Monday, December 03, 2018

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah?

Bismillah,

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah?

Saya sedang mencari sesuatu dalam email saya. Tetiba terjumpa post lama saya bertarikh 24 Ogos 2006 dalam mailing list haha.... Time ni anak baru dua lagi. Semangat masih membara.

Saya pastekan di sini ya. Baik, tujuannya adalah untuk teguran kepada diri sendiri. Mana tahu, yang lain juga boleh ambil manfaat.

Sebenarnya sedih membandingkan diri sendiri dulu dan sekarang. Amatlah jauh bezanya...ya Tuhan. Saya kena berubah ni, sungguh kena berubah. Memang akan banyak sampah akan dibuang dari rumah kami dalam minggu ni huhuhu....

Please take note juga, zaman tu saya masih belum menggunakan ejaan penuh lagi. Malah secukup rasa saja guna CAPS hahaha... dan saya rasa malas nak edit sebab saya nak baca je pun. Hihi...

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah?

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai *satu budaya hidup*.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas.
SO, UTK MEMBANTU SAYA, TIME SAYA MENGEMAS2 TU SAYA AKAN MINTAK TOLONG ANAK SAYA YANG DUA SETGH TUH DAN ALHAMDULILLAH DIA RINGAN TANGAN...DAN YG LEBIH SYOKNYA YG SATU THN SETGH TUH PUN TIRU KAKAK DIA....SO, BILA EJEN2 KECIK SAYA NI BERTINDAK KAN, ABAH DIA TAKKAN NAK DOK DIAM PULAK...TERPAKSA LA JOIN THE XTVT...HE HE...
4. *Tidak berminat *mengemas rumah

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan

SUATU MASA DULU, SAYA SENTIASA MERASAKAN SAYA SENTIASA KELETIHAN DAN INI MENJADIKAN SAYA SEORG YG SUKA MELEPAK. TANPA SEDAR KEADAAN SAYA YANG BERTANGGUH MENYEBABKAN KERJA RUMAH SAYA BERTIMBUN.

SKANG NI, SAYA TAK NAK LAGI DAN SAYA IKUT NASIHAT OPISMATE SAYA...DIA AKAN BERESKAN SEMUA KERJA SBLM TIDUR. BIARLAH LETIH...ITULAH NAMANYA PENGORBANAN DAN SETIAP PENGORBANAN AKAN DI BAYAR DAN BILA MASA DIBAYAR KITA TAK TAU TAPI KITA AKAN RASA DIHARGAI NNT..PERCAYALAH
6. Suka *mengunjungi rumah jiran tanpa mengira *waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah

HE HE...YG NIH SAYA TAK RETI SBB SAYA LEBIH SUKA ORG DTG UMAH SAYA DARI GI UMAH ORG. TAPI SETAKAT NI YG DTG TU DTG JENGUK2 JARANG2 SEKALI BUKAN TIAP2 HARI...RASANYA ORG YG ADA HOBI BERZIARAH NI BAIK LA BUAT JADUAL HARIAN HE HE...SUPAYA TAK TERLAJAK BOK BILA MELEPAK UMAH ORG
7. Lupa bahawa itulah *imej yang mempamerkan peribadi *sebenar seseorang wanita.

YAAHHH.....YG NI TAKLEH DI NAFIKAN SBB BILA KITA SENDRIK GI UMAH ORG KITA SEOLAH2 MENILAI DIA DARI SUSUNAN UMAH TAPI ELOK LA KITA BERBAIK SANGKA MANALAH TAU 5 MINIT SBLM KITA DTG UMAH DIA COOL AJE, TETIBA ASKAR2 DLM UMAH BERPERANG TUP TUP ORG DTG..SUPRISE...!!!

MMG MALU TAPI TERIMALAH....KALAU BRG MAINAN BERLONGGOK SANA SINI TAK KISAH LAGI TAPI JGNLA SAMPAI LUMUT KAT DAPUR NAIK SAMPAI DUA TIGA INCI....
OK, TU LAH AJE...