Namun, jika mahu membenci, marah, memerangi seperti Rasul, adakah kita seperti Nabi yang mendapat wahyu terus dari Ilahi?
Usahlah semudah itu membenci, memulau, meminggirkan.... Sesungguhnya Rasulullah itu tak semudah itu berbuat begitu.
Bismillah,
Saya nak bercerita tentang Law Of Attraction sebenarnya. Tapi di awal ni saya selitkan kisah Nazrah, dia nak kembali prihatin kepada kesihatannya. Ok baca ini dulu ya! Saya edit sedikit sahaja.
Nazrah: Kwn2, naz nak share something amazing yg berlaku lepas join seminar supermommy.
Masa dlm seminar Husna byk tekankan tntg kesihatan. Antara yg husna tekankan ialah buat medical checkup utk tahu tahap kesihatan kita. Sebab kalau tak buat kita rasa kita ok & sihat je. Dan kita takde drive utk exercise atau jaga makan.
Kebetulan petang semalam naz & kwn2 gi jumpa mentor naz. Tup2 masa jumpa tu kami kena buat health body check up. Tak sangka pula ada check up tu. Memang LOA/LUA sungguh. Masa seminar naz fikir nak jumpa doktor utk buat medical checkup tp lambat sikit la kan.
Selama ni kan naz rasa naz ni kurus. Sebab naz kan fully bf. Cuma tang perut je la buncit sikit. Lepas buat check up semalam barulah tau rupa2nya naz terlebih lemak & kurang muscle. Walau BMI normal, tp lemak terlebih. Tahap metabolisme pun rendah.
So naz dah tau la pasni naz kena kurangkan lemak, bykkan protein utk tambah muscle & kena bykkan exercise utk tingkatkan metabolisme badan. Bila dah tau ni barulah rasa lebih bersemangat nak exercise & jaga pemakanan yg mmg badan perlu.
Sekarang ni barulah naz faham kenapa husna cakap "don't worry about that" bila naz tanya tntg macam mana nak 'fast action' lepas join seminar. Hehehe
Seterusnya saya menyoal : LOA is law of attraction kan? LUA apakah?
Diskusi terbuka :
- LUA Law of Universal Atraction
- LOA tu bahaya sket sbb takut terpesong atau syirik
- Konsepnya lebih kurg je. Guna kuasa minda. Cuma LUA mmg islamic. Jadi better kita amal LUA. Islamic version of LOA. Founder zuhairi nopiah.
- LOA dia guna konsep - universe, LUA guna konsep Allah.
- Cthnya, LOA kata - universe (alam semesta) akan jd apa yg kita nak. LUA kata - Allah akan bg apa kita nak.
Woahh kiranya LUA adalah islamic LOA. OK faham kan? konsep LUA/LOA ni adalah sesuatu yg ada gelombang/frekuensi yg sama akan tarik menarik antara satu sama lain. Kalau kita nakkan A, maka fikirkanlah A, doa lah utk dpt A, berusahalah utk dapatkan A.
Rujuk hadis qudsi ni:-
“Aku bertindak menurut sangkaan hamba-Ku.
Aku selalu bersama hamba-Ku sekiranya dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sejengkal.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.” (HR Bukhari & Muslim)
Jadi bagaimana nk prektis LUA tu???
- Think positif
- Yg paling praktikal ialah tampal Kat dinding rumah. Mana2 tempat yg selalu kita lihat, CTH : cermin sbb selalu tengok muka dan kat dapur utk yg suka masak
- Oleh itu kita jgn suka merungut, mengeluh... Bila kita merungut, kita sebut benda yg kita taknak. Cthnya "nape la anak aku ni nakal" --> ape yg kita fikir & sebut itulah doa.
- Oleh itu juga kena banyakkan bersyukur, fikir & cakap yg baik2. Kalo xtahan dgn perangai anak, mtk dgn Allah"Ya Allah beri aku kesabaran & idea utk didik anak aku sebaik2nya supaya dia reti duk diam, pandai kemas balik barang2, rajin, blablabla.."
- ia adalah gelombang tarikan
Ulangkaji semula :
Concept of lua n loa sama je kan? Beza satu sandar pd Allah. Lua yg islamikkan?
Dab Loa lua ni kaitan byk dgn visualisasi isnt it?
Yg sepatut difahami begitulah cuma masa satu program ada speaker selalu ajar LOA tp kena tambah doa, yakin pd Allah. Kiranya itu LUA la kot tak?
Konsep apa pun yg dipakai oleh org barat adlh milik islam sbnrnya. Barangkali istilah islamiknya adalah husnuzzhon iaitu optimis dan positif.
Kemudian ada yang menambah sbnrnya lebih kurang kita berangan, sentiasa keluarkan positif vibe. Maka sila berangan sambil berzikir. Sandarkan pd Allah.
Kita selalu tgk apa yg kita suka/nak, dan sentiasa merasai yg kita sudah memiliki apa yg kita nak. Maksudnya kita sedang tarik/attract benda tu. Kalau ikut LOA seluruh alam akan respond pd vibration perasaan kita tu.
Memang kita sebut vibration tapi saya rasa vibration yang dimaksudkan ialah kasih sayang Allah. Sebut vibration nnt org xrelate pd Allah.
Jika nak google ilmu LOA ni boleh, tapi selalulah ingat bahawa segala kekuasaan adalah milik Allah. Silap membaca kita akan jatuh syirik bilamana kita percaya ada kuasa lain selain Allah. Maka berhati2lah ya!
Di sebuah grup yang ahlinya sangat dekat dihati saya.. Kami berbincang tentang bacaan ayat alQuran.
Seorang daripada sahabat kami menceritakan tentang perubahan yang dia cuba buat dalam kehidupan dan kesan perubahan itu terhadap dirinya.
Katanya semenjak 2 menjak ni dia telah berusaha utk byk baca quran iaitu 20 helai sehari cuma dia tak tau kenapa hati cepat berhiba.
Katanya dulu dia susah nak bangun solat malam tambahan pula semasa masih breastfeeding lg malah cepat jugak rasa nak marah pada orang bila ada sesuaty yang tak kena.
Namun sekarang alhamdulillah dia lebih mudah bangun malam walau tidak konsisten. Lebih istimewa hati mudah dipujuk bila rasa nak marah. Dia yakin semua ni adalah kesan dia cuba baca banyak2 dan konsisten baca quran.
Katanya lagi ada seorang ustaz ajar semasa kita jumpa ayat2 yg mengandugi rahmat atau ayat2 yg mengandungi berupa doa. Kita stop sekejap dan aminkan ayat tu dlm hati.
Bila jumpa ayat yg berupa gesaan/suruhan eg 'bacalah quran dgn tartil' kita stop kejap dan biar terbit rasa dlm hati bahawa Allah sedang suruh kita baca dgn tartil pada masa tu jugak.
Ustaz tu juga ajar supaya membaca 2 helai sblm solat dan 2 helai slps solat. Kiranya sehari 5 waktu maka 20 mukasurat sehari. Sahabat kami ni pakai quran tafsir jadi dlm satu mukasurat ada 1 ayat yang di hurai dlm bhgn tafsir ayat.
Seterusnya sahabat yang lain menambah -- Itulah.... Kalau kita tingkatkan sedikit ilmu bahasa arab, boleh jugak tingkatkan penghayatan rasanya..ayat Al quran ni..berulang2. Walaupun x tahu full makna, kdg2 boleh agak maknanya..
Perkongsian ini sangat memberi kesan kepada kami. Sesibuk mana pun kita, seandainya kita menjaga hubungan dengan Allah maka Allah akan beri lebih kebaikan kepada kita.
Lebih menarik, saya terlihat dalam jadual yang puan Husna berikan kepada peserta seminar pengurusan masa ada tertulis baca Al Quran 10 ms sehari. Bermakna, bacaan ini tidak akan sia-sia. Ia bukan sekadar aktiviti duduk-duduk seperti biasa sahaja.
Ia sangat bergantung bagaimana pengabdian kita kepada Allah. What you give, you get back and you get more! Jom bersama kita bina kekuatan dengan menghayati alQuran.
Sebelum tidur semalam, saya sempat membaca buku Ustaz Zaharuddin Jangan Berhenti Berlari. Ustaz melawat ke Torture Museum (sila google utk gambaran jelas) dan melihat pelbagai alat yang digunakan untuk menyiksa manusia.
Ustaz mengingatkan bahawasanya, seberat-berat, sengeri-ngeri, seseksa-seksa apapun kekejaman yang dapat dilakukan oleh manusia, ia tetap tidak dapat melawan seksaan yang ada di neraka Allah.
Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah SWT telah menghantar malaikat Jibrail bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam a.s untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibrail ! berapa banyakkah yang kamu mahu ? " Sebesar buah tamar, jawab Jibrail. Kata Malik tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur tujuh petala langit dan bumi kerana kepanasan."
Kalau begitu separuh buah tamar, kata Jibrail. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik kebumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibrail lalu memohon pertolongan dari Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah SWT lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi.". Pergilah Jibrail mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai disyurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam a.s dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung dan tinggalah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
Itu baru kisah apinya. Allahuakbar. Belum lagi kita mendengar tentang seksaan lain yang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. Sesungguhnya azab Allah itu benar sedangkan kita tidak tahu dimana tempat kita di akhirat kelak.
Lebih menakutkan, kita terasa kita sentiasa dalam rahmat Allah tetapi rupanya kita berada di dalam kemurkaanNya.
Al-Baqarah:126 - Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".
Selepas membaca tulisan UZAR itu, saya berusaha untuk lena. Lena dan berharap esok masih ada buat diri menambah amal kebaikan dimuka bumi. Sesungguhnya dunia bukan tempat bersenang lenang.
Duhai teman, ajaklah saya untuk menambah amal kebaikan. Semoga Allah menunjukkan jalan kepada kita semua.

Soalan:Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?
Jawapan:بسم اللهوالحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Firman Allah yang bermaksud:Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)







Bismillah,
Selepas solat Subuh, suami saya bertanya, “Kenapa tak kejutkan Asmaa’ sekali?” Saya hairan bukan sebab apa, Asmaa’ akan join solat Subuh jika dia tersedar kami bangun dan bersiap untuk solat. Saya belum
Lalu saya terfikir, 2 tahun lagi Asmaa’ akan berumur 7 tahun dan ketika itu kami perlu biasakan dia dengan solat. Melentur buluh biarla dari rebungnya dan buluh yang akan kami lentur ini adalah darah daging kami sendiri. Saya mahu dia faham bahawa solat itu bukan beban tetapi adalah tempat dia mendapatkan kekuatan dalaman nantinya.
Beberapa bulan lepas, seminggu sebelum tarikh Usamah terima hadiah dari atas pentas itu, mereka menghadiri kem solat untuk pelajar PASTI. Saya bagi kamera yang tidak ber bateri kepada cikgunya jadi tak adelah gambar mereka…wuwuuuu. Saya rasa Asmaa’ & Usamah dapat sesuatu di
Balik dari program itu, Asmaa’ mula solat satu rakaat. Hihi.. satu rakaat tu sbb buku manual yang mereka ajarkan adalah menunjukkan cara satu rakaat sahaja. Tapi Alhamdulillah selepas itu, setiap kali sahaja kami hamparkan sejadah untuk solat, Asmaa’ akan turut sama.
Macam2 kerenah dia semasa solat, terutamanya kalau kami solat kebetulan dengan ada katun. Solat sengetlah, garu
Abis solat, kalau jemaah dengan abahnya, maka abahnyalah yang akan bacakan doa. Tapi kalau solat dengan saya, maka saya berdoa senyap2 aje. Asmaa’ pun tanya, “Umi baca doa apa?” Saya kata, doa apa pun tak apa. Lalu dia baca doa sebelum makan siap mcm ni, “Doa sebelum makan..bismillah……”sampai abis…huhuhu
Selepas solat kami biasakan bersalam2. Semasa salam itu, Asmaa’ tertanya2 kenapa Usamah cium tangan dia dan dia tak perlu cium tangan Usamah, dan kenapa dia perlu cium tangan kami, dan kami tak perlu cium tangan dia. Lalu saya bagi tahu, yang muda kena hormatkan yang tua. Tapi bila dengar perkataan tua, dia pun mula takut.
"Kalau tua nanti mati ke umi??" haih...mcm mana nak cerita yang muda pun boleh mati. Saya pun gunakan pelbagai ayat untuk bgtau bahawa semua yang bernyawa akan merasakan mati. Bila dia faham, dia mula tanya kat dalam kubur nanti dia duduk dengan siapa? Saya bgtau kalau kakak baik, akan ada malaikat yang menunggu.
"Kakak kena bgtau ke nama kakak kat malaikat tu? Nanti kalau hantu yang datang kat kakak macam mana kalau malaikat tu tak kenal kakak?" Korang....Asmaa' menangis bersungguh2 dengan benda ni. Saya pun berkali2 bgtau dia, asal dia baik dan taat perintah ALLAH dia tak perlu takut di sana.
Saya tidak sangka perbualan kami itu, membuatkan dia rasa nak solat. Dia akan menangis kalau saya tak tunggu dia. Dia marah kalau Arwa sibuk nak pakai telekung dia juga. Lalu baru2 ni saya belikan Arwa telekung yang hampir sama dengan Asmaa'. Harganya RM 20 sahaja dan ia ada renda kelilingnya. Sangat comel....

Terbalik kot sokmo..pakai kain kat kapla :P
Surah Al-Ankabut : 20 "Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada berbuat kejahatan dan kemungkaran"
Ya, itu adalah fungsi solat. Kita tidak hanya wajib menunaikan solat kerana ia adalah ibadah yang telah diwajibkan kepada kita tetapi kita perlu kepada solat itu kerana solat akan membuatkan kita menjauhi kemungkaran. Persoalannya, kenapa ramai orang yang solat tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang menyalahi hukum?
Saya sebenarnya tidak layak untuk berbicara tentang hal ini kepada orang lain. Setelah terjumpa dengan tips ini, saya dapati ia boleh diadaptasikan asal sahaja kita berusaha untuk menghadirkan diri dalam solat kita. Semoga ini dapat membantu dan anda juga :

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Luqman : 27)Demi buah tin dan zaitun, dan bukit Sinai, dan negeri yang aman ini (Mekah), sungguh Kami menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami mengembalikannya kepada yang serendah- rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka siapakah (lagi) yang dapat mendustakanmu sesudah itu tentang agama? Bukankah Allah seadil-adil hakim? (At-Tiin)


Rasulullah SAW bersabda :1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." [HR. Bukhari Muslim]2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." [HR. Dailami dan Anas]3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." [Durratun Nasihin, hal 22]4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." [HR. Hakim]5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." [HR. Ibnu Abu Dunya]6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." [HR. Hakim dan Tarmizi]