Thursday, June 30, 2011

Book Store @ Sitisifir

Bismillah,

Jika berminat anda boleh klik di sini menggunakan Internet Explorer dan klik pada Daftar Masuk di atas bahagian kanan. Sila daftar untuk pertama kali. Atau anda boleh order direct dari saya. Harga pos akan diberitahu kelak. 

**********************************

Saya dah daftar Stormreaders. Sbbnya saya minat buku. Jadi, macam AdikBijak, saya akan kumpul point sampai dapat beli buku dengan diskaun baik punya atau free terus! Jadi, kalian sila2 lah ke dua kedai buku (e-store) saya di link bawah ni ek...

Selamat membeli dan membelah buku-buku di StormReaders :
Jangan lupa untuk Daftar Masuk dahulu sebelum explore e-Store ini

Juga buku-buku kekeluargaan dari store di bawah : 

AdikBijak



Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 : Jom Masuk!!

Bismillah,

Berikut adalah contest wajib masuk kepada semua ibu-ibu yang menyusukan anaknya... insya ALLAH jika ada kesempatan saya akan masuk dalam kategori yang bersesuaian :)


Peraduan Dunia Susu Ibu 2011
1 Julai 2011 - 31 Julai 2011

Hadiah bernilai lebih RM1500 untuk dimenangi!

Kategori:

1. Bersalin secara normal
2. Bersalin secara caesarean
3. Bersalin bayi pra matang
4. Bersalin bayi kembar
5. Penyusuan berganda / Tandem nursing (menyusu semasa mengandung / menyusu lebih dari seorang anak serentak)
6. Relaktasi
7. Menyusu anak angkat
8. Berpindah rumah
9. Travel menggunakan perkhidmatan awam (kapal terbang / bas dll)
10. Putus bekalan elektrik / blackout

Syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua. Setiap peserta layak memasuki satu kategori sahaja.
2. Peraduan bermula 1 Julai 2011 dan berakhir pada 31 Julai 2011.
3. Penyertaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu
4. Berikan email di duniasusuibu@gmail.com / Facebook Dunia Susu Ibu yang mengandungi:
*Tajuk: Peraduan Dunia Susu Ibu 2011
*Nama:
*Alamat:
*No HP:
5. Salin dan tampal gambar Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 di permulaan entri di blog / album Facebook anda.
6. Buat entri di blog / album di Facebook anda yang mengandungi maklumat berikut:
6.1. Kategori:
6.2. Tarikh Lahir Anak:
6.3. Entri / Keterangan (berdasarkan kategori yang dipilih):
6.3.1. Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)
6.3.2. Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah
6.3.3. Sokongan yang diperolehi
6.3.4. Gambar berkaitan penyusuan
6.4 Tag seberapa ramai kawan untuk mempromosi penyertaan anda dan menyebarkan ilmu anda pada kawan-kawan.
7. Tinggalkan komen dengan menyertakan link penyertaan anda terus ke entri di blog / album Facebook anda.
8. Pemilihan pemenang akan diadili oleh pemilik Dunia Susu Ibu Enterprise (Mohd Sham Mohamad dan Mardziah Mohd Lokoman)
8. Keputusan hakim adalah muktamad dan pemenang akan diumumkan pada 10 Ogos 2011.
9. Hadiah adalah tajaan Dunia Susu Ibu Enterprise dan akan mula diposkan mulai 10 Ogos 2011.

Cara Buat Butter Sendiri

Bismillah,

Saya untung tau sebab ada kawan-kawan yang ada ilmu dan tak lokek nak share ilmu. Antaranya adalah si Fazia ni lah. Barangkali dia pun dah faham tentang keadaan keluarga kami yang kawal makanan untuk dimakan maka bila dia dapat tahu, dia pun tolong bgtahu.

Sebelum ni saya pening juga nak bezakan antara butter dengan mentega. Ramai juga yang respon di wall FB saya itu dan saya taklarat nak cari dah respon2 itu. Ia berakhir dengan saya tak beli dan tak gunakan sama ada butter mahupun marjerin tapi saya gantikan mereka itu dengan minyak.

Saya nak ulas banyak2 pun saya tak pandai, jadi saya kopipes aje perbualan kami di sini :


salam kak

salam

akak selalu beli susu kt pej haiwan kan?

a'ah
nape?

tak tetiba say teringat yg akak kan strugglle cari margerin or butter

ada ke yg muslim buat?

since akak dah beli susu direct pej haiwan..akak boleh wat homemade butter sendiri

ohh..ye ke
mcm mana caranya?

senang je

tlg ajar kan
hehehehe

kalau akak ada mixer, atau food prosesor atau blender.. akak blend atau whisk je susu tu..

susu semata2?

dalam 10- 15 min
aah.. klu nak masin letak garam

oo....ok kemudian?

bila whisk lama2 lemak dari akan terlerai dari susu
kalau 10-15 tak nampak lemak (butter) tu, continue whisk sampai la nampak
nnt susu tu akan terdevide kepada butter dan butter milk
saya nak buat, tapi kat banting ni pusat pengumpulan tenusunya hold jap jualan susu :(

kat sini aritu 30 ekor lembu kena penyakit
ok bila dah terbahagi dua tu
nk buat mcm mana?

dah terbahagi dua tu akak tapis je
buttermilk tu akak boleh simpan mana tau nak wat red velvet
:)
butter tu akak boleh simpan dalam bekas..:)
berapa lama thn ttak sure..sbb takde pengawet kan

wah wah
idak le susah bebeno ye....

Haa.....tak susah pun kan. Sangat senang rupanya tapi tatau la bila saya nak buat kehkehkeh.....untuk lebih tahu tentang apa yang Fazia buat, sila klik banner di bawah eks...


Wednesday, June 29, 2011

Ba Alip Ba Ya

Bismillah,

Tengah makan tengahari Khamis lepas, Usamah tiba2 tanya :

Usamah : Babi hutan lagi besar dari kereta ke abah?
Abah : Taklah
Usamah : Kakak kata kawan dia kata babi hutan lagi besar dari kereta
Abah : Kawan kakak tipulah tu...
Asmaa' : Babi hutan tu macam mana?
Abah : Dia kecik sikit dari lembu..

Sambil tu saya dah google dah gambar babi ni tapi tak tunjuk kat diorang sbb tgh makan.

Kemudian dah habis makan, abah diorang pun tunjuklah macam mana rupa parasnya. Lalu berlarut2lah mereka dengan soalan sebab selama ni diorang tau yang haiwan ni adalah haram disentuh apatah lagi dimakan. Usamah tanya sampai dia puas hati. Mula2 dia pertikai juga kalau dah basuh bersih2 dengan air yang bersih pun masih kotor juga. Mujur jugaklah abah dia belajar bab agama lebih dulu, kalau bagi kat umi, mau nganga lah kot.

Usamah yang banyak tanya

Cubaan melukis vavi

Actually, semua kakak dengan abang sangat sayangkan Ahmadi. Time ni Ahmadi kecik lagi tapi tak pernah lagi tunjuk gambar ni kt blog.... kasih sayang membawa ke tido....kekekeke

Cerita Ulat Di Celah Permaidani

Bismillah,



Cerita ni saya dengar dari Prof Muhaya di IKIM.fm. Eh...rasanya dah laaama sangat tak dengar radio. Sibuk situ, sibuk sini jadi takde rasa nak isi telinga dengan hiburan yang sebegini. Sebab saya selalu dengar radio time memasak tapi sekarang sambil memasak pun saya berfikir maka tak sempatlah nak fikir untuk mencari hiburan.

Kisah ulat ni begini, alkisah encik ulat yang seekor itu terbaulah sekeping biskut tapi dia tahu biskut itu adalah berada di hujung permaidani. Permaidani ni pula bagi encik ulat itu adalah sangat besar sebab diri dia itu adalah kecil dan comel. Lalu dia pun melintasilah di celah2 bulu-bulu permaidani itu dan adakala dia panjat naik bulu tu semata-mata hendak sampai ke biskut impiannya tadi.

Bagi encik ulat, bulu2 itu bagaikan tiada makna dan tiada warna maklum saja, satu bulu hanya ada satu kaler sahaja. Tiba2 ada orang perasan encik bulu di atas permaidani. Ini mesti maid tuan rumah yang kadang2 rajin sbb tiba2 jumpa dengan ulat tu dan kadang2 malas sbb tinggalkan biskut tak bersapu. Lalu orang itu angkat ulat itu tadi dan dapatlah ulat tu lihat rupanya dia sedang cuba melalui satu permaidani yang sangat indah coraknya.

Begitulah sebenarnya dunia. Ia akan terasa indah hanya selepas kita tahu bahawa kita telah berjaya melepasi segala dugaan yang sebelum ini terjadi. Sehingga akan sampai ke tahap kita sudah tahu di mana lopak berada dan kita berjaya mengelak dari terjatuh ke dalam lopak yang sama. ALLAH SWT tak akan jadikan kehidupan kita ini sia2.

Jadi, dalam melalui pelbagai dugaan hidup itu, janganlah mudah menyerah kalah kerana kalah di awal perjuangan akan menyebabkan kita tidak kenal dunia yang sebenarnya indah ini. Apatah pula di syurga sana.... Semoga setiap dari kita berjaya melalui 'bulu2 permaidani' dengan ilmu dan amal...

Tuesday, June 28, 2011

Asmaa' : Clown Hat

Bismillah,

Saja petang ni nak tayang artwork Asmaa' without my guidance. Dia yang cari kertas sendiri, dia buat patern sendiri dan dia yang buat sendiri.


Cumanya.... topi clown ni hanya kepala lutut je yang boleh pakai sebab kecik....keh keh keh... 

Nantilah kakak until we bought manila card for you...so that you can make this hat much bigger for you and for all your adiks.


Jangan Bawa Tetamu Masuk Tanpa Izin Suami

Bismillah,


Saya baru dengar rakaman kuliah Ust Shamsuri yang bertajuk, suami baik, isteri baik di mana dia baca kitab Bahrul Mazi. Ada anak ramai ni nak pi hadap kat masjid kang risau orang lain tak dengar kuliah tapi dok tengok anak kita lari pi lari mai plak kan. So, ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan ilmu baru. Kalau kalian nak dengar apa yang saya dengar ini bolehlah download dari link ini ya.

Pernah kalian dengar hadis ini??

Sabda Rasulullah saw : “Tidak boleh seorang istri mengizinkan seseorang masuk ke rumah suaminya terkecuali dengan izin suaminya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

‘Amr ibnul Ahwash ra meriwayatkan dari Rasulullah saw, sabda beliau : “Ketahuilah, kalian memiliki hak terhadap istri-istri kalian dan mereka pun memiliki hak terhadap kalian. Hak kalian terhadap mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan seorang yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian dan mereka tidak boleh mengizinkan orang yang kalian benci untuk memasuki rumah kalian. Sedangkan hak mereka terhadap kalian adalah kalian berbuat baik terhadap mereka dalam hal pakaian dan makanan mereka.” (HR. At- dan Ibnu Majah)

Dalam hadis di atas, adalah amat jelas bahawasanya sebagai seorang isteri tidak boleh membawa masuk orang yang tidak disukai suami ke dalam rumah. Jadi, sekalipun orang itu adalah adik beradik sanak saudara maka jawapannya adalah tak bolehlah diajak masuk.

Kata Ustaz Shamsuri, hadis ni sebenarnya ada terkandung kinayah atau sindiran di mana bukan takat bawak masuk tetamu yang suami tak suka saja tapi kalau ajak lelaki lain masuk rumah juga yang mana akan menyebabkan suami tidak suka maka adalah tidak boleh.

Kalau zaman dulu adalah hampir mustahil kita nak minta izin suami sbb dulu takde handphone dan suami pula pergi musafir, perang dll hal. Tapi zaman sekarang, kita boleh gunakan teknologi untuk berhubungan dengan suami dan bgtau, ada orang datang rumah so abang bawak laju2 balik rumah cepat!

Walaupun nampak benda ni macam menyalahi adat, tapi kita mesti pentingkan suruhan agama seperti yang terkandung dalam al-Hujurat (49) : 6 :
Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekefiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus

Yang membawa maksud, dicelah kehidupan kita ini ada Rasulullah iaitu hadisnya. Jadi kalau kita nak pulas hadis sehingga membenarkan adat kita tadi (membawa masuk tetamu lelaki bukan mahram ke dalam rumah tanpa izin suami) maka tunggulah kesusahan yang akan ALLAH berikan.

Apa nak susah, kalau ada tetamu, kalau dia datang seorang, bgtau saja, "Suami ai keluarlah...nnt jap ai call dia ek". Atau kalau dia ada bawa isteri, bolehla ajak isteri dia masuk asal orang atau keluarga itu bukanlah keluarga yang dibenci suami.

Macam mana pulak kalau orang bgtau nak datang rumah pada kita? Sebelum bagi jawapan boleh ke tidak, eloklah bagitau pada suami dulu. Bagitau kat suami pun senyap2 aje...sbb kalau guna ayat, "Sekejap ye, saya nak minta izin suami," barangkali akan menyebabkan bakal tetamu tadi kata, "Ek elehhhhh...."

Maklumlah orang zaman sekarang, benda baik pun di'eleh'2kan padahal kita ni cuba nak ikut agama. Jadi, untuk elak orang itu dapat dosa, minta izin suami dan terus bg jawapan pada bakal tetamu tu. Let say suami tak bagi, jgn lupa tanya alasan pada suami so senang kita nak fahamkan tetamu kita tu. Kalau suami kita izinkan pulak, jawablah, "Datanglah....excited nak tunggu yu datang tau" dari guna ayat solehah, "Datanglah suami saya izinkan :P".

Tapi ini bergantung kepada individu juga, kalau kalian memang berimej solehah bukan macam saya maka bila anda gunakan ayat itu maka ia mungkin tidak akan mendatangkan masalah. Kalau saya yang gunakan ayat tu....ehehehe... saya rasa kawan2 yang kenal saya itu boleh terkesima barang 2-3 jam :D

Mmm...apa aku melalut ni, korang downloadlah file ni dan dengar sendiri.

Monday, June 27, 2011

Endurance di DeBali Resort & Spa

Bismillah,

Di bawah ni adalah semasa suami saya menyertai endurance anjuran D'Bali Stable. Sepanjang menyertai endurance ni, kami diberi diskaun berganda untuk menginap di DeBali Resort & Spa. Dapatlah sementara bercuti dari house chores kan.



Lucky number my husband..kena tampal kat baju masa naik kuda. Dia bukan naik kuda kami pun, dia naik kuda Encik Yusuf, owner of this resort... Semua orang pun hairan dia dapat naik kuda Encik Yusuf. Tapi kuda ni agaknya dah tua kot sbb pancit tak sampai ke garis penamat. 

Anak2 pun boleh enjoy mandi kolam macam kolam itu apak mereka yang punya







Maapkan saya kerana terlebih excited


Jalan2 dengan baju basah!!


Kaya gila la En Yusuf ni... kalau tempat ni siap, memang cantiklah sbb ia mengadap sungai kat bawah... 

Bawa anak2 tengok bot...sungai ni menuju ke pantai so I guess it should be air tawar lah kot... 

Masa abah diorang pergi endurance, kami plak pergi melahap di rumah ibu mertuaku. Gara2 letih mandi kolam, Uwaiys tidur sampai mcm ni sekali. Jenuh berenti tengah jalan nak betulkan dia sbb Usamah takleh angkat dia. 

Here comes another session...




Kami jadik penunggu tepi kolam je lah... ikut turun mandi kang terkejut plak kanak2 lain :P


Abah heret anak kat tempat air dalam... 
always in his selipar...tak stylo tau laki ai...



Ada pelampung tapi dok menapak atas lantai jugak... chehs... 

Mlm nya ada BBQ tp selain asap BBQ tu, ada asap rokok juga. Maklumlah malam tu ada lawan bola kat TV juga...so ramai la apak2 yang buat havoc di tempat BBQ tu... makanya kami makan di rumah la tapi jenuh nunggu la wei sbb suami ku tunggu masa rehat baru datang hantar makanan :P.

Sekali sekala dapat rehat mcm ni rasa seronok sangat. Actually sampai hari ni anak2 sll request nak pergi stay hotel. Kalau bukan fee malam tu RM 50 yang affordable utk kami sekeluarga, maka kami pergilah juga. Semoga ada lagi aktiviti ni di lain kali.