Monday, August 31, 2009

Siti Sifir's Supernova Share-Out Space


Bismillah,

Setelah sekian lama pertandingan menentukan tagline saya berakhir tempohari, saya masih tidak membuat pengumuman secara rasminya lagi bukan. So, di hari yang kotang dengan idea ini, saya berkira2 mahu mewar2kan kepada kalian akan hal ini. Mungkin ada yang sedar, mungkin ada yang tidak.

Okeh, mungkin kebanyakan yang telah meletakkan saya di dalam bloggerlist anda masih lagi melihat perkataan 'Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah' di list anda. Anda boleh kekalkannya disitu dan saya tidak ada apa2 kesan ke atasnya tetapi kalau anda baik hati (he he....plis plis...) tolong removekan sekejap, kemudian add semula dan tagline baru saya akan menjelma di sana. Tapi kalau anda mahu removekan terus, apalah pula daya saya....uhuk uhuk...

OK, sempena dengan perubahan nama itu, saya juga ingin melakukan beberapa perubahan di dalam blog ini.
  • Blog ini akan dimakeover oleh MamaEmma. Saya telah melihat2 hasil kerjanya dan saya rasa saya teringin nak rasa air tangan dia di atas blog ini. Sebab saya adalah sangat lemah dengan mainan HTML code. So, tunggu eks....
  • Saya akan alihkan 'Buah Mindaku' itu di nav bar (atau apekah namanya saya tak tau) so that ia tidak buat semak di sidebar saya. So, sapa yang rasa naktengok saya merapu meraban bolehlah jenguk di sana ya...
  • Saya akan cuba untuk membuat posting satu setiap hari (ahaha...mcm lah ada org yg nk follow apa yg ku rapikkan bukan?)
Setakat ini saya ingin melakukan perubahan itu sahaja. Oh ya, selama ini, saya jarang pun mendapat tag atau kadangkala saya terperasan ada orang tagkan saya tetapi tidak meninggalkan link mereka di blog ini so saya konpius adakah mereka maksudkan saya atau orang lain. Selalunya saya menjawab tag mereka dengan kadar segera. Ha ni kang mula satu dunia anto tag kat saya eks...

Lagi satu, kalian maafkanlah entry penyertaan saya masuk ke contest ya sebab ia bagai satu kepuasan baru untuk saya. Dan kepuasan ini selalu menyebabkan suami saya berdebar2 kerana gambar dia dan anak2 akan menjadi mangsa...muahahahahaha.....tak pe abang, dapat hadiah nnt abang pun soookka kans?

Juga, jika ada sesiapa yang nak buat blog ini sebagai tuan rumah contest juga okeh. Saya tidak kisah dan tidak ada bayaran ek. Tapi, saya tidak akan jadi tuan rumah kepada banyak2 contest serentak. So, sapa yang nak kenalah tunggu satu persatu.

Untuk tukar link dengan saya, silalah tinggalkan sebarang komen maka saya akan terus masukkan anda ke dalam bloggerlist saya. Tapi sbb lamnakan list itu terlalu ramai maka saya akan mendelete mana2 blog yang tak update selama 4 minggu. Lepas ni kalau makin ramai, maka sapa yang tak update after 3 wk, saya akan delete tapi kalau nak saya linkkan anda semula just tinggal komen semula. Link ini bukan apa, ia untuk mengingatkan saya untuk menyinggah dan menyibuk2 di blog anda...he he....

Kalian, jika ada cadangan, bgtau sahaja ya...yang mana yang baik akan saya pertimbangkan :)

Sunday, August 30, 2009

U Jump, I Jump

Bismillah,

Ahahak..pusing2 cari tajuk untuk cerita keadaan saya, maka terlintas perkataan di atas....sebenarnya, saya berada di dalam dilema. Saya sebenarnya benar2 pusing dan runsing. Secara luarannya, orang akan nampak saya seperti seorang yang sihat. Saya pun jika ditanya, saya memang sihat. Tapi di saat2 mengandung kali ini, saya kerap mengalami bleeding (sela masanya adalah beberapa hari sekali dan darahnya hanya sekali keluar).

Saya tidak rasa saya lasak tetapi bulan puasa ini biasalah, orang tak mengandung pun akan rasa letih. Malah saya telah kurang menjadi Tarzan akibat dari takut hilang tenaga jika menjerit wakakaka....Saya rasa suami saya sedang risaukan saya. Malah jika emak saya tahu, dia akan membebel marahkan saya beranak rapat risau juga.

Selain dari itu, saya rasa saya selalu kekurangan air sehingga saya rasa kurang selesa. Saya ada mengalami kencing kotor sebelum puasa tapi saya dah ambil antibiotik tetapi pada hari ke empat puasa yang lalu, saya mula rasa benda itu akan berulang dan saya dengan tamaknya pergi cari segala air buah di pasar Ramadhan semata2 nak merangsang diri sendiri untuk minum. Dan taukah kalian apa suami ku buat? Dia mencari buah kelapa dan sembelih untuk dihadapkan kepada saya. Tenkiu bebeh....

Suami saya minta saya puasa dua hari, berbuka satu hari. Saya sebolehnya mahu berpuasa penuh. Bukan apa, saya tidak suka ganti sorang2 nanti. Selalunya, dulu saya ada cuti2 org perempuan itu saya kene ganti sorang2....saya kene sahur sorang2 dan saya kene berbuka sorang2. Sungguh tak best perasaan itu. Jadi, benda ni menjadi halangan utama saya untuk tidak berpuasa...ahaha (bukan nak risaukan baby..hampeh kan?)

So, kali ni suami saya kata, "OK, kalau Fizah puasa, abang pun puasa jugak...." Uhuhu...ada perasaan jahat juga yg kata, "Ye ke??" dalam hati saya tapi ada juga bisikan baik yg bgtau saya, "See, suami saya nampak saya segar bugar jek tapi dia tetap risaukan saya..." So skang saya sll tepon dia around kul 10.30 pg dan tanya,"Abah, umi puasa lagi ni..." dan dia akan kata, "La, nape tak makan lagik...?"

Huhu...saya konpius lah, kalau fikirkan baby mmg saya risau. Rahim saya mungkin tidak sesihat yang dilihat dari luaran saya. Tapi saya juga malas menggantikan puasa jika saya melubangkannya. So, suami saya terpaksa rela berpuasa selama mana saya kene menggantikannya dan saya berazam lobang2 kali ni biarlah diganti dengan kadar segera.

Ada orang kata, wanita mengandung ini mengada2..benarkah?? Saya rasa sama sahaja saya mengandung dan tidak...mmg sll pemalas!! ahaha....
pss...apa kene mengena tajuk di atas dgn entry tu?? ahahaha...

Saturday, August 29, 2009

Kantoi Dgn Lobak Putih Umi


Bismillah,

Kalian yang ada anak tentu tahu bukan betapa seksanya nak menggesa anak makan sayur. Bertambah pulak dalam keadaan umi yang malas nak masak dan lebihan lauk sahur tadi adalah 'Sayur lobak putih masak lomak'. Maka tengahari tadi, umi menyinsing lengan baju dan memanaskan nasi untuk dijamu kepada mereka.

Bagi menambah lebih minat, kerana lauk itu berwarna putih suci, maka kita bubuhlah kicap. Sebelum pinggan sampai depan mata mereka, umi mula melaung, "Okeh, kalau makan habis nasi ni umi bancuh Ribena!" dan apa lagi "Yeyyyyyy....." Sambil tu kita buka TV dan mereka tgk cerita My Friends Tigger & Pooh dan mereka boleh nyanyi "Think..think..think!!" tanpa melihat lobak putih umi itu...ha ha...

Bermula dengan doa, biasanya Asmaa' lah yang baca, umi suap ikut turn. Mula2 Asmaa', kemudian Usamah dan last sekali Uwaiys. Arwa?? Dia tido dan dia lah satu2nya anak umi yang makan sayur malah dia makan lobak putih tu tanpa nasi semalam. Rilek je...dan umi perati2, hanya umi dan Arwa je makan lobak putih tu. Rasa macam sedap je tapi apsal orang lain tak suka aaa??

Punya la ralit tengok TV, diorang tak tengok pun yang diorang sedang makan adalah lobak putih. Uwaiys orang pertama perasan. Dia tersedak dan menyembur keluar segala2nya yang ada dalam mulut....muahahaha..takpe2, so suapan seterusnya nasik aje la. Asmaa' yang kedua sedar tapi sbb dia dah besar umi pun kata, "Kakak kunyah2 bagi hancur lepas tu telan...tak ada apanya," Sebab nakkan Ribena maka terpaksala kan....tapi dari setengah bulatan lobak tu, saya kurangkan jadi 1/4 bulatan aje.

Yang paling kelako si Usamah...dah nak tinggal satu dua suap baru dia perasan yang dia makan lobak putih dan terus tanya, "Kenapa umi letak yang tuu..." Wah mcm umi letak cicak pulak!! Tapi takleh nak jawab pape lagi sebab kelakar dia punya la tak perasan dan saya letak banyak jugakla lobak celah nasik dia. Ini gara2 ralit tgk kartun tu aaa....

Pasal Ribena pula, saya beli yg botol kurus tu, itupun sebab mereka tak sudah2 minta dan mereka pun tak keluar rumah laaaaama dah. So, apa yang mereka kirim, setengahnya saya belilah juga. Disebabkan botol Ribena itu kurus dan anak umi ramai maka baru 3 kali bancuh (3 teko) dah tinggal separuh aje.

Kami tak galakkan sangat diorang minum yang ada kaler2 ni. Efek pewarna, pengawet dll tu lebih menakutkan dari umpanan mereka vit C dgn glukosa bagai itu. Saya lebih minat mereka mendapatkan khasiat dengan cara yang alami. Ahaha....pasti korang pun ada nak share kan mcm mana nak pujuk anak2 makan especially sayur?? Sampai Hanz sampai buat bento lagik.... :)

Declare Your Love Contest

Bismillah,

Sekarang, saya sedang nak layan mood ibu dan ayah dua Damia . Mereka bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 5 pada 10 September ini. Kata orang lama2, 5 tahun pertama adalah period yang genting bagi menentukan hala tuju ke masa depan. Anda boleh dengar, tapi jangan terlalu letakkan ia ke dalam kepala sangat kerana setiap hari, kita akan belajar perkara yang baru dalam kehidupan. Dan kepada mereka yang nak tau kisah cinta saya bermula, anda hanya akan dapat tahu dari entry khas ini sahaja...bersempena dengan contest ini berlangsung. Maksudnya, kalau takde contest ni, tak terkeluarlah kisah ini dari mulut saya.




Sungguh seronok bila diingat2 kenangan semasa bertemu itu. Hihi...tolong jangan faham ya, memang pertama kali jumpa itu saya tidak seronok pun. Sebab saya rasa serba salah kerana pergi ke tempat pertemuan. Jika boleh diulang, pasti saya memilih untuk tidak pergi berjumpa. Kerana ketika itu, saya telah menolak untuk berjumpa dengan mana2 lelaki (dengan tujuan nak merewang2 bercintan cintun).

Saya dan suami berkawan tidak lama. Malah saya mengetahui dia ada seseorang. Cuma pada suatu hari, dia pulang ke Malaysia dan dia beria2 minta saya ambilnya di sana. Saya jadi pelik kenapa mesti ada seorang yang balik ke kampung halaman dan tiada yang amik. Lalu saya jadi kesian dan pergilah juga ke tempat kejadian.

Tak ada apa2 pun berlaku ketika itu. Aisyah rakan sekerja saya temankan saya ke sana dan dia berkali2 pujuk saya untuk teruskan perjalanan sebab dah beberapa tol lepas saya asyik nak patah balik aja. Ahaha...ngada2 mcm lah ada apa2...ahaha.. saya bukan apa, saya takmo tambah musuh lagi. Saya memang takleh kawan dengan orang lelaki. Diorang akan jadi mangsa 'laser' saya.

Sehinggalah lepas kejadian itu, kami tak pernah berhubung langsung tapi...jeng jeng...di satu malam 24 Feb 2003 saya ada usrah. Tiba2 ada satu nombor dari 03 telefon ke no enpon saya. Well actually bukan tepon tapi hanya miskol. Saya jadi pelik sbb dalam kul 11 mlm orang miskol saya. Sebab terlampau nak tau siapa, saya pun try call balik dan bila dengar suara orang lelaki, saya pun letak tepon. Fikir saya orang ni tersilap nombor.

Kemudian, dia balas tembak balik. Saya pun naik 'syaikh' walaupun saya bukan Syarifah bila ada orang laki buat mcm ni. Lalu saya call balik dan tanya, "Sape nih?" Biarlah saya tau sape dulu kan seblom saya bg jampi serapah saya kaw-kaw...alih2 dia sebut nama dia... dan terus saya kata, "Saya tgh usrah, nnt aje lah tepon."

Balik dari usrah tu, seelok2 masuk rumah aje, orang di sana itu tepon balik. Lalu saya tanya direct, "Dah tengah malam sangat dah ni..ada apa ye?" Dan dia jawab dengan.... "Saya nak mintak awak boleh ka?" Haiyyoh...angin takde, ribut apetah lagi. Tapi saya cukup macho untuk kata, "Ooo..kalau nak mintak saya, kena mintak dari mak bapak saya lah.."

Saya ingat saya akan bagi jawapan yang benar2 macho. Lalu dia pun tanya balik, "Bila boleh??" menunjukkan dia lagi macho dari saya. Ketika ini baru saya sedar yang ayat ni bukan ayat biasa. Saya mintak dia fikir balik apa yang dia cakap dan dia kata dia dah nekad...ahahaha.. Ntah nape, saya runsingkan 'seseorang' iaitu juga seorang perempuan dalam hidup dia sebelum saya.

Tapi saya tak bertanya, bila dia kata dia telah nekad, pastilah ada sesuatu yang terjadi antara mereka sehingga terjadi begini pula kepada saya. Saya tidak ada rasa tidak selesa dengan permintaan dia sedangkan sebelum itu saya telah menolak 'permintaan' seseorang. Saya percaya dengan naluri saya masa tu. Walaupun suami saya pada waktu itu tidak saya kenali, saya rasa begitu selesa sekali.

Bila melihat dia serius, saya pun ajukan hal ini kepada pakcik makcik saya di KL sebab mereka lah saudara terdekat saya masa tu. Yang lebih2 serabut adalah pakcik saya. Manakan tidak, seorang kawan saya dah ter'kawin lari' dan dia boleh sound saya, "Fizah, kalau hang tak dan sangat nak tunggu abah hang mai KL, bagi aku jadi wali...." Ada ka??? Kelako betul...

Jadi minggu tu, suami saya ikut kami balik ke kampung. Sampainya tengah malam dan bila subuh tu saya bangun, suami saya itu dah takde kat rumah. Rupanya, gi kuliah subuh dengan abah. Amboi2....kemain lagi kan?? Masa saya tolong mak saya buat sarapan tu, adalah kami sembang pasal merokok dan mak saya kata, kalau nak tau suami saya tu perokok atau tak, pergi cium bau beg dia.

Ahahahakkkk....korang rasa saya gi cium tak? Jawapannya ialah TAK KUASEEEE....ngeee... ngeri ah pergi cium beg orang kang jumpa benda lain kang macam mana? Saya berserah aje, tapi memang harap sangat orangnya tak merokok dan alhamdulillah memang dia bukan seorang perokok.

Minggu seterusnya, urusan pun diserahkan kepada keluarga kami. Kami dah tak berhubungan langsung dalam tempoh tu. Cuma adala satu dua email dia yang saya terima. Asalnya perkahwinan kami ditetapkan bulan Ogos 2003 tapi ntah mcm mana, pada hari besday saya, abah saya tepon masa saya on the way dari kampung ke KL cakap mcm ni, "Fizah, 12 hb ni hang amik cuti balik nikah!!!"

Kengkawan besday saya adalah pada 6 April dan saya di atas bas masa tu. Sampai je saya kat KL saya demam dan kawan2 yang buat seprais besday party dengan kek blueberry tu saya sepraiskan pulak dengan berita ini. Diorang pun tumpang pengsan jugak bila dengar berita. 3 hari okeh saya demam dan tiap2 hari saya ngadap kawan2 saya yang asyik tanya, "Betul ke ko ni Pija?" Uwaaaaaaaa.....

Dah la kami berdua tak berhubungan. Saya langsung tak tau nak pakai baju apa hari nikah tapi saya ada sepasang baju lip lap2 kain satin kaler kelabu yang tak jahit lagi. Alah beli RM 25 je sepasang. 'Ibu' (satu tempat kerja) offer nak jahitkan baju kurung untuk saya. Selain tu, ada beberapa kawan saya offer kain baju tunang diorang yang mcm Cinderella. Owh, tak gamaknya nak pakai...kang laki aku datang pakai kain pelekat mcm mana??

Maka terjadilah peristiwa di 12 April 2003, tghari itu saya sempat lena lagi lepas baca Yasin dan sedar2 mak sedara saya berlari atas anak tangga bgtau, "Ya ALLAH K.Long hang boleh tidoq dengan inai kat tangan lagi...rombongan sampai depan rumah dah....." Saya pun jadi supergirl turun 4-5 anak tangga sekali langkah nk gi basuh muka. Rupanya ramai gila orng kampung ada kat umah masa tu tengok kejadian tu. Buruk kan pengantin melompat tangga mcm tu.

Kebetulannya, saya memang tak plan nak solek2 sangat. Mujur masjid depan rumah saja. Di sana saya baru perasan si hensem saya juga memakai baju kelabu. Subhanallah..... cantik sekali Tuhan atur perjalanan hidup kami. Sekurang2nya, tak la sorang pakai kaler kuning sorang pakai kaler ungu kan...

Masa nikah pulak, abah saya nangis dan saya blurr sekali lagi kenapa saya tak rasa nak nangis? Tak reti nak describe perasaan semasa dinikahkan itu. Berkali2 dua sahabat saya Syuhairah dan K.Intan cubit saya supaya saya kembali ke alam nyata. Ye kawan2, hari itulah kami mula berkenal2an dan baru tahu umur masing2 masa tu.

Kata suami, andai kata saya minta tunda, maka dia akan cari yang lain juga. Konon2nya nak bawak balik gi sambung Mesirlah tapi ada banyak halangan yang menyebabkan kami terus kekal di Malaysia. Ops, suami saya je sorang balik untuk amik exam. Kalau difikir2 macam mimpi. Kawin tergesa2 dalam keadaan tak kenal. Tapi saya selesa begitu....


Secara skemanya cerita ini adalah begini :

- tarikh declare
24 Feb 2003

-tarikh persetujuan saya
12 April 2003

-tempat declare
Saya di Selayang, suami di Subang

-suasana declare
gelap gulita tiada cahaya....tgh malam weih

-siapa yg declare
Mustilah suamiku nan macho

-bagaimana declare itu dilafazkan
"Saya nak mintak awak boleh ka?"

-Ok dan ini adalah fresh gambar pertama kali kami bersama...seblom kawin?? takdo..tgklah tu malu2 nak pegang tangan..


Pada yg blom kawin..dare to try this kind of marriage?? Ha ha...buat IbuDamia...selamat berkenalan yaaaa

*cerita ini adalah benar okeh..bukan reka2an untuk menang hadiah :P

Friday, August 28, 2009

Teknik Memuji Suami


Bismillah,

Sekali lagi, apa yang saya mau tulis adalah common sense. Takkanlah perkara se'simple' puji suami pun nak kene ada teknik? Tulisan ini adalah sekadar untuk saling mengingatkan diri sendiri, bimbang telah lama suami saya tidak mendengar pujian saya...ahaha... Saya rasa orang lelaki suka apabila dipuji sebagai tanda dia dihargai dan ini juga adalah kaedah untuk mendapatkan lebih lagi kebaikan dalam dirinya, kan cik abang ;) ?

  • Pujilah suami bila dia melakukan sesuatu yang bukan kebiasaannya. Sebagai contoh, dia jarang2 nak masak so bila tertangkap dia sekalipun tgh masak air masak, maka pujilah dia...
  • Puji tidak semestinya dengan percakapan, boleh jadi dengan bahasa badan lain. Saya paling minat menepuk2 belakang bahu suami saya dan memeluk dia untuk tujuan memuji dan menghargai dia.
  • Selalu istri2 petang2 kumpul di bawah pokok mempelam kutuk2 suami (pss...skang org tak lepak bawah pokok dah...dalam forum pun boleh ngumpat suami). Cuba ubah keadaan ini dengan memuji suami memasing...kot la ada yang tolong sampaikan pada suami tentang apa yang kita pujikan, aahaha...suami kita pun mesti terangkat punya bila bini dia cakap yg baek2 aje ttg dia.
Simple je pun kan? Memuji ni satu motivasi sebenarnya. Tapi tataulah mcm mana bg org perempuan..mcm saya, saya tak minat dipuji. Bukan tak minat langsung tapi saya sll risau pujian tu tak ikhlas, buat saya rasa fly up in the sky tapi dia yg memuji boleh muntah darah tgk hidung saya kembang semangkuk...wakakaka...anyway, suami ku rajin memuji tapi ntah la jadi motivasi ke tak pada saya....ahahaha...

Wednesday, August 26, 2009

Termenang Lagi...Hahaha

qooemoticon

qooemoticon

Bismillah,
Emoticon di atas tidak bermaksud sitisifir tgh tak sedar diri. Ia hanyalah lompatan2 yang berlaku dalam diri bila dapat Yukata dari Jepuns. Ahahaha....


Buat suami Yatie, nampaknya anda pooon chomeyl jugak ahahahak....
Uwaiys kem salam perkenalan buat Baby SN

qooemoticon

N thanx to Hanz kerana telah memberitahu pemenang, arini saya kelam kelubit tak gi blogwalking lagi...

*komen En Abah : "Umi ni betul2 takde keje"
Umi jawab : "Dalam takde keje umi ni, ada gak dapat Yukata tauuuu, free lagiks "

Jadi Sahabat Ibu


Bismillah,

Sepanjang Ramadhan ini saya menumpang di rumah ibu bapa saya. Selain menemani emak saya (ayah saya sahur terlampau lewat dan berbuka puasa di masjid), alasan saya duduk di sini adalah saya bimbang saya tak bangun sahur...ahahaha...baru beberapa malam saya tidur di sini, sudah satu malam berlalu yang mana saya sedar2 aje, mak saya dah ready semua atas meja dan malam itu adalah malam saya melayan cerita 'Bukan Bidadari'. Ahaha...masih menyalahkan benda lain :P

Owh, sepanjang masa ini juga kemungkinan besar saya tidak dapat menggunakan emoticon kerana komputer umah mak saya ni lain dengan milik saya di kedai. Jadi, janganlah pelik kenapa sekejap begini, sekejap begitu keadaannya. Juga, saya pun tatau lah mai mana sekejap tulisan kecik sekejap tulisan besar dalam blog saya ni. Ahahaha...

Kesian mak saya. Ada cyst yang membesar di belakang badannya. Tadi dia telah pergi tebuk cyst itu. Mestilah sakit sbb orang perempuan ada pakaian tambahan di dalam dan tali yang bersilang2 itu bersilang dengan tempat mak saya cedera. Sob sob... Ntahla rasa semakin dekat bila duduk sama2 dengan dia di sini tapi biasalah bila campur dengan kanak2 Ribena yang ramai ini, mestilah dia punin lalat...hahaha...

Kesempatan ini, saya cuba lebih mengenali ibu saya. Saya bukan tidak kenal dia selama ini. Cuma mungkin umur saya semakin matang memudahkan saya lebih memahami mak saya. Mungkin saya berjiwa tua agaknya ha ha ha....

So, bagaimanakah boleh kita dapat menjadi kawan baik kepada ibu kita sendiri?
  • Mendengar nasihat dan keluhannya dengan sepenuh perhatian.
  • Selalu berusaha untuk ibu.
  • Bergurau senda.
  • Bercerita tentang pengalaman yang baru kita lalui. Saya sendiri suka share dengan mak saya kisah2 customer saya di kedai.
  • Selalu berusaha membantu ibu
  • Jangan sampai dia bersedih kerana rasa tidak diperlukan lagi.
  • Perlihatkan yang kita boleh berdikari
  • Kenali ibu sebagai 'seseorang' bukan hanya ibu kita semata2. Saya sendiri kagum dengan kerjaya ibu saya sekarang. Dia memanjat sedikit demi sedikit untuk mencapai kedudukannya sekarang.
  • Jujur, jangan bohong
  • Jangan bezakan dengan ibu orang lain walaupun anda rasa ibu orang lain lebih 'cool'
  • Tunjukkan rasa sayang. Owh, saya masih belum boleh kata, "Mak...I lebb U"
Ada satu dua perkara lagi yang saya takut untuk lakukan, namun begitu, saya rasa saya perlu melakukannya juga iaitu :
  • Beritahu ibu, kita hanya mahu dia mendengar sahaja apa yang mahu kita kata tanpa mahu dia menghakimi sebelum saya habis bercerita. Actually ada sesuatu perkara besar yang saya mahu beritahu ibu saya tapi saya taktau nak bgtau mcm mana....wuwuuuu
  • Berani menunjukkan kesalahan ibu, tetapi dengan cara yang sopan dan dengan rasa sayangsayang heyyy. Buat masa ni tak adalah yang saya nak tegur sangat pada mak saya tapi saya masih ngeri bila teguran penuh kasih sayang saya kepada ayah saya seperti tidak disambut baik semasa saya cuti SPM dulu. Mungkin cara yang saya gunakan itu salah tapi lama2 dia menerimanya juga.
Mmm...saya sangat sayangkan wanita ini, yg berada di gambar sebelah kanan itu....sob sob

Gambar ihsan kakyong :P

Tuesday, August 25, 2009

Merancang Untuk Bersalin Normal

Bismillah,

Apsal la skang mood saya nak sembang pasal beranak aje. Korang, layan aje lah ek...ha ha...actually hal nak beranak ni memang kita boleh merancang tapi keadaan akan selalu bertukar di peringkat akhir. Walaupun saya telah melahirkan 4 orang anak secara normal namun, macam selalu dari awal kehamilan lagi, debarannya mengalahkan debaran finalis ' Gadis Melayu'...wakakakaka...

Saya ada terbaca artikel LPPKN bagaimana untuk merancang bersalin normal :

  • Beritahu doktor - saya pernah semasa melahirkan Asmaa' rasa tak tertahan sakitnya sebab seblom tu tak pernah rasa lagi. Rasa nak mintak diorang belah aje...tapi suami saya pulak yang kata kat misi tu "Jangan gunting deh...." so, terkoyaklah ia secara semulajadi....ha ha ha...seeloknya kita bgtau misi atau doktor yang handle kita beranak tu kita sedang beria2 nak beranak normal ni.
  • Jaga kesegaran badan - kalau dapat bersenam, bersenamlah...saya tidak pandai yoga moga ni...dan ada orang kata berenang pun elok.
  • Berlatih bertinggung - mencangkung dengan menjarakkan lutut sejauh yang boleh, tegakkan belakang, rapatkan dua tapak tangan dan siku menekan lutut ke sisi. Pastikan tapak kaki rata.
  • Teruskan pemakanan yang baik dan seimbang
  • Duduk di rumah selama mana kita rasa selesa. Kat luar rumah kan biasa lasak sikit, terdedah pulak dengan itu ini...so, baik relax kat umah aje. Semakin kurang masalah ketika beranak semakin besar peluang bersalin normal.
  • Jangan lupa makan dan minum
  • Selalu meluruskan badan dengan muka ke depan
  • Banyakkan pergerakan
  • Tunggu gesaan semulajadi dan teran tanpa bantuan epidural. Jangan kejap2 panggil misi, diorang lama2 tak tahan terus bagi epidural kang.
  • Jangan teran melainkan anda benar2 rasa nak meneran...
Namun jika terpaksa pasrah untuk dibedah, maka pastikan anda faham kenapa tindakan itu perlu ok?? Ada 25 minggu lagi sebenarnya tapi rasa mcm esok lusa je nak beranak...waaa, takuuut!!!

Cadangan Nama Baru Utk Chocville

Bismillah,

Ini akan menjadi satu entry contest yang paling memakan masa yang lama buat saya. Padanlah semasa minta orang masuk contest pertama saya iaitu menentukan tagline blog ini, orang mengambil masa lama untuk memberikan cadangan malah pemenangnya Hanz adalah orang yang hampir akhir memberikan cadangan.

Saya malah meminta suami saya memikirkan sesuatu untuk dibuat cadangan dan macam2 lah yang terkeluar dari mulut dia tapi semuanya terlampau kelakar..hihi... Lalu saya terfikir sesuatu ketika tengok cerita Jacky Chan tadi.

www.amustchoc.com atau www.a-must-choc.com

A MUST CHOC - coklat yang menjadi satu kemestian.

Asalnya saya nak letak MASCHOC untuk mewakilkan perkataan MAS sebagai singkatan Malaysia tetapi sebagai contoh kumpulan nasyid D'Hearty contohnya, kalau dalam bahasa Malaysia ia boleh menjadi 'di hati' begitu juga kumpulan 'inteam' ia boleh juga disebut sebagai 'intim'.

Jadi A MUST CHOC adalah mungkin boleh ditafsirkan sebagai 'emas' iaitu kira top lah atau ia juga adalah 'a MAS choc' iaitu 'coklat Malaysia'

Link Blog ini adalah Online Choc Boutique @ Chocville dan tuan punya blog adalah di love to be me. Manakala contest ini boleh disertai di sini .

Forceps & Vakum


Bismillah,

Selama melahirkan empat budak yang bermata bulat selama ini, alhamdulillah semuanya normal cuma semasa melahirkan Asmaa' lukanya agak besar sebab saya buastidak mengawal pergerakan tubuh dengan baik semasa melahirkan. Setakat ini, saya melahirkan anak saya dengan bantuan jururawat (tanpa doktor) memandangkan mungkin saya tidak mengalami masalah besar ketika bersalin.

Sebenarnya saya begitu ngeri bila mendengar kesan sampingan dari melahirkan menggunakan vakum dan forceps. Walaupun begitu, saya rasa doktor tidak suka2 untuk menggunakan dua peralatan ini bagi membantu kita melahirkan anak secara normal. Tujuan penggunaan dua alatan ini adalah :
  • Kelahiran bayi sulung yang mengalami kesakitan berpanjangan. Ia boleh menyebabkan bayi lemas. Saya rasa ini adalah kerana ibu masih tidak mengetahui masa manakah perlu meneran.
  • Sakit bersalin yang berpanjangan, mungkin sebab kedudukan bayi yang senget
  • Apabila telah jelas bayi lemas kerana kekurangan oksigen.
  • Bayi pra-matang, forcep digunakan untuk melindungi kepala bayi
  • Ibu mempunyai masalah jantung dan asma, mereka tidak boleh meneran dengan kuat.
Lazimnya kelahiran menggunakan vakum dan forceps akan menyebabkan luka yang besar berbanding normal. Jadi ibu2 yang terdesak menggunakan cara ini kenelah rawat kawasan luka dengan jagaan yang teliti okeh...

Mmm..ada sapa2 nak share pengalaman melahirkan dengan menggunakan kaedah ini??

Monday, August 24, 2009

Bukan Bidadari


Bismillah,

Wah...seminggu dah saya tak menaip neh..he he...sbb selama seminggu ni apa yang anda dapat dari blog ini adalah scheduled entry. Ini memberi lebih peluang kepada saya blogwalking, melayan contest, menhayati Ramadhan dan satu lagi....memberi lebih peluang kepada suami saya melihat gambar kuda Arab dari laman2 web terkemuka.

Sesekali terasa rimasnya berebut komputer dengan dia (sama macam dia rimas saya letak gambar dia dalam contest yang saya masuk :P) tapi itu lebih baik bukan bila dia selalu ada depan mata dan saya tahu apa pula yang dia lakukan. Semalam lagi saya mahu menaip tentang ini tetapi keluarga sebelah abah saya mengadakan reunion dan semua cucu cicit Tok Nah dan Tok Wan Mud ada kecuali 4 orang cucunya iaitu Aisyah & Siti yang akan PMR & SPM tak lama lagi, adik saya Epit yang segan bila sepupunya Mad terpaksa balik ke KL naik bas petang semalam.

Tapi Tok dgn Wan dah tak ada untuk melihat kami cucunya yang masih bersama2 berusaha berkumpul semula...tinggal saja tak dapat kami bertarawih bersama kerana tempat yang kurang luas di rumah Mak Caq (plus ada orang segan nak jadi imam :P). Saya suka berkumpul saudara mara begini dan kalau boleh saya tak mau mendekati suami saya bila di majlis begitu untuk mengelak dari mendengar dia berkata, "Jom balik..." ahahaha.... Keluarga sebelah suami saya, kalau boleh berkumpul rasanya lebih dari 20 x ganda jumlah perkumpulan keluarga sebelah abah saya ini.

Okeh, balik kepada topik 'Bukan Bidadari' di atas. Saya faham sekarang bulan puasa dan pasti ramai merebut peluang untuk membuat amal di dalam bulan ini. Ahaha...saya sempat juga melihat cerita Cerekarama atau slot apa ntah hari Sabtu malam Ahad itu. So, sapa2 yang tengok cerita ini malam itu mesti lebih memahami hala tuju tulisan saya ini.

Pada awalan cerita itu, saya memandang Umi Aida itu seperti saya dan Fahrin Ahmad itu suami saya sehinggalah sampai kepada Fahrin mencurangi isterinya itu. Betul, setelah berduit agaknya lelaki suka nak 'just having fun' dan persoalan dari isteri adalah 'whay U dont want to have fun with me n the kids??'. Ada sesuatu yang saya rasa tidak normal dari cerita itu.

Saya rasa mereka buat cerita itu adalah untuk mendatangkan keinsafan kepada pasangan suami isteri supaya tidak mencurangi pasangan masing2 dan menghayati ketenangan berada dalam keluarga kita sendiri. Cuma masalahnya masalah yang dibuat oleh suami itu terlalu besar malah isterinya juga tergamak mencurangi suaminya semula dan juga tindakan membuka tudung itu, terlalu besar bagi saya.

Ini adalah kerana, apabila kita terhidu sesuatu yang tidak enak tentang pasangan kita, segeralah bertindak untuk mengatasinya. Bukan seperti nasihat ibu/mertua Umi Aida yang berkata, 'if U love him, let him go'. Kalau pun nak 'let him go' janganlah sampai keadaan tu menjadi 'biar sampai dia buat dosa'. He is the father of your children dan jika saya, saya mungkin tidak akan dapat terima keadaan itu.

Apa yang perlu kita lakukan mungkin merawat komunikasi sesama pasangan. Walaupun kita adalah suri rumah yang selalu 'disimpan' di dalam rumah, kita masih patut mengambil tahu apa yang dilakukan oleh suami kita di luar rumah. Namun awas, jika kita terlebih mengambil tahu, ada kemungkinan kita akan menjadi lebih dari mengongkong suami. Anda perlu tahu batasannya jika mahu mengambil tahu.

Kisah 'Bukan Bidadari' ini menunjukkan juga jika kita mahu insaf insya ALLAH, ALLAH akan melorongkan juga kita ke jalan itu. Cuma jalan dalam cerita ini, bagi saya sekalipun mereka itu ingin insaf, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang. Namun sebab cerita ini hanya dua jam (plus iklan) maka saya rasa secara realitinya, ia tidak begitu.

Sebelum menutup kata, saya juga ingin membuat sedikit pernyataan :
  • Bukan semua masalah rumahtangga datang dari kaum suami
  • Sekalipun suami anda telah membuat dosa, jangan melakukan sesuatu yang menyalahi batasan agama hanya untuk membalas dendam...itu bukan membalas dendam tetapi mencari pasal.
  • Kita harus saling maaf memaafkan...tapi 'to forgive is not to forget'. Jadi, jangan buat kesalahan yang sukar untuk dimaafkan.
Semoga kita selalu bahagia dengan pasangan masing2...

*Bila melihat cerita seperti ini, saya selalu mahu tidur sebelah suami saya dan letak anak saya jauh2..Sekurang2nya, saya tahu suami saya tidur sebelah isterinya yang sah dan bukan orang lain.

Sunday, August 23, 2009

Kesan Stress Kepada Anak


Bismillah,

Beberapa kali sudah saya berhadapan dengan ibu bapa yang tidak segan silu bercerita tentang masalah keluarga mereka di kedai ini. Saya semahu2nya mahu mengelakkan ini, bukan apa...saya selalu cepat kasihan, nanti saya tumpang menangis dan rasa bersalah pula sebab terima duit mereka sedangkan saya tahu mereka bukan dalam golongan yang senang dan tenang.

Selalu kita dengar, keluarga bermasalah akan melahirkan anak yang bermasalah. Jika kita melihat kepada resmi kuih, ia akan mengikut bentuk acuannya. Tetapi tidak semua anak juga akan membesar menjadi orang yang bermasalah. Mungkin dia tidak mendapat asuhan sempurna di rumah tetapi di sekolah, gurunya amat sayang kepadanya.

Beberapa hari lalu saya juga membaca entry Syayassir ini. Ini adalah salah satu dari banyak masalah perilaku murid di dalam kelas. Tidak ketinggalan sahabat sekolah rendah saya Azee yang keretanya dicalarkan dek budak. Saya juga teringat kawan2 saya yang suka marah2 malah bila saya selesai tolong mereka menjawab soalan matematik pun dia marah sebab dia tak boleh jawab dan saya boleh jawab.

Ada kemungkinan, mereka yang bermasalah ketika umur menjangkau dewasa ini adalah kerana mereka membesarkan di dalam keadaan yang stress. Berikut adalah kesan stress kepada anak kecil :

  • Cepat agresif - tidak sabar dan suka mengatasi masalah dengan cara yang ganas seperti bergaduh
  • Kurang ilmu - jadi mereka tidak mampu berfikir untuk mengatasi masalahnya
  • Berilmu tetapi salah mengamalkannya - mereka pandai dan boleh melakukan jenayah sehingga tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa
  • Tidak pandai berinteraksi - sering bergaduh
  • Sering sakit - selalu letih, sakit kepala
  • Senang dipengaruhi - terutamanya oleh anasir jahat, kerana selalunya perkumpulan jahat ini membela diantara satu sama lain
  • Rasa terasing - bila mereka telah menjadi jahat, mereka tidak betah untuk berada bersama orang yang baik apatah pula mereka terbiasa dengan kejahatan. Jadi sifat negatif ini akan berterusan
  • Sukar beri tumpuan - tanpa tumpuan mereka akan selalu gagal. Kemudian sekali lagi mereka akan dikritik, dimakihamun, dihukum..
Adakah kita telah membebaskan anak kita dari stress? Bagaimana pula untuk mengatasi masalah ini?

Saturday, August 22, 2009

Takmau Cium!!


Bismillah,

Umi : Arwa, sayang umi sikit....
Arwa : Shaey... (tok sei/takmo)
Umi : Arwa, meh umi sayang sikit...
Arwa : Shaey...

Haiyya, sekarang ini budak sudah tamau dicium2 digomol2. Kalau dulu, tiap2 kali suruh mula la cium pipi kiri kanan, dahi dan dagu. Pakej tuh...skang ni sori la beb. Asyik tanak aje... So, adakah saya frust? Masa Asmaa' menolak dicium begini, rasa frust juga. Tetapi setelah memahami mereka 'ingin rasa dewasa' maka saya gembira juga, cuma saya tidak akan jemu2 minta nak cium dan dicium.

Namun itu hanya kadang2 sahaja. Ada masanya, bila disuruh dia akan menurut especially kalau umi mengantuk sampai dah tertutup mata. Time tulah dia akan ajak saya berlaga dahi dan cium saya di sana sini.
Umi : Arwa, sayang umi sikit...
Arwa : (sayang sikit pipi umi)....liur (sambil tunjuk air liur yang lekat kat pipi)
Umi : Tak apa...sedap...

Asmaa' pula lebih banyak memberi ciuman. Sayang sekali saya hanya membalasnya ketika dia tidur tapi saya akan pastikan dia bergerak2 sehingga dia memegang atau merasai saya ada bersamanya ketika itu. Berbeza sedikit dengan Usamah, dia sudah macho betul - tidak mencium namun tidak menolak jika dicium. Uwaiys pula suka mengekspresikan kasih sayangnya dengan memberitahu, "Uwaiys sayang umi..." dan saya akan sentiasa jawab, "Umi pun sayang Uwaiys" :)

Penolakan ini adalah salah satu cara untuk mereka menunjukkan sikap mahu berdikari dan memisahkan diri dari kita. Namun, itu bukan selamanya kerana dia akan datang juga dalam keadaan yang kehausan kasih dan sayang. Apa yang penting, jangan marahkan dia jika dia menolak. Ini akan membuatkan si kecil rasa bersalah dan akibatnya dia tak akan membalas ciuman kita itu.

Mungkin dengan cara menerkam dan berkejaran lebih menyeronokkan sehingga dia mau dicium lagi dan lagi. Kita juga sebagai ibubapa perlu kreatif dalam menunjukkan kasih sayang kepada anak (menunjukkan kasih sayang selain dari ciuman dan pelukkan). Semoga kita dapat memahami anak2 kita dengan lebih baik...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Bismillah,

Sempena menyambut Ramadhan almubarak ni insya ALLAH menjelang esok, saya ada sedikit ole2 untuk anda. Apa yang saya letak di bawah ini adalah kiriman emel dr beberapa org. Semoga ALLAH mudahkan kita dalam beribadat di bulan penuh keberkatan ini.

Puasa

Ramadhan Handbook

Elak Kulit Kering


Bismillah,

Menjelang Ramadhan ini, selain gastrik, ada kebarangkalian saya akan menghadapi masalah kulit kering. Gastrik, alhamdulillah dah lama sangat dah tak kena. Well, bagi saya gastrik saya adalah sangat bersangkutan dengan stress. Bila saya dapat kawal stress maka insya ALLAH saya tidak akan gastrik. Mmm...nnt mesti ada yg tya mcm mana nak kawal stress pulak ek..

Suami saya adalah orang yang berpendapat, apabila air dalam badan tidak cukup, mcm2 masalah kesihatan akan timbul. Masa mula2 kawin, saya malas nak minum air dan dialah rajin buat mcm2 jenis air asal saya minum. Susu putih tu daripada saya tak biasa minum skang kalau minum 2 mug besar tu mcm perkara biasa aje. Masa mula2 dulu, dia nak kasi sedap susu tu, siap blend dengan buah kurma lagik...

Skang pun, kalau saya ada masalah pape pun, balik2 dia akan salahkan saya tak minum air. Saya rasa saya dah minum banyak dan saya juga adalah golongan yang mudah mengeluarkan semula air yang saya minum. Kalau misal kata saya puasa, 3 jam selepas sahur selalunya saya akan buang air. Especially semasa mengandung, kalau dalam perjalanan dulu2, memang tiap2 kali berulang dari KL ke Jerteh kalau tak berenti belas2 kali tu bukan saya lah. Habis stesen minyak, masjid kami singgah.

Tapi skang saya dah pandai manage masalah ni. Kalau nak berjalan jauh, saya terpaksa kurangkan minum air. Kalau bertolak malam, siang2 tu saya akan minum sebanyak2nya. Tu sebab saya tak berapa minat nak menyinggah makan sebab tiap kali order air faham2 ajelah berapa besar gelas diorang jamu. He he...

Sebenarnya, saya pernah terbaca bahawa pendapat suami saya itu betul. Jika tanpa air yang cukup, bagaimana darah boleh berjalan dengan lancar dan membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh badan sedangkan ini adalah satu keperluan. Badan kita juga sebahagian besarnya adalah terdiri dari air. So, minumlah sebanyak mana yang diperlukan dalam sehari (8 gelas at least)

Di bawah adalah punca lain penyebab kekeringan, tetapi saya tidak praktikkan pakai krim sapu2 itu. Saya lebih percaya kepada kaedah semulajadi iaitu jika saya kurang air, maka saya kene minum air :)

*ps abg..saya sebut pasal susu blend dgn kurma, adakah saya mengidamkannya?? Hihi..


Punca Dan ian Kulit Kering

Thursday, August 20, 2009

Pasangan perlu kerap melakukan aktiviti bersama


Bismillah,

Ramadhan menjelma tiba. Pernahkah kalian terfikir, kenapa kita mesti hidup di dalam kelompok masyarakat dan bukan berseorangan? Kenapa kita digalakkan berkahwin daripada bujang sampai hujung nyawa? Kenapa wujud pelbagai kelab atau persatuan yang mempunyai halatuju yang berbeza2?

Adalah penting apabila kita buat kerja dengan tidak berseorangan, kita tidak akan rasa beban. Bila kita tidak rasa beban, benda yang besar menjadi kecil. Kerana itulah KLCC, Menara KL, Jambatan Pulau Pinang mahupun rumah yang kita diami ini wujud. Ia tidak dilakukan oleh seorang tetapi banyak tenaga dilaburkan untuk tujuan itu.

Perkara di bawah saya petik dari blog ini : sila klik untuk baca sepenuhnya

Hakikatnya, hidup berjemaah adalah salah satu dari ajaran penting Islam. Sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkannya ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang meninggalkan berjemaah walau sejengkal, maka dia telah merungkai ikatan Islam dari tengkuknya.” (Riwayat At-Turmuzi, Hakim dan Ibn Hibban)

“Hendaklah kau bersama dengan jemaah orang-orang Islam dan imam mereka.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah Rasulullah, dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka melakukan yang sedemikian, terpeliharalah dari aku darah-darah dan harta-harta mereka kecuali atas hak Islam, dan hisab mereka kepada Allah.”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Allah tidak akan menyatukan umatku dalam kesesatan. Sesungguhnya tangan Allah bersama dengaan jemaah. Siapa yang berasing diri, maka dia berasing diri dalam neraka.” (Riwayat At-Turmuzi)

Kesemua hadits di atas memberitahu akan kepentingan berjemaah dan dosa berpisah dari berjemaah atau tidak berjemaah.

Tiada masa yang lebih penting bagi umat Islam dalam menghidupkan budaya hidup berjemaah yang betul dari ini. Ini adalah kerena salah satu dari masalah besar dan musibah utama umat Islam ialah perpecahan. Perpecahan merupakan sebab utama yang menjerumuskan umat Islam ke darjat sosial, ekonomi dan politik hari ini.

Allah taala berfirman yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran :103)

“Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan. Dan bagi mereka itu, azab yang besar.” (Ali Imran : 105)

Keseluruhan masalah umat Islam hari ini tidak mungkin dapat ditangani melalui usaha individu atau kumpulan-kumpulan secara berasingan. Untuk menyatukan umat Islam dan mengatasi perpecahan, budaya hidup berjemaah yang betul perlulah disemarakkan


Begitu jugalah di dalam rumahtangga, sepatutnya kita harus berasa bahagia bila berdua. Benar ada ketikanya kita perlukan masa bersendirian tetapi ada banyak perkara yang perlukan bersama dengan pasangan kita. Di antara perkara yang boleh dilakukan bersama adalah seperti berikut :

  • Selalu beribadah bersama - terutamanya ketika mahu menunaikan solat. Di bulan Ramadhan ini ada baiknya jika kita dapat bertadarus bersama.
  • Mengingati dan meraikan ulangtahun dan hari kelahiran bersama
  • Berkongsi tugas di rumah - jika isteri sahaja yang melakukan kerja di rumah, maka isteri akan menjadi terlampau letih dan bukan salahnya lagi jika dia tidak melayan suami. Sebaiknya, suami menghulurkan tangan membantu sama melakukan kerja di dalam rumah. Barulah selepas itu isteri akan rasa bersalah jika tidak melayan suami.
  • Sering berjenaka dan bergurau senda - gurau senda takkan menjadi kalau sorang2 beb :P
  • Berbincang apabila melibatkan urusan rumahtangga - beban masalah tidak akan dapat diselesaikan tanpa berbincang sesama suami isteri. Tanpa komunikasi antara keduanya, punahlah kebahagiaan

Semoga Ramadhan ini mengeratkan lagi hubungan kita sesama suami isteri dan anak-anak....

Wednesday, August 19, 2009

Menjadi Pekerja Yang Disayangi


Bismillah,

Selalunya lepas Subuh macam ni, Asmaa' dan Usamah dah dibangunkan untuk mandi dan siap2 ke sekolah. Tapi Usamah masih selsema dan nampaknya Asmaa' dah mula ikut selsema tapi mereka tidak demam. Jadi, kami masih simpan mereka di dalam rumah lagi. Nampaknya kejap2 lagi mesti diorang minta nak pergi rumah tokku mereka di jerteh lagilah jawabnyaCici.

En abah pun nampak ngantuk sangat. Td dia terlena sekejap atas riba selepas kami solat Subuh. Selalunya dia akan ke Sg Kechil (tempat ayam piru dan kuda kami berkampung). Atau tidak dia akan duduk bersandar di dinding sambil membaca alQuran. Sebut tentang ini, teringat Uwaiys beberapa hari lepas. Dia ambil sebiji bantal dan letakkan di dinding untuk dibuat alas sandar dan sebiji lagi diletakkan atas paha dan dia mula ambil buku dan baca Bismillah....ha ha..sebijikk macam yang abah dia selalu buatCici.

Mmm..diorang semua masih tido, saya pun tak tau nak masak apaCici. 2-3 hari ni rasa masak pun tak menjadi mana. Ha ha..dah lah masak ayam tua. Memasak ni, kalau asyik masak yang sama aje, makan pun rasa malas... So, saya ikut buku resepi. tapi ada juga part yang tak bestnya, kadang2 resipi tu jadi tak lah sesedap mata memandang (wakakaka...salahkan resepi ha ha...Cici)

Pagi ni, seorang staf saya, As, decide nak hantar pamplet di sekitar pasar Kemboja di sini. Kalau ada yang nak jagakan anak2, saya sanggup je pegi hantar sama. Sebelum ni pun kami pernah buat sama2 juga. As nampak macam risau melihat trend sale yang agak menurun kebelakangan ni. Dua bulan ni pasti orang bajet lebih kepada barang2 raya dan bukan untuk spek..huhu..Cici

Alhamdulillah, saya dapat staff yang boleh buat kerja. Macam Timah juga, dia dah boleh potong spek tanpa disuruh2. Sepanjang mempunyai staf setakat pembukaan dulu, semuanya memuaskan hati saya secara keseluruhannyaCici. Malah selepas mereka berhenti (2 sambung belajar, seorang dah jadi guru GSTT dan seorang lagi optometrist di Hospital Adventist, Penang), kami masih berhubungan macam adik beradik.

Apabila bekerja, kita mesti bekerja dalam keadaan yang seronok. Kalau kita tak seronok, kita akan menjadi seperti kera sumbang dan prestasi pun tidak menyerlah. Berikut adalah beberapa tips yang mungkin membantu anda mencapai kepuasan dalam pekerjaanCici :

  • Jika anda buat over time, tunjukkan hasilnya
  • Jgn bercerita tentang keburukan orang lain
  • Jika mahu memuji, puji yang patut2 dan layak sahaja
  • Jgn bersetuju dalam keadaan yang tidak sesuai
  • Jangan biar orang bergosip tentang kita terlalu lama, nanti ia akan merosakkan reputasi kita
  • Pertahankan prestasi dan integriti anda. Jangan merosot
  • Sediakan jadual perancangan peribadi
  • Patuhi peraturan yang ditetapkan
  • Pandai berhumor
  • Berbaiklah dengan semua orang
  • Dapatkan ganjaran yang patut anda peroleh
Mmm...As dgn Timah, korang nak apa untuk raya nanti??Cici

Kami Yang Semakin Tua


Bismillah,

Sudah lama saya tak mengingatkan diri sendiri berkenaan usia. Ahaha...ini bukan entry untuk memberitahu hari ni atau esok besday saya kerana besday saya telah lama berlalu malah the next besday saya akan masuk ke alam 30 an. Saje kat sini nak cerita tentang kisah kami yang semakin tua...sob sob...

Situasi 1
Dalam perjalanan yang panjang balik kampung
En Somi : Dulu masa drive rasa jauuuuuuuuhhh nun pun abang boleh nampak clear. Hujan pun boleh bawak laju lagi...
Istri : Kira skang dah tak sama la ek...
En Somi : Itulah pasal...
Istri : Maksudnya...?
En Somi : Maksudnya skang dah tua aaa...
Istri : Yey yeyyyy...mengaku!!

Situasi 2
Istri : Dulu ngandung beranak 4 kali tak pernah pun kencing kotor ke kencing tak lawas...
En Somi : Ala...skang badan dah tua...biasalah tu..
Istri : Wei...orang 29 baru tau!! Uhuk...

Situasi 3
Istri : Apsal banyak sangat uban ni abang?
En Somi : Tak apa...sape lagi yang nak tengok abang pon..
Istri : Memang lah..kalau takde uban pon takde sapa dah pon nk tengok abang...
En Somi : Takpe...abang pakai kopiah je semua orang pandang balik...
Istri : Uh perasan...takde sapa ah nak kat orang tua...
En Somi : Orang laki tua makin laku aaa....
Istri : (mula ceramah untuk menyedarkan suami)

Situasi 4
Sambil melihat seorang pakcik tua mengayuh basikal membawa isterinya..
Istri : Abang..kita tua2 nnt mcm tu lah...
Suami : Naiklah basikal sorang2...abang nak naik kereta...
Istri : Huh..belagak!!

Ahahaha...please ignore our 'lawak-secara-kasar' but that is nature of us. Tua2 pun takpe...ada orang sayang kan??

*tidaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk...dah nak masuk 30!!!

Tuesday, August 18, 2009

Fikirkan


Bismillah,

Di bawah adalah iklan yang telah dikenselkan oleh pihak tertentu. Mungkin mereka tidak mahu perkara seperti ini difikirkan. Kenapa ya??

Fikirkan

Saya Tidak Mahu Menjadi Tarzan Lagi...


Wahai kawan2...(juga buat suamiku)

SAYA TIDAK MAHU MENJADI TARZAN LAGI....DAN SAYA MULAKANNYA SEKARANG!!!

Kenapa?? Saya sedar saya begitu teruk sekarang malah saya nampak kesan yang teruk itu dimata Asmaa'..... Betul, saya nampak kesannya di mata Asmaa'. Ini semua bermula selepas saya membaca Pendidikan anak versi fiqh dakwah (sila tekan link)

Terima kasih Ummu Abdullah!!

The Power Of Now


Bismillah,

Hari ni hati ku berbunyi riang yellowfaceemoticon hihi...bukan sebab mende pun, dah maleh nak fikir pasal baju apa nk pakai tahun ni. Sebab biasanya tiap2 tahun, macik ni lah jugak yang pusing2 cari kain, pastu nak kena cari tukang jahit pulak. Tadi, kebetulan mak nak gi kedai kain, saye yang lebih2 membeli..ha ha...so, insya ALLAH puasa kali ni lebih aman. Mudah2an...

Seblom saya terus kepada topik, inginlah saya share satu lagi hadiah yang saya dapat dari Mamapayish he he...dan hadiah ni buat saya rasa sepatutnya saya tak berlebih2 sedia barang nak raya tetapi ada baiknya saya fokus kepada bulan puasa. Saya ialah ibu kepada ramai anak yang dah lama tak pergi berjemaah di surau, selalunya tarawih pun seorang diri. Sob sob...teringat zaman muda remaja dulu, tak sah rase dok umah kalau malam Ramadhan...

Ini surat cinta MamaPayish...uh, nasib baik dia tak booking Arwa yellowfaceemoticon

Sejadah berzip, so kalau umi nak gi terawih boleh gulung telekung dalam ni...kami ada banyak sejadah tapi still tak cukup 6 (utk 6 orang) dan kami belum ada kaler biru yellowfaceemoticon

Ada lagi, dalam bekas hijau ni ada Tupperware set Ramadhan tapi once dah buka, Arwa mula take over macam dia pulak yang menang contest. Arwa, lain kali kalau nak, masuklah contest sendirik... :P Uik anak umi tak pakai baju ni nape? yellowfaceemoticonSbb baru lepas mandi...he he

Sebenarnya setiap kali menjelang Ramadhan, saya tak taulah orang lain mcm mana tapi bagi saya, saya selalu mahu menjadi lebih baik setiap kali Ramadhan. Lebih kurangnya macam azam tahun barulah juga. Persoalannya, kenapa tak sudah2 saya menunggu Ramadhan untuk berubah?

Hakikatnya kita adalah apa yang kita lakukan sekarang. Orang akan sebut saya tokei kedai spek dan tidak menyebut dulu saya adalah budak jahat di sekolah. Sekalipun orang sebut saya budak jahat di sekolah tetapi bila tahu sekarang saya adalah tokei kedai spek, mereka akan rasa 'waahhh....' mcm lah tokei kedai spek bagus sangat, padahalnya banyak hutang :P

Sepatutnya saya tidak perlu menunggu Ramadhan baru nak membaca satu juzu alQuran sehari. Saya seharusnya bermula dari sekarang dengan apa yang ada di tangan saya. Memetik kata2 Saidina Ali a.s : "Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik dari hari ini."Jika kita meneliti akan apa yang dikatakan ini, kita dengan segera akan memulakan langkah menuju kejayaan tetapi berapa orang yang mahu meneliti sedalamnya kata2 ini?

Di dalam Islam, sejahat mana pun seseorang kafir itu, apabila dia memeluk Islam, maka dia suci seperti bayi yang baru dilahirkan. Seperti juga kita, kita mesti tinggalkan dosa lampau dan segera mulakan kehidupan baru.

Masa tidak sesekali menunggu kita. Walaupun kita sibuk menguruskan masa, ia tetap 24 jam sehari. Yang sebetulnya adalah kita menguruskan diri kita sesuai dengan masa yang ada. Semakin banyak kita bertangguh, semakin tidak menjadi impian kita.

Cuba hayati dialog ini :
A : What is the secret of your success?
B : Right decision
A : How do U get the right decision?
B : Experienced
A : How do you get your experienced?
B : Wrong decision

Begitulah pentingnya kita membuat keputusan demi keputusan dari biar sesuatu yang kita nak buat tetapi masih tergantung2 di awangan. Jangan takut untuk melakukan kesilapan (ini berbeza dengan sengaja buat silap okeh) kerana banyak yang akan kita pelajari dari pengalaman.

Sebagai contoh apabila kita berhadapan dengan rumah terbakar. Adakah masih sempat kita bermesyuarat siapa yang patut telefon bomba, siapa yang patut cari air, siapa yang patut selamatkan hartabenda? Gunakan apa yang ada di depan mata walaupun tindakan itu hanya sekadar untuk mengurangkan kerugian sahaja.


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
MANUSIA YANG MERUGI DENGAN WAKTUNYA
Ayat 1-3 : Al Asr
1Demi masa. 2Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, 3kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya " Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya lima iaitu gunakan mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum miskinmu dan masa lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu" - Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Monday, August 17, 2009

Sembelit


Bismillah,

Saje je teringatkan tentang sembelit ni. Actually saya tak sembelit pun tapi sedang dalam proses pemulihan kencing tak lawas. Cuma sembelit ni selalu juga saya hadapi sebab kalau nak compare dengan anak2 dan suami, saya rasa sayalah orangnya yang paling jarang u'uk.

Dah banyak kali juga bila saya baca tentang sembelit, semuanya akan tulis ubatinya dengan cara semulajadi. Cara semulajadi itu adalah dengan membanyakkan makanan berserat (abang....eskrem ada serat tak??) Serat diperlukan dalam 25g setiap hari. Masalahnya macam mana nak tau makanan tu ada sebanyak mana serat ek??

Pulak tu, walaupun kita memilih untuk merawat sembelit dengan kaedah semulajadi, tetapi hasilnya masih lambat juga cuma...ha...ada cumanya ye...hasilnya tidak akan mengecewakan dalam jangka masa panjang jika kita tetap dengan pengambilan serat ini. Cara semulajadi ni tidak mendatangkan risiko kalau nak banding kita amik ubat penghadam.

Rupa2nya serat ini tidak dihadamkan di dalam tubuh. Ia memang hanya akan digunakan di dalam salur pencernaan sahaja. So, kita tak ada pilihan lain lah kan. Kalau nak berak senang, makanlah sesuatu yang mengandungi serat.

Berikut adalah fungsi serat dalam pencernaan :
  • Menjaga kadar air sisa kotoran di usus agar tidak menjadi keras
  • Melicinkan saluran keluarnya kotoran
  • menyerap lebihan lemak, kolestrol, hempedu dalam usus untuk dibuang bersama kotoran
  • Mengimbangi bakteria dalam usus dengan mengurangi bakteria patogen
Tadi kan saya bgtau kita perlukan serat sebanyak 25 g setiap hari dan ini boleh diperolehi dari :
  • 2-3 bahagian nasi
  • 1-2 bahagian sayur berkacang
  • 4-6 bahagian sayur dan buah
  • Air masak atau mineral 8-10 gelas sehari
Apa akan jadi kalau kekurangan serat :
  • U'uk tak lancar, tidak setiap hari, keras dan kasar -last2 kena buasir pulak
  • Kolesterol tinggi boleh membawa kepada sakit koronari jantung pulak
  • Sukar jaga berat badan sebab lebihan lemak tak ditarik keluar
  • Pembengkakan usus besar
  • timbul zat2 carcinogen (penyebat kanser usus) yang masuk ke dalam makanan
Adei, senak rasa perut tiba2 weih.....seramnyaaaa orangeemoticon

Danger Of Coke

Gambar Ariel Sharon..
Bismillah,

Artikel ni actually dah kerap sangat keluar...saja nak refresh semula fakta tentang air Coke ni. Bagi saya sendiri saya dah lama tinggalkan minum Coke malah air bergas selain Radix Cola memang dah lama sangat saya tak minum. Sebabnya saya tak minum adalah :
  • Boikot produk Yahudi
  • Produk Muslim ada
  • Saya mengandung tidak henti2...wakakaka...setiap kali mengandung, saya akan pantang minuman bergas dan kafein. Yang lain? Semua saya hantam....
Anda bagaimana???

Danger of Coke