Tuesday, August 18, 2009

The Power Of Now


Bismillah,

Hari ni hati ku berbunyi riang yellowfaceemoticon hihi...bukan sebab mende pun, dah maleh nak fikir pasal baju apa nk pakai tahun ni. Sebab biasanya tiap2 tahun, macik ni lah jugak yang pusing2 cari kain, pastu nak kena cari tukang jahit pulak. Tadi, kebetulan mak nak gi kedai kain, saye yang lebih2 membeli..ha ha...so, insya ALLAH puasa kali ni lebih aman. Mudah2an...

Seblom saya terus kepada topik, inginlah saya share satu lagi hadiah yang saya dapat dari Mamapayish he he...dan hadiah ni buat saya rasa sepatutnya saya tak berlebih2 sedia barang nak raya tetapi ada baiknya saya fokus kepada bulan puasa. Saya ialah ibu kepada ramai anak yang dah lama tak pergi berjemaah di surau, selalunya tarawih pun seorang diri. Sob sob...teringat zaman muda remaja dulu, tak sah rase dok umah kalau malam Ramadhan...

Ini surat cinta MamaPayish...uh, nasib baik dia tak booking Arwa yellowfaceemoticon

Sejadah berzip, so kalau umi nak gi terawih boleh gulung telekung dalam ni...kami ada banyak sejadah tapi still tak cukup 6 (utk 6 orang) dan kami belum ada kaler biru yellowfaceemoticon

Ada lagi, dalam bekas hijau ni ada Tupperware set Ramadhan tapi once dah buka, Arwa mula take over macam dia pulak yang menang contest. Arwa, lain kali kalau nak, masuklah contest sendirik... :P Uik anak umi tak pakai baju ni nape? yellowfaceemoticonSbb baru lepas mandi...he he

Sebenarnya setiap kali menjelang Ramadhan, saya tak taulah orang lain mcm mana tapi bagi saya, saya selalu mahu menjadi lebih baik setiap kali Ramadhan. Lebih kurangnya macam azam tahun barulah juga. Persoalannya, kenapa tak sudah2 saya menunggu Ramadhan untuk berubah?

Hakikatnya kita adalah apa yang kita lakukan sekarang. Orang akan sebut saya tokei kedai spek dan tidak menyebut dulu saya adalah budak jahat di sekolah. Sekalipun orang sebut saya budak jahat di sekolah tetapi bila tahu sekarang saya adalah tokei kedai spek, mereka akan rasa 'waahhh....' mcm lah tokei kedai spek bagus sangat, padahalnya banyak hutang :P

Sepatutnya saya tidak perlu menunggu Ramadhan baru nak membaca satu juzu alQuran sehari. Saya seharusnya bermula dari sekarang dengan apa yang ada di tangan saya. Memetik kata2 Saidina Ali a.s : "Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik dari hari ini."Jika kita meneliti akan apa yang dikatakan ini, kita dengan segera akan memulakan langkah menuju kejayaan tetapi berapa orang yang mahu meneliti sedalamnya kata2 ini?

Di dalam Islam, sejahat mana pun seseorang kafir itu, apabila dia memeluk Islam, maka dia suci seperti bayi yang baru dilahirkan. Seperti juga kita, kita mesti tinggalkan dosa lampau dan segera mulakan kehidupan baru.

Masa tidak sesekali menunggu kita. Walaupun kita sibuk menguruskan masa, ia tetap 24 jam sehari. Yang sebetulnya adalah kita menguruskan diri kita sesuai dengan masa yang ada. Semakin banyak kita bertangguh, semakin tidak menjadi impian kita.

Cuba hayati dialog ini :
A : What is the secret of your success?
B : Right decision
A : How do U get the right decision?
B : Experienced
A : How do you get your experienced?
B : Wrong decision

Begitulah pentingnya kita membuat keputusan demi keputusan dari biar sesuatu yang kita nak buat tetapi masih tergantung2 di awangan. Jangan takut untuk melakukan kesilapan (ini berbeza dengan sengaja buat silap okeh) kerana banyak yang akan kita pelajari dari pengalaman.

Sebagai contoh apabila kita berhadapan dengan rumah terbakar. Adakah masih sempat kita bermesyuarat siapa yang patut telefon bomba, siapa yang patut cari air, siapa yang patut selamatkan hartabenda? Gunakan apa yang ada di depan mata walaupun tindakan itu hanya sekadar untuk mengurangkan kerugian sahaja.


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
MANUSIA YANG MERUGI DENGAN WAKTUNYA
Ayat 1-3 : Al Asr
1Demi masa. 2Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, 3kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya " Gunakanlah lima perkara sebelum tibanya lima iaitu gunakan mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum miskinmu dan masa lapangmu sebelum sibukmu dan hidupmu sebelum matimu" - Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!