Monday, August 10, 2009

Catatan Buat Kakyong


Bismillah,

Sila kalian baca entry ini...Jika anda juga kawan kakyong yang selalu datang dan pergi ke blog dia...saya minta anda tolonglah buat sesuatu yang serupa seperti saya...

Mungkin salah seorang yang berjauh hati itu adalah saya..saya tidak pasti. Tapi inilah saya, bila ada apa2 hal yang sebegini, saya mula menelek2 diri lalu terjumpa juga kesalahan saya. Tapi saya tidak maksudkannya...

Jika mahu diturut rasa merajuk, maka mungkinlah saya yang akan merajuk dulu. Lihatlah jumlah komen saya...jika ada yang lebih dari 10 pun, adalah setelah campur dengan 'rapik'kan saya. Lihat pula jumlah follower saya. Sedangkan saya memulakan blog ini telah sekian lamanya. Jika saya mahu privatekan, sudah lama telah saya privatekan.

Jika kita semua blogger berada di dalam satu kelas, adakah mungkin kita akan sentiasa berada di satu tempat untuk berbincang semua perkara. Pasti ada satu kumpulan yang kita rasa selesa tapi bukan bermakna yang lain itu bukan kawan kita.

Saya harap, kakyong fikirkan semula niatnya untuk privatekan blognya. Saya rasa telah banyak pahala yang kakyong dapat dengan berkongsi cara dan mungkin cara itu banyak memudahkan yang lain. Saya sendiri tidak pernah hirau andai ada yang sedut isi blog ini dan kemudian sebar merata2 tanpa nama saya kerana saya tahu ALLAH SWT sentiasa tahu apa yang kita lakukan.

Tidak semua ibu mempunyai usaha seperti kakyong yang mahu meningkatkan lagi maruah kaum ibu tapi jika kakyong privatekan blog kakyong, usaha kakyong mungkin tersekat pula...

Juga satu saya mahu beritahu kakyong, jika kakyong privatekan blog kakyong, saya bimbang tiada pengganti jika 'yang lama' itu pergi...

Saya sayangkan kakyong dengan hanya membaca blog kakyong...dan kakyong benar bila kakyong kata 'kita tak boleh memuaskan hati semua orang' bermakna 'kakyong tidak dapat memuaskan hati semua orang sama seperti blogger lain tidak dapat memuaskan hati kakyong'..

Namun jika kakyong masih berpendirian untuk mem'private'kan blog yang dikasihi ramai itu, saya masih hormatinya kerana semua orang ada tujuan di sebalik setiap niatnya..moga ALLAH mudahkan kakyong...

*kengkawan yang lain, huhu...takkan nak biarkan aje kakyong privatekan blog dia...wuwuuuu...saya nangis sorang2 karang
Comments
0 Comments

0 cool comments:

Post a Comment

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!