak-anak lepas makan pisang tu huhuhu... Jom lah kite, back to natural again. Tanpa permintaan maka tak akan ada penawaran. Permintaan akan terjadi bila kita ada kesedaran dan pastinya the more, the merrier kan?

APAKAH MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN KITA???
Bismillah. 

Makanan adalah sumber penyakit utama jika tidak pandai memilih makanan yang memberi manfaat kepada tubuh. Malah makanan yang baik dapat mencegah penyakit, di samping memberi kesegaran dan tenaga kepada tubuh sama ada fizikal atau mental.

Makanan yang baik juga dapat membantu pemulihan serta merawat pelbagai penyakit. Makanan yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

a). Makanan yang asli tanpa diproses secara melampau (highly refined processed foods).
b). Makanan wholefoods yang mengandungi semua khasiat asal seperti vitamin, mineral, serat makanan (soluble & insoluble), anti-oksidan, unsur mineral, dan pelbagai faktor phytonutrien yang lain.
c). Makanan yang tidak diproses secara kimia (chemically refined foods). Makanan yang diproses secara kimia selalunya bersifat asid bila masuk dalam tubuh yang memberi banyak kesan buruk kepada organ-organ, tisu-tisu dan sel-sel.
d). Makanan yang bebas bahan aditif kimia/sintetik seperti pengawet, pewarna, kondisioner, perasa yang selalunya berasid dalam tubuh. Ia boleh menyebabkan alahan, kanser, kelemahan sistem imun, membebankan organ perkumuhan seperti buah pinggang, hati dan kulit.
e). Makanan yang bebas bahan antibiotik, vaksin, hormon, steroid untuk mempercepat pertumbuhan haiwan ternakan seperti ayam, daging, ikan bela (keli, talapia, patin), lembu. Produk tenusu juga tidak terlepas dari bahan-bahan yang mudarat ini seperti susu.
f). Makanan hasil pertanian yang bebas ubah-suaian genetik/GMO. Makanan GMO mengandungi cebisan unsur DNA daripada spesies organisma yang berbeza. Contohnya, tanaman jagung, soya, atau ternakan lembu yang diselitkan cebisan DNA bakteria, virus atau haiwan spesies lain untuk mendapatkan ciri-ciri tertentu pokok, buah & hasil ternakan. Makanan GMO menjadi isu kesihatan yang hangat diperdebatkan.
\g). Makanan hasil pertanian seperti buah, sayur, bijirin, ubi yang bebas racun kimia pestisid & serangga perosak, baja kimia sintetik.
h). Buah dan sayur bebas carbide (perangsang buah menjadi masak sebagai peraman), semburan @ rendaman @ salutan bahan kimia anti-kulat @ bhn kimia yang melambatkan pematangan buah /sayur supaya tahan lama terutama buah & sayur yang diimport.

Makanan wholefoods yang asli tanpa tambahan bahan kimia sintetik serta penuh dengan khasiat pemakanan akan mengoptimumkan fungsi & menguatkan organ-organ secara harmoni dan seimbang seperti sistem saraf, darah, salur darah, sistem kardiovaskular, tisu tulang & rawan, tisu otot, organ perkumuhan(buah pinggang, hati, paru-paru), mata, kulit, sistem penghadaman, kelenjar hormon, sistem limfa, tisu sendi, tisu kolagen dan sebagainya. Mekanisma homeostasis badan juga berjalan dengan baik. InsyaAllah.

Pastikan kita berhati-hati dalam pemilihan pemakanan kita seharian. InsyaAllah, kesihatan yang baik adalah hak mutlak dari Allah S.W.T.sedangkan kita ini hendaklah menjaga dan mengawalnya nikmat sihat ini agar ibadat kita pada Yang Maha Esa tidak ditinggalkan.
Waallahu'alam.


Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!