Sunday, August 01, 2010

Zikir Pengubat Hati

Bismillah,

Beberapa bulan lalu, semasa sibuk2 mengemas rumah (maklumle baru pindah barang), saya mengajak suami saya buat macam-macam. Padahalnya, bukan dia duduk saja-saja... Dia sibuk nak bertukang itu dan ini dan tengokkan anak-anak. Saya pun kata, "Apa yang penting...kerjasama" tapi bila saya kata "kerjasama" tu, dia kona kot lain pulak...dia tukar dengan "bini ramai". Tak kose...

Masa tu, sebab tempat gantung baju pun dia tak buat lagi, maka longgokkan kain sangatlah sakit mata memandang. Tiap2 kali nak mandi, anak2 akan bising cari baju tak jumpa. Pastu mula la mulut saya dah gatal nak berleter. Sampai la satu masa suami saya sound, "Umi tu lah..kalau sambil buat kerja, sambil berzikir kan elok. Kalau berzikir, tak sedar pun kita buat kerja. Sebab kita tu berzikir..berzikir kan lebih besar dari buat kerja lain."

Wohohoho...bukan tak pernah belajar ye kisah Puteri Rasulullah SAW yang minta diadakan pembantu rumah seperti di bawah :

Sebuah riwayat lagi yg berasal dari Imam Ali r.a. sendiri mengatakan: Sitti Fatimah pernah mengeluh krn tapak-ta ngannya menebal akibat terus-menerus memutar gilingan tepung. Ia keluar hendak bertemu Rasul Allah s.a.w. Karena tidak ber hasil ia menemui Aisyah r.a. Kepadanya diceritakan maksud ke datangannya. Ketika Rasul Allah s.a.w. datang beliau diberi tahu oleh Aisyah r.a. tentang maksud kedatangan Fatimah yg hendak minta diusahakan seorang pembantu rumah-tangga. Ra sul Allah s.a.w. kemudian datang ke rumah kami. Waktu itu kami sedang siap-siap hendak tidur. Kepada kami beliau berkata: “Kuberitahukan kalian tentang sesuatu yg lbh baik daripada yg kalian minta kepadaku. Sambil berbaring ucapkanlah tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Itu lbh baik bagi kalian daripada seorang pembantu yg akan melayani kalian.”


Selepas tu, kalau nak berleter time cari baju je, saya teringat pesan suami saya. Hehehe... tapi saya cucuk jugak suruh dia buatkan penggantung baju tu. Tapi dengan pesanan dia tu, takde dah la rasa beban sangat kan. Sebenarnya hebat sekali rasanya bila jiwa kita dipenuhi dengan zikir ni. Cuma antara kita sedar dengan tidak saja. Jadi, saya tinggalkan kepada kalian untuk berfikir tentangnya :)

5 comments:

  1. setuju sgt...akak gak la tu, yg suka membebel ngan karenah anak2, nampaknya akak perlu lebih berzikir lepas ni, boleh menahan ckit amarah yg membara dlm dada ni

    ReplyDelete
  2. k.su, owh...sama lah saya...huhuhu

    ReplyDelete
  3. pija,

    xper, suami pija memang rajin bertukang.. Insya Allah, pesanan tu berbaloi.. x delah hari2 dengor leteran sementara dia nak siapkan tempat gantung baju....

    ReplyDelete
  4. thanks kak pija for sharing this...

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!