Monday, August 23, 2010

Contest Teman Sejati By Emieysandra

Bismillah, 


Ramai pulak junior2 blog buat contest nowadays kan..
Rasa really matured to be a participant
Tapi redah aje lah...I'm now SAHM so tak do kojo nk dikojokan sangat pun
Besides, this will be as an appreciation to all my best friend.

Adik Emieysandra & her fellow fren,
k.Pija actually bukan ada satu kawan baik aje...
Banyak sekolah, bertambah la kawan baik..
so k.Pija letak semua lah ek...
but I will put a latest picture with my BFF which we take a month before
Susah tau dik nak jumpa semula dengan kawan2 when all off us dah kawin, dah keje...

Nama sahabat baik pertama AAAA,
Dia adalah sahabat paling baik masa saya sekolah rendah. Yang saya ingat sampai sekarang, semasa darjah 4, kerana dia mahukan saya turut memakai tudung, dia pun bgtau saya. "Mak kami tak bagi kami kawan dengan orang yang tak pakai tudung!" Uwahhh...saya sungguh resah gelisah kerana dengan sahabat saya nilah saya ke hulu, ke hilir. Dan akhirnya, saya pakai tudung jugak. Setiap kali waktu rehat pula dia suruh saya simpan duit belanja saya dan makan bekal yang mak dia bagi setiap hari. Masa tu kami sama2 budak2 dan semua pengalaman kami adalah sangat kebudak2an. Namun saya rasa sangat kehilangan apabila saya masuk sekolah asrama selepas tu. Tapi skang, dia dah jadi kawan saya shopping (kalau k.Pija ada di Pt Buntar la). Kalau dia rasa nak gi beli sayur2 ke hape dia akan tepon saya suruh saya tunggu depan kedai, tapi dia kata tak enjoy shopping dgn saya sbb nnt takut kedai tepon saya suruh balik kot2 ada org cek mata. Tapi setakat ni, kluar shopping dgn dia takde pulak customer datang. Plus kerap jugak makan pagi dengan dia. Kami mengamalkan konsep Ai belanja yu today, yu belanja ai tomorrow...

Nama sahabat baik kedua saya adalah AAS,
Kami sekelas semasa ting 1,3,4,5 sbb masa kitorunk ting 2 dia terduduk dalam kelas pandai dan saya saje2 duk dkt kelas bawah (bawah tak semestinya tak pandai hokkay). F1 bilik dia atas, bilik saya bawah dan seterusnya bilik kami sebelah menyebelah. F1 berlalu mcm biasa tapi dalam kelas kami duduk sebelah menyebelah. Dia layan je kalau saya nak ilangkan ngantuk dengan bubuh gam kat tapak tangan masa cikgu ngajar, tunggu sampai kering n then tanggalkan (this is the reason why kami berdua terpisah masa F2). Saya betul2 lost masa F1. Merasa ketinggalan dan rasa jeles dengan geng baru dia, saya pun struggle sampai dapat naik kelas the next year tuh. Klimaks saya di sekolah itu, adalah semasa kami di Tingkatan 3R dan kami gelar kelas kami Remaja Riang Ria...geng2 kami (tolong angkat tangan please kalau ada yang baca) Tipah, Yanie, Wan Dayah, Hajar Boolat, Aida Leen, Safiyyah, erkk....apsal tiba2 lost nama diorang neh? Tapi hanya kamilah yang tahu betapa ganasnya kehidupan kami ketika itu. Dan lagu tema tahun 1995 itu adalah 'Bernafas Dalam Lumpur'. Naik F4, saya dan sahabat saya masih sekelas dan masih duduk sebelah menyebelah. So macam2 lah yang kami share sampailah ke tahap kisah adik2 angkat kami yang adakalanya meretakbelahkan hubungan persahabatan kami seketika. Masa ni saya sesat dapat no1 dalam kelas dan sahabat saya ni tiba2 ada konflik dan buat2 suka merendah diri sedangkan dia tak sedar yang saya jadi begitu hanyalah kerana sesat, bukan sebab saya pandai. Masa F5, kami sampai plan nak pilih U sama2 utk choice nnt tapi tu lah, ALLAH lebih tahu segalanya. Juga masa F5, saya selalu dikejutkan oleh seswatu yang saya tak pasti apa tapi saya takleh tido balik kalau tak solat atau ngaji dulu. Disebabkan ada banyak kes marabahaya tahun tu, saya ajak sahabat saya ni teman saya tido dan dia akan temankan saya ke toilet. Kami bergilir2 malam ni aku tido sana, malam esok hang tido sini. Habis belajar, kami berutus surat dan bertukar cerita tentang jejaka idaman pulak (uh tak kosa). Mmm...surat tu masih ada lagi saya simpan dan sayang sangat utk buang. So, surat tu dah berusia hampir 13 tahun semenjak ia ditulis. Best kawan dengan dia, kadang2 dia bagitau dia jeles tgk orang kawan dengan saya padahal dia tatau saya juga jeles tgk dia kawan dgn org lain. AAS, ingatkah lagi saat2 kita dulu...kiki

Kendian, sahabat saya seblom saya kawin adalah 'qittun',
Dia adalah sahabat saya yang paling macho. Walaupun dia macho, dia masih lagi ada sifat keperempuanan (jiwang) dan kejiwangan dia hanya akan terserlah pada saat2 tidak terduga. Saya takleh cerita banyak pasal dia sbb nnt dia akan sekeh saya. Tapi yang saya nak bgtau, antara kami dahulu : 




Inilah dia Qittun tu...
  • poketmu, poketku jua
  • bau kentutmu, aku tak kisah
  • apa yang ngkau makan, aku akan makan sama
  • apa yang ngkau baca, aku kena baca sama
  • kalau aku ikut ngkau pegi meeting, ngkau kena meeting tapi aku boleh tido
  • kalau ngkau nak merempit, aku kena ikut sama. Atau ngkau suka aku yang jadi tukang rempit. Kami akan merempit sama2 melainkan bila dia nak merempit sensorang ke UPM atau Genting :D
  • dia risau saya kawin dulu sbb dia takde kawan nak gaduh, ade ke??
Ada seorang lagi kawan baik saya dan singkatan namanya ISI..
Kadang2 saya tak perasankan dia dan saya rasa bersalah sekali. Dari mula kenal dia, sampai sekarang dia tak pernah putus hubungan dengan saya. Dia selalu ada disaat saya memerlukan, tak kiralah dari segi nasihat, material atau apa sahaja. Masih terngiang2 bunyi doanya di malam hari semasa saya masih lena. Masih ternampak dimata saya air matanya yang mengalir setiap kali selepas solatnya. Masih terasa kenyangnya bila dulu kami berkongsi satu bekas nasi yang layaknya seorang makan sahaja. Boleh dikatakan, setiap minggu sehingga kini dia akan menelefon saya dan bertanya khabar saya. Maka wajiblah saya akui, bahawa ISI juga sangat istimewa buat saya.

Malah semasa dia pergi umrah dan saya sibuk mencari duit memotong tempahan spek utk customer saya, saya dapat panggilan dari no 0301. Selalunya bila keluar nombor ini, saya akan terus meneka ia adalah panggilan dari adik ipar saya. Lagipun dah lama dia tak call saya dan panggil saya "Ustazah!!" Sebelum saya memanggil dia dengan panggilan yang sama juga.

Rupanya bukan. Terdengar suara ini, "Ana kat depan Kaabah ni, doalah.." Ntah mcm mana saya rasa hati saya yang happy2 mcm lagu Amy Mastura tu jadi sayu sesayu-sayunya. Mungkin juga sayu kerana dapat berdoa atau sayu mengenangkan sahabat saya sedang teringat yang saya juga sangat teringin berdoa di hadapan Kaabah.

Walaupun saya cuba untuk berkata-kata yang dia tak perlu buat mcm tu, tapi saya rasa baik saya jangan bazirkan kesempatan itu. Saya pun berdoa dengan doa yang saya biasa baca, pohon ALLAH pelihara keluarga saya, pohon ALLAH beri ketenangan kepada kedua ibubapa saya, pohon anak2 saya sihat dan berjaya dan memohon semoga suami saya merasa cukup dengan saya. Dan saya menangis dengan doa yang saya baca setiap hari walhal itulah doa saya setiap hari.

Sungguh kesempatan itu saya rasakan tidak cukup. Tapi saya tidak mahu mengganggu ISI menunaikan ibadah. Cuma saya cukup terharu dengan peluang yang dia beri. Sebelum dia meletakkan telefon, saya tanya, "Kenapa nt buat mcm ni?" dia menjawab dengan esakan, "Ana sayang nt". Lalu apalagi istilah persahabatan yang dapat saya tafsirkan?

ISI, ana bersyukur kerana ALLAH menemukan ana dengan seorang sahabat semulia nt. Pasti nt akan dilindungi ALLAH dengan limpahan keberkatannya...Amin.



Letih tak baca karangan ni? Ha..tu la tak letak limit :P 
Semoga persahabatan anda juga selalu dirahmati ALLAH 
Amin...


Saya tag 
teman sejati saya di alam blogger :
1. Kakyong (lagik!)
2. Linda 

2 comments:

  1. haha..best r bce entri akak nie, nasib baik lah emiey xletak limit kan..kalau x mane nk citer sal A4(sy paggil lg sgkat,ehehe), AAS ng ISI tuu..

    thanks yer sudi memeriahkan contest emieysandra, emiey buat contest ni utk menghargai kwn2 emiey & wajarlah akak pun m'hargai teman2 akak..

    gudluck yer!
    ~_^

    ReplyDelete
  2. hoohhoooo..
    daku ditag ya...

    okeh.. okeh.. nanti saya tayang teman sejati saya... hmmm, siapa ya..

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!